Followers

Berhimpun Atau Berdemonstrasi???

Thursday, January 13, 2011

Salam. Ini adalah sedutan video semasa Himpunan Mahasiswa INSANIAH. Cuba dengar balik intipati pemidato tersebut:

1) ada tak disebutkan kita berdemonstrasi?? Tidak bukan?? Dia cuma kita berhimpun saja kan??

2) Dia sebutkan kita cuba jauhi perkara-perkara yang tidak sepatutnya berlaku di INSANIAH. Bukankah kita sayang INSANIAH kita??

3) Kita mengharapkan perkara yang positive akan berlaku dalam pentadbiran. Adakah kita menghentam sehentam-hentamnya dalam pentadbiran INSANIAH??

4) Pemidato dah nasihatkan supaya para pelajar elakkan perkara-perkara yang tidak diingini.

5) Dan menyatakan kita berhimpun secara damai.

Semasa kita mengumpulkan pelajar sebelum berarak ke dewan, para pelajar sudah dinasihatkan dengan nasihat-nasihat di atas. Kita sememangnya menjaga tatasusila dalam perhimpunan ini. Kita juga berhimpun, bukan berdemonstrasi. Harap-harap media janganlah memutarbelitkan fakta. Asyraf lihat juga web Warta Kedah juga menyatakan kita berdemonstrasi. Ingat, kita cuma berhimpun memohon penjelasan pentadbiran. Jangan tertipu dengan ayat-ayat MEDIA.

2 orang mengarut:

  1. Anonymous said...:

    benda yg betui...xpa la kalau di buat ~~ ~~hak3...hmpnan...taun len plak kite buat lg berhemah....yg khilaf dr pihak pnganjur..kita sama2 perbetulkan...mintak2 himpunan yg akan dtng dpt memuaskn semua pihak...insyaALLAH...mg tererat jalinan kita dgn sume lectr. dktr. dn staf2 KUIN...
    sy mnyokong sdr Faiz dn sekutunya....krn mnyuarakn hak2 mahasiswa..TQ

  1. Cayalah!! said...:

    memang diakui ada beberapa kesilapan semasa perhimpunan....cumanya lihatlah kebaikan secara keseluruhannya....

Post a Comment