Followers

Ular Makan Ular. Best!!

Sunday, April 29, 2012
READ MORE ...

Seni Bahasa Badan

Salam. 

Sepanjang hari ini, tiada kerja sangat yang nak dibuat. Cuma ambil kesempatan yang sekian lama tertangguh, iaitu membaca. Memamng gila sikit dalam nak membeli buku nie, kena pulak tajuk-tajuknya best. So, buku pertama yang diambil ialah buku Seni Bahasa Badan. Penulisnya En Syahrul Nizam, pensyarah UNIMAS. 

Buku ini banyak menceritakan keadaan fizikal anggota badan bila berada dalam beberapa situasi. Pelbagai gaya berjaya ditunjukkan dan penulis berjaya memberi penafsiran yang agak tepat. Itu pun kena tahu, perlbagai rujukan yang telah dilakukan sebelum mengeluarkan buku ini.

Apa pun, enjoylah buku nie....


Inilah buku yang dibaca.

Ini dalam softcopy yang lebih jelas. Sumber dari PTS.

Illustrasi juga ditunjukkan supaya lebih difahami.

READ MORE ...

Kenangan Lama...

Salam.

Semasa balik rumah baru nie, tengah-tengah duk punggah almari lama, terjumpa medal nie. Owhh...terus sayu hati ini mengingatkan kisah lama. Tak pernah jangka pun nak terima pingat sebegini walaupun cuma pingat gangsa sahaja. Teringat terus usrah Amru, ketua usrah Fandey Padzin, Ust Haron dan suasana hari sukan ketika itu. 

Kedua-dua pingat ini diterima semasa form 3 dan form 4. Acara 4 x 100 meter. Jadi pelari ke 3 kot. Itu yang ingat pun. Sebenarnya bukan boleh lari sangat pun, nanti semput, kan ada penyakit berkaitan jantung. Tapi masuk jugak lah, membantu kawan-kawan setelah pakat habis masuk acara lain. Terima kasih kepada Fandey, sebab dia yang ajak masuk dan mempercayai rakannya ini.

Walaupun cuma pingat gangsa, ianya sangat berharga.....


Design kedua-dua tahun yang berlainan


Tahun 2004 dan 2005

READ MORE ...

Terima Kasih Kak Timah

Salam. Kak Timah balik dari Baling baru nie, dia bagi keropok lekor kat kitorang. Sedap sangat. Lembut jea bila makan. Nanti nak lagi yea Kak Timah. Nak keropok lekor ja, bukan nak kat Kak Timah. Kak Timah dah kawen, dah ada Abang Jan. Haha.

Sedap dan rangup.

Nanti nak lagi....

READ MORE ...

Bestnya Makan Malam Nie

Friday, April 27, 2012
Salam.

Alhamdulillah, tadi dapat hadir ke jamuan adhoc kursus kahwen oleh Biro Ekonomi. Terima kasih Rendy dan Kak Fatimah Che Ain sebab sudi belanja kami makan. Bukan senang nak dapat macam nie. Dapat keychain lagi. Makan pun kenyang. Tapi tak terlalu nikmat sangat makanan dia. Boleh ja nak makan, bukan teruk sangat, cuma tak nikmat ja.

Kak Fatimah pesan suruh doakan dia yang akan menunaikan umrah nanti bulan Jun. Semoga mendapat umrah yang mabrur yer. Hehe. Kak doakan ana depan Kaabah, bagi ana dapat jodoh yang selayaknya untuk ana yea. Terima kasih =)


Ini Fairuzi. Asal Kemboja.

Laaa....tetiba lupa nama plak dah.

Fairuzi kalah. Dia gtau tadi.

Kami tunggu muslimat. Amboi lambat sungguh aih.

Siap orang tanda meja lagi.

Makanan hampir siap dihidangkan.

Ini yang dah sampai bersama Rendy tadi. Muslimat tu dah berpurdah sekarang rupanya.


Ha, tunggu bapak apa lagi. Makan la.

Sesi penyampaian cenderahati. Keychain.

Setiausaha. Izrul.

Nawawi. Kemboja.

Shahrul Hafiz. Unit makanan.

Fairuzi. Unit teknikal

Rendy sebagai Pengarah.


Cantik tak? Tak cantik? Jeles la tu.
Okay semua. Terima kasih atas sokongan anda..........

READ MORE ...

Balik Jenguk Kampung

Salam.

Alhamdulillah, sempat juga untuk pulang ke kampung walaupun cuma seketika. Rindu sangat-sangat dah dengan kampung. Dengan cuaca yang redup, di tepi bukit, berhampiran sawah yang terbentang luas, dengan tanaman pokok macam-macam jenis yang ditanam oleh abah, semuanya memberikan kesenian dalam kehidupan sebuah kampung.

Cuma yang tiada di kampung ialah ayam itik kambing lembu yang Asyraf teringin juga nak bela dan satu lagi bukan kawasan pantai. Kalau kawasan pantai pun best juga. oleh kena angin pantai selalu. Tiap-tiap hari turun main selut cari mentarang. Nak turun jauh-jauh, takut tenggelam, dah la tak pandai berenang. Mau tenggelam, naya aku.


595, no rumah. Terpampang besar macam tu kalau posmen tak nampak, aku tak tahu la....Tak sangka dah ada pokok tebu tepi tu. Memang teringin pun nak tanam tebu. Seronok kunyah, boleh kuatkan gigi.

Di rumah belah kiri tu la Asyraf dilahirkan. Itu kereta Saga abah. Exora dengan Waja biru yang tak berapa nampak tu kereta jiran. Nampak tak motor? Tu motor abah. Dah lebih 10 tahun berbakti pada abah. Abah berjiwa motor, bukan kereta. Kami suka kereta.
.
Sawah padi yang terbentang luas. Luas sangat-sangat. Depan tu jalan raya menghala simpang 4 ke Kuala Perlis dan Alor Setar.

Orang Utan Aji kalau tak tahu di mana lokasi ni, memang jahil murakkab la....simbol kemasyhuran kawasan Utan Aji. Di atas gunung terendah di dunia. Gunung Medan.

Pandai cari??



READ MORE ...

Doakan Yang Terbaik....

Wednesday, April 25, 2012
Salam.

Aduuuhh...sekarang dah 3 pagi. Nak tido tak boleh, ini mesti minum nescafe maghrib tadi. Sekarang dah tak boleh tidur. Dah la petang nanti nak exam madah last, kalau tertidur lepas subuh nanti, naya macam nie...

Sekarang ni Asyraf dah berada dalam peperiksaaan. Kalau diikutkan jam sekarang, sepatutnya hari ini adalah hari terakhir Asyraf mengambil peperiksaan akhir untuk selama-lamanya di KUIN nie. Satu penghormatan dan kemuliaan pula tu, bila diletakkan madah Quran 8 juzuk sebagai madah akhir. Walaupun dari sudut lain, ianya adalah strategi tektikal untuk mengelakkan bebanan kepada yang akan mengambil peperiksaan Quran 6 juzuk. Bagus aturan HEA nie.

Apapun, kena sambung menghafaz. Carrymark tak check pun. Biarlah. Tinggi ke, rendah ker, nak kena jawab bagi penuh jugak dalam tahriri nanti. InsyaALLAH, segala yang terbaik akan dilaksanakan nanti dalam dewan peperiksaaan.

Habis exam, nak balik rumah. Jumpa lagi yeaaa.....
READ MORE ...

Mintak Izin Bang.....

Tuesday, April 24, 2012
Salam. Alhamdulillah baru lepas exam madah Takhrij. Esok 25hb last madah, lepas tu terus memikirkan kerja-kerja yang belum terlaksana.

Semasa review blog dan update facebook, Asyraf cuba la jenguk-jenguk blog rakan lama, seronok lihat blognya. Macam-macam update dan perkongsian yang diberikan. Yang lebih seronok bila kebanyakannya entry bukanlah jenis copy paste, jadi ianya menunjukkan apa yang ada dalam hati dan pemikirannya.

Tapi sayang, sudah diubah blognya. Perlu mintak izin. Ehhhmmmm....bior laaa....

Sekian. Keh3......
READ MORE ...

Singgah Pandai Murni

Saturday, April 21, 2012
Semasa perjalanan pulang dari rumah arwah abang Narzeri, kami singgah ke Pantai Murni dekat Yan. Tak pernah datang sini, jadi kami singgah jea lah. Panas petang nie. Air pun tengah pasang, deras pulak tu. Tak buleh nak buat apa.

Yassin Naim yang poyo sejak bagi kuliah subuh hari tu

Pantai Murni. Siapa murni???

Air pasang ketika nie....
Air laut deras. Mengganas giler....

Bapak bawak anak-anak mai jalan-jalan

READ MORE ...

Lori Maha Bapak Gila

Selepas kami mengunjung arwah ibu ustzah Iman, kami meneruskan perjalanan ke Bukit Selambau untuk ke rumah arwah abng Narzeri. Kami dijemput oleh ayahnya kerana ada kenduri arwah dan kesyukuran. Semasa perjalanan pulang, kami ternampak lori gila maha besar punya bapak angkut kayu. Kalau diikutkan memang confirm kena saman kalau nampak kat JPJ ni. Biasa la, inikan jalan belakang, pihak berkuasa bukan nampak. Diorang redah jea la....


Cuba bayangkan kalau jatuh ke kanan. Hancur kereta tu.


Depan lori ni ada lagi sebuah.


Mampus.......

READ MORE ...

Pergi Tak Kembali Lagi......

Alhamdulillah. Tadi sempat juga singgah ke kubur arwah ibu kepada ustazah Iman. Tak sempat nak solat jenazah sebab kami terlewat. Apa pun, semua urusan berjalan lancar. Kami mendoakan semoga ustzah Iman dan keluarga tabah dalam menghadapi dugaan ini dan kepada semua, marilah sedekahkan bacaan Al-Fatihah kepada ibunya. Semoga dicucuri rahmat.


Kami baru ja sampai


Beberapa kenalan turut berada di sini


Tanah sedang diratakan.

READ MORE ...

Nak Beli Arnab Murah??

Friday, April 20, 2012
Siapa nak arnab murah? Boleh buat bela. buat makan, buat satay. Boleh hubungi Hafiz Zainol. Student INSANIAH. Best tengok kandang-kandang arnab miliknya baru-baru nie. Kebetulan nak hantar tray ke rumahnya, terus la tengok arnab-arnab yang dibela untuk bisnesnya. 

Alhamdulillah, seronok tengok orang berbisnes. PTPTN dilaburkan untuk perniagaan. Semakin berkembang dan dikenali dalam masa setahun sahaja. Hasil jualan arnab ini, dpat menggajikan seorang pekerja dan menampung keperluan harian. Baguskan???


Comey. Tapi sekarang dikuarantin.


Ini pun dikuarantin.


Comey kan? Siapa nak beli???


Jinak. Tak gigit orang.


Sembelih dua-dua pun sedap jugak nie....


Pesakit yang dikuarantin


Sistem pengairan yang sempurna


Yang ni putih cantik. Bersih.


Ini kandang belakang rumah, tempat pesakit.


Ni kandang ke dua.


Inilah pekerja yang dimaksudkan. Dibayar harian. Ini sebagai kerja sampingan. Alhamdulillah, rezeki untuk anak-anaknya.


Yang ni pun comel. Nak tak???


Buas yang nie. Cergas jugak.


Ayam kampung jantan dan betina.


Inilah tuan punya ladang arnab yang dimaksudkan. Hafiz Zainol. Mentor ATC dulu. Boleh komen di bawah jika nak dapatkan maklumat tentang perniagaannya.

READ MORE ...