Followers

AddThis Chrome Extension

Tuesday, May 31, 2011
AddThis Chrome Extension

Install aplikasi terbaru pada google chrome. Untuk memudahkan kita berkongsi bahan pada web
READ MORE ...

PENSYARAH OXFORD LEPASAN PONDOK

READ MORE ...

Let Discuss BAKA KUIN - GLAMOURZ

Thursday, May 26, 2011
READ MORE ...

Mahasiswa KUIN Digantung!

Salam.

Hari cukup gempar bagi INSANIAH dan seluruh dunia politik kampus Malaysia. Hari perhitungan, hari tindakan, hari debaran dan hari hukuman bagi 6 orang mahasiswa INSANIAH yang telah disabitkan kesalahan atas beberapa tuduhan semasa himpunan demonstrasi pelajar tahfiz beberapa bulan lalu.

Sahabat-sahabat, rata-rata mahasiswa INSANIAH kebanyakannya belum mengetahui bahawa tarikh 25 Mei akan diadakan proses prosiding terhadap mereka. Ya, kalau diikutkan memang logik mereka tidak mengetahui hal ini memandangkan pihak panel juga bijak mengatur tarikh dan masa supaya proses prosiding ini tidak akan terganggu dengan keputusan pihak panel. Cuba bayangkan juka 7000 mahasiswa INSANIAH berada di kampus hari ini. Sudah pasti akan kereta rasmi INSANIAH Toyota Camry akan hancur dibom seperti runtuhnya dinding-dinding blok D sekarang.

Beberapa pimpinan mahasiswa di Lembah Klang sebelum ini sudah mengetahui akan proses prosiding dan hukuman yang bakal akan diterima. Ternyata ianya lebih menggemparkan apabila mereka mengatakan bahawa sepanjang ratusan demonstrasi yang wujud di kampus mereka, belum pernah mereka dikenakan hukuman gantung semester. Yang ada cumalah amaran dan denda. Amaran dan denda. Itu sahaja. Ya, mereka mengatakan memang INSANIAH cukup hebat!!

Dunia FB sekarang rancak berbicara tentang isu ini. Bahkan mendapat perhatian dan liputan dari mahasiswa UM melalui web mereka iaitu http://gazebodaily.blog.com. Jika dilihat, ada beberapa entry yang dikeluarkan tentang isu INSANIAH ini. Boleh rujuk di sini.

Ada beberapa mahasiswa yang menyatakan "Padan Muka" buat mereka. Ya, ternyata mereka itu lebih mementingkan periuk nasi mereka. Memikirkan kekenyangan perut mereka. Mereka ini berjiwa diri sendiri sebenarnya, bukannya berjiwa mahasiswa. Mengatakan biadap mengadakan demonstrasi, kononnya tak bawa berbincang dahulu. Tahukah mereka bahawa pimpinan mahasiswa sudah menyatakan untuk bertemu pimpinan negeri tetapi dinafikan peluang itu. Pimpinan negeri yang menutup ruang itu.

Mereka juga menyatakan "Padan Muka" buat 6 OKT ini kerana sebelum ini lambat masuk kelaslah, orang undi untuk dekatkan mahasiswa dengan pentadbiranlah, lebih baik tumpu pelajaranlah. Ya, mereka terlupa, yang lain pun ada yang tak masuk kelas juga, tetapi pimpinan ini jiwanya lain. Mungkin datang kelas lewat. Tetap pulang ke rumah sewa lebih lewat dari mahasiswa lain. Pulang setelah penat bermesyuarat meneruskan agenda dan amanah yang dipikul. Tidurnya memikirkan tanggungjawab yang perlu diselesaikan untuk keesokan harinya. Tidurnya lebih banyak memikirkan masalah yang berlaku. Bahkan sampai terbawa-bawa dalam mimpi. Yang lain? Balik lewat sebab tengok bola di Asmani, main futsal atau game bola FIFA. Tak semua, mungkin sebahagian.

Apapun, buat sahabat-sahabat yang digantung ini, teruskan dengan peluang kedua, iaitu 5 hari bekerja untuk rayuan yang akan bermula apabila mereka menerima surat penggantungan nanti. Teruskan usaha. Jika gagal, ya, kita ada peluang sebenarnya. Gerakkan usaha memberi kesedaran tentang siasah kampus di seluruh negara amnya dan seluruh utara khasnya. GAMIS UTARA sudah ditubuhkan awal lagi. Manfaatkan peluang yang ada. Pasti gerakan mahasiswa di seluruh kampus utara mahu mendengar suara anda berbicara untuk mereka.

Buat sahabat-sahabat perjuangan yang lain, sama-samalah kita mendoakan mereka. Jangan lihat ini satu masalah. Jika dilihat sebagai masalah, ketahuilah masalah tidak pernah selesai. Lihatlah ini satu peluang. Peluang untuk menggerakkan siasah. Peluang untuk mahasiswa lain mendapatkan ruang bagi bersuara. Pasti akan muncul 60 orang lagi yang mempunyai jiwa-jiwa seperti mereka.

Semoga ALLAH memberkati kalian. ALLAHUAKBAR.


p/s : Pendapat, komen & kritikan dialu-alukan.
READ MORE ...

Lagu Rock Pun Lebih Baik Dari Nasyid

Wednesday, May 25, 2011

Salam.

Hari ni Asyraf ingin kongsikan sebuah lagu berunsur ketuhanan, yang menceritakan tentang seorang sufi.

Yea, lagu Sufi ini memang menusuk jiwa jika dihayati sedalam-dalamnya. Sungguh, jika sekadar mendengar, kita akan menyatakan ini sebuah lagu rock yang tidak mempunyai apa-apa manfaat, melainkan mengkhayalkan minda pendengar. Yang mereka lihat, cuma nasyid sahaja yang bagus untuk halwa telinga kerana status "nasyid" sahaja, padahal mereka tak sedar bahawa lagu nasyid itu sesetengahnya terlalu mengagung-agungkan cinta sesama makhluk. Cumanya bila dinasyidkan, semuanya ok.

Sebelum ni pernah dalam sebuah mesyuarat jawatankuasa program, pihak muslimin telah mencadangkan supaya dijemput penyanyi popular untuk mengadakan show di INSANIAH, kalau tak silap M.Nasir. Walaubagaimanapun, ianya ditentang oleh pihak muslimat kerana dia bukan ahli NASYID.


Sungguh, jika kita melihat sebegitu, maka terjumudlah minda kita dengan sendirinya. Adakah M.Nasir perlu berkopiah atau berserban untuk mengadakan show di INSANIAH? Sebelum ini pun Pak Long pernah mengadakan show di sini, tetapi tiada siap yang membantah.

Apapun, dengarlah lagu ini. Memang best. hayatilah liriknya.




Sufi selangkah tirai kasihmu ku buka
Engkau serahkan cinta hingga dirimu tiada
Kasih sufi kau rela pilih derita di dunia
Biar rebah di hina kau tak berubah

Kau menguasai selautan
Yang tersembunyi di genggaman
Nafi dan isbat kau sandingkan
Sebagai tali pegangan

Sufi kau hilang di pandangan
Ada di dalam kenikmatan
Engkau dan dia pasti tidak akan terpisah
Andai tertutup tirai sufi
Yang terang tidak nampak terang
Inilah siksa menyakitkan sepanjang jalan

Inginku tempuh titianmu
Dari kekasih ke kekasih
Pengabdianku bersamamu kasih
Biar rebah di hina kau tak berubah




p/s : Jangan baca saja. Komenlah sikit.
READ MORE ...

Jalan-Jalan Makan Kenduri

Monday, May 23, 2011
Salam.

Wah, sudah lama Asyraf tak menulis sesuatu di blog Asyraf nie. Kalau diikutkan, banyak rasanya yang Asyraf boleh kongsikan bersama selepas entry Asyraf yang terakhir dulu iaitu tentang Osama Laden.

Banyak yang dapat dikongsikan, antaranya kejadian tanah runtuh di rumah anak yatim Hulu Langat, Pogram Score A dan lain-lain. Tapi Asyraf ingat nak menulis tentang jalan-jalan makan kenduri ni ja lah. Best sikit.

Asyraf dipelawa oleh Abg Saifol untuk ikut sekali ke kenduri Abg Muaz nie. Yea lah, geng2 sendiri kawen, takkan tak mau pergi kot.

Aduyai, tak dak mood pulak nak menaip. Habis idea. Yang pasti, kami bertolak ke sana pukul 10 pagi. Menuju ke Penang untuk ambil Abg Mat. Sempat jugak makan bihun sup di rumahnya. Wah, sedap sekali. Nak pi lagi la kenduri tu.

Lepas solat Jumaat, kami yang 2 buah keta ni terus ke Bukit Merah. Masuk sat ja. Tangkap hgambar sikit, sempat la jugak tengok Ikan Arowana tu. Subhanallah, besar ikan haruan ja pun, dah RM3000 ringgit. Tak ke banyak tu. Padan la orang duk promote bisnes tu ja sekarang nie. Rupanya keuntungan tu sangat banyak.

Cadangan ke Bukit Merah tu adalah daripada pihak kereta 1 lagi, so kami plak nak ke Zoo Taiping. Biasalah, setelah 2 sem duk lihat tikus KOOP dan tikus rumah sewa, ingat nak lihat binatang lain lah pulak. Sekali kena tiket RM12, nasib baik Abg Saifol orang Perak, boleh kurang RM8. Tu pun Abg Saifol nak amik RM10, lebih RM2 masuk dalam poket dia. Haha.

Seronok juga rupanya tengok binatang2 nie. Tambah2 lagi buaya darat yang Asyraf baling batu tu, terus dia masuk kolam. Tension dengan kami kot. Dah la kami kata kt buaya tu buaya plastik, lagi la dia tension. Tu la, siapa suh nganga mulut sangat. Tak nampak macam buaya la,

Zoo tu last sekali Asyraf masuk tahun 2001. Nampaknya dah 10 tahun Asyraf tak ke sana. Macam sama ja. Yang kecewa bila ular dah takdak dalam sangkarnya. Hampir pupus kot.

Terus kami ke tempat penginapan yang Abg Muaz sediakan utk kami. Sampai pun dah pukul 12 malam. Pukul 4 sebelum tu katanya dah akad. Tahniah ya Abg Muaz. Esok lusa ana pulak. Haha.

Pagi esoknya, kami sempat borak-borak dengannya. Dia sediakan sarapan. Chalet pun bagus. Walaupun sempit, tapi kawasannya best. Air sungai laju giler. Macam nak terjun, tapi mana bawak seluar banyak-banyak. Tak budget pun nak mandi sungai. Tu la, lain kali gtau la awal-awal. Boleh kami bawak google sekali. Menyelam tak bangun-bangun. Hehe.

Ha, di bawah ni ada la beberapa pic semasa di majlis kenduri tu. Nak kata majlis persandingan, tak dak pelamin pun. Tempat makan ada. Haha. Standart la. Nama pun kenduri.

Kepada Abg Muaz, Selamat Pengantin Baru yer. Barakallahu lakuma. Tak sampai berminggu-minggu jadi bekas pelajar, jadi plak suami orang. Tak lama jadi guru pulak. Pastu jadi bapak orang pulak. Ha, pastu jadi la apa yang enta nak jadi. Ana ok jaaa....

Baik Abg Muaz. Ana balik dulu. Ok, wslam


Tahniah Abg Muaz. Kredit kamera to Triple T Production.


Kan dah kata. Majlis kenduri makan ja. Mana ada pelamin pun.

Wajah-wajah kekenyangan. Trip awal nie.

Amik berkat la katakan. Senyuman pun dah pelik....



READ MORE ...

Ceh..Osama Mati La Sangat...

Monday, May 2, 2011
Salam.

Dalam masa beberapa hari kebelakangan ini, dunia tertumpu kepada 2 perkara besar. Pertama tentang perkahwinan Putera Williams & Kate Middleton, dan satu lagi yang lebih menarik perhatian dunia ISLAM iaitu kematian Osama Bin Laden.

Asyraf ikuti juga beberapa blog yang Asyraf follow yang menulis entry tentang Osama ini. Boleh lihat pada beberapa blog seperti:


Ini adalah sebahagian dari jutaan blogger dan web yang memperkatakan isu ini. Masing-memberi memberikat pendapat yang hampir sama, iaitu Amerika Penipu.

Sudahlah kantoi dengan photo manipulation dalam Adobe Photoshop, bila diulang balik masa lalu, dah timbul pelbagai isu dari segi kewujudannya, kesahihannya, karakternya, keturunannya dan lain-lain.

Asyraf juga mengingati balik mengenai dalil tentang khabar berita yang disampaikan oleh puak-puak kafir ini. Asyraf search di internet ja. Memang lemah sikit Asyraf ni dalam mengingati dalil sebenarnya. Kalo ingat pun, ingat kefahaman sahaja, bukan matannnya. Asyraf dapat pun Apa yang Asyraf nak cari, tapi diulasnya tentang video seks DSAI ini. Klik SINI.

Apa pun, ianya sepatutnya memberi lebih banyak kefahaman kepada umat ISLAM tentang media buruk Barat ini. Kalau sahabat-sahabat belum tahu, media-media barat semuanya di bawah milik Warrent Buffert, Raja Media Dunia. CNN, Paramount, WB, dan macam-macam lagi, semuanya di bawah tuan yang sama. Cuma salasilahnya mungkin agak jauh, tetapi nasab keturunan media itu tetap akan sampai kepada millionaire tu. Boleh rujuk kepada Prof Dato Dr. Google. Klik SINI. Tak pun rujuk di sini.

Ok lah. Baca tetap baca, komenlah sedikit, sebagai tanda interaksi. Duk rasa macam menulis sorang-sorang ja. Macam tiada pengunjung. nak sambung study jap. Pengajian Malaysia.

Baik. Wassalam.




Photo manipulation. Ada dalam Adobe Photoshop.


Lokasi yang dikatakan tempat Osama terbunuh.

Jika dilihat di TV, nampak real ja kan?? Jangan tertipu....


p/s : Komen-komen.
READ MORE ...

Siap Juga Akhirnya

Sunday, May 1, 2011
Salam.

Semoga semua sahabat-sahabat pembaca blog Asyraf hari ni sihat sejahtera. Esok Asyraf exam madah Ad-Dakhil. Banyak nak kena hafal. sampai Asyraf naik boring. So, sebelum Asyraf sambung study dan hafal sikit-sikit lagi, Asyraf ambil peluang nak menaip sesuatu dalam blog nie.

Ha, hari ni Asyraf nak berkongsi sedikit tentang iklan yang Asyraf telah buat baru-baru ni untuk Kulliyyah Usul 3 iaitu DVD Choral Speaking. Boleh rujuk di sini & di sini.

Alhamdulillah, setelah beberapa hari dengan keringat yang ada, Asyraf dapat jugak siapkan DVD ini. Niat tu bukan nak berniaga sangat, tetapi Asyraf nak kumpulkan dana untuk Triple T Production dan mempromosikan sedikit. Di samping tu, Asyraf sumbangkan juga pada tabung kulliyyah.

Sebenarnya yang tempah tu sedikit sahaja, tak sampai 20. Tetapi itulah, dengan niat yang baik, ALLAH gandakan ganjaran di dunia lagi. Ketua Group A kata kat Asyraf yang mereka ada duit lebih sedikit, so mereka nak habiskan wang mereka itu dengan beli DVD yang Asyraf siapkan tu. Bila dikira balik, Asyraf kena siapkan 61 keping DVD ini.

ALLAHUAKBAR. Rezeki dari ALLAH, tiada siapa yang tahu.

Plan asal Asyraf nak masukkan video choral speaking sahaja, tetapi memandangkan Asyraf tahu ramai yang mahu lihat sebenarnya video-video yang Asyraf tayangkan di Hari Pengajian Malaysia yang lalu, jadi Asyraf masukkan sekali.

Rasa tak cukup plak, Asyraf call Arif Aiman dan buat temujanji dengan Puan Hadijah untuk buat sedikit rakaman bagi DVD ni.

Lepas tu ada lagi. Sesuatu yang tak boleh Asyraf lupakan. Itulah Arwah Abg Narzeri. Arwah adalah geng kelas kami dulu, tapi dia mengulang tahun 1 balik sewaktu kami dah berada sem 4. Arwah meninggal kemalangan jalan raya. Sadis...Asyraf teringat video tribute yang Asyraf siapkan untuk Majlis Graduasi ATC sem 4 dahulu, jadi Asyraf kongsikan bersama.

Buat semua sahabat-sahabat, itulah sedikit usaha Asyraf dalam membantu mengumpulkan dana disamping berkongsi kenangan bersama. Asyraf harap tiadalah yang copy paste DVD ni dan harap sangat-sangat jangan kongsikan video tribute itu. Cukuplah kita yang melihat dan hayati serta mengingati kenangan kita bersama arwah. Semoga kenangan kita bersamanya tidak luput di kinda dan jiwa kita. Sama-samalah kita mendoakan kesejahteraan beliau di sana.

Di sini Asyraf tunjukkan sedikit screenshoot DVD choral yang Asyraf siapkan. Semoga bermanfaat yer.



Montaj awal. Loading. Hehe....


Ucapan dari Arif Aiman, Rois kami. kami rakam sampai 5 kali. Kali ke 5 baru puas hati.


Ucapan dari Puan Hadijah. Kami ke biliknya dalam pukul 1. Lancar sungguh ucapan puan.


Choral Speaking Group A. Johan. Memang smart. Tahniah sahabat-sahabat!


Ni Group B, Asyraf duk tengah-tengah. Naib johan. Sapa suh main banyak. Hehe. tapi Esah memang style.


Video Hari Pengajian Malaysia. Muzik latar 1 Malaysia. Best!


Ni video yang ditayangkan di Hari Pengajian Malaysia. Program group B ke Pongsu Seribu. 3 Jam sahaja di sana, dapat full mark. Hehe.


Ni pula pula dari Group B. Kampung Mani, Kuala Nerang. Videonya pendek ja, tapi program tu lama. Tak macam group A, video panjang, tapi program sat ja.

Ini yang terakhir. Asyraf kongsikan bersama. Tengoklah sendiri. Jangan lupakan kesejahteraan sahabat kita di "sana"


Al-Fatihah untuk Arwah Abg Narzeri ='(

READ MORE ...