Followers

Jom Ramai-Ramai Ke Daurah Kitab

Tuesday, July 27, 2010
READ MORE ...

Belajarlah Cara-Cara Post-Mortem Yang Sebenar

Salam Asyraf baru balik dari program. Biasalah, dah habis, kena buat post mortem lah. Kebanyakan AJK hadir dalam post mortem. Ada juga yang dah balik, biasa lah, pakat letih.

Tapi post mortem kali ni agak pelik. Postmortem yang dimulakan dengan AlFatihah bagi Asyraf dicemari dengan beberapa situasi yang tidak menyenangkan. Sana tak kena, sini tak kena, bahkan benda kecil yang boleh dijadikan soalan, tiba-tiba ja jadi kemarahan.


Ye, kita akui ada beberapa perkara itu berlaku kerana kesilapan manusia dan memang kena akui kesilapan tersebut tetapi fikir-fikirkanlah, apabila sesuatu kesilapan itu sudah sampai kemuncaknya, maka konsep "innama bu3ithtu li utammima makaarimal akhlak" perlulah kita terapkan dan amalkan. Ini tidak, dilepaskan yang terbuku di hati umpama air paip pecah yang tidak dapat dibaiki lagi.

Sahabat-sahabat, berprofesionallah. Kita adalah yang terbaik di kalangan yang terbaik di mana kita telah pun terpilih di kalangan yang terpilih. Maka tunjukkanlah sikap terbagus kita daripada sikap-sikap terbagus yang lain. Sebenarnya kita memang hebat berprogram, tapi sayang, masalah yang berlaku dalam setiap program kita, umpama kata-kata Timbalan S/U MSR, "LAGI-LAGI SAMA". Ya, masalah tetap sama. Kalo ada 20 program setahun pun, masalah kita tetap sama. Asyraf jugak terfikir, mereka ingat ke tak ni adalah program pertama seumpamanya di tempat kita.

Apapun yang berlaku, kita faham, semuanya ingin melaksanakan yang terbaik. Tiada siapa yang ingin mengambil mudah kerana semuanya memahami bahawa Pentaklifan Bukanlah Pentasyrifan. Ianya adalah amanah. Pengarah telah cuba buat yang terbaik dengan peruntukan yang termampu, malah kata-katanya juga mengandungi kalam-kalam yang terbaik untuk semua sebagai satu nasihat.


Kita ikutlah rentak beliau, moga-moga kita mampu untuk bergandingan bahu, tenaga dan masa untuk memastikan objektif utama program kita ini berjaya. Belajarlah cara-cara postmortem yang sebenar, bukannya sekadar meluahkan perasaan. Apa pun,kesilapan yang terjadi bukanlah suatu kegagalan sebenarnya, tetapi ianya adalah satu KEJAYAAN KECIL yang akan kita kecapi KEJAYAAN yang lebih BESAR pada masa akan datang


p/s : Asyraf AJK jer...
READ MORE ...

Jom Semua!

Saturday, July 24, 2010
READ MORE ...

500 Muslim Paling Berpengaruh di Dunia, Tahun 2009


>Penyusunan buku ini melibatkan pengamat dunia Islam yang namanya sudah dikenal luas di dunia internasional, Profesor John Esposito dan Profesor Ibrahim Kalin sebagai editor utama.

Dalam daftar 500 Muslim yang dianggap paling berpengaruh di dunia, terdapat sejumlah nama tokoh Muslim dari Indonesia, antara lain Profesor Doktor Din Syamsuddin, pimpinan Muhammadyah, dai kondang Abdullah “AA Gym” Gymnastiar dan Dr KH Ahcmad Hasyim Muzadi, pimpinan Nahdlatul Ulama.

Ketiga tokoh Muslim Indonesia itu bahkan masuk dalam jajaran 50 tokoh peringkat teratas diantara 500 tokoh yang paling berpengaruh di dunia.

Dua tokoh Muslim lainnya yang masuk dalam buku “The 500 Most Influential Muslim 2009″ adalah penulis dan tokoh sastra Indonesia, Helvy Tiana Rosa, pengusaha Muslim Haidar Bagir-pendiri dan direktur penerbitan buku Mizan, Ustadzah kondang Tutty Alawiyah bahkan Abdurahman Wahid (Gus Dur), Susilo Bambang Yudhoyono dan sejumlah tokoh Muslim yang di Indonesia justeru kerap menimbulkan kontroversi dan pengusung Islam liberal, misalnya tokoh feminis Musdah Mulia yang juga masuk dalam daftar di buku tersebut.

Berikut adalah Daftar 50 Tokoh dari Daftar 500 Muslim Paling Berpengaruh Di Dunia :

1. His Majesty King Abdullah bin Abdul Aziz Al Saud, King of Saudi Arabia, Custodian of the Two Holy Mosques
2. His Eminence Grand Ayatollah Hajj Sayyid Ali Khamenei, Supreme Leader of the Islamic Republic of Iran
3. His Majesty King Mohammed VI, King of Morocco
4. His Majesty King Abdullah II bin Al Hussein, King of the Hashemite Kingdom of Jordan
5. His Excellency Recep Tayyip Erdogan, Prime Minister of the Republic of Turkey
6. His Majesty Sultan Qaboos bin Sa’id al Sa’id, Sultan of Oman
7. His Eminence Grand Ayatollah Sayyid Ali Hussein Sistani, Marja of the Hawza, Najaf
8. His Eminence Sheikh Al Azhar Dr Muhammad Sayyid Tantawi, Grand Sheikh of the Al Azhar University, Grand Imam of Al Azhar Mosque
9. Sheikh Dr Yusuf Qaradawi, Head of the International Union of Muslim Scholars
10. His Eminence Sheikh Dr Ali Goma’a, Grand Mufti of the Arab Republic of Egypt
11. His Eminence Sheikh Abdul Aziz Ibn Abdullah Aal al Sheikh, Grand Mufti of the Kingdom of Saudi Arabia
12. Mohammad Mahdi Akef, Supreme Guide of the Muslim Brotherhood
13. Hodjaefendi Fethullah Güllen, Turkish Muslim Preacher
14. Amr Khaled, Preacher and Social Activist
15. Hajji Mohammed Abd al Wahhab, Ameer of the Tablighi Jamaat, Pakistan
16. His Royal Eminence Amirul Mu’minin Sheikh as Sultan Muhammadu Sa’adu Abubakar III, Sultan of Sokoto
17. Seyyed Hasan Nasrallah, Secretary General of Hezbollah
18. Dr KH Achmad Hasyim Muzadi, Chairman of Nahdlatul Ulama, Indonesia
19. Sheikh Salman al Ouda, Saudi Scholar and Educator
20. His Highness Shah Karim al Hussayni, The Aga Khan IV, 49th Imam of the Ismaili Muslims
21. His Highness Emir Sheikh Mohammed bin Rashid al Maktoum, Ruler of Dubai, Prime Minister of the United Arab Emirates
22. His Highness General Sheikh Mohammed bin Zayed al Nahyan, Crown Prince of Abu Dhabi and Deputy Supreme Commander of the UAE Armed Forces
23. Sheikh Dr M Sa’id Ramadan al Bouti, Leading Islamic Scholar in Syria
24. His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam
25. His Eminence Professor Dr Sheikh Ahmad Muhammad al Tayeb, President of Al Azhar University
26. His Eminence Mohammad bin Mohammad al Mansour, Imam of the Zaidi Sect of Shi‘a Muslims
27. His Eminence Justice Sheikh Muhammad Taqi Usmani, Leading Scholar of Islamic Jurisprudence, Pakistan
28. His Excellency President Abdullah Gül, President of the Republic of Turkey
29. Sheikh Mohammad Ali al Sabouni, Scholar of Tafsir
30. His Eminence Sheikh Abdullah Bin Bayyah, Deputy-Head of the International Union of Muslim Scholars
31. Her Eminence Sheikha Munira Qubeysi, Leader of the Qubeysi Movement
32. His Eminence Sheikh Ahmad Tijani Ali Cisse, Leader of Tijaniyya Sufi Order
33. Sheikh al Habib Umar bin Hafiz, Director of Dar al Mustafa, Tarim, Yemen
34. Khaled Mashaal, Leader of Hamas
35. Professor Dr M Din Syamsuddin, Chairman of Muhammadiyya, Indonesia
36. Maulana Mahmood Madani, Secretary General of Jamiat Ulemae-Hind, India
37. Sheikh Habib Ali Zain al Abideen al Jifri, Director General of the Tabah Foundation, UAE
38. Sheikh Hamza Yusuf Hanson, Founder of Zaytuna Institute, USA
39. His Eminence Sheikh Professor Dr Mustafa Ceric, Grand Mufti of Bosnia and Herzegovina
40. His Excellency Professor Dr Ekmelledin Ihsanoglu, Secretary General of the Organization of the Islamic Conference
41. General Mohammad Ali Jafari, Commander of the Revolutionary Guard, Iran
42. Dato’ Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, Religious Guide of the Islamic Party of Malaysia
43. Motiur Rahman Nizami, Ameer of the Jamaat-e-Islami, Bangladesh
44. Professor Sayid Ameen Mian Qaudri, Barelwi Leader and Spiritual Guide
45. His Holiness Dr Syedna Mohammad Burhannuddin Saheb, 52nd Da‘i l-Mutlaq of the Dawoodi Bohras
46. Dr Abdul Qadeer Khan, Pakistani Nuclear Scientist
47. Professor Dr Seyyed Hossein Nasr, Islamic Philosopher
48. Abdullah ‘Aa Gym’ Gymnastiar, Indonesian Preacher
49. Sheikh Mehmet Nazim Adil al Qubrusi al Haqqani, Leader of Naqshbandi-Haqqani Sufi Order
50. His Excellency Dr Abd al Aziz bin Uthman Altwaijiri, Secretary General of the Islamic Educational, Scientific and Cultural Organization


Sumber : http://www.omaq.org/v3/

p/s : Nik Aziz pun dalam rangking nie.
READ MORE ...

Kunjungan Hormat GALAKSI

Tuesday, July 20, 2010
Salam.

Ahha. Lewat petang rini, umah sewa kami Asyraf telah dikunjungi oleh geng GALAKSI atau Gagasan Mahasiswa Luar Kampus INSANIAH. GALAKSI ni di bawah naungan Hal Ehwal Pelajar INSANIAH dan Majlis Perwakilan Mahasiswa melalui Biro Penempatan & Tugas-Tugas Khas.

Ramai la jugak yang datang petang tadi. Depa angkut satu van merah Abg Muaz Presiden. Antara yang termasuk dalam rombongan "nikah" tu ialah Abg Mat (Pengerusi BPT), Faiz Arshad (Pengerusi Galaksi), Arif Aiman (Drebar Van Merah), Are-Chap, Hafiz Jamaluddin dan Eisham.

Dalam kunjungan tu, kami dimaklumkan tentang info Galaksi dan hadaf ziarah mereka tu. Mereka dalam proses mengenalpasti kediaman2 mahasiswa/wi INSANIAH di seluruh Alor Setar ni dan mengumpul maklumat yang diperlukan untuk pihak INSANIAH. Bukan nak buat jahat pun, cumanya kmereka akan mudah untuk membantu para pelajar luar kampus jika berlaku sebarang kecelakaan dan masalah2 kebajikan yang lain.

Mereka datang pun dalam 10 minit ja. Mereka bagi sedikit cenderamata untuk kami dan InsyaALLAH mereka akan teruskan kunjungan mereka ke rumah2 yang lain. Asyraf doakan usaha mereka ni mendapat keberkatan dari Allah SWT.



p/s : Abg Mat tu budak rumah kami jugak....
READ MORE ...

Dato Haron Din Mai INSANIAH


Salam.

Hari ni di INSANIAH, Pusat Komuniti buat ceramah sempena Israk Mikraj. Tetamu undangan yang dijemput memang maha dasyat la, bukan senang nak jemput dia mai INSANIAH ni. Beliau ialah Dato Dr Haron Din. Bangga la plak bila dengar nama dia nie. Ialah, semua orang kenal dia, orang Perlis plak tu, kena plak Dato Haron Din tu bekas student skolah Asyraf, nak bangga la Asyraf nie.

Hadirin memang ramai giler la, sampai melimpah ke luar dewan. Perkara biasa yang berlaku. Biasalah, dewan INSANIAH yang dulunya nmpak besar, sekarang dah semakin mengecil selari dengan perkembangan INSANIAH sendiri.

Yang terbaik ialah publisiti program tu. Sama2 buka sem ja, terus nampak iklan pasal kehadiran Dato ni. Memang Pusat Komuniti telah buat perancangan yang terbaik dengan membuat publisiti awal2. Publisitilah yang akan menentukan sambutan sesebuah program. Lagipun dengan aura Dato, cukup guna iklan dari mulut ke telinga, semua orang akan hadir. Biasalah, orang hebat, kita nie sapa la kan?? Setakat AJK MPM, orang tengok buat xtahu je. Hehehe.

Asyraf tengok dari jauh jer. Sebab dewan penuh sangat. Lagipun Abg Nash panggil buat keja promosi plak untuk MPI.



p/s : bercahaya muka dia bila. Muka orang lain kelam jer.


READ MORE ...

Malaikat Kecil Menyampaikan Risalah

Wednesday, July 14, 2010

Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya Islamik yang lain.

Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa menghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun.

Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia"

Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?". "Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah"

"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat"

"Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun"

Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini"

Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?"

Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!"

"Terima kasih Ayah" Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.

Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya.

Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.

Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun
sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.

Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50 tahun.

Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?"

Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit.

"Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.

"Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" Dengan nada yang lembut.

Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya " Ada sesiapa nak bertanyakan sesuatu?"

Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim.

Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini." Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.

"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi".

"Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu"

"Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat". "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik" Itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar".

"Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka.

"Aku tak perlukan itu lagi".

"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu, ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka"

Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir "ALLAHUAKBAR!"

Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.

Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.

Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang.

READ MORE ...

Minggu Penghayatan Islam

READ MORE ...

Rutin Hidup Diteruskan

Salam.

Hari ni Asyraf balik lewat sangat. Jam pun dah 1.36 pagi, tapi masih berjuang di pejabat MPM nie. Hari nie Asyraf ada 3 kelas, tapi sempat masuk 2 kelas ja sebab kelas last Hadith tahlili tadi Asyraf terlewat 5 minit. Kesian, sorang muslimat tu pun terlewat jugak. Ustzah, jangan nangis plak.

Banyak juga kerja Asyraf kena buat. Lepas asar, terus ke kedai banner. Asyraf amik banner kahwin Faiz Izhar dan hantar design streamer Minggu Penghayatan Islam. Kesian, Akkal macam sorang2 ja buat kerja. Asyraf nak tolong pun, Asyraf ada kerja juga.

Malam, ada perjumpaan nuqaba. Ish3, ketua kami tak mai. Rupanya dia balik Perak, sebab dia kena selesaikan kesnya yang tak sudah2 tu. Memang Asyraf respek la dia, berani betul dia buat macam tu. Demi sebuah keadilan, benda macam tu cuma sedikit ja.

Boring2, layan FB, buat design, dengar lagu.

p/s : itulah rutinku. Rutin org lain cmna yer??

READ MORE ...

Jangan Tidur Lewat…

Tuesday, July 13, 2010

Salam

Malam ni Asyraf tidur lewat. Dah jam 2.15 pagi pun. Geng umah sewa pun dah tidur. Kadang2 seram jugak, dengar harimau berdengkur. Haha.

Asyraf kena siapkan silibus untuk Design & Publicity Team. Nak kena hantar pada S/U ATC. Asyraf tak copy paste pun dari mana-mana sumber silibus nie, semuanya Asyraf guna akal sendiri dan ilmu2 yang ada sebab publisiti dalam ATC nie merangkumi publisiti program2 MPM dan persatuan di INSANIAH sahaja. Cumanya kita anggap macam buat program besarlah, so kenalah buat publisiti 1Malaysia Dato Seri Najib Razak tu.

Tadi, Pengerusi Jabatan Nuqaba minta Asyraf buatkan montaj untuk Majlis Pelancaran Halaqah Usrah. Nak guna Khamis nie. Asyraf apa lagi, gtau teruslah pada muslimat tu, Asyraf kata ada tender baru. Ewah2, macam projek besar la plak. Nanti kalo dia dah siapkan, kami bagilah yer…Nanti Asyraf upload kat Facebook dengan Youtube

Keja-keja jugak. Berkhidmat unruk Islam pun, jangan selalu tidur lewat, ok???

p/s : Bila la nak siap silibus nie

READ MORE ...

The Karate Kids. Dah Tengok??

Salam

Tengah kesibukan menyiapkan design2 untuk sahabat2, sempat jugak Asyraf tengok filem baru Jackie Chan nie, The Karate Kid. Best betul, seronok Asyraf tengok. Jalan cerita biasa2 ja, tapi pengisian cerita tu memang penuh dengan pedoman.


Kisahnya budak tu nama Dre Parker umur 12 tahun kena pindah ke China. Mak dia dapat kerja kat sana kot. Sebelum ni dia duk Detroit, kat mana ntah tempat tu. Sampai sana, dia ada pergi ke sebuah taman permainan. Yang seronoknya, kat taman tu ada tempat alat jogging yang selalu ada kt gym tu. Ahaks. Kalo kt Malaysia, comfirm kena kebas dengan pencuri besi buruk.

Kat tempat tu, dia kenal dengan sorang perempuan (bukan muslimat tau!), nama Mei Ying. Mei Ying ada member laki, nama Cheng, kurang ajar betul, suka buli, mentang2 ada kung fu, dia tunjuk cekang, samseng jalanan V3 lagi baik dari dia. Haha. Depa ada gaduh kat taman tu.

Nak dijadikan cerita, 1st time Dre pi sekolah baru dia, rupa-rupanya samseng jalanan V3 tu satu sekolah dengan dia. Aiseyman, nasib baik Mei Ying tu ada sekali, bleh gak depa berc intan-cintun. Sejak dia masuk sekolah tu, memang Dre kena buli selalu. Pi kantin kena buli, pi jalan2 kena buli, pi mana2 pun kena buli.

Last2, dia kenai dengan Pak Cik Han (Jackie Chan). Pak Cik Han ni telah selamatkan Dre dari dibuli oleh Cheng and the gengnya. Pak cik nie sebenrnya dah biasa pi umah Dre, pebaik benda pa tah, shower kot. Pak Cik Han ni ada sejarah dalam hidupnya. Anak dan isterinya dah lama meninggal, jadi dia tinggal sorang2. Jadi solo.

Dre teringin nak jdi macam Pak Cik Han. Dia suruh ajar Kung Fu. Sampai la dia cekap betul dengan kung fu. Pak Cik Han ajar dari semudah2 rutin harian sampai la marhalah (step) yang tertinggi. Sambil2 tu sempat la jugak berpacaran dengan Mei Ying. Haha.

Sampai satu masa, Dre masuk pertandingan kung fu yang macam Goku lawan dalam cerita Dragon Ball tu. Tapi semua lawan dia manusia biasa la, bukan binatang ntah makhluk pa2 macam dalam Dragon Ball tu. Yang dalam Dragon Ball tu semua binatang. Ada ka patut beruang lawan Goku. Ish3. Hehe. Ok2, masuk balik cerita tadi. Dre lawan kung fu, sampai final, dia lawan pembuli dia tu. Lawan best la jugak, lawan tau x sampai pa?? Sampai habis la. Tak kan lawan tak habis2 kot. Hangpa tengok sendiri la yang last tu.



Pengajaran

1. Jangan cari pasal dengan orang. Pengajaran ni Asyraf dapat semasa Dre membalas dendam apabila dia menyimbah air kotor kepada Cheng dan rakan. Last sekali, bukan kepuasan yang dia dapat, tapi dia pulak kena ligan sampai semput badan dia. Siap kena belasah lagi. Nasib baiklah Pak Cik Han ada kat tempat Dre dikepung. Kalau tak, lagi nahaslah budak tu.

2. Pilih untuk bangkit dari kehidupan. Ini dapat Asyraf lihat bila Pak Cik Han tu memilih untuk tidak berada dalam kesedihan lagi bila anak dan isterinya meninggal. Asyraf tak ingat punca kematian tu. Apa pun, dia berusaha jugak untuk meneruskan hidupnya walaupun tak pernah berkahwin selepas itu. Satu lagi bila Dre dia sakit kaki lepas kena belasah waktu semi final kung fu tu. Dia tetap bersemangat nak lawan final walaupun dia sendiri sakit walaupun waktu tu Pak Cik Han plak yang melemahkan semangatnya. Dre seolah-olah nak Pak Cik Han bertanggungjawab sendiri atas kalamnya sendiri yang mengatakan “kita sendiri memilih untuk bangkit ” semasa Pak Cik Han bersedih dahulu

3. Pentingnya sifat kemanusiaan. Asyraf sempat lihat watak member rakan kawan (hu?)Cheng pembuli merangkap samseng jalanan V3 yang tumpang ligan Dre sekali (rujuk nota 1). Dia sempat jugak kesian dekat Dre bila kawan tu habis-habisan kena buli dengan depa semua, walaupun dia “ditarbiah” dengan kata “no xxx, no xxx, no mercy” (lupa la ayat dia)oleh guru tempat dia mengaji kung fu. Time dia berlatih pun, dia tak belasah member sparring dia habis-habisan sebab kesian sangat, walaupun dia dibayar dengan penampar gurunya yang kejam mejam tu. Time lawan dengan Dre semi final pun, ada jugak raut wajah penyesalan taubatan nasuha dan kasihan bila dia ikut cakap gurunya untuk mencederakan kaki Dre tu.


4. Jangan bercinta muda-muda. Alkisahnya, Dre ni baru 12 tahun, kena pindah pi China. Bila duk sana, dia kenal Mei Ying. Satu malam, depa pi festival kebudayaan negara tu lah. Ha, bila dah duk depa dua saja, bukannya tak tau ada pihak yang ke 3. Faham2 ja lah…

5. Pengiktirafan terhadap yang selayaknya. Ini last scene, bila Dre dah menang final. Semua pembuli2 Dre telah menunjukkan tanda hormat (sambil sebut “MASTER”) pada Pak Cik Han yang telah melatih Dre (merangkap mangsa buli depa) sampai Dre sendiri dapat mengalahkan Cheng samseng jalanan V3 tu. Padahal, depa ada guru depa sendiri. Terkejut guru depa tu bila anak2 didiknya buat macam tu kat Pak Cik Han. Itu lah, sepandai-pandai tikus menggerik, perangkap tikus juga yang menang. Hehe3.

Asyraf rasa tak seronoklah kalau Asyraf saja yang bercerita. Asyraf cadangkan, tengok sendirilah cerita tu. Best lah jugak. Tambah2 lagi awal sem, sempat lah tengok. Nanti dah tengah2 sem, payah plak nak tengok filem2 nie.

p/s : Lepas ni cerita apa plak yer???

READ MORE ...

Siapkan Kerja-Kerja Yang Terakhir

Salam.

Asyraf sepanjang cuti 2 hari ni, keja ngadap laptop jer. Bangun pagi, buka laptop. Apa yang Asyraf buat?? Ha, tahu2 je lah. Keja design lah, walaupun Asyraf tak cekap design mcm Abg Sham dengan Fathi tu. Macam2 design jugak lah orang mintak tolong buatkan. Streamer Minggu Penghayatan Islam & Pesta Buku, button badge Sahabat Exco, logo Halaqah Usrah, logo Jabatan Nuqaba. Sikit ja pun, tapi otak ni makin kering jer dengan idea2 baru, internet plak tak dak, guna akal sendiri lah.

Sepatutnya Asyraf bleh siapkan lama dah, tapi nak buat camna, jenis tak buat perancangan, so keja pun jadi bertimbun2, last2 minit baru nak kalut. Asyraf pun baru tersedar hal nie, terus Asyraf catat dalam buka nota kecil Asyraf tu, yang dibeli pada sem 1 dulu.

Asyraf pernah terbaca dalam newsletter Irfan Khairi, jutawan internet tu, dia kata kita kena buat perancangan untuk keesokan hari. Tahu sebab apa?? Sebab kerja kita akan lebih teratur, licin, kemas dan lebih sistematik. Semua ini berlaku kerana kita mempunyai hal2 yang perlu kita selesaikan tanpa kita membuang masa kita. Katanya lagi, luangkan masa 10 minit setiap malam untuk membuat perancangan hari esok, maka kita akan menjimatkan hampir 50% masa kita keesokan hari.

Asyraf dah amalkan sejak tahun 2 lagi membuat perancangan2 sebegini sejak membaca motivasi tersebut dan hasilnya amat menakjubkan. Asyraf dapat meluangkan lebih banyak masa untuk diri sepanjang hari. Relax ja, tak kalut apa dah. Pagi2, sampai INSANIAH, Asyraf settlekan apa yang Asyraf nak buat mengikut yang Asyraf catatkan. Aiwah, selesai kerja, Asyraf dapat menyembang banyak2 dengan kawan. Ahaks ^_^

p/s : Tak percaya?? Buat sendiri lah
READ MORE ...