Followers

Coretan SUKMA Untuk Anda

Saturday, January 8, 2011



Salam.

Hari ni merupakan hari terakhir bagi Sukan Mahabbah yang dianjurkan oleh MPM. Terdapat beberapa acara yang kita pertandingkan, boleh lihat pada post Astraf yang lepas.

Memang penat jugak terlibat dengan SUKMA ni, walaupun cuma rakam ja. Tambah-tambah lagi bila melihat AJK bertungkus lumus mengendalikan SUKMA ni cuma beberapa kerat ja. Biasalah, yang nak main tu banyak, tapi berapa orang sangat yang nak membantu...

Asyraf selitkan beberapa pic street soccer yang berlangsung semalam. Banyak juga team-team yang hebat. Perlawanan memang sengit. Tambahan pula geng SP juga turut hadir lawan sekali. Team MPM ja yang duk kalah. Tak apa MPM, yang penting Mahabbah, bukannya kemenangan.

Ternyata penganjuran SUKMA mampu mengeratkan ukhwah dan saling mengenali sesama warga INSANIAH. Sebelum ni ada beberapa pelajar yang Asyraf tak pernah nampak langsung dalam INSANIH, rupa-rupanya ada. Hairan, INSANIAH ni punya la kecik, tapi tak pernah nampak. Asyraf duk kerap masuk pejabat sangat kot. Hehe..itulah kepentingan "turun padang" sebenarnya....

Keputusan bagi street soccer adalah seperti berikut :

Johan : Team Thai
N. Johan : MTK (Majlis Tindakan Kawasan kot. Hehehe....)
Ketiga : Black Horse

Tahniah bagi yang berjaya. Yang tak berjaya, jangan bimbang, positifkan minda. SUKMA mampu mengeratkan ukhwah sesawa kita. Jangan ketidakpuasan hati (jika ada) semasa SUKMA ini terbawa-bawa sehingga kini. Kukuhkan persaudaraan, eratkan mahabbah, perjuangkan biah solehah. Takbir!!


p/s : Asyraf tak main pun. Ha, jangan lupa komen. Berikan pendapat.

0 orang mengarut:

Post a Comment