Followers

Aktiviti Minggu Ini

Thursday, January 27, 2011
Salam. Sedikit coretan di sini. InsyaALLAH minggu ada dua program besar anjuran MPM INSANIAH iaitu Majlis Perasmian ATC & Sukan Integrasi INSANIAH serta Program Triple T Training anjuran Jabatan Nuqaba bersama MPM.

Kalo diikutkan, ATC ni cuma majlis ringkas dan mudah ja, tetapi memandangkan Sukan Integrasi juga memerlukan kepada program pelancaran, maka ianya disatukan menjadi sebuah program gabungan. Elok la tu, pemantaunya pun orang yang sama. Budget pun dapat dikurangkan. Selamat sikit poket ATC nie. Alaa...bukan ATC nak kedekut, tetapi memandangkan baju peserta ATC pun tak cukup duit, seeloknya berjimat cermat ini adalah jalan yang terbaik.

Setakat ni, ATC memang cukup ramai lah orang join, terutama Design Team. Ada jugak team yang kurang sikit seperti Journalist Team & MC Team. Muslimat ja yang ramai pun. Biasalah, berapa kerat sangat nak masuk bab-bab publisiti dengan MC nie. Bukan semua orang berada berada di barisan hadapan. Hehe. Senmua nak mudah-mudah ja, jenuh la.

Agak kalut jugak persiapan kali ini terutama majlis perasmian lah,. Kena buat adhoc gabungan lah, budget lah, tetapi jika dilihat kepada pengurusan pendaftaran peserta ATC kali ni, ianya lebih kemas dan lebih teratur. Mungkin kerana kita meminta peserta membuat satu pilihan sahaja, so kita tak payah serabut-serabut memilih team untuk mereka. Pada masa yang sama jugak, kita bersedia dengan list pendaftaran dari masa ke masa.

Haaa...masuk bab Triplr T pulak. Ini adalah Triple T pertama yang Asyraf akan join sebab waktu Triple T dulu, Asyraf ke Putrajaya ikut satu conference. Tak tahu lah kemeriahan di dalam dewan besar tu macam mana, dah masuk nanti baru tahu.

Tapi camna nak join, usrah baru berapa kerat buat. Budak-budak usrah pun tak berapa kenai lagi. Keja duk kira program, usrah tak buat, terfitnah plak kepada gerakan dakwah nanti, baru tahu. Ni pun Asyraf tak tahu berapa orang la yang nak jon Triple T nanti, tak pa, nanti akan dirujuk kemudian.

Jom, dah lewat ni, nak tdo. Ok, wassalam....


Ini adalah banner Majlis Pelancaran. Ada 3 pic button badge MAHASISWA PEDULI di situ. Untuk dijual button tu.


Ini adalah banner jadual sukan. Design oleh mentee ATC. Asyraf kagum dengan hasil kerjanya. Alhamdulillah, tak kalut dah lepas nie. Sebelah kiri bawah tu kami buat sebagai logo Sukan Integrasi. Amik yang mana ada ja...

Ini adalah banner Triple T Training. Design oleh mentee Asyraf jugak. Wah, mentee-mentee dah pandai buat banner dah. Baguslah. Nanti belajar buat yang lain plak yer.....

0 orang mengarut:

Post a Comment