Followers

Balik Jenguk Kampung

Friday, April 27, 2012
Salam.

Alhamdulillah, sempat juga untuk pulang ke kampung walaupun cuma seketika. Rindu sangat-sangat dah dengan kampung. Dengan cuaca yang redup, di tepi bukit, berhampiran sawah yang terbentang luas, dengan tanaman pokok macam-macam jenis yang ditanam oleh abah, semuanya memberikan kesenian dalam kehidupan sebuah kampung.

Cuma yang tiada di kampung ialah ayam itik kambing lembu yang Asyraf teringin juga nak bela dan satu lagi bukan kawasan pantai. Kalau kawasan pantai pun best juga. oleh kena angin pantai selalu. Tiap-tiap hari turun main selut cari mentarang. Nak turun jauh-jauh, takut tenggelam, dah la tak pandai berenang. Mau tenggelam, naya aku.


595, no rumah. Terpampang besar macam tu kalau posmen tak nampak, aku tak tahu la....Tak sangka dah ada pokok tebu tepi tu. Memang teringin pun nak tanam tebu. Seronok kunyah, boleh kuatkan gigi.

Di rumah belah kiri tu la Asyraf dilahirkan. Itu kereta Saga abah. Exora dengan Waja biru yang tak berapa nampak tu kereta jiran. Nampak tak motor? Tu motor abah. Dah lebih 10 tahun berbakti pada abah. Abah berjiwa motor, bukan kereta. Kami suka kereta.
.
Sawah padi yang terbentang luas. Luas sangat-sangat. Depan tu jalan raya menghala simpang 4 ke Kuala Perlis dan Alor Setar.

Orang Utan Aji kalau tak tahu di mana lokasi ni, memang jahil murakkab la....simbol kemasyhuran kawasan Utan Aji. Di atas gunung terendah di dunia. Gunung Medan.

Pandai cari??



9 orang mengarut:

  1. IEMAN QAISARA said...:

    hemm,,ni lah kampung utan aji yang best tu?
    boleh tahan..cuma kg.sg.bugis lg cun..^^,

  1. kampung sg bugis xdak gunung. kami ada gunung.

  1. IEMAN QAISARA said...:

    Aik? gunung? perlis ada gunung?

  1. tak tahu ka??? ish3....

  1. IEMAN QAISARA said...:

    selepas tanya sheikh google baru tau wujudnya Gunung Medan. Gunung tu tak femes kot, sebab tu tak tau..*_*

  1. astaghfirullah....yg ada tangki ayaq besaq dgn pencawang tu, tak kan la tak pernah nampak....

  1. IEMAN QAISARA said...:

    Yuppp..^_^

    memang pernah nampak, tapi xtaw pulak tu gunung..ingatkan bukit ja..Tak salahkan?ana sebagai rakyat perlis, cuma tak tau tu gunung ja..heh

  1. IEMAN QAISARA said...:

    Hemm ^_^

    Memang pernah nampak, tapi ana tak tau tu gunung, ingatkan tu sekadar bukit..Tak salahkan? ana sebagai rakyat Perlis tak tau, itu adalah gunung, sebab rendah sangat..hehe

  1. sbb tu ana kata tu gunung terendah di dunia...hehe...kecik ja gunung tu...ada jalan untuk ke puncak, zaman mak ayah kita, mungkin ada cerita zaman depa dlu. katanya dlu tmpat ala gua cenderawasih skrg.

Post a Comment