Followers

Keropok Lekor Beb!

Sunday, June 24, 2012
Keropok lekor Terengganu =)
Beli di Terengganu baru-baru nie. Huhu.



READ MORE ...

Kereta Terbalik

Ini pic di pagi hari Ahad, selepas pulang dari kenduri Ust Hanafi. Kereta VIVA kot, tak pasai-pasai terbalik/. Macam biasa, jalan akan sesak, sebab semua pakat nak tengok.


READ MORE ...

Demi Sesuap Nasi

Semasa berjalan-jalan ke Kuala Kedah baru-baru nie, ternampak seorang pakcik bersama-sama jaringnya yang sangat besar. Tanya pakcik tu, "Buat apa pak cik?" Dia kata "Sauk udang". Hoho...macam ni rupanya sauk udang. Hehe.


Pak cik dah mula nak turun ke laut dah.

READ MORE ...

Ronda-Ronda Tepi Pantai Kuala Kedah

Salam pagi jumaat. Pagi jumaat hari tu, kami jalan-jalan ke KK, Kuala Kedah. Jalan-jalan tengok port mengail. Bawak sama Idzuddin Zubit mai sekali. Dia mai umah 2 hari dah. Tengoklah pic-pic yang ada yea.


READ MORE ...

Jubli Emas Menjamu Ikan

Kami keboringan. Kami datang lagi ke Taman Jubli Emas untuk menjamu ikan. Bukan lekeh makanan yang kami bagi nie. Kuih 4 segi. Bekas tikus makan. Hehe.


READ MORE ...

Kisah As Syahid Syeikh Umar Al-Mukhtar..

READ MORE ...

Ramadhan & Kurma

READ MORE ...

Jalan-Jalan Terengganu

Monday, June 18, 2012
Salam. Jom sama-sama jalan-jalan di Terengganu. Kami ke sana sebab menghadiri kenduri rakan kami iaitu Ust Hanafi. Kami bertolak pukul 11 dan sampai di Kelantan dalam waktu subuh gitu. Kesian fathi, dia drive sorang-sorang sepanjang malam.

Kami bermalam di rumah Faqih dan sempat menjelajah beberapa tempat di Terengganu. Antara tempat kami pergi ialah pantai dan Pasar Payang. Last sekali datang Pasar Payang ini ketika 2006 dulu semasa ke KUSTEM, sekarang dah jadi UMT. Tak beli apa pun, malas keluarkan duit. Datang nak kenduri, bukan nak shopping.


Ini semasa baru sampai di rumah Faqih. Dua di kiri tu driver sepanjang malam, kesian mereka nak rehat. Yang 2 di kanan tu, buat teruk boleh. Hehe.

READ MORE ...

Haji & Politik

Sunday, June 17, 2012

HAJI DAN POLITIK:

Saya tidak menyangka bahawa tulisan saya yang menyebut haji dan pilihan raya secara sepintas lalu menjadi polemik hangat beberapa hari. Saya hanya menyebut bahawa masyarakat Islam kebanyakannya tidak tahu perbezaan di antara wajib mudoyyak dan wajib muwassa' yang tidak ada dalam pelajaran fardu ain.

Apabila Ketua Penerangan PAS, Ustaz Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man membuat kenyataan susulan, beliau menjadi sasaran serangan media Umno yang berpelurukan kenyataan berbagai pihak. Maka Umno tidak mengambil kira musim haji atau musim puasa dan sebagainya, kerana Umno tidak menjadikan Islam itu dasar panduan perjuangannya. Tuan Haji Subky Latif pernah menjadi sasarannya apabila menyentuh perkara ini ketika menjadi Ketua Penerangan PAS Pusat.

Media jurubicara Umno mendedahkan kebebalan mereka berkenaan hukum Islam dan mendedahkan kejahilan pemimpin utama mereka sendiri, seterusnya mendedahkan ada di kalangan tokoh agama termasuk berjawatan mufti, bahawa roh dan jasadnya bersama Umno. Paling malang dan menjadi lebai malang ialah kalangan yang jahilnya murakkab, tidak mengenali ilmu usul feqah dan maqasid syariah.

READ MORE ...

Makan Nasi Arab Lagi....

Saturday, June 16, 2012
Salam.

Selepas pulang dari rumah Pak Ngah Non seperti di entry lepas, terjumpa kawan-kawan rumah sewa yang nak keluar makan di Restoran Mekah berhampiran Tesco. Kalau diikutkan tu, memang dah kenyang sangat, tetapi memandangkan dah lama tak ke restoran ni, ikut jugak lah.

Diorang makan nasi arab ayam dengan kambing ja. Sambil borak-borak. Melepaskan diri setelah berehat sepanjang hari akibat keletihan berniaga malam sebelumnya. Nanti datanglah restoran ni. Berhampiran Tesco. Sapa orang Kedah tak tau, memang wajib buang daerah.


Farahin cover makan. Ceh.

READ MORE ...

Kenduri Kak Lang Pak Ngah Non

Friday, June 15, 2012
Salam.

Ini pic 2 Jun, sehari selepas Himpunan Hijau. Petang 1 Jun ada majlis akad nikah Kak Lang, tapi tak pergi pun sebab ada di stadium. Lagipun tak aulawiyyat petang tu, yang aulanya hari kenduri. Dalam masa setahun lebih ni, kerja kenduri ja family arwah Haji Ismail dan arwah Hjh Salma ni. Cucu-cucu depa menikah habis. Tinggal la yang kami terus membujang. Adoyai. 

Pi kenduri pun macam biasa la tugasannya, kena baca doa. Kena hafal banyak doa lepas nie. Kena mula bermasyarakat. Kena ada tindakan. 

Long Nab kata : "asyik hang baca doa, mai Long Nab plak". 
Kita pun balas : "nanti saya kawen, Long Nab la tolong baca doa."
Long Nab gelak. Hehe.
READ MORE ...

Triple T Corner Mula Bergerak

Thursday, June 14, 2012
Salam. 

Ini antara usaha kami dalam merealisasikan membina jaringan dan jenama Triple T Resources dalam dunia pembangunan tenaga Islam yang cemerlang melalui latihan diri dan motivasi. Kami buka gerai sempena Himpunan Hijau Ke Putrajaya pada 1 Jun yang lepas. Hujan menyebabkan agenda panggang terbantut, ketiadaan tenaga elektrik menyebabkan kami gelap sedikit, tapi dibantu pencahayaan oleh gerai-gerai sekeliling. Semuanya menguji ketahanan dan kemampuan. Benarlah apa yang dikata, dalam perniagaan, kena ada Kuasa Tindakan. Kalau tiada kuasa tindakan, pasti kami tidak tahu pengalaman pertama dan masalah yang akan timbul. Semoga terus sukses!


READ MORE ...

Bantu Gerak Kerja Himpunan Hijau

Wednesday, June 13, 2012
Salam. Penatnya nak menaip. Cukuplah gambar menceritakan sedikit apa yang berlaku. Kami ke Kompleks Batu 9 untuk membantu rakan-rakan yang bertungkus - lumus dalam menjayakan Himpunan Hijau.

READ MORE ...

Solat Di Masjid Datuk K

Salam. Kita sambung balik cerita Cinta Di Pantai Merdeka yang lepas. 

Selepas kami jalan-jalan di Pantai Merdeka, kami singgah solat Maghrib dan jamak di Masjid Muhammadiah. masjid ini adalah sumbangan sepenuhnya dari Datuk Khalid Muhammad Jiwa, suami Dato' Siti Nurhaliza. 

Tak sangka dapat juga singgah ke masjid ini. Pernah tengok dulu dalam akhbar, Datuk K merasmikan masjid ini, tetapi buat tak tahu jea, sebab tak jangka pun nak datang sini. bahagian dalaman masjid ini memang cantik dan mewah. Hiasannya nampak mahal. Ada air-cond pulak tu. Memang kelia lah.

Tapi Asyraf lihat ruang siling agak tinggi. Bagi asyraf agak merugikan kerana ruang yang tinggi tu dapat dibuat satu lagi ruang sebenarnya. Kalau dirujuk plan masjid kat asyraf, Asyraf akan suruh buat tambahan datu lagi tingkat macam masjid langgar, dalam kawasan Kompleks Pas Pokok Sena tu. Sebab ruang di atas itu dapat dimanfaat jika pandai digunakan. Antaranya boleh buat tempat tidur, tempat program, seminar kecil dan lain-lain. So tak lah rugi sangat. Tambah lagi kawasan kampung, boleh tambah sikit macam CC ka, ok lah jugak.
READ MORE ...

The Power Of Photo Manipulation

Tuesday, June 12, 2012



READ MORE ...

Makan Kenduri Padang Serai

Thursday, June 7, 2012
Salam. 

Hari ini 28hb Mei, kenduri rumah Ustazah Rafidah, kakaknya kahwin. Hari sebelumnya, ada kenduri juga di rumah Ustazah hafizah othman, kakaknya juga yang kawen, tapi tak pi pun, sebab juak-juak orang Penang tak balik mai lagi. So tak dak keta lah.

Lokasi kenduri di Padang Serai. Pergghh....dilayan maca VIP beb..sua ayam goreng, sua kek, sua roti jala. Memang sedaplah. Laksa ja yang tak sempat makan. kami sampai pun dah pukul 4 petang, tu pun masih ramai yang datang. nampak sangat banyak tetamu yang dijemput. Huhu.

Kak Mashitah ni kahwin dengan orang Indonesia, lelaki tu memang duk area-area berdekatan nie juga. Syaaban namanya, Macam-macam dugaan juga lah dalam nak mengharungi alam perkahwinan nie. Tambah-tambah berbeza negara. Macam-macam prosedur yang rumit dan susah terpaksa diharungi. tapi Alhamdulillah, semuanya selesai juga akhir.

Semoga bahagia ke anak cucu buat Kak Shitah dan Abg Syaaban.
READ MORE ...

Cinta Kita Di Pantai Merdeka

Salam.

Ni gambar kami geng rumah sewa semasa ke Pantai Merdeka. sebelum itu kami ke kenduri perkahwinan di Padang Serai, Kulim iaitu rumah Ustazah Rafidah. Alang-alang jalan jauh, kami singgah ke sini lah. Ketulan ada ekspo, makin meriahlah suasana pantai di sini. Last sekali datang dahulu semasa cuti SPM, sebelum mula naik form 6. Datang dengan kawan-kawan senior yang ada program. Ini kiranya kali ke dua lah. dulu datang menginap di chalet, pernah naik bot sampai ke Tanjung Dawai. Pernah juga berkayak sampai ke tanjung berhampiran. Wah3...menggamit kenangan....


Mencari asam. Ternampak sumi nie...banyak....
READ MORE ...

Ziarah Mangsa Kemalangan

Salam.

 Ini beberapa gambar semasa menziarahi Faizal Sengkala, student dari Sabah yang kemalangan sekitar pukul 2 pagi. Lokasi ketika ini ialah di HDW, wad yang sama semasa arwah Naqiah ditempatkan di sini. Faizal kemalangan di lampu isyaraf berhampiran PPD Alor Setar dan SMKAK. Sekarang ni, dia sudah dipindahkan ke hospital lama berhampiran stadium. 

READ MORE ...

Syukur, Ini Kaffarah Dosa...

Wednesday, June 6, 2012
Salam. 

Punya rancak nak ke Sentosa, semasa melalui titi sungai yang sebelum simpang masuk ke Sentosa tu, tayar motor ni terhumbam masuk ke dalam lubang jalan raya atas titi tu. Tersentak gila. Memang tak pernah terhentak motor macam tu sebelum nie. Kali ni memang dasyat, dasyat ya amat.

Bila sampai traffik light ke Sentosa tu, bila belok jea, rasa ada tak kena. Berhenti jap. Tengok tayar. Pancit beb. Allahurabbi. Lemah badan. Check punya check, rim retak teruk. teruk sangat. 

Nasib baik ada kedai cina dekat tu yang buka. Bawa la motor tu ke situ, cina tu check, kena tukar baru. Bila tanya berapa harga, dia kata nak tengok dulu. rupanya stok dari kedai lain. Harganya RM180. Pergghh.

Terpaksa terima lah. nak buat macam mana. Takkan nak biar motor tu jea. Kemudian proses bermula. Cina tu keluar beli rim. Kita check duit, tak cukup duit pulak dah! Call Pak Teh, diorang dah bertolak ke Pendang. Call Nash, dia kerja. Last skali tunggu cina tu sampai. Pinjam motor dia pergi bank. Alhamdulillah, dia bagi. Tu pun guna motor Honda C70, honda bulat, jenuh bagi. Biar jea lah. Janji helmet kemas.

Selesai semua, melayanglah RM180. Kaffarah dosa. Cancel pi Sentosa.

READ MORE ...

Jom Lepak!

Salam

Kami datang sebentar ke Taman Jubli Emas di Suka Menanti untuk lihat tapak yang sesuai untuk buka gerai. Gerai Triple T Resources, syarikat kami, sebuah wawasan ummah. Sambil-sambil makan angin, makan ais krim dan bagi makan ikan. Nanti datanglah yea, bagi makan ikan. Ikan kap besar Farahin...


Syafik, Farahin dan Pak Teh

READ MORE ...

Anis Nur Batrisya Yang Over

Salam. 

Lepas tengok TV Hijrah yang telah Asyraf kongsikan pada entry terdahulu, Asyraf singgah ke rumah abang di Taman Guru Jaya. Lama tak jenguk budak kecik anak menakan yang buas muas nie. Dah semakin besar, perangai pun semakin menjadi-jadi. Cakap pun semakin pandai lebih dari professor.  Bergaya dalam bergambar pun lebih dari model.

Ini untuk dikongsikan.



Peace no war...


Senyum sama ja...ish3....

READ MORE ...

Cik Illy Hazwani Masuk TV

Salam.

Lama tak menjenguk blog sendiri. Dah lama tak buka laptop, dah kerja mengadap PC ja. Nak update blog, guna laptop ja, bukan PC. Dah ada PC, tertinggal laptop ni. Kesian dia..

Baru-baru nie pulang sebentar ke rumah menjenguk mak di taman. Rumah taman. Pi rumah satu lagi, sambil-sambil tengok sat Astro. Cerita pasai muallaf kot, dia belajar tentang khat. Duk tak lama, tersedar macam pernah nampak khat ungu yang dalam cerita tu.

Baru teringat, rupanya inilah geng Tv Hijrah yang Ustazah Illy Hazwani UKM beritahu dulu. Dia ada sedikit rakaman bersama Tv Hijrah. Haha. Masuk TV dah, rezeki plak tu, sebab dapat tengok rancangan nie.

Sempat la tangkap gambar dengan menggunakan kamera hanset ni. Tak la clear sangat, tapi nampak la jugak. 



Antara shoot dalam cerita nie.


Ini siapa pun saya tak tahu lah....

READ MORE ...