Followers

Selamat Hari Raya Aidifitri

Monday, August 29, 2011
Salam.

Dengan penuh rasa kehinaan dan kekerdilan diri di hadapan Maha Pencipta, yang juga Maha Pengampun & Maha Penyayang, bersempena hari lebaran yang sangat mulia dan penuh barakah ini, saya mengucapkan

.: SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI:.

::MAAF ZAHIR & BATIN::

kepada semua sahabat-sahabat yang saya kenali dan kasihi. Semoga ikatan ukhuwah yang terjalin akan berkekalan hingga akhir hayat kita.

Merindui sahabat-sahabat di :

Tadika KEMAS, Jalan Long Boh, Utan Aji. (Dah tiada dah tadika tu)

Yang masih segar di ingatan :

(1) Budak sebelah tadika tu. Tak ingat nama.
(2) Azam. Nama penuh tak tahu.
(3) Dua beradik perempuan, comey sikit-sikit. Rumah dapat dikesan, masih ingat sampai sekarang rumah tu.
(4) 2 beradik laki. Masih ingat adiknya buang air besar dalam seluar.
(5) Tak ingat nama. Azlan kot. Partner semasa majlis penutup Tadika Kemas rasanya. Asyraf baca terjemahan, kawan tu baca Surah Fatihah. Allah, rindunya.....
(6) Yang lain tak ingat. Gambar masih ada. INSYAALLAH, kalau sempat, Asyraf uploadkan.

Sekolah Rendah Islam 1, Jln Abi Tok Hashim.

(1) Hafiz Azli. Darjah satu. Kuat makan ayam.
(2) Aizat Jusoh. Nakal gila. Ragas dinding pi bilik sebelah. Bilik tu dah jadi bilik operasi tadika. Kelas kami 1 Abu Bakar dah jadi Tadika.
(3) Amir Riza. Kecik dan kurus. Suka nangis sebab selalu kena buli kerana kekecilannya. Dia pindah ke KULIM kalau tak silap tahun tu jugak. Tak tahu lagi waktu tu KULIM tu jauh mana, tapi diorang kata memang jauh lah. Sekarang baru tahu jauhnya KULIM tu macam mana. Sebab timbalan Asyraf duk sana
(4) Amirul Fahmi. Hitam manis. Dulu sama besar. Terjumpa 3,4 tahun lepas, memang besar lah. Mak ayahnya cerai kot. Pernah nangis sebab Ehsan kata kat dia pasal mak ayah dia. Memang baik dia. Suka jaga kucing.

Ini ja yang Asyraf ingat. Yang lain memang ada, tapi diorang ni tak dak Facebook atau contact langsung.

SMA AL-MAAD.

Ini semua masih ada. Tiada yang ecspecially friends. kawan-kawan rapat masih terus berhubung. Yang bezanya sekarang ialah adayang dah tunang, yang mengaji luar, yang dah bekerja dan yang kahwin, belum ada lagi lah. Yang masih ingat, perjanjian selepas STAM dulu. Kita akan jumpa kembali pada tahun 2019, raya ke 7, umur 30 tahun, tempat Burger Layan. Bawak semua anak-anak dan isteri. Hehe.

Kolej Universiti INSANIAH

Ini pun sama ja. Sama berkawan, tapi jiwa-jiwanya bukan jiwa berkawan biasa, tapi di sinilah lahirnya jiwa-jiwa persaudaraan, perjuangan dan pengorbanan. Boleh kot jumpa jodoh di sini. Oppsss........

READ MORE ...

Berdakwahlah Di Mana-Mana

Friday, August 26, 2011
Salam.

Ini adalah gambar yang dirakamkan semasa Asyraf berada di sempadan Thailand dalam misi Ziarah Ramadhan Ke Thailand. Ini adalah salah sebuah bas yang dinaiki oleh kami. nampak kan pada badan bas itu?

Errmm....jangan kita lupa, kita semua adalah pendakwah. Cuma berbeza caranya. Kita ada bakat, kamahiran, ilmu dan peluang, maka manfaatkanlah sebaik mungkin.

Takbir!!

READ MORE ...

Kisah Imam Tarawikh Asyraf

Salam.

Hari ni hari Jumaat. Hari ini adalah permulaan hari bagi cuti sempena menyambut Aidilfitri yang bakal menjelang tiba. Kebanyakan kawan-kawan Asyraf dah balik ke kampung halaman masing-masing. Mentor-mentor ATC di Johor dan Pahang dah balik masa malam Ifthor ATC tu lagi. Insya ALLAH nanti Asyraf masukkan entry tentang ifthor tu.

Kalau diikutkan, memang kalau boleh nak balik ke Perlis salam 2 hari sebelum raya, tapi kena balik jugak hari ini sebab ada Asyraf ada ifthor tahunan di kampung halaman. Semua adik beradik akan turun, berhimpun bersama sambil berbuka puasa.

Kalau diikutkan, dah 5 tahun rasanya kami buat program tu. Dan dalam 5 tahun tu la, Asyraf kena jadi imam tarawikh, tak pernah missed langsung. Huhu, Ni start dari abah la ni. mai nak ceta sikit.

Time form 6 di MAAD dulu, abah mai sekolah amik Asyraf dengan Anas untuk kuar dari asrama jap. Biasala kan budak asrama. Abah jumpa Cikgu Ishak kot rasanya. Warden yang paling mudah mintak kuar. Dalam perjalanan nak pi tu, abah tanya sekaligus menyuruh, Hehe.

"Boleh jadi imam tarawikh? Malam ni jadi imam na"

"Ha sudah aku.". Termonolog sorang-sorang.

Sampai kat taska @ rumah wan tu, tak dak siapa lagi, Tapi dalam pukul 6 tu, mula keta-keta dari Alor Setar sampai ke Utan Aji nie. Keta besar-besar belaka, kami apa ada? Kancil dengan Proton ja. Tu pun kira ok la, Abg Wadi ada bas. Tak kalut. Haha.

Time duk nak dengar buka posa, terdengar Pak Ndak bertanya kat Abg Wadi.

"Wadi, hang boleh jadi imam satgi?"

Abg Wadi tak dan jawab, terus abah balas.

"Ni Asyraf boleh jadi imam"

Apa pun, start hari tu la Asyraf jadi imam tetap tiap kali ada ifthor. tapi itu dulu, time alim la juga. Time duk sekolah, kadang-kadang tiap-tiap hari jadi imam walaupun masbuk. tapi sekarang ni, style jadi makmum ja. Kadang-kadang surah-surah dalam juzuk 30 pun mudah lupa. Eh, tu pun jangan. Baru ni budak Tahfiz jadi imam kat KUIN, ayat mudah pun dia lupa. Haa...jangan heran plak na?

Apa pun, impaknya memang tinggi la start dari hari tu. Asyraf kena jadi pembaca doa majlis tunang Kak Yanti anak Mak Tam, pastu jadi pembaca doa majlis kahwin Che Yart anak Pak Ngah Non, tak lama majlis kahwin Kak Yanti bulan 11 nanti, kena buat pa la plak. Tapi agak ralat la, tarikh 11.11.11 tu adalah mood exam.

Apa pun, itu baru perhargaan atau amanah di dunia. Tak tahulah bagaimana ke depan nanti. Amanah itu berat. Tambahan lagi dalam keluarga adik beradik Asyraf, hanya Asyraf dan Anas dahaja yang sambung pelajaran di bidang agama. Asyraf Usul, Anas Lughah. Kani mempunyai amanah yang sangat berat.


READ MORE ...

Asyraf Di Rangking 42 Topik Mahasiswa

Thursday, August 25, 2011
Salam.

Semasa berjalan-jalan google di internet, asyraf cuba lihat capaian blog Asyraf dalam google ini. Ternampak link yang agak pelik. Bila di klik, rupa-rupanya web ni dah senaraikan beberapa blog pilihan yang menggunakan diorang punya perisian tu.

So, dalam banyak-banyak blog yang menggunakan perkhidmatan mereka ini, Asyraf adalah antara blog yang terbanyak mempunyai follower melalui networkedblogs.com. Tapi lawak jugak lah, follower cuma 6 orang ja. Ok la tu.

Apa pun, itu dipanggil kejayaan kecil.


READ MORE ...

Jom Join Ifthor ATC

Wednesday, August 17, 2011
Salam.

Jemputan buat semua sahabat mentor-mentor, mentee-mentee dan alumni ATC dari fasa 1 hingga fasa 3 untuk menyertai Ifthor ATC buat julung kalinya. Menu soto ayam. Hehe.


READ MORE ...

Jom Pi Thailand


READ MORE ...

Ramadhan Seantero Alam

Saturday, August 13, 2011















READ MORE ...

Seminar Online Bersama Irfan Khairi


Salam.

Pagi ni Asyraf mengikuti Online Seminar Formula Facebook bersama Jutawan Internet iaitu Irfan Khairi. Best seminar web ini, rasa macam dia berada di depan kita ja. Perkongsian ilmunya memang best ditambah dengan gaya penyampaiannya yang bersahaja.

Nampaknya dakwah pun kena lakukan transformasi sebegini. Berdakwah melalui online.


Irfan Khairi mempromosikan programnya dalam Seminar Web ini


Berkongsi beberapa petua dan teknik perniagaan yang memang menarik


Youtube juga merupakan sebahagian media pemasaran terbaik secara percuma


Gambar diatas menunjukkan seorang individu yang menjadi Salesman terbaik dunia kerana berjaya menjual sebanyak 13 000 buah kereta dalam masa 10 tahun. menarik kan?


Inilah sahaja perkongsian Asyraf untuk hari ini. Jika nak dapatkan maklumat lagi Web Seminar ini, boleh like FB Irfan Khairi dan dapatkan seberapa banyak maklumat dan informasi tentang motivasi, perniagaan dan kewangan. Ok, wassalam
READ MORE ...

Cara Mudah Mencari Muka Surat Dalam Al-Quran Mengikut Juz

Thursday, August 11, 2011

Contoh 1


Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:

5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8

Letakkan no 2 selepas jawapan.

Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82

Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?


Contoh 2


Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:

10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18

Letakkan no 2 selepas jawapan.

Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182


Contoh 3


Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:

23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44

Letakkan no 2 selepas jawapan.

Jadi, juzu 23 adalah pada halaman 442


Subhanallah, memang menakjubkan...


Semua muka surat yg ditemui pasti angka hujung nya dengan 2..


Itulah salah satu mukjizat Qur'an (^_^)


READ MORE ...

Nombor Handset Anda Dah Kantoilah!

Salam.
Baru-baru ini gempar seketika dalam Facebook bila ada maklumat menyatakan no telefon kita mudah diketahui di dalam Facebook sendiri. So, Asyraf cuba ikuti maklumat tersebut dan ianya ternyata benar. Jadi Asyraf buat printscreen untuk maklumat sahabat-sahabat.



Ini adalah antara beberapa Friends yang terkantoi nombor telefonnya.


Ada juga kawan-kawan Asyraf turut terselit di sini


Banyaknya. Senang SB nak cari kalau macam nie.


Macam manalah boleh terkantoi nie?


Banyak kan?
Jadi Asyraf dapat juga beberapa maklumat cara untuk merahsiakan no telefon kita ini dari pengetahuan orang ramai. Jadi di bawah Asyraf tunjukkan caranya.

Mula - mula pilih ACCOUNT
1 . Pilih Privacy Preferences
2. Klik Costumize Settings
3. Tengok bawah sekali, ada terkeluar no fon kita. So pilihlah Me Only.
Semoga apa yang Asyraf kongsikan pada hari ini dapat dimanfaatkan bersama. Bagi yang belum setting balik benda ni, buatlah segera. Kang jadi apa-apa, haru biru nanti. Elak sebelum kena. yang dah baca, kongskan bersama kawan-kawan. Tiada hakcipta dalam berdakwah.

READ MORE ...

Berbaktilah Kepada Ibu Bapa

Saturday, August 6, 2011
READ MORE ...