Followers

Kuliah Ustaz Azhar Idrus Di Surau Perwaja

Sunday, May 27, 2012
Balik dari Klang baru nie, kami terus rehatkan diri di Batu 9. Kumpul tenaga. Malamnya, kami ke surau Perwaja, Gurun kerana ada ceramah Ustaz Azhar Idrus. Orang call untuk bantu kutip derma. InsyaALLAH, bantuan sedikit saja nie semoga mendapat rahmat dari ALLAH Taala.

Sebelum terlupa, nak kongsikan juga, dapat juga bersentuh tangan dengan Ustaz Azhar Idrus walaupun sekejap sangat. Huhu.

READ MORE ...

Road To Klang : Misi Mencari Mesin Button Badge

Baru-baru ni, 18hb Mei, kami geng rumah sewa bergerak ke Klang untuk menjalan misi mencari mesin button badge. Sekarang ni permintaan untuk buat buttib badge cukup tinggi dan boleh tahan. Memang kalau ada event tu, boleh kata ramai juga la yang nak button badge tu. Dengan pelbagai design dan kata-kata yang menarik, memang kena dimanfaatkan lah. 



Kami subuh di masjid apa ntah kat Klang ni. Dekat ja dengan rumah Kak Yana. Biasa sampai hari tu, tapi jenih jugak nak ikut jalan, sebab semua jalan sehala.


Besar kan masjid nie? Luas dan selesa. 

READ MORE ...

Video yg sangat menyentuh Kasih Orang tua kita

Friday, May 25, 2012
Anda sangat bertuah kerana mempunyai ibu dan bapa. Kasihkanlah mereka sepertimana mereka mengasihi kamu.....

READ MORE ...

Adakah kamu sedar akan nikmat di dunia ?

Satu lagi video yang menarik untuk dikongsikan. Suka, seronok, hiba, teruja, sangat terkesan dalam hati. Manfaatkanlah....

READ MORE ...

Jangan Menitiskan Air Mata Kerana Video Ini 2

Terjumpa video ini semasa melayari Youtube. Sungguh terharu dan hiba mendengar kata-kata Dr MAZA. Kata-kata dan intonasinya merupakan satu aset untuk dirinya telah berjaya dimanfaatkan. Jom sama-sama kita dengar motivasi ini.....

READ MORE ...

Tahniah Mak Cik!

Monday, May 21, 2012
Dapat khabar gembira baru-baru nie. 

Seorang rakan yang amat saya kagumi dan hormati sangat-sangat dengan kredibilitinya sejak zaman sekolah, akan bertunang dalam jangka masa terdekat ini. ALLAHUAKBAR. Dia telah menjumpai pilihan hati yang terbaik untuk dirinya. Dia seorang yang hebat, dan Asyraf rasa pilihan hatinya itu juga pastinya sangat hebat untuk memimpinnya. 

Berita ini pun dikongsikan oleh ibunya baru-baru nie. Mak cik itu berkongsilah sedikit tentang kesihatannya yang tak berapa nak baik, kemudian anak-anaknya yang nak praktikal dan nak habis mengaji dah, kemudian dia beritahu tentang anak seorangnya itu dah nak bertunang. Dah selalu sangat bergerak aktif di kampus, meeting sana, meeting sini, dengan beberapa permintaan orang lain untuk dirinya, maka selepas istikharah, dia nampak apa yang ALLAH tunjukkan. Wah3. Mesti hebat kawan tu.
READ MORE ...

Solidariti Staff INSANIAH


READ MORE ...

Trip To Court : Tayar Meletup

10 Mei lepas, Asyraf and the geng pergi ke KL untuk mengikuti keputusan perbicaraan mahkamah tentang 5 OKT yang dihukum gantung semester. Keputusan memihak kepada mahasiswa. Alhamdulillah. Apa pun, ada kisah yang menarik untuk dikongsikan. Tayar van yang kami naik untuk ke sana meletup di tengah-tengah lebuhraya. Huh, gila ngko. Nasib baik tak melambung. Dah la paling laju plak tu. Kira ok la semua selamat. Alhamdulillah....


Inilah tayar yang meletup. Tayar belah depan, bahagian kiri. Ketika ni, rendy yang duduk di situ. Confirm Rendy berat kan?? 


Tapi kalau sedar, kesan tayar pecah ni agak berlainan dan tayar juga dalam keadaan pelik sebab selalunya da ja dawai-dawai yang terkeluar dari tayar tu. Rupa-rupanya itu adalah tayar celup. Tayar tak ori.
READ MORE ...

Tesco Lagi...

Baru-baru ni, keluar ke Tesco dengan Yassin untuk beli sedikit barang untuk keperluan rumah. Pergi lepas zohor, dah rumah panas sangat, kebetulan dia tak kerja kot, dia ajak la ke sana. Errmmm....beli la jugak 2,3 benda untuk rumah. Habis dalam RM50 juga la.

Semasa nak balik, kami singgah sekejap di lokasi Abg Nash kerja. Dia jaga outlet kedai milik budak kuin, sama batch di KUIN, budak Lughah. Boleh tahan. Abg Nash kata bisnes ni, jual ubat lebatkan rambut, tengok ja lekeh, tapi bulanannya, pendapatan sampai RM5000. Kau caya tak? Aku tak caya. Tapi memang itulah nilai bulanannya. Fuh...untung banyak tu....


Inilah kedai yang Abg Nash jaga. Hampir 2 tahun kedai nie. Kira sendirilah kalau setiap pulang paling kurang RM4000. Kalah gaji staff KUIN yang ijazah tu. Hehe


Yassin kata memang betul pun pendapatan tu. Dia kenal tuan punya kedai nie. Biasa berurusan. Dan memang tuan punya kedai tu share dia punya bisnes kat Yassin. 


Ini lah Abg Nash. Kerja sementara di sini. Dia galakkan Asyraf utnuk buka juga kedai macam nie. Sewa ni cuma RM1800, nak kira dengan pendapatan, boleh cover dah. lagipun barangan yang dijual ni, tak banyak tempat. Asyraf kurang berminat ja dengan produk ni. Tentang duit, ok ja =)


Dia tunjukkan kiraan untuk setakat tarikh hari tu. 15hb kot, baru setengah bulan, Tapi tengoklah pendapatannya dah berapa? Banyak kan??


Ini lokasinya. Tepi sekali, dekat dengan eskalator yang turun ke arah tempat makan tu. Lama juga kami sembang di situ, tak larat nak berdiri, kami pun dah la lapar. Nash kena jaga kedai. Tak leh la nak ajak dia.


Singgah makan jap. Mahal bapak. Ambil ayam seketul ja pun, dah RM2. Air Teh Ais dah RM1.70. Huh, standart KL apa. Alhamdulillah, belajar di Kedah, tak la banyak sangat duit yang dileburkan untuk makan hari-hari. 

READ MORE ...

Riadhah Bagi Makan Ikan

Thursday, May 17, 2012
Baru-baru nie, En Haziq ajak kami ke kolam ikan di Taman Jubli Emas. Dia ajak kami jalan-jalan pi sana sambil bagi makan ikan. Wah3. Kami dengan penuh gumbira pergilah ke sana sambil bawa sepeket kuih marie yang agak lama dah. Nak makan pun takut. Kami bagi ikan makan jea lah. Dia nak sakit perut, terpulanglah pada ikan tu.

Pak Teh dengan Haziq panggil ikan mai dekat. Mana la nak dengaq.

Mula tabur kuih marie, pakat berduyun-duyun mai. Besar pulak tu.
Memang puas juga bagi ikan makan di sini. Ikannya besar-besar, macam nak terjun tangkap ja, tapi nak buat macam mana, kalau kita tangkap ikan tu, kita plak kena tangkap nanti. Hehe.

Laksa sedap.
Sebelum kami balik, kami makan laksa penang dulu yang ada di gerai berhampiran. Wah...memang sedap laksa ni. Ada daun pudina, telur rebus sebiji dan ana beberapa hirisan nanas. Bau bunga kantan tu yang menaikkan aroma.

Pak Teh makan dengan lahapnya.

Haziq lagi la kuat makan.

Menyelerakan

Nyum-nyum
Di bawah ni Asyraf sertakan video yang sempat dirakam. Best la jugak. Pak Teh kata "bila la anak-anak nakan nak balik, boleh bawak depa mai jalan-jalan, confirm suka. Nak bawak anak sendiri, tak kawen lagi...." Hehe....








READ MORE ...

Negara Berkebajikan Tawaran PAS

Jom lihat tawaran-tawaran negara berkebajikan tawaran PAS. Semoga rakyat yang semakin cerdik dan matang ini dapat menilai dengan baik tawaran ini. 



1- Kerajaan beramanah, adil dan bersih
2- Masyarakat penyayang , aman dan bersatu
3- Ekonomi mampan, seimbang dan saksama
4- Pendidikan berkualiti, berdaya saing dan boleh capai
5- Perkhidmatan kesihatan cekap, berkualiti dan boleh capai
6- Kebajikan langsung, menyeluruh dan mesra rakyat
7- Keluarga harmoni, bahagia dan bermoral
8- Belia, pekerja produktif, berdaya saing dan terbela
9- Kemudahan prasarana berkualiti, cekap dan bertaraf dunia
10- Alam sekitar segar, terpelihara dan lestari
READ MORE ...

Iman Di Dada Menjadi Perisai

Wednesday, May 16, 2012
READ MORE ...

Hebahkan Pertunangan?

Sunday, May 13, 2012
Orang marah bila sebar(hebah) pertunangan. Kata itu salah di sisi Islam dan sebagainya. Orang persoal kenapa saya kata, hukum tidak patut sebar pertunangan itu bukan qat'ie. Saya pula, sentiasa berpegang bahawa, 'menghebahkan pertunangan' itu hukumnya harus. Tidaklah pula digalakkan, dan tidaklah pula jatuh kepada haram.

( أظهروا النكاح وأخفوا الخِطبة )

Terjemahan: (Zahirkanlah pernikahan dan sembunyikanlah pertunangan).

Hadith ini diriwayatkan oleh Ad-Dailami di dalam Musnad Al-Firdaus.
Tetapi ramai yang tidak tahu bahawa hadith ini berstatus dhaif. Sheikh Al-Albani telah menyebutkan sedemikian di dalam kitabnya Silsilah Ad-Dho’ifah(no 2494) dan Dho’if Al-Jami’ Al-Saghir(no 922).

Ramai pula yang tersalah sangka, menyangkakan hadith di atas adalah hadith riwayat Ahmad daripada Abdullah ibn Zubair RA. Sedangkan, hadith riwayat Ahmad daripada Abdullah Ibn Zubair RA yang sebenar, yang dihassankan oleh Sheikh Al-Albani dalam kitabnya Irwa’ Al-Ghalil, hanya terdapat ayat:
"Iklankanlah pernikahan."

Tanpa menyebut pun: "Dan sembunyikanlah pertunangan."

Jadi, jelas bahawa, hadith tersebut do'if. Jelas kita nampak, yang dihassankan Sheikh Al-Bani pun hanyalah ayat: "Iklankanlah pernikahan." Al-Bani tidak pula menghassankan ayat: "Dan sembunyikanlah pertunangan."
Jelas di sini ya?

Orang akan kata pada saya, hadith do'if boleh juga pakai buat amalan. Betul. Tetapi yang saya belajar, hadith do'if tidak boleh dipakai untuk menetapkan hujah. Jadi, tak bolehlah marah orang yang sebarkan pertunangan, dan berkata bahawa itu bertentangan dengan Islam.

Maka pada saya, hukum menghebahkan pertunangan adalah harus. Buat tak mengapa, tak buat pun tak ada masalah. Ikut keadaan orang. Ada orang, dia perlu hebahkan pertunangannya. Takut ada orang lain mengorat, takut ada kawan pendam perasaan pada tunangnya lama sangat nanti sampai mereng bunuh diri ke apa ke bila tahu rupanya dia pendam perasaan lama-lama dekat tunang kawan dia, dan macam-macam lagi. Ada orang pula, dia rasa dia perlu sembunyikan pertunangannya, kerana takut hasad dengki orang dan sebagainya.

Jadi, benda ini(sebar pertunangan) adalah muhtamalah(optional, pilihan).
Jangan kita selar yang hebah. Jangan kita selar yang tidak hebah.

Menguatkan lagi pandangan saya ini adalah fatwa daripada ahli majlsi fatwa Kuwait, Dr Ahmad Al-Hajji Al-Kurdi, yang menyatakan:
"Maka tidak ada halangan dalam mengisytiharkan pertunangan secara syarak, bahkan ianya adalah lebih utama(untuk diisytiharkan), kerana (hukum) asal bagi tiap-tiap sesuatu adalah harus, dan tidak datang nas yang menghalang (dari berbuat sedemikian)."

Rujukan: http://www.islamic-fatwa.com/fatawa/index.php?module=fatwa&id=4604

Dan begitulah juga fatwa di laman Islamqa yang diketuai Sheikh Muhammad Salih Al-Munajjid:
"Mengenai perbuatan sebahagian kaum Muslimin yang mengiklankan pertunangan serta menzahirkan kegembiraan(dengan mengadakan majlis),serta perbuatan memberi hadiah, adalah merupakan adat yang harus pada asalnya,dan tidak diharamkan ia, melainkan perbuatan-perbuatan yang diberi petunjuk oleh syarak akan keharamannya."

Rujukan: http://www.islamqa.com/ar/ref/20069

Orang melayu ini, dia adabnya lebih. Sebab itu dia lebih cenderung kepada sembunyikan pertunangan. Takut tak jadi katanya. Takut orang dengki katanya. Baik, itu satu alasan yang baik. Tetapi itu tidaklah menukar hukum yang sebenar. Akhirnya, terpulang kepada tuan punya tubuh untuk menilai keadaan diri sendiri bukan? ^^
Bukan orang lain berhak nilai benda itu untuk tuan punya badan yang hebahkan/tak nak hebahkan.

Kita janganlah sibuk compare mana yang lebih baik. Hebah lebih baik, atau tak hebah lebih baik.
Ada situasi hebah lebih baik daripada tidak hebah.
Ada situasi, tidak hebah lebih baik daripada hebah.
Bila bendanya tidak qat'ie, tak bolehlah kita marah kepada orang yang pilih selain apa pilihan kita.
Kecualilah, pilihan orang itu terkeluar daripada landasan syara'.

Saya ada kemungkinan silap di dalam hal ini,
Saya mohon ada yang memberikan teguran jika saya silap.
Actually, saya faham beginilah. Beginilah pegangan saya.
Jadi kalau ada yang benar-benar boleh berikan dalil daripada Al-Quran dan As-Sunnah yang jelas, yang memang qat'ie, silakan. Semoga ini mencerahkan keadaan dan membersihkan pandangan.

Kesimpulan,
saya berpandangan hukum menyebarkan pertunangan pada saya adalah muhtamalah(optional, pilihan), sebar bagi siapa yang rasa keadaannya patut sebarkan. Sembunyikan, bagi sesiapa yang rasa keadaannya patut sembunyikan. 

Sekian.

~ seorang hamba,
Hilal Asyraf
Pelajar Tahun Akhir,
Pengkhususan Usuluddin,
University of Yarmouk,
Irbid,
Jordan.
http://langitilahi.com
http://www.facebook.com/pages/Hilal-AsyrafOfficial/245964752094643


READ MORE ...

Islam Dan Tasik Galillee : Bukti Kebenaran Islam

Pada 27/11/2011 telah genap setahun selepas akhbar harian Kosmo melaporkan beberapa pemimpin Israel mengadakan upacara memanggil hujan. Ia diadakan berikutan kebimbangan Yahudi di Israel terhadap paras air di Tasik Galilee yang dilihat semakin susut. Laporan itu antara lain menunjukkan beberapa orang lelaki Yahudi meniup alat muzik shofar sebelum majlis penyembahan meminta hujan yang diadakan di atas bot di tengah-tengah laut Galilee, utara Israel.


Sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang diterima dari Fathimah binti Qais dalam al-Fitan menyebut :

“Saya telah mendengar muazzin Rasulullah s.a.w memanggil untuk solat. Saya pun pergi ke masjid dan solat bersama Rasulullah s.a.w. Selesai solat, Rasulullah s.a.w naik ke atas mimbar. Nampak semacam bergurau Baginda tertawa dan berkata: “Jangan ada yang bergerak. Hendaklah semua duduk di atas sajadahnya.”

Kemudian berkata: “Tahukah kamu mengapa aku memerintahkan kamu jangan ada yang pulang?”

Kami menjawab: “Allah dan Rasul-Nya yang lebih tahu.”

Rasulullah s.a.w berkata lagi: “Demi Allah aku menyuruh kamu berkumpul di sini bukan ingin menakut-nakuti dan bukan memberi khabar gembira. Aku ingin menceritakan kepada kamu bahawa Tamim Ad-Dari adalah seorang Nasrani, kemudian dia datang menjumpai aku dan masuk Islam. Dia ada bercerita kepadaku tentang satu kisah tentang Dajjal."

"Kisah yang dia ceritakan itu sesuai dengan apa yang telah aku ceritakan kepada kamu sebelumnya. Katanya dia bersama 30 orang kawannya pergi ke laut dengan menaiki kapal. Angin kencang datang bertiup dan ombak besar membawa mereka ke tengah-tengah samudera yang luas. Mereka tidak dapat menghalakan kapalnya ke pantai sehingga terpaksa berada di atas laut selama satu bulan. Akhirnya mereka terdampar di sebuah pulau menjelang terbenamnya matahari. Di pulau yang tidak ditempati orang itu mereka berjumpa dengan binatang yang sangat tebal bulunya sehingga tidak nampak mana jantina dan duburnya."

Mereka bertanya kepada binatang itu: “Makhluk apa engkau ini?”

Binatang itu menjawab: “Saya adalah Al-Jassasah.”

Mereka tanya: “Apa itu Al-Jassasah?”

Binatang itu hanya menjawab: “Wahai kumpulan lelaki, pergilah kamu ke tempat ini untuk menjumpai lelaki macam ini, sesungguhnya dia pun ingin berjumpa dengan kamu. Mereka pun pergi ke tempat yang ditunjukkan oleh binatang itu."

Di sana mereka menjumpai seorang lelaki yang sangat besar dan tegap. Ertinya mereka tidak pernah melihat orang sebesar itu. Dari tangannya sampai ke tengkuknya dikuatkan dengan besi, begitu juga dari lututnya sampai ke telapak kakinya.

Mereka bertanya: “Siapakah anda?”

Orang seperti raksaksa itu menjawab: “Kamu telah mendengar cerita tentang aku. Sekarang aku pula ingin bertanya: “Siapa kamu ini?”

Mereka menjawab: “Kami adalah manusia berbangsa Arab. Kami pergi ke laut menaiki kapal, tiba-tiba datang ombak besar membawa kami ke tengah-tengah samudera luas dan kami berada di lautan selama satu bulan. Akhirnya kami terdampar di pulau yang tuan tempati ini."

“Pada mulanya kami berjumpa dengan binatang yang sangat tebal bulunya sehingga kami tidak dapat mengenali jantinanya. Kami tanya siapa dia katanya Al-Jassasah. Kami tanya apa maksudnya dia hanya menjawab: “Wahai kumpulan lelaki, pergilah kamu ke tempat ini untuk menjumpai lelaki macam ini, sesungguhnya dia pun ingin berjumpa dengan kamu.”

Itulah sebabnya kami datang ke tempat ini. Sekarang kami sudah berjumpa dengan tuan dan kami ingin tahu siapa tuan sebenarnya.”

Makhluk yang sangat besar itu belum menjawab soalan mereka terus sahaja mengemukakan soalan: “Ceritakan kamu kepadaku keadaan kebun kurma yang di Bisan itu,” (nama tempat di negeri Syam).

Mereka menjawab: “Keadaan apanya yang tuan maksudkan?”

Orang besar itu menjawab: “Maksudku apakah pokok kurma itu berbuah?”

Setelah mereka menjawab bahawa pokok kurma itu berbuah, orang besar tadi berkata: “Aku takut pokok itu tidak berbuah.”

Orang besar itu bertanya lagi: “Ceritakan kepadaku tentang sungai Tabarah.”

Mereka menjawab: “Tentang apanya yang tuan maksudkan?”

Lelaki itu menjawab: “Maksudku airnya apakah masih ada.” Mereka menjawab: “Airnya tidak susut.”

Lelaki itu berkata: “Air sungai itu disangsikan akan kering.”

Akhirnya lelaki seperti raksaksa itu berkata: “Kalau begitu ceritakan kepadaku tentang Nabi Al-Amin itu, apa yang dia buat?”

Mereka menjawab: “Dia telah berhijrah dari Makkah ke Madinah.”

Lelaki itu bertanya lagi: “Apakah dia diperangi oleh orang-orang Arab?” Mereka menjawab: “Ya, dia diperangi oleh orang-orang Arab.”

Lelaki itu bertanya lagi: “Kalau begitu apa pula tindakan dia terhadap mereka?” Mereka ceritakan bahawa Rasulullah s.a.w telah mengembangkan dakwahnya dan sudah ramai pengikutnya.

Orang besar itu berkata lagi: “Memang begitulah, padahal mereka beruntung jika taat kepadanya.”

Kata orang besar itu lagi: “Sekarang aku terangkan kepada kamu bahawa aku adalah Al-Masih Dajjal. Nanti aku akan diberi izin keluar, lalu aku pun akan menjelajah dunia ini. Dalam masa empat puluh malam sudah dapat aku jalani semua, kecuali Makkah dan Madinah yang aku tidak dapat memasukinya. Negeri Makkah dan Madinah dikawal oleh para Malaikat, maka aku tidak dapat menembusinya.”

Kata Tamim Al-Dariy lagi, “Rasulullah s.a.w menekankan tongkatnya di atas mimbar sambil berkata: “Inilah negeri yang tidak dapat dimasukinya itu, iaitu Madinah. Saudara-saudara sekalian apakah sudah aku sampaikan cerita ini kepada kamu?”

Mereka menjawab: “Ya, sudah ya Rasulullah.”

Rasulullah s.a.w berkata lagi: “Sememangnya hadis Tamim itu lebih meyakinkan saya lagi. Ceritanya itu bersesuaian dengan apa yang telah aku sampaikan kepada kamu sebelumnya, iaitu tentang Makkah dan Madinah yang dikatakan tidak dapat dimasuki Dajjal. Cuma dia ada mengatakan di lautan Syam atau di laut Yaman. Tidak, bahkan ia dari arah timur. Ia dari arah timur,” kata Rasulullah s.a.w sambil menunjuk ke arah timur. 

Perhatikan pada ayat di atas yang telah dihitamkan. Sungai Tabrah yang disebutkan itulah yang kini dikenali sebagai Tasik Galilee (juga disebut laut). Keadaan 'paras air' di Tasik Galilee ini telah pun disebut-sebut pada zaman Rasulullah SAW jika diperkirakan dari sudut hadith Tamim Ad-Dari ini.

Perhatikan pada ayat di bawah :

Lelaki itu berkata: “Air sungai itu disangsikan akan kering.”

Jelas sekali, Dajjal telah memberitahu kepada 'mereka' bahawa dia (Dajjal) bimbang paras air di Sungai Tabarah (Tasik Galilee) akan kering kerana berdasarkan apa yang telah dijanjikan, Dajjal akan dibunuh oleh Isa Ibn Maryam (Nabi Isa as) yang akan turun setelah keringnya air di tasik itu.

Hendaklah diingatkan bahawa hadith Tamim ad-Dari ini sememangnya terbukti sahih apabila ia diriwayatkan oleh Imam Muslim dan beberapa orang lagi yang tinggi martabatnya dalam Islam. Penulis buku "Membongkar Misteri Dajjal", Muhammad Nurani Maarif memberikan komentarnya berkenaan hadith ini dengan berkata :

Nabi (SAW) tidak hanya memiliki sifat cerdik di dalam memilih kata-kata, bahkan dia adalah seorang yang benar di dalam setiap tutur katanya. Dia membenarkan buah butir perkataan Tamim ad-Dari. Baginda seorang yang amanah dan tidak berselindung atau meninggalkan kata-kata tersembunyi. Baginda berusaha menjelaskan keadaan Dajjal yang dilihat oleh Tamim ad-Dari itu agar ia difahami dengan jelas dan terang.

Saya membaca dan meneliti hadith perihal Dajjal ini (hadith Tamim ad-Dari) secara berulang kali, bahkan melihat riwayat-riwayat yang lain untuk mendapatkan kepastian apakah benar Nabi SAW sekadar menyatakan sesuatu tetapi pada hakikatnya mempunyai makna yang berlainan. JELAS IA TIDAK BERLAKU DEMIKIAN.

Tamim ad-Dari menyebut: :... akulah Jasassah. Tak usahlah kamu bertanya lagi dan hendaklah kamu pergi menemui SEORANG LELAKI yang ada di tempat pertapaan (biara) kerana ia sangat mahu mendengar berita dari kamu. 

Jika Dajjal yang dimaksudkan itu adalah segolongan manusia, kenapa pada ketika itu Nabi Muhammad SAW tidak memotong kata-kata Tamim ad-Dari atau mengubahnya atau menghuraikannya semula dihadapan para sahabat yang khusyuk mendengar buah kata baginda? Adalah sesuatu yang pelik apabila Nabi (SAW) tidak bertangguh memanggil para sahabat yang jauh mahupun dekat untuk mendengar berita ini tetapi hanya diam dan bertangguh untuk membetulkan kesalahan fakta dan huraian tamim ad-Dari (jika ada). Bahkan Nabi SAW meng-ia-kan apa yang ditemui oleh Tamim ad-Dari adalah Dajjal.

....Oleh kerana Nabi (SAW) bersifat amanahlah maka baginda menyampaikan berita yang didengarinya tanpa menokok tambah dan baginda menggunakan laras bahasa yang mudah , terang dan jelas...{5}

Apa yang boleh kita fahami daripada komentar Muhammad Nurani Maarif di atas adalah mengenai logik dan sahih-nya hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Fathimah bin Qais ini.Tidak mampu untuk kita selaku umat akhir zaman cuba menafikan kebenaran, dari petunjuk Nabi SAW ini hanya kerana kita takut menghadapi kemusnahan.

Tasik Galilee kini sedang mengering dengan pantas. Sekiranya diperhitungkan keseluruhan fakta-fakta saintifik yang diperolehi, diperkirakan dengan petunjuk-petunjuk Nabi SAW menerusi hadith-hadith baginda, kita akan dapati bahawa semuanya akan lengkap dalam tempoh 40 tahun saja lagi.

Sebelum kemunculan Imam Mahdi, akan terlebih dahulu munculnya Panji Hitam Dari Timur. Jarak kemunculan di antara Panji Hitam dan Imam mahdi adalah 72 bulan. Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanad daripada Muhammad bin Hanafiah dia berkata ;

"Akan muncul bendera hitam milik Bani Abbas (Bendera Syiah) kemudian akan muncul dari Khurasan bendera lain yang berwarna hitam,tutup kepala mereka hitam dan pakaian mereka putih..."hingga beliau berkata "Jarak antara kemunculannya dengan diserahkannya urusan kepada Al-Mahdi adalah 72 bulan."

Ini bermakna, apabila "Panji Hitam" benar-benar memperlihatkan 'diri'nya maka, umat Islam hanya ada 72 bulan sahaja sebelum menyaksikan pengzahiran Imam Mahdi yang ditunggu-tunggu. Kemunculan Imam Mahdi bakal disusuli dengan kemunculan Dajjal sebelum turunnya Nabi Isa as sebagai One Man To Unite Them All.

Masihkah anda ingat dengan berita kematian Putera Mahkota Arab Saudi, Sultan Abdulaziz yang menggemparkan hampir seluruh umat Islam sedunia? Kegemparan yang berlaku dalam berita kematian baginda Sultan Abdulaziz bukanlah kerana Sultan Abdulaziz itu sendiri, tetapi muncul khabar angin yang mengatakan bahawa pemerintah Arab Saudi yang sedang memegang takhta negara arab itu kini yakni Raja Abdullah telah mangkat. Ramai yang sudah sedia maklum bahawa kesihatan Raja Abdullah sendiri tidak begitu baik sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Baginda Raja Abdullah dikatakan menerima rawatan dari masa ke semasa oleh doktor yang merawat sakit jantungnya.

Apa yang mengejutkan umat Islam mengenai berita khabar angin itu ialah 'khabar angin mengenai kematian Raja Abdullah' itu benar-benar berlaku di saat negara-negara Arab sedang dilanda Revolusi rakyat. Sebahagian daripada para pembaca pastinya sudah faham apa yang cuba saya perkatakan ketika ini. Yang dimaksudkan ialah salah-satu tanda saat pembaiatan Imam Mahdi sepertimana yang telah disebutkan :

Daripada Ummu Salamah, diriwayatkan secara marfu' :

"Akan terjadi perbezaan pendapat ketika wafatnya seorang khalifah. Kemudian salah seorang lelaki penduduk Madinah pergi keluar menuju Makkah. Penduduk Makkah menemuinya, memintanya keluar dari rumah, padahal ia tidak menyukainya. Kemudian mereka membai'ah lelaki itu di antara rukun (Hajar al-Aswad) dan maqam (Maqam Ibrahim). Kemudian datanglah satu pasukan dari Syam untuk memeranginya. Pasukan itu diserang di padang pasir yang tandus, yang terletak di antara Makkah dan Madinah. Ketika orang-orang soleh Syam dan sekelompok orang Iraq mengetahui itu, mereka mendatangi lelaki tersebut dan membai'ahnya (di antara Hajar Aswad dan Maqam Ibrahim). Saat itu muncul seorang lelaki Quraisy yang memiliki garis keturunan daripada pihak ibu Bani Kilab. Lalu lelaki Quraisy itu mengirimkan pasukan untuk memerangi orang-orang yang membai'ah tadi berhasil mengalahkan pasukan yang dikirim lelaki Quraisy itu. Pasukan lelaki Quraisy tersebut bagaikan anjing. Merugilah orang-orang yang tidak menyaksikan rampasan perang Bani Kilab itu. Kemudian lelaki itu membahagikan harta itu. Dia menerapkan sunnah Nabi SAW sehingga Islam menjadi terhormat di muka bumi ini. Lelaki itu (al-Mahdi) memerintah selama tujuh tahun, kemudian wafat dan kaum Muslimin mensolatkannya." 

Mungkinkah kewafatan Raja Abdullah dari Arab Saudi yang dimaksudkan di dalam hadith diatas? Wallahualam bissawab. Berat hati saya untuk menafikannya apabila mengenangkan bumi Arab Saudi itu, adalah lokasi di mana terletaknya bumi suci, Madinah dan Makkah.

Mudah-mudahan kita ditempatkan dikalangan orang-orang yang beruntung. 

INGATLAH BETAPA DEKATNYA KEDUDUKAN KITA (UMAT NABI MUHAMMAD SAW) DENGAN HARI AKHIR DUNIA.


Rajah ini menunjukkan paras air sekarang dan anak panah menunjukkan paras air pada kadar kebiasaan

Gambar penuh Tasik Gallilee.
Lake Tiberias (Sea of Galilee), Northern Israel

READ MORE ...

Nota Hati Buat Lelaki

Thursday, May 10, 2012
Baru-baru nie ternampak sebuah buku rakan. Pahrol Mohd Juoi adalah penulisnya. Tak berminat sebenarnya dengan penulis nie. Ntah kenapa. Nak kata tak popular, popular jugak. Sebab dia laki kot. hehe

Semasa belek-belek buku tu, memang best kisah-kisah dalamnya. semuanya kisah tentang dirinya tetapi sebuah kisah itu dibahagikan ikut perspektif yang berlainan. antaranya dari perspektif seorang anak, seorang suami dan lain-lain. 

Sesiapa yang suka membaca, belilah juga buku ni. InsyaALLAH kalau PTPTN masuk, Asyraf akan beli buku nie. 




READ MORE ...

Tukar Minyak Hitam

Wednesday, May 9, 2012
Minyak hitam sudah kena tukar. Kita tukar di kedai melayu. Best kedai ni. Layanan pun baik, pekerjanya pun ok ja, tak la kekwat sangat. Lokasi seberang Bank Islam Mergong. Boleh mai selalu yea. Sempat suruh dia ketatkan rantai motor. Kendur sangat. Ingatkan payah, senang rupanya. 





READ MORE ...

Hyundai Elantra...

Semasa keluar beli barang di Tesco, kami ternampak pula pameran jualan Hyundai Elantra. Wah, besar punya! Boleh tahan punya kereta. Besar dan bertenaga. Padan dengan hargalah. 

RM93,888

Semoga impian Asyraf untuk mendapatkan kereta-kereta sebegini mencapai impian. Kena positif dalam minda.




READ MORE ...

Tesco Lagi...

Jalan-jalan Tesco pergi beli barang. Alahai, bila la umat Islam nak ada Tesco sendiri ya?




READ MORE ...

Proton Preve Best

Tuesday, May 8, 2012
Jalan-jalan shopping di Tesco baru-baru nie. Ternampak pameran kereta Proton Preve. Memang bestlah Preve nie. Harga pun boleh tahan lah. Antara yang terbaik keluaran Proton. Siapa nak, cer cari harga tengok. Setaraf kereta import.

Model asal Porton Preve

Yasin pulun.

Ramai orang mencubanya. Sebab terpesona kot.

READ MORE ...

Audi Baru!!

Memang perkara biasa, dunia topik perbincangan lelaki antaranya andalah tentang kereta. Kenapa? Sebab itu jiwa lelaki. Kereta juga lambang kemewahan dan juga lambang kejantanan. Yang paling penting, bagi seorang ahli perniagaan, kereta adalah lambang keberjayaan perniagaannya.

Asyraf suka tengok kereta-kereta baru. Pelbagai model baru telah dikeluarkan dari pelbagai jenama. Ferrari, Lamborghini, BMW dan lain-lain. Sekarang sudah ada model baru dari Audi. Ciptaan rakyat Malaysia. Cukup inovatif!!



READ MORE ...

Renungan Buat Wanita

Sunday, May 6, 2012
Saudara dan saudari kaum muslimin dan muslimat

Renungan khususnya untuk para wanita dan diriku sendiri.

Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat
Rasulullah saw menangis manakala ia datang bersama Fatimah.

Lalu keduanya bertanya mengapa Rasulullah saw menangis. Beliau menjawab,

"Pada malam aku di-isra'- kan , aku melihat perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Karena, menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya.

Putri Rasulullah saw kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. "Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih.

Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.

Aku lihat perempuan tergantung kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kalajengking.

Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri.

Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk karena penyakit sopak dan kusta.

Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar,
beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang
rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malikat memukulnya dengan pentung dari api neraka,"kata Nabi saw.

Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka
disiksa seperti itu?

*Rasulullah menjawab, "Wahai putriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.

*Perempuan yang digantung susunya adalah istri yang 'mengotori' tempat tidurnya.

*Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mau mandi suci dari haid dan nifas.

*Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah karena ia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.

*Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka karena ia memperkenalkan dirinya kepada orang yang kepada orang lain bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya.

*Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya diulurkan ular dan kalajengking padanya karena ia bisa shalat tapi tidak mengamalkannya dan tidak mau mandi junub.

*Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta. Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami."Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis.

Dan inilah peringatan kepada kaum perempuan



READ MORE ...

6 Wanita Yang Tidak Boleh Dinikahi


Rasulullah ada memesan pada kaum lelaki, Janganlah engkau kahwini wanita yg ada 6 sifat ini.Tau apa dia 6 sifat yg Rasullah pesan pada kaum lelaki? .Pada kaum wanita ketahuilah 6 perkara ini agar kita tak terjerumus dalam mana2 sifat yg ditegah ni.Mohon la pada Allah agar sentiasa dlm peliharaannya.

>> Wanita Hananah iaitu wanita yg tak pernah tak pandai nk bersyukur <<
Dia tak bersyukur dgn jodohnya dan kufur dgn nikmat perkahwinan yg telah ditentukan.

>> Wanita Hadaqah iaitu wanita yg suka memaksa serta mengikut nafsu <<
Wanita jenis ini sangat mementingkan diri sendiri.Mereka suka membeli barangan mengikut kehendak nafsu.Jadi dia akan memastikan serta memaksa suaminya utk membeli barangan tersebut demi kepentingan diri sendiri.

>> Wanita Syadaqah iaitu wanita yg suka membebel <<
Wanita jenis ini suka membebel dan bercakap banyak walaupun benda tu tak penting.Membebel tanpa mengira waktu.Akibat terlebih banyak membebel maka selalunya apa yg dikerjakan tak menjadi.Hanya tau komen saja.

>> Wanita Mananah iaitu wanita yg suka membangga diri serta mengungkit <<
Wanita jenis suka mengungkit walaupun pada benda2 kecil.Serta membanggakan diri walaupun dihadapan suaminya.

>> Wanita Ananah iaitu wanita yg banyak komen <<
Wanita ini memang patut dijauhi oleh kaum lelaki.Kerana wanita jenis ni akan komen apa saja.Baginya ada saja kesalahan yg dilakukan oleh oranglain walaupun suaminya sendiri.

>> Wanita Basaqah iaitu wanita yg suka menunjuk-nunjuk serta suka dipuji <<
Wanita jenis ini gemar menghias diri tetapi bukan utk dirinya atau suaminya.Tetapi utk dipertontonkan pada oranglain utk tujuan menunjuk-nunjuk serta utk mendapatkan pujian.
READ MORE ...

Anda Nak Jadi Apa?


1. Nak jadi hamba Allah yang terbaik? 

Kena sedar, takut dengan tindakan2 jahat. Semua amal soleh adalah positif. Sekali ada buat jahat, itu boleh jadi punca dia masuk neraka.
Nabi kata, nanti akan jumpa di akhirat manusia yang amal dan pahala dia setinggi gunung, Allah akan jadikan semua ni seperti habuk. Sahabat minta nabi terangkan sapa mereka ni. Mereka adalah dari saudara kamu, keluarga kamu, solat malam juga, tapi mereka bila buat sesuatu, fikir x ada orang lain boleh tengok dia, dia buat dosa, maka amal2 dia terhapus. 
Satu amal jahat boleh hapuskan amal2 kebaikan.

2. Nak jadi yang paling kaya? 

Nabi kata, redhalah dengan apa yang Allah beri, kamu akan jadi orang paling kaya. 
Selalu lah tengok yang di bawah, yang lagi teruk. Lebih rasa tenang.
Kisah urwah b zubair. Bayangkan, dulu x ada anaesthetic. Dia ni yang suruh orang potong kaki dia masa solat. Apa perasaan dia, dengan anak dia baru mati, disuruh potong kaki. Dia doa, dulu ada 4 kaki dan tangan, tapi kau amik 1, aku ada lagi 3, ada 4 anak, tapi amik 1, ada lagi 3, Alhamdulillah. Dia tengok apa yang Allah bagi.

3. Nak jadi orang beriman yang sebenar? 

Muliakan jiran kamu, kamu akan jadi mukmin sejati.
Ada sahabiyah yang solat malam, puasa, tapi ganggu jiran dia. Nabi kata, dia ni kat neraka.
Orang x beriman bila dia tidur kenyang, tapi jiran dia kelaparan.
Abu Hanifah ada jiran mabuk. Orang tu selalu ganggu dia. Orang tu masuk penjara, dia p ziarah. Orang pelik. Abu hanifah kata, dia jiran aku, dan dia ada hak.

4. Rahsia menjadi Muslim sejati?

Sayang orang lain apa yang kamu sayang untuk diri kamu. Cintakan mereka sampai syurga. Kalau x nak mereka masuk syurga, then x sampai lagi tu. Sentiasa fikir camna nak orang lain masuk syurga juga.
READ MORE ...

Hadiah Sepasang Mata Buat Pemuda


Di kota khurasan,ada seorang pemuda yg sangat kacak bernama Malik.Selain mempunyai wajah yg kacak,Malik juga terkenal dgn syairnya yg indah dan mengasyikkan.


Setiap hujung minggu Malik akan memperdengarkan syairnya di sebuah pasar di Khurasan.

Penduduk Khurasan tidak mengira usia akan memenuhi tempat Malik bersyair.Mereka sangat teruja dengan syairnya.

Pujian yg diterima oleh Malik drpd penduduk Khurasan menyebabkan timbulnya perasaan riak dan bangga dalam diri Malik.

Beliau hanya bergaul dan berkawan dengan golongan org kaya dan atasan sahaja.Beliau langsung tidak mempedulikan golongan miskin.

Pada suatu hari Malik ingin keluar ke kota Khurasan utk membeli- belah dan bersiar-siar.

Beliau menghias diri dgn memakai pakaian mahal dan cantik lalu keluar menuju ke kota.

Setiap org yg ditemuinya dlm perjalanan ke Khurasan akn memuji ketampanan Malik serta pakaiannya yg mahal dan cantik.

Ketika sdg berjalan di kota Khurasan ,tiba-tiba Malik terpandang seorang wanitayg sangat cantik.

Dia tidak pernah melihat wanita secantik itu seumur hidupnya.Hatinya sangat tertarik dan keayuan wanita itu.Beliau merasakan wanita cantik itu amat sesuai dgn dirinya yg tampan.

Malik mengambil keputusan utk mengekori wanita itu secara diam-diam.Wanita itu tidak menyedari yg dia diekori oleh Malik.Setiap kali wanita itu menoleh belakang,Malik akan segera bersembunyi di sebalik dinding.

Kemudian dia akn terus mengekori wanita itu.

Namun akhirnya wanita itu perasan juga yg dia diekori oleh Malik.Wanita itu terus berhenti dan menoleh ke belakang dan berkata,

"Wahai org yg mengekori aku,kenapa kamu mengekori seorang wanita sepertiku?Perbuatanmu itu salah.

Tidakkah kamu takut dgn dosa dan balasan Allah atas kelakuanmu itu?"

Malik langsung tidak mempedulikan nasihat wanita itu.Beliau bangga kerana wanita itu menyedari kehadirannya.

Pada fikirannya,wanita itu tentu akan berbangga kerana diekori oleh seorang lelaki yg paling tampan di Khurasan.

Malik terus mengekorinya lagi.

Apabila menyedari dirinya masih diekori,wanita itu terus berkata kepada Malik,"Apa yg kamu mahu drpd aku?Adakah kamu tertarik dgan pakaianku yg cantik atau adakah kamu tertarik dgan wajahku?

Jika disebabkan itu kamu mengekoriku,esok aku akan mengurungkan diriku di dalam rumah agar tidak timbul fitnah."

Malik tersenyum mendengarnya lantas menjawab,

''Wahai wanita yang cantik jelita,sebenarnya aku mengekorimu kerana aku amat tertarik dengan sepasang matamu yg sangat cantik.Tidak pernah aku melihat mata secantik itu.

Jika kamu tidak keberatan,izinkan aku merenung matamu yg cantik itu."

Mendengar kata-kata Malik,wanita itu membalas,

''Rupanya kamu tertarik dengan sepasang mataku ini.Kalau begitu kamu tunggu disini sebentar."

Wanita itu terus beredar meninggalkan Malik.Malik menyangka wanita itu sudah tertarik dengannya.Dia berasa sanggat gembira.

Tidak lama selepas itu,seorang wanita lain datang menemui Malik.Wanita itu memberikan sebuah kotak kecil kepada Malik.

''Tuan,ini adalah hadiah daripada wanita bermata cantik itu.Harap tuan gembira dengan pemberian ini."

"Malik mengambil kotak itu dan membukanya.Alangkah terkejutnya Malik apabila mendapati ada sepasang mata didalam kotak itu.

Hampir pengsan Malik dibuatnya.Dia bertanya kepada wanita itu,

''Mata siapakah ini?Kenapa ia diberikan kepadaku?"

Wanita itu menjawab,

"sebenarnya tuan,mata itu adalah kepunyaan wanita cantik yg tuan ekori tadi.

Dia memberikan kepada tuan kerana takut matanya yg cantik itu membuat lelaki tertarik kepadanya dan lalai kepada Allah.Dia tidak mahu menanggung dosa itu.

Sekarang wanita itu sudah meninggal dunia.

Mendengar kata-kata wanita itu Malik mula berasa insaf.Malik terus menangis dan bertaubat.

Semenjak peristiwa itu,Malik berubah menjadi manusia yg taat dan kuat beribadah kepada Allah s.w.t.


READ MORE ...