Followers

Hujung Minggu Bersama PERTEMU

Sunday, July 31, 2011

Salam.

Allahuakbar, dah lama Asyraf tak menulis di blog sendiri. Tiada kesempatan nak menulis. Yang sempat Cuma update dengan beberapa picture, iklan, poster dan video sahaja. Itu ja yang termampu.

Asyraf baru pulang dari Naka, sempena Training Programming Camp anjuran PERTEMU. Kem yang baik, cetusan idea yang menarik, jawatankuasa pun hebat-hebat belaka. Asyraf ke sana pagi Jumaat, rancangnya nak ke sana pada Jumaat, tapi memandangkan ada kerja yang tak selesai, maka terpaksa tangguhlah.

Asyraf dijemput ke program ni pada bulan 3 lagi atas kapasiti sebagai Pengarah ATC. Pengarah program pulak ialah mentor ATC Publicity Team, iaitu saudara Firdaus Sukri sendiri. So, walaupun agak sibuk, kena hadir jugaklah sebab dah berjanji nak hadir dah. Takkanlah senang-senang nak tolak kan, kita dah amanah, kena tunaikanlah.

Dalam program ni, diorang belajar tentang latihan program. Bermula tentang kertas kerja, terus dengan pembentangan unit. Lepas tu, diorang kena praktikal terus. Tugasnya mudah ja. Buat program Malam Kebudayaan Dan Kesenian Islam. Terkejut beruk diorang tu. Belajar baru setengah jam, kena buat program.

So disitu, bermulalah segala episode suka dan suka. Macam-macam masalah yang dihadapi. Masalah masa lah, penceramahlah, jemputanlah. Semua tu memberikan 1001 tekana kepada peserta, tambah-tambah lagi ketua dan timabalan unit.

Bila selesai malam tu, terus kitorang buat post mortem. Macam-macam masalah. Itu tak kena, ini tak kena. Asyraf sebagai moderator, memang nak diorang rasai sebegitu. Kalau kena marah, ditengking, dimaki, semua itu adalah perkara biasa dalam berprogram. Perkara itulah yang mematangkan diri sebenarnya. Kesian jugak dekat timbalan protocol malam tu, dah menangis rasanya dia tu. Tertekan, bila pakat menyalahkan Unit Protokol apabila majlis dalam keadaan kelam kabut.

Asyraf sempat beri nasihat. Antaranya berkongsi cerita tentang Asyraf jadi ketua Unit Protokol dalam MSR dulu. Habis post-mortem, timbalan ana menangis, tertekan bila orang pakat salahkan unit kami sedangkan dia dah macam lipas kudung dah bergerak ulang alik dari blok B, Blok C, dewan dan pejabat pentadbiran. Biasalah. Perempuan. Asyraf ok ja.

Satu lagi tentang handset. Semua peserta meraung-raung minta hanset dikembalikan. So Asyraf beritahulah, jangan kita jadikan handset satu kelemahan untuk umat islam. Nak cerita panjang la plak, cukuplah share dengan budak-budak tu.

Kawan-kawan. Sebagai nasihat buat semua yang join TPC tu, janganlah kita fed-up dengan tekanan yang ada dalam program. Ingatlah, kita akan mendepani masyarakat. Bekerja di alam pekerjaan yang penuh dengan cabaran. Jadi, melalui program lah kita belajar menghadpai cabaran-cabaran ini. Biarlah kita susah sedikit dalam proses belajar ini. Kelak ianya akan membantu anda.


Beberapa peserta TPC. Sedikit muslimin, tetapi itulah yang berkualiti.

Asyraf bersama pengarah program, saudara Firdaus Sukri.

Ustazah yang malu-malu la kononnya. Hehe.

Penceramah jemputan. Datang sebagai mderator. Tengok-tengok kena ceramah terus. Haha.

Bergambar bersama jawatankuasa TPC.
READ MORE ...

Isu Kuin: Sokongan dari Mahasiswa Nasional

Thursday, July 28, 2011
READ MORE ...

Utusan : Kemelut Kuin Kian Meruncing

ALOR SETAR 27 Julai – Kemelut pentadbiran Kolej Universiti Insaniah (Kuin) yang berada di bawah kerajaan Pas Kedah semakin meruncing apabila lebih 300 pelajarnya di sini mengadakan perhimpunan aman hari ini.

Perhimpunan itu bagi menuntut pengurusan kolej menggugurkan tindakan tatatertib terhadap enam penuntutnya yang terlibat dalam demonstrasi menentang pengambilalihan bangunan tahfiz di sini baru-baru ini.

Perhimpunan selama lebih sejam itu turut menuntut pentadbiran Kuin yang diketuai Rektornya, Prof. Datuk Dr. Jamil Osman agar lebih menghormati hak dan kebebasan bersuara pelajar serta prihatin menyelesaikan kebajikan pelajar.

Para peserta perhimpunan itu berkumpul di hadapan pejabat Hal Ehwal Pelajar Kuin pada pukul 2 petang sebelum berarak kira-kira 100 meter ke pejabat rektor bagi menyerahkan memorandum kepada pihak berkenaan.

Mereka melaungkan kata-kata semangat sambil membawa kain rentang dan sepanduk bagi menyuarakan tuntutan tersebut sebelum bersurai meninggalkan kampus.

Sekumpulan 15 pelajar yang mewakili pertubuhan mahasiswa nasional turut hadir bagi menyatakan sokongan terhadap tuntutan pelajar Kuin itu.

Mereka terdiri daripada Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (Gamis), Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami), Malaysia Youth and Student Democratic Movement (Dema), Pro Mahasiswa Nasional (Pro MN), Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (Karisma), Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN), Legasi Mahasiswa Progresif UPSI (LMP) dan Aksi Mahasiswa Peduli.

Pengerusi SMM, Ahmad Syukri Ab. Razak berkata, satu memorandum turut disediakan untuk diserahkan kepada pentadbiran Kuin berhubung masalah yang dihadapi oleh rakan mereka di kolej universiti itu.

Katanya, Memorandum Selamatkan Idealisme Mahasiswa itu ditandatangani oleh 2,005 mahasiswa dari Lembah Klang yang antara lain membantah tindakan Kuin mengenakan tindakan tatatertib terhadap enam penuntut Kuin.

“Ini sebagai langkah terakhir di peringkat mahasiswa dalam menuntut pertimbangan budi bicara rektor Kuin sebelum langkah seterusnya diambil,” katanya ketika ditemui pemberita selepas demonstrasi tersebut.

Ahmad Syukri turut kesal kerana kerajaan Pas Kedah seolah-olah lepas tangan sedangkan masalah berkenaan boleh dipermudahkan secara rundingan.

Katanya, tindakan tatatertib yang dikenakan kepada enam pelajar terbabit tidak wajar dan seolah-olah menunjukkan kesalahan dilakukan mereka amat berat sedangkan demonstrasi yang dilakukan hanya untuk menyuarakan pandangan mahasiswa.


Sumber : Utusan Online
READ MORE ...

Isu KUIN : Wacana Khas Bersama Prof. Dr. Abdul Aziz Bari

Tuesday, July 26, 2011

Bersama Prof. Dr. Abdul Aziz Bari, pakar perlembagaan dalam membincangkan isu 6 mahasiswa yang digantung pengajian,
READ MORE ...

4 Tuntutan Prihatin

READ MORE ...

Kami Mahasiswa Prihatin

Monday, July 25, 2011
Jom semua mahasiswa. Dengarkan isu-isu semasa. Adakah anda prihatin??
READ MORE ...

Isu KUIN: Siswa buat petisyen, konvoi jumpa MB

Thursday, July 21, 2011
Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) akan mengadakan petisyen bagi mengutip sokongan mahasiswa, tokoh akademik, NGO dan ahli politik sebagai tanda bantahan terhadap hukuman gantung pengajian dan denda yang dijatuhkan ke atas enam mahasiswa Kolej Universiti Insaniah (KUIN) Kedah.

Menurut Pengerusi SMM, Ahmad Syukri Ab Razab (kanan) tindakan itu diambil kerana setelah hampir dua bulan, rayuan dikemukakan, namun isu berkenaan belum selesai.

“Solidariti Mahasiswa Malaysia amat kesal dengan apa yang berlaku terhadap enam sahabat mahasiswa KUIN yang dikekalkan hukuman tatatertib ke atas mereka. Hanya kerana mempraktikkan ruang-ruang demokrasi, mereka dikenakan hukuman tanpa budibicara.

“Walhal rata-rata mahasiswa yang terlibat adalah pemimpin pelajar dan tidak pernah memiliki rekod kesalahan tatatertib. Lebih menarik, jika diteliti mahasiswa yang dihukum tersebut memiliki rekod kepimpinan dan akademik yang cemerlang,” kata Ahmad Syukri.

Dalam perbicaraan tatatertib pada 25 Mei lalu, enam mahasiswa kolej itu dijatuhkan hukuman gantung pengajian dan seorang dari mereka dikehendaki membayar denda.

Semua mereka didakwa di bawah kesalahan Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) kerana menyertai demonstrasi, memberikan ucapan di hadapan orang ramai menggunakan pembesar suara di sudut pidato dan mengadakan sidang akhbar berhubung bantahan pembukaan Sekolah Insan Bestari yang menggunakan bangunan tahfiz.

Petisyen bersama

Menurut Ahmad Syukri, SMM membantah hukuman dan pertuduhan yang dikenakan ke atas mereka kerana berpendapat sebarang tindakan tatatertib itu menyekat kebebasan mahasiswa untuk berpatisipasi dalam lapangan demokrasi.

“Oleh itu sebuah petisyen bersama akan dilancarkan bermula 21 Julai ini bagi mengutip sokongan mahasiswa, tokoh akademik, NGO dan ahli politik sebagai tanda bantahan terhadap hukuman yang dijatuhkan ke atas enam mahasiswa terbabit.

“Petisyen ini akan digerakkan oleh gabungan pertubuhan mahasiswa yang bersatu di bawah nama Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) seperti Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (KARISMA), Pro Mahasiswa (Pro M), Aksi Mahasiswa Peduli (AKSI), Legasi Mahasiswa Progresif (LMP), dan Malaysia Youth And Student Democratic Movement (DEMA).

“SMM mensasarkan untuk mengutip 1000 tandatangan sebagai jumlah minimum melalui petisyen tersebut,” katanya.

Selain itu, katanya, SMM juga akan mengadakan konvoi ke KUIN dalam masa terdekat yang akan disertai oleh pimpinan barisan mahasiswa daripada Lembah Klang.

Konvoi tersebut antara lain meletakkan objektif ingin mengadakan pertemuan dengan pihak Rektor KUIN sekaligus menyerahkan petisyen yang telah dikumpulkan.

Terus ke MB

penang kedah timber logging azizan abdul razak 310708 02

“SMM juga akan menyerahkan petisyen tersebut terus kepada Menteri Besar Kedah selaku Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah KUIN. Seperti tuntutan yang diutarakan sebelum ini, SMM memohon campur tangan Menteri Besar Kedah untuk memberi konsultasi kepada Rektor KUIN mengenai prinsip menghormati demokrasi yang menjadi teras pentadbiran Pakatan Rakyat Kedah,” katanya.

Ahmad Syukri berkata mahkamah perlu dijadikan pilihan terakhir oleh enam mahasiswa terbabit kerana proses itu akan menyebabkan keadaan menjadi lebih rumit dan melibatkan kos yang besar.

“Isu ini yang sepatutnya boleh diselesaikan secara mudah melalui kuasa budibicara akan menjadi sukar apabila diheret ke mahkamah... (Bagaimanapun) SMM bersedia menyediakan konsultasi guaman sekiranya enam mahasiswa terbabit nekad untuk mencabar isu ini di mahkamah,” katanya.

Pelajar yang dikenakan tindakan itu adalah Mohd Faiz Mohd Arshad yang digantung dua semester manakala Mohd Aiman Che Ab Razab, Zukhilatif Marzukhi, Mohd Azlan Mat Zain dan Ahmad Remi Md Arof, digantung satu semester dan diberi surat amaran.

READ MORE ...

MPM KUIN Akan Bersama-Sama 6 Mahasiswa

Assalamualaikum Warahmatullah &,
Selamat Sejahtera,
Mahasiswa/wi Kolej Universiti INSANIAH,

Majlis Perwakilan Mahasiswa KUIN bertegas akan bersama-sama enam mahasiswa yang dikenakan tindakan tatatertib akibat menyertai himpunan anjuran Kuliyyah Al-Quran pada April yang lalu. Saya ingin menegaskan bahawa himpunan itu diadakan atas tujuan menuntut hak dan empat orang daripada mereka yang dikenakan tindakan tatatertib itu adalah ahli mesyuarat Majlis Perwakilan Mahasiswa. Keempat-empat mereka menyertai himpunan tersebut adalah sebagai wakil MPM yang bertanggungjawab keatas kebajikan pelajar.

Hari ini seperti yang kita semua maklum, hukuman keatas enam mahasiswa terbabit dikekalkan walaupun sudah melalui proses rayuan. MPM akan berusaha membantu keenam-enam mereka mendapat pembelaan yang sewajarnya walaupun terpaksa melalui proses mahkamah. Kebajikan yang di perjuangkan oleh MPM pada kali ini kepada semua mahasiswa, bukan kepada pihak-pihak tertentu sahaja, walaupun mereka itu dari ahli keluarga MPM sendiri. MPM tidak akan membiarkan kebatilan yang ada dalam pengurusan kolej yang melibatkan kebajikan pelajar disenyapkan begitu sahaja. Kita akan berterusan menuntut hak kita sehinggalah ia terlaksana.

Hari ini kita amat kecewa dengan sikap pentadbiran yang seolah-olah menyekat kebebasan untuk mahasiswa bersuara. Berucap disudut pidato menjadi satu kesalahan sekiranya tidak mendapat keiizinan daripada Hal Ehwal Pelajar dan dikenakan syarat untuk berpidato mestilah didalam dua bahasa iaitu Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris. Inilah yang dikatakan menyekat kebebasan bersuara. Kenapa perlu diletakkan syarat sekiranya pentadbiran benar-benar telus dan prihatin terhadap kebajikan pelajar.

Semalam selepas selesai berucap di sudut pidato, saya dipanggil untuk berjumpa dengan timbalan Dekan HEP, setelah berbincang panjang saya diminta untuk berjumpa dengan Ustaz Baihakhi Pengarah HEP dan seterusnya dibawa untuk mengadap Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik Prof.Zakaria Bin Man. Hampir satu jam menunggu tidak ada sebarang perjumpaan kerana Prof. Zakaria sedang bermesyuarat ketika itu. Kenapa sampai perlu begitu sekali, hanya berucap disudut pidato menyampaikan tazkirah ilmiah masih perlu mendapat kebenaran. kenapa pentadbiran tidak turut menggunakan sudut pidato yang sama untuk menjelaskan permasalahan atau isu-isu yang berkaitan kebajikan pelajar. MPM menyarankan kepada pihak pentadbiran agar menggunaka sudut pidato untuk memberi penjelasan mengenai masalah-masalah yang melibatkan kebajikan pelajar. MPM sebenarnya tersepit ditengah-tengah antara pentadbiran dan pelajar. Sekiranya permasalahan yang disuarakan tidak diendahkan, mahasiswa akan beranggapan bahawa MPM tidak melaksanakan tugas sebagai perwakilan pelajar, sedangkan kita sudahpun membawa suara mereka kepada pentadbiran kolej.

Saya meminta kepada semua mahasiswa/wi KUIN untuk sama-sama membuka mata, dan mengambil cakna terhadap permasalahan yang berlaku didalam kolej, janganlah kita hanya sekadar menjadi pak hangguk dalam semua perkara kerana kita mempunyai hak sebagai pelajar yang dikenakan bayaran kepada pihak kolej. Saya juga menyeru kepada semua sahabat mahasiswa agar sama-sama kami Majlis Perwakilan Mahasiswa dan bersama-sama enam mahasiswa yang dikenakan hukuman tindakan tatatertib kerana kita sebenarnya masih terhutang budi kepada mereka. kita seharusnya mempunyai nilai-nilai sesitiviti kerana kita adalah bersaudara, kalau sekiranya mereka sanggup menerima hukuman sehingga digantung pengajian kerana memperjuangkan hak kita mengapa kita tidak boleh melakukan perkara yang sama untuk membela nasib mereka.

"Mahasiswa Sejahtera Keutamaan Kami"

Mohd Firdaus Bin Bakar,
Timb. Presiden 2,
Majlis Perwakilan Mahasiswa,
Kolej Universiti INSANIAH.
READ MORE ...

Dapatkan Sticker & Baju KokUM '11

Wednesday, July 20, 2011


Dapatkan segera di gerai kami. Hubungi Asyraf segera.
READ MORE ...

Jom Hantar Mesej Kat Rektor.

Jom hantar mesej kat rektor.




READ MORE ...

Kuin Pertahan Keputusan Tolak Rayuan Hukuman

ALOR SETAR - Kolej Universiti Insaniah (Kuin) mempertahankan keputusan jawatankuasa tatatertib institusi itu menolak rayuan enam penuntut yang digantung pengajian selama dua semester dan mengekalkan keputusan yang dibuat pada 26 Mei lalu.

Rektornya, Profesor Datuk Dr Jamil Osman berkata, tindakan itu dibuat berdasarkan keperluan Kuin dan kesemua penuntut yang diambil tindakan seharusnya menerima hukuman itu dengan hati terbuka.

“Kuin ambil tindakan yang sewajarnya, justeru kesemua penuntut terlibat perlu terima (keputusan dibuat),” katanya sewaktu dihubungi Sinar Harian semalam.

:Bagaimanapun, Dr Jamil enggan mengulas lanjut alasan keputusan permohonan rayuan enam penuntut terbabit ditolak.

“Tanya mereka (berhubung alasan rayuan ditolak), jangan tanya saya,” katanya.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, lima mahasiswa Kuin digantung satu hingga dua semester pengajian berkuat kuasa Rabu lalu manakala seorang lagi didenda RM100 dan diberikan surat amaran.

Enam mahasiswa yang dikenakan tindakan tata tertib ialah bekas Presiden MPM Kuin, Mohd Faiz Mohd Arshad (digantung dua semester pengajian), bekas Naib Presiden Mohd Azlan Mat Zain (surat amaran dan digantung satu semester), Ahmad Remi Mohd Arof (surat amaran dan digantung satu semester), Mohamad Farhan Mohamad Baharin (surat amaran dan denda RM100), Zukhilatif Marzuki (surat amaran dan digantung satu semester) dan bekas

Pengerusi Biro Penerangan MPM Kuin, Muhamad Aiman Abd Razak (surat amaran dan digantung satu semester).

Pada 11 Januari lalu, hampir 3,000 mahasiswa Kuin mengadakan perhimpunan aman menuntut penjelasan daripada pihak pengurusan kolej mengenai isu-isu berbangkit, yang diadakan di pekarangan Sudut Pidato sebelum berarak memasuki Dewan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Mahasiswa dan mahasiswi berpakaian serba hitam antaranya membawa sepanduk menyuarakan rasa kecewa, seterusnya mengadakan perjumpaan secara bersemuka di Perhimpunan Mega Mahasiswa, yang turut dihadiri Dr Jamil dan beberapa pensyarah kanan.

Majlis dialog dua jam itu diadakan antara wakil pelajar termasuk pelajar antarabangsa dengan pentadbiran Kuin untuk mencapai kata sepakat dalam beberapa isu yang dibangkitkan.

Pada 1 April pula, lebih 100 mahasiswa Kulliyyah Al-Quran mengadakan perhimpunan aman bagi membantah penempatan Sekolah Bestari di Bangunan Maahad Tahfiz Negeri Kedah.
READ MORE ...

Enam Penuntut Kuin Kesal


ALOR SETAR - Enam penuntut Kolej Universiti Insaniah (Kuin) yang digantung pengajian setelah terbabit dalam penganjuran demonstrasi di institusi itu pada 1 April lalu kesal dengan Jawatankuasa Tatatertib universiti yang menolak permohonan rayuan mereka dan mengekalkan keputusan asal berkuat kuasa serta-merta melalui satu surat rasmi bertarikh 6 Julai.

Bekas Presiden Majlis Perwakilan Pelajar (MPM) Kuin, Mohd Faiz Mohd Arshad berkata, pihaknya kecewa dengan sikap Jawatankuasa Tatatertib Kuin diketuai Rektornya, Profesor Datuk Dr Jamil Osman menolak rayuan keenam-enam pelajar terbabit termasuknya walaupun institusi itu baru pertama kali berhadapan dengan kes demonstrasi dianjurkan penuntutnya.

Menurutnya, keputusan Kuin mengekalkan hukuman gantung dua semester pengajian terhadap lima mahasiswa terlibat dan denda RM100 terhadap Mohamad Farhan Mohamad Baharin yang baru menamatkan pengajian tidak wajar dan seolah-olah menunjukkan kesalahan dilakukan mereka amat berat.

“Saya hairan dengan keputusan Kuin seolah-olah menghukum kami dan bukannya memberi pengajaran, sedangkan tindakan demonstrasi yang dilakukan hanya untuk menyuarakan pandangan mahasiswa.

“Di Universiti Malaya, pihak pengurusan institusi itu hanya memberikan amaran kepada pelajar yang menyertai demonstrasi membantah keputusan pilihan raya kampus sebelum ini dan ianya dibuat walaupun bukan pertama kali berlaku di sana.

“Ini menunjukkan pengurusan Kuin bersikap diktator dan tidak menghargai jasa kami sebagai wakil pelajar institusi itu selama ini,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Turut hadir ialah bekas Pengerusi Biro Penerangan dan Informasi MPM Kuin, Mohd Aiman Abdul Razak dan bekas Naib Presiden MPM Kuin, Mohd Azlan Mat Zain yang turut dikekalkan tindakan digantung pengajian dua semester oleh Jawatankuasa Tatatertib institusi itu.

Mohd Faiz berkata, susulan permohonan rayuan ditolak pihaknya bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap Kuin sekiranya usaha mendesak pengurusan institusi itu menggugurkan tindakan tatatertib secara terbuka selepas ini tidak mendatangkan hasil.

Menurutnya, pengurusan Kuin gagal melaksanakan tindakan tatatertib mengikut prosedur sebenar apabila tiada saksi pembelaan dan pendakwaan yang dipanggil di peringkat Jawatankuasa Tatatertib untuk memberi keterangan.

“Tindakan itu bertentangan dengan Kaedah 48 dan Kaedah 49 Acara Tatatertib Universiti 2007 apabila Jawatankuasa Tatatertib dikehendaki memanggil semua tertuduh untuk dihadapkan ke jawatankuasa itu terlebih dahulu sebelum meminta surat tunjuk sebab daripada mereka selain memastikan saksi pembelaan dan pendakwaan dipanggil untuk membantu siasatan.

“Ini menunjukkan satu proses tatatertib yang bercelaru telah dilaksanakan dan tidak mengikut budi bicara sewajarnya,” katanya.

Susulan keputusan penolakan rayuan, Mohd Faiz menegaskan kebenaran keenam-enam mahasiswa terlibat untuk memasuki kawasan Kuin, kebenaran bertanding dalam pilihan raya kampus, kebenaran menjadi ahli dan persatuan berkaitan institusi, penerimaan sebarang anugerah akademik dan bukan akademik dari Kuin serta jawatan MPM ditarik balik secara automatik.

“Empat alasan penghakiman yang diberikan iaitu kesalahan dilakukan disedari pelaku, tindakan pelaku bukan didesak, pelaku gagal menunjukkan kekesalan sewaktu tempoh permohonan rayuan dibuat dan hukuman merupakan satu taklik untuk memberi pengajaran kepada pelaku tidak masuk akal dan menutup isu sebenar ditimbulkan kami.

“Kami juga mendapatkan sokongan padu beberapa pertubuhan bukan kerajaan dan persatuan mahasiswa yang bersimpati dengan nasib kami dan berjanji mempertahankan hak kami sehingga keadilan dicapai,” katanya.

Sebelum ini, :Sinar Harian :melaporkan enam penuntut Kuin yang digantung pada 26 Mei lalu oleh Jawatankuasa Tatatertib institusi diminta menyambung pelajaran ke universiti lain sekiranya enggan menerima keputusan tindakan tatatertib.

Azizan berkata, tindakan itu berlandaskan perlembagaan universiti memandangkan semua penuntut terlibat terbukti melakukan perkara bercanggah undang-undang setelah siasatan dilakukan pentadbiran universiti.
READ MORE ...

Teruskan Berjuang!

Tuesday, July 19, 2011

Sedikit kata-kata semangat untuk Faiz Arsyad.
READ MORE ...

Tahniah Abg Syukri & Kak Natrah

Monday, July 18, 2011
Salam.

Sekarang Asyraf sedang bertungkus-lumus menyiapkan design untuk KokUM. Ambil kesempatan di sini untuk mengucapkan tahniah buat Abg Syukri dan Kak Natrah yang baru bernikah Jumaat lepas.

Tak sangka rupanya Kak Natrah tu pilihan hatinya. Tahu kata Abg Syukri nak nikah, bahkan dia jemput ke majlis akad jumaat tu, tapi ada hal sikit. Kelmarin bila dia datang dengan Kak Natrah, terkjet sangat-sangat. Memang sesuai dan terbaiklah untuk enta!

Ok, semoga bahagia hingga ke akhir hayat. Ana doakan yang terbaik buat pasangan ini

READ MORE ...

Bersama Juara AQ 2 & Imam Muda 2

Friday, July 15, 2011

READ MORE ...

Tempahan Sempena KokUM 11

Thursday, July 14, 2011
READ MORE ...

Forum Bicara Muslimat KokUM 11



22 Julai 2011 (Jumaat)

12.00tghari-2.30ptg : Bicara Muslimat

Tajuk : Saidatina Khadijah: Hanya Tinggal Kenangan


Moderator : Ustazah Nurul Nazuha Hazizan ( Timbalan Dekan HEP)


Panel :


Ustazah Nurul Syuhada (Pendakwah Bebas)

Dr. Rosni Adam (Pengarah NISA’ Malaysia)

Usatazah Mumtaz Md.Nawi (Senator Kerajaan N.Kelantan)


Semua muslimat dijemput hadir.

READ MORE ...

Pembentangan Kertas Kerja KokUM 11


23 Julai 2011 (Sabtu)


9.00-9.45pg : Ucaptama Seminar oleh: Syeikh Marwazi Bin Dziyauddin

(Timbalan Mufti Negeri Kedah)

Tajuk : Ulama’ Pencetus Tamadun Dunia


9.45-10.45pg : Pembentangan Kertas kerja 1

Sultan Muhammad Al-Fateh :Ust Syaari Ab. Rahman

(Pengarah Urusan Ibrah Paradigm Training & Consultancy)


10.45-11.45pgi : Pembentangan kertas kerja 2

Burhanuddin Helmy: Yang Berhomat Ustaz Nasir Zakaria


11.45-12.00 tengah hari : Rehat


12.00-1.00ptg : Pembentangan kertas kerja 3

Merdeka: Peranan & Sumbangan Ulama’: Ust Ridhwan Mohd Noor

(Pengarang “Ulama’ Dalam Sorotan Perjuangan Kemerdekaan”)


1.00-2.00ptg : Pembentangan kertas kerja 4

As-Syahid Imam Hassan Al-Banna : Ust Asri Bin Daud (KETUA JABATAN MUAMALAT KIAS)


2.00-2.45ptg : Rehat


2.45-3.45ptg : Pembentangan kertas kerja 5

Cabaran & Persediaan Generasi Muda Islam : Dr. Kamaruzzaman Yusof (Pensyarah UKM)


3.45-4.45 ptg : Pembentangan kertas kerja 6

Peranan Ulama' dan Umara' dalam membina tamadun : Ustaz Mohd Dzul Khairi bin Mohd Noor

(Ketua Pemuda Persatuan Ulama’ Malaysia)



Untuk seminar boleh hubungi Mohd Anas Akram Bin Zainuddin (019-5527681)

READ MORE ...

Penyertaan ATC 4 Dibuka Sekarang!




READ MORE ...

Tentatif Sepanjang KokUM 11

Tentatif sepanjang KokUM 11.
READ MORE ...

Mai La KokUM

READ MORE ...

Promosi ATC MC Team

Wednesday, July 13, 2011
Salam.

Mari bersama-sama ATC MC Team dalam mempelajari kemahiran pengacaraan majlis dan program. Bersama mentor dan pro-mentor yang berpengalaman. Pasti anda mampu memanfaatkan ilmu. Berminat dengan ATC MC Team, boleh hubungi saudara Khairul Ariffin dan Ustazah Azila Azman atau ana sendiri, 019-5518407.




READ MORE ...

Banner Kolokium Ulama Muda Kebangsaan 2011


Jom bersama-sama menghadiri program Kolokium Ulama Muda Peingkat Kebangsaan 2011.
READ MORE ...

Kenapa Tak Tutup Aurat?


Assalamualaikum.......


Sekadar perkongsian. Pernah nasihat dan tegur kawan-kawan anda yang tidak menutup aurat? Jom kita tengok apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu. Dan apa jawapan yang mungkin sesuai untuk mereka.


1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke?

-Yang pasti, tak tutup aurat, kompom masuk neraka.


2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.

-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia". Samalah dengan tudung. Tudung pula yang disalahkan, " pakai tudung tak mestinya baik..bla...bla...bla..."


3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat.

-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.


4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.

-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?


5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.

-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?


6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.

-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.


7. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa.

-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?


8. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.

-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.


9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.

-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.


10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)

-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?


11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.

-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.


12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..

-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku.


13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.

-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam.


“Wahai wanita, setiap ciptaan tuhan yang berharga di dunia ini akan terlindung dan amat sukar untuk diperolehi. Di mana kamu boleh dapatkan permata? Tertanam jauh di perut bumi, tertudung dan dilindungi. Dimana kamu jumpa Mutiara? Terbenam jauh di dalam lautan, tertudung dan dilindungi oleh kulit kerang yang cantik. Di mana kamu cari emas? Terperosok di lapisan bumi tertudung dengan lapisan demi lapisan tanah dan batu. Tubuh kamu adalah suci malah lebih berharga daripada emas mahupun permata. Oleh itu kamu juga perlu bertudung dan melindungi diri kamu.”


Menegur memang ada caranya.. Maaf jika aku terlalu kasar dalam menegur.. Manusia.. Tak pernah lari daripada kesilapan.. So, terima kasih pada yang menegur. Aku tidak akan sama sekali melenting. Aku bersyukur bila ada yang menegur sebab itu tandanya orang sayangkan kita.. =)


Hanya sekadar renungan....

READ MORE ...

Jualan Dan Tempahan Baju KokUM

Sunday, July 10, 2011


READ MORE ...

Anda Tahu Tak? Fakta Tentang Tentera Malaysia

(Fakta yang saya kemukakan ini mungkin di bawahnya ada yang tidak tepat kerana tidak dapat disahkan kebenarannya. Saya berharap ada pembaca yang akan terangsang mindanya dan cuba mencari kebenaran akan cerita-cerita di bawah ini)


1. Malaysia pernah menghantar pasukan tentera semasa Perang Vietnam bagi membantu Amerika Syarikat menjejaki gerila Viet Cong.


2.Kemalangan pesawat MAS (MH653) di Tanjung Kupang bukan berpunca dari kerosakan enjin atau pilot error tetapi ada orang kata perbuatan sabotaj atau rampasan.


3. Komando Malaysia pernah membantu tentera AS bagi menandakan sasaran-sasaran tentera Serb melalui Laser Target Designator untuk dimusnahkan dengan "Smart Bomb" dari pesawat pengebom NATO.


4.Pernah berlaku pemberontakkan "Mutiny on ship" dalam sejarah Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM), mereka yang terlibat kemudian dibicarakan di Mahkamah Tentera (Fakta tidak dapat disahkan).


5. Kapal perang TLDM, KD Selangor pernah terlibat dengan pertempuran laut dengan tentera Indonesia di mana seorang anak kapalnya mati semasa peristiwa konfrantasi dahulu.


6. Tahukah anda filem "Black Hawk Down" mengisahkan pemberontakan di Somalia, menyelewengkan fakta sebenar di mana sebenarnya tentera Malaysialah yang menjadi wira , tetapi oleh kerana ia filem Hollywood, maka peranan Malaysia langsung tidak diiktiraf.


7. Beberapa orang pegawai dari lain-lain pangkat dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah ditangkap kerana menjual maklumat semboyan kepada pihak Singapura.


8. Juruterbang Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM) akan standby di cockpit pesawat mereka 24 jam apabila timbul isu panas terutama yang melibatkan Singapura.


9. TUDM telah menghantar pesawat Hawk ke Labuan semasa untuk kemungkinan peperangan semasa isu perebutan kepulauan Ambalat dengan Indonesia.


10. Seorang rakyat Malaysia pernah menjadi perisik KGB dan telah ditangkap oleh pegawai perisikan negara di antara tahun 70 - 80an dahulu dan beliau mengakui pegawai Cawangan Khas dan risik ATM sebenarnya sangat cekap.


11. Malaysia pernah mahu membeli pesawat Boeing AWACS semasa tahun 80an dahulu tetapi membatalkan hasrat tersebut selepas niatnya di bocorkan oleh media tempatan, wartawan yang mendedahkan isu itu kesemuanya di soal siasat oleh polis Bukit Aman.


12. TLDM sudah pun mempunyai kapal selam tetapi dalam bentuk mini subs, untuk kegunaan pasukan PASKAL.


13. Filiphina pernah "mengacah" sebuah kapal perang TLDM apabila dua jet pejuang F-5 mereka terbang rendah semasa satu isu dahulu.


14. TLDM sering membantu AS melalui pergerakkan kapal-kapal selam Russia di Selat Melaka semasa era Perang Dingin dahulu dan ini menunjukkan, TLDM sudah pun mempunyai sistem pengesan kapal selam yang amat baik pada ketika itu.


15. Singapura sering menguji sistem pertahanan Malaysia terutama radar melalui sistem peperangan elektroniknya dari dahulu sehingga sekarang.


16. Jumlah pelancong Singapura akan bertambah di sesuatu kawasan apabila ATM membuat eksesais tentera di kawasan terbabit.


17. Tentera Singapura akan membawa peluru betul tetapi berselindung di sebalik nama latihan apabila timbul isu panas dengan Malaysia sebagai contoh ketika lawatan seorang pemimpin Israel ke negara itu satu ketika dahulu.


18. CIA pernah memasang pelbagai alat pengintipan canggih di KLCC, aktiviti tersebut berselindung di sebalik pengambaran filem Entrapment lakonan Sean Connery dan Catherine Zeta Jones (Fakta tidak dapat disahkan)


19. Komando Malaysia pernah dihantar dalam satu misi khas ke Manila untuk mengambil dokumen berkaitan dengan Sabah satu ketika dahulu (Fakta tidak dapat disahkan)


20. Malaysia merupakan satu-satunya negara di dunia yang berjaya menghancurkan ancaman komunis sedangkan kerajaan demokratik Vietnam yang dibantu oleh Amerika Syarikat tewas kepada komunis.


21. Program permodenan ATM yang dikenali PERISTA dibatalkan oleh bekas PM, Mahathir Mohamad apabila terlalu banyak penyelewengan dalam program itu. PERISTA dibangunkan sebagai persediaan untuk menghadapi ancaman komunis yang telah menang di Vietnam.


22. Kapal perang tercanggih TLDM (bergantung kepada zaman) akan dihantar dahulu dan berlabuh di perairan antarabangsa apabila ada lawatan Perdana Menteri Malaysia ke negara itu.


23. Pesawat Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad pernah divert (tidak diketahui sesiapa) ke Pakistan untuk melihat ujian bom nuklear pertama negara itu. Mahathir kini TUN menjadi satu-satunya pemimpin Islam di luar Pakistan yang pernah menyaksikan ujian tersebut (maklumat ini disampaikan sendiri dari seorang anggota perisikan Pakistan kepada penulis satu ketika dahulu).


24. Juruterbang Australia pernah mengelar pilot pesawat pejuang TUDM, "Berani tetapi Gila" dalam satu temuramah dengan media di negara kita. Australia dan TUDM sering mengadakan latihan bersama semasa negara itu mempunyai skuadron pesawat pejuangnya di Butterworth.


25. Helikopter Nuri pernah ditembak jatuh dengan roket semasa darurat dahulu.


26. Peristiwa di Pasar Bakara, Somalia menyaksikan dua buah kereta kebal Pakistan yang sepatutnya melindungi konvoi tentera Malaysia bertindak melarikan diri (Ini disahkan oleh seorang pegawai tentera).


27. Kapal peronda TLDM pernah karam di Laut China Selatan akibat cuaca buruk dan beberapa orang anak kapalnya hilang.


28. Dua pesawat pejuang jenis Sabre dari Butterworth (tahun 1970an) pernah dilancarkan ke udara selepas radar di pengkalan itu mengesan pencerobohan pesawat asing (UFO-hal ini pernah saya baca dalam akhbar di Perpustakaan Negara dan ada dalam sebuah buku mengenai UFO yang saya temui di perpustakaan UiTM Shah Alam).


29. Komando Malaysia pernah mencerobohi kompleks pertahanan udara Singapura di Bukit Batuk.




READ MORE ...