Followers

Tahniah Mak Cik!

Monday, May 21, 2012
Dapat khabar gembira baru-baru nie. 

Seorang rakan yang amat saya kagumi dan hormati sangat-sangat dengan kredibilitinya sejak zaman sekolah, akan bertunang dalam jangka masa terdekat ini. ALLAHUAKBAR. Dia telah menjumpai pilihan hati yang terbaik untuk dirinya. Dia seorang yang hebat, dan Asyraf rasa pilihan hatinya itu juga pastinya sangat hebat untuk memimpinnya. 

Berita ini pun dikongsikan oleh ibunya baru-baru nie. Mak cik itu berkongsilah sedikit tentang kesihatannya yang tak berapa nak baik, kemudian anak-anaknya yang nak praktikal dan nak habis mengaji dah, kemudian dia beritahu tentang anak seorangnya itu dah nak bertunang. Dah selalu sangat bergerak aktif di kampus, meeting sana, meeting sini, dengan beberapa permintaan orang lain untuk dirinya, maka selepas istikharah, dia nampak apa yang ALLAH tunjukkan. Wah3. Mesti hebat kawan tu.

Khabarnya, akan bertunang dalam masa terdekat. Orang jauh pula tu, Fuhh...jauh giler. Memang jauh sangat la. Hari tu dah kenduri dah, jauh jugak, mak cik kata

 "Mak cik pun dah x berapa nak larat Asyraf. hari tu dah 3 kali dah pi sana utuk abang dia. Merisik, bertunang dengan kenduri, kali nie kena pi pulak. Mak cik pun bukan sihat sangat. Mak cik ni beza setahun ja dengan mak Asyraf, tapi tak sihat, sakit macam-macam"

Errmm...tak pa lah mak cik, anak perempuan, tunggu kenduri belah laki jea lah nak kena ke sana. Tak la kalut sangat. Mak cik pun dah ada 2 serentak, mai yang ke 3, lagi la tak kalut. Tunggu lagi 3 orang tu, bagi habis mengaji, kahwinkan diorang yea. 

Seronok bila kawan-kawan kita seronok. Dan rasa bahagia bila hati kawan-kawan kita berbunga-bunga. ^_^
READ MORE ...

Solidariti Staff INSANIAH









READ MORE ...

Trip To Court : Tayar Meletup

10 Mei lepas, Asyraf and the geng pergi ke KL untuk mengikuti keputusan perbicaraan mahkamah tentang 5 OKT yang dihukum gantung semester. Keputusan memihak kepada mahasiswa. Alhamdulillah. Apa pun, ada kisah yang menarik untuk dikongsikan. Tayar van yang kami naik untuk ke sana meletup di tengah-tengah lebuhraya. Huh, gila ngko. Nasib baik tak melambung. Dah la paling laju plak tu. Kira ok la semua selamat. Alhamdulillah....


Inilah tayar yang meletup. Tayar belah depan, bahagian kiri. Ketika ni, rendy yang duduk di situ. Confirm Rendy berat kan?? 


Tapi kalau sedar, kesan tayar pecah ni agak berlainan dan tayar juga dalam keadaan pelik sebab selalunya da ja dawai-dawai yang terkeluar dari tayar tu. Rupa-rupanya itu adalah tayar celup. Tayar tak ori.


Ust Azki pun bersama kami. Dia gelak jea lah. Dah tahu perangai budak-budak nie.


Operasi menukar tayar bermula. Masalah betul la van nie. Dah la tayar pecah, tayar spare tiada angin. Tayar keta faiz tak masuk lubang, tayar Innova Ust Azki plak besar sangat. Apa pun tak boleh.


Berkerut muka Faiz tolong naikkan jack tayar van tu. Faiz ni baru lepas keluar dari sekolah dia mengajar, sebab tu pakai baju batik ja. Kak Yana dah telefon Plus dah untuk mintak bantuan. Tayar spare tiada angin, minta pam diorang lah.


Tengok. Bukan dawai yang keluar. Ada tali-tali jea. tak tahulah tali apa.


Tapak tayar. Kalau tayar ori, takkan jadi macam nie.


Tayar pecah.


Pam tayar dengan alat yang diberi oleh Plus. Kecik ja.


Ini pegawai Plus tu. Dia nampak Mus'ab pakai baju bersih. Dia sembang dengan Mus'ab, dia kata apa ke benda la yang budak-budak yang berkhemah di Dataran Merdeka pasal Ptptn tu, rupanya bila anak dia yang mengaji kolej swasta di KL tu tak lulus periksa, baru dia tahu isu Ptptn ni zalim ke tak zalim. Dan sekarang, pak cik tu menyokong tindakan mahasiswa tu. Takbir!!


Kami ke kedai tayar. Uncle ni sibuk. Dan dia tiada tayar yang murah, Semua mahal-mahak dan berjenama pula tu.


Ni kedai yang ke 2. Kami bayar dengan duit RM1 yang berlungguk2. Amoi tu pening. Hehe. Nasib badan la. Itu ja duit yang kita ada. See u later ya amoi....

READ MORE ...

Tesco Lagi...

Baru-baru ni, keluar ke Tesco dengan Yassin untuk beli sedikit barang untuk keperluan rumah. Pergi lepas zohor, dah rumah panas sangat, kebetulan dia tak kerja kot, dia ajak la ke sana. Errmmm....beli la jugak 2,3 benda untuk rumah. Habis dalam RM50 juga la.

Semasa nak balik, kami singgah sekejap di lokasi Abg Nash kerja. Dia jaga outlet kedai milik budak kuin, sama batch di KUIN, budak Lughah. Boleh tahan. Abg Nash kata bisnes ni, jual ubat lebatkan rambut, tengok ja lekeh, tapi bulanannya, pendapatan sampai RM5000. Kau caya tak? Aku tak caya. Tapi memang itulah nilai bulanannya. Fuh...untung banyak tu....


Inilah kedai yang Abg Nash jaga. Hampir 2 tahun kedai nie. Kira sendirilah kalau setiap pulang paling kurang RM4000. Kalah gaji staff KUIN yang ijazah tu. Hehe


Yassin kata memang betul pun pendapatan tu. Dia kenal tuan punya kedai nie. Biasa berurusan. Dan memang tuan punya kedai tu share dia punya bisnes kat Yassin. 


Ini lah Abg Nash. Kerja sementara di sini. Dia galakkan Asyraf utnuk buka juga kedai macam nie. Sewa ni cuma RM1800, nak kira dengan pendapatan, boleh cover dah. lagipun barangan yang dijual ni, tak banyak tempat. Asyraf kurang berminat ja dengan produk ni. Tentang duit, ok ja =)


Dia tunjukkan kiraan untuk setakat tarikh hari tu. 15hb kot, baru setengah bulan, Tapi tengoklah pendapatannya dah berapa? Banyak kan??


Ini lokasinya. Tepi sekali, dekat dengan eskalator yang turun ke arah tempat makan tu. Lama juga kami sembang di situ, tak larat nak berdiri, kami pun dah la lapar. Nash kena jaga kedai. Tak leh la nak ajak dia.


Singgah makan jap. Mahal bapak. Ambil ayam seketul ja pun, dah RM2. Air Teh Ais dah RM1.70. Huh, standart KL apa. Alhamdulillah, belajar di Kedah, tak la banyak sangat duit yang dileburkan untuk makan hari-hari. 

READ MORE ...

Riadhah Bagi Makan Ikan

Thursday, May 17, 2012
Baru-baru nie, En Haziq ajak kami ke kolam ikan di Taman Jubli Emas. Dia ajak kami jalan-jalan pi sana sambil bagi makan ikan. Wah3. Kami dengan penuh gumbira pergilah ke sana sambil bawa sepeket kuih marie yang agak lama dah. Nak makan pun takut. Kami bagi ikan makan jea lah. Dia nak sakit perut, terpulanglah pada ikan tu.

Pak Teh dengan Haziq panggil ikan mai dekat. Mana la nak dengaq.

Mula tabur kuih marie, pakat berduyun-duyun mai. Besar pulak tu.
Memang puas juga bagi ikan makan di sini. Ikannya besar-besar, macam nak terjun tangkap ja, tapi nak buat macam mana, kalau kita tangkap ikan tu, kita plak kena tangkap nanti. Hehe.

Laksa sedap.
Sebelum kami balik, kami makan laksa penang dulu yang ada di gerai berhampiran. Wah...memang sedap laksa ni. Ada daun pudina, telur rebus sebiji dan ana beberapa hirisan nanas. Bau bunga kantan tu yang menaikkan aroma.

Pak Teh makan dengan lahapnya.

Haziq lagi la kuat makan.

Menyelerakan

Nyum-nyum
Di bawah ni Asyraf sertakan video yang sempat dirakam. Best la jugak. Pak Teh kata "bila la anak-anak nakan nak balik, boleh bawak depa mai jalan-jalan, confirm suka. Nak bawak anak sendiri, tak kawen lagi...." Hehe....


video


video

video



READ MORE ...