Followers

Jalan-Jalan Tasik Darulaman

Friday, November 23, 2012
Selepas habis makan kenduri di rumah Md Syukri Sawai, kami singgah ke Tasik Darulaman. Lama sungguh tak ke tasik ini. Jalan-jalan setengah jam. 

Sempat melihat seorang mak cik ni memancing ikan tasik ni. Mudah ja cara mak cik ini. Anak-anak dan keluarga bagi makanan ikan, mak cik pula dengan sebatang pen, tali tangsi, mata kail dan umpan, terus baling umpan dekat ikan tu. dalam 3 saat ja, dapat seekor ikan. Berbaloi-baloilah mak cik!!

Kami pun teringin nak bagi makan ikan, beli jugak makanan ikan tu sepeket RM1. Hehe.


READ MORE ...

Tahniah Md Syukri Sawai & Husna

Baru-baru ini, Asyraf & the geng bergerak ke area Jitra, menghadiri walimah senior KUIN, Md Syukri Sawai dan zaujahnya Husna. Kami sampai pun dah petang, sebab kalau pergi awal, tak dan jumpa pengantin.

Syukri Sawai sekarang bekerja di Maahad Tahfiz Fityan, Kg Setar, Yan dan isterinya bekerja di Era Edar kot. Tak pa lah, janji bahagia. Dalam perjalanan pulang, dapat juga ketahui selok belok jalanraya di situ. 



READ MORE ...

5 Cara Mengeratkan Hubungan Kekeluargaan

Eratkan Hubungan Kekeluargaan Dengan Lebih Bermakna. Bagaimana Ya??

1. Cium tangan ibu dan ayah setiap kali sebelum keluar atau sebelum ke sekolah.

2. Jika berpisah selama beberapa hari seperti menyertai rombongan, kem, atau pulang ke kampus, peluk dan cium ibu bapa.

3. Walau sesibuk mana pun sebagai mahasiswa, lazimi menghubungi ibu bapa dan bertanya khabar. Itu tanda

kita mengambil berat akan diri mereka.

4. Pernah sebut I Love Mom atau I Love Dad kepada ibu dan ayah? Cuba sebut sekali. Atau boleh sebut "Sayang Mak & Ayah Kerana ALLAH".

5. Sekali sekala bagi yang berkerjaya, sentiasa pulang ke kampung halaman dan bawa buah tangan atau makan malam di lokasi-lokasi menarik seperti di restoran mewah atau di tepi pantai.


READ MORE ...

11 Adab Seorang Murid (Sambungan...)

Thursday, November 1, 2012



Cahaya ilmu yang ada pada pelajar akan hilang jika sombong pada gurunya.

Imam Syafie sangat menghormati gurunya Imam Malik. Mereka berbeza pendapat tetapi Imam Syafie tetap menghormati gurunya. Contoh berbeza tentang Doa Qunut. Imam Syafie sangat menuntut untuk membaca Doa Qunut, tetapi semasa dia bersolat di sisi Makam gurunya, dia tidak membaca Qunut.

Hendaklah berterima kasih kepada guru yang pernah menyampaikan Ilmu kerana mereka adalah perantaraan  ilmu ALLAH kepada kita. Cara berterima kasih antaranya mendoakan selepas solat.

Guru jangan meletakkan nilai wang pada diri. Kerana akan hilang berkat doa dari seorang guru.

Jika dengar pandangan yang pelik-pelik dari seorang guru, dapatkan pandangan dari guru-guru yang lain. Ilmu ALLAH itu luas.

.............................................................................................

Saidina Ali pernah berkata : Semasa kita belajar, jagalah hak guru kita. Hak-hak itu ialah :-

1. Jangan banyak tanya kepada guru. 
Banyak bertanya, akan menyusahkan. Bani Israel diperintah oleh ALLAH untuk sembelih lembu, tapi banyak bertanya tentang lembu itu.

2. Jangan mendesak guru untuk memberi jawapan.
Mungkin kerana masa yang tak sesuai atau guru perlu rujuk dahulu jawapan yang lebih baik.

3. Jangan paksa menjawab jika guru dah penat untuk menjawab.
Jangan berterusan bertanya.

4. Jangan menyentap baju guru. 
Maksudnya jika sudah berdiri, kamu bertanya lagi soalan sampai dia terpaksa duduk semula.

5. Jangan sebarkan aib guru kepada orang lain.
Guru pun manusia juga. Ada feel tersendiri. 

6. Jangan mengumpat guru bersama sahabat-sahabat.

7. Jangan mencari kesilapan guru.

8. Hendaklah memuliakan guru selagi dia patuh perintah ALLAH.

9. Jangan menghalangi guru.

10. Mendahului guru

11. Hendaklah menjaga diri sejak permulaan berguru.




READ MORE ...

10 Adab Seorang Murid (Sambungan...)

Wednesday, October 24, 2012


Penting untuk kita unutk mempelajari adab-adab sebagai penuntut ilmu supaya ilmu kita diberkati. Ilmu itu boleh hilang keberkatan apabila :-

1) Kita tidak ada adab dalam belajar
2) Menuntut ilmu yang haram

Adab-adab ini perlu disusun supaya diberkati dan dirahmati oleh ALLAH SWT. Ilmu yang baik ialah ilmu yang bermanfaat semasa saat genting.

Kita belajar :-

1) Kerana ALLAH SWT
2) Ilmu itu mesti diberkati
3) Biar melekat dalam jiwa kita
4) Boleh memberi pertolongan ketika saat genting kita. Contohnya saat kematian, alam barzakh.
5) Semakin banyak kita belajar, semakin dekat kita kepada ALLAH
READ MORE ...

13 Tips Perkahwinan

Monday, October 22, 2012



Salam sejahtera.

Ketika ini, undangan perkahwinan sudah mula diterima dari sahabat-sahabat. Ramai dah mula menamatkan zaman bujang. Kawan baik Asyraf, awal-awal lagi dah menamatkan zaman bujang mereka. Tinggallah Asyraf sorang-sorang. Huhu.

Hari ini Asyraf nak kongsikan 13 Tips Perkahwinan yang disarankan oleh ikon anak muda sekarang iaitu Ustaz Azhar Idrus. Sangat bermanfaat untuk semua.
READ MORE ...

8 Sebab Bertudung Itu Lebih Baik

Salam sejahtera.

Wanita solehah adalah idaman para jejaka untuk memilih dijadikan sebagai isteri. Tanyalah kepada sesiapa pun, mat rempit pun nak isterinya adalah wanita solehah.

Keperibadian awal seorang wanita itu dapat dilihat secara luaran lagi iaitu dari segi pemakaiannya. Tudung, baju, dan lain-lain dilihat menggambarkan peribadi pemakainya.
Wanita yang bertudung itu tak semestinya solehah, tetapi yang pastinya, wanita solehah akan bertudung.

Di bawah ini disertakan 8 sebab mengapa wanita bertudung itu lebih baik dari yang tidak bertudung. Silakan kongsi jika bermanfaat yea.


READ MORE ...

9 Adab Seorang Penuntut Ilmu


Hari ini masuk tajuk baru iaitu Adab Kesopanan Seorang Murid Terhadap Guru.

Adab seorang murid secara zahirnya amatlah banyak, tetapi jika dikhususkan, dapat dilihat dalam 10 perkara :-
READ MORE ...

Tahniah!! Final Piala Malaysia: Kelantan Juara

Sunday, October 21, 2012



Salam sejahtera.

Alhamdulillah, akhirnya Kelantan dah merealisasikan harapan untuk menjulang Piala Malaysia, sekaligus mengulangi pencapaian Kedah yang merangkul 3 piala semusim. Semoga pencapaian sebegini menjadi tonik buat pasukan untuk terus mencipta kejayaan di masa hadapan.

Pasukan ATM juga memang hebat. Sangat terhibur menyaksikan perlawanan ini. Serang menyerang setiap masa, kami juga tidak menjadi bosan. Hebat ATM.
READ MORE ...

8 Adab Kesopanan Guru Dan Anak Murid (Sambungan..)


Bicara Bulan Rejab

Bulan Rejab dan bulan Syaaban ini adalah bulan latihan sebelum masuknya bulan Ramadhan. Orang yang tak pernah pergi surau, masjid, kuliah-kuliah agama, tak pernah solat, bayar zakat dan ibadah-ibadah lain digesa untuk buat segera supaya tidak terjadi kejutan di bulan Ramadhan nanti.

Dalam bulan Rejab, ada peristiwa Israk dan Mikraj. Ini berlaku kerana :-

READ MORE ...

30 Orang Pertama Dalam Islam

Saturday, October 20, 2012

Salam sejahtera.

Pernah lihat tak rancangan 3 Idiot? Alaa...cerita Hindustan tu. Asyraf sangat suka menonton filem itu sebab banyak input-input positif yang dapat diambil, tambahan lagi jika dilihat dari sudut yang lain, filem itu sebenarnya menyindir sistem pendidikan di negara kita, walaupun cuma filem India.

Ada satu babak yang sangat terkesan jugak dalam filem itu, apabila tiba babak Pengetua memberikan ucapan motivasinya. Katanya "Kita kena menjadi orang nombor 1. Orang akan kenal nombor 1, tetapi orang takkan kenal dah siapa yang nombor 2." Contohnya bila ditanya "Siapakah orang pertama yang menjejakkan kaki di bulan?" Semuanya menjawab "Neil Armstrong". Tetapi bila ditanya siapakah yang ke 2, tiada siapa boleh menjawabnya.

Walaubagaimanapun, dalam Islam, tidak ramai siapakah mereka dalam rangking nombor satu 1. Ramai yang tidak tahu apakah nombor 1 itu, siapakah mereka dan apakah kejayaan mereka. Di bawah ini, baca sendiri. Semoga bermanfaat.
READ MORE ...

Ujian MTest J-Qaf




Salam sejahtera dan selamat pagi.

Alhamdulillah, ALLAH beri peluang untuk terus bernyawa, melihat sekeliling alam dan terus menjalankan tugas sebagai hambaNya di samping memohon keampunan atas dosa-dosa terdahulu.
READ MORE ...

7 Tazkiyatun Nafs (Adab Apabila Menjadi Guru) Sambungan...

Thursday, October 18, 2012


Sedikit perkembangan dari Syiria.

1. Syeikh ali Sobuni ni alim macam Syeikh Yusof Qardhawi.

2. Bashar Assad dari Syiah Alawi. Syiah ni lebih zalim dari Yahudi. Mereka ni tak kenal lagi manusia, mereka lihat manusia macam binatang. Syiah dibantu oleh tentera elit Iran dan rakyat Syiria dibunuh setiap hari.

3. Rakyat Syiria takut diambil gambar melainkan diambil bawah dari kepala. Jika dijumpai gambar ada muka, keluarga di kampung akan dibunuh.

READ MORE ...

10 Rahsia Kejayaan Pentadbiran Di Zaman Saidina Umar el Farouq

Wednesday, October 17, 2012

1- Tidak bermewah dalam kehidupan. Ketika Hurmuzan bersama tenteranya datang ke Madinah ingin berjumpa dengan khalifah (Saidina Umar el Farouq) maka ia dapati Saidina Umar el farouq sedang tidur di masjid dengan beralaskan selendang bahkan tanpa seorang pengawal yang menjaganya.

2- Mengutamakan kebajikan rakyat. di waktu malam Saidina Umar el Farouq akan melakukan tinjauan keadaan rakyatnya. Sebuah kisah yang popular iaitu beliau menjumpai seorang wanita yang amat miskin sedang memasak batu sementara anak wanita tersebut tidur dalam kelaparan. lalu beliau mengambil harta dari Baitul Mal memberikan kepada wanita tersebut.

READ MORE ...

8 Adab Menuntut Ilmu

Tuesday, October 16, 2012

Salam sejahtera.

Sekarang KUIN berada dalam fatrah peperiksaan. Perkarangan KUIN mula lengang tetapi agak sesak di Maktabah. Semuanya pakat tumpu kepada peperiksaan, syafawi, tasmik dan beberapa lagi kelas yang perlu diganti.

Di bawah ini ada sedikit nota tentang 8 adab dalam menuntut ilmu. Ilmu ini perlu dituntut, walaupun sehingga ke liang lahad. Semoga bermanfaat.

READ MORE ...

4 Hijab Wanita

Hijab wanita itu ada empat.

Hijab pada wajahnya,
Hijab pada mata,
Hijab pada suara,
Hijab pada hati.

Apakah huraiannya??

READ MORE ...

Petua Kumpul Duit Untuk Majlis Kahwin

Sunday, October 14, 2012

Salam Sejahtera. Huhu.

Hujung tahun semakin hampir. Undangan kenduri kahwin mula diterima. Yang tak kahwin-kahwin tu, mula memendam perasaan sebab jeles tengok orang kahwin. Sebab apa tak kawen? Sebab duit lah. Huhu.

Ini petua sikit, untuk kumpul duit kahwin. Boleh mula dah kot. Hehehe.
READ MORE ...

6 Tazkiyatun Nafs (Adab Apabila Menjadi Guru) Sambungan....


1. Apabila kita jaga kehidupan kita sebagai murabbi, maka akan terhasillah masyarakat yang baik. Generasi yang baik lahir dari murabbi yang baik.
READ MORE ...

5 Tazkiyatun Nafs (Adab Apabila Menjadi Guru)

Tuesday, October 2, 2012


READ MORE ...

Infografik Bajet 2013

Saturday, September 29, 2012
KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyifatkan Bajet 2013 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri semalam, masih bernada sama tidak membawa manusia pada ketaqwaan pada Allah.

Menurutnya, kerajaan masih ‘menggula-gulakan’ rakyat dengan kebendaan, jauh mengajak manusia bagaimana untuk membawa manusia bertaqwa pada Allah.

Sambungnya, ketika meneliti pembentangan belanjawan oleh Najib Tun Razak, langsung tidak ada perkara baru khususnya belanjawan kerohanian, selain memberikan rakyat dengan harta kebendaan semata-mata.

~Sedikit petikan dari Harakahdaily melalui http://ulamak.pas.org.my/



READ MORE ...

Kerusi Kehidupan

Inilah putaran kehidupan kita. Kenderaan yang inilah yang dinaiki oleh kita sepanjang kehidupan kita. Boleh jadi ada antara kita sempat untuk menaiki semua kenderaan ini, tetapi boleh jadi tidak semua sempat menaiki. Apa pun, yang pasti, kenderaan terakhir itu, pasti akan dinaiki oleh kita. Sedarlah.....


READ MORE ...

3 Kesilapan

Friday, September 28, 2012

Artikel ringkas yang disampaikan oleh Ust Tuan Ibrahim Tuan Man sangat bermanfaat dan terkesan.

...........................................

Lihat ayat ini...

Terdepat tiga kesilapan ejaan di dolam ayat ini.

Dapatkah anda mengesannya tiga kesilapan tersebut?

...............
...............
...............
...............
...............
...............
...............
...............
...............
...............

Sudah dapat mengesannya?

Banyak perkara di dunia ini yang Allah jadikan terang-bederang untuk dipelajari manusia - yang hati, mata dan minda boleh mengesannya dengan cepat seperti kesilapan pada "Terdepat" dan "dolam" pada ayat di atas.

Ada sesetengah perkara yang Allah yang ingin ajarkan hanya boleh difahami apabila kita mencapai kematangan tertentu, melihat sesuatu perkara daripada sudut yang lain, membuka minda dan mata kita dalam melihat sesuatu perkara dalam skala yang lebih besar. Ini umpama mengesan kesilapan ketiga dalam ayat di atas:

"Terdapat dua kesilapan ejaan di dalam ayat ini." (perkataan 'Tiga' adalah kesilapan ketiga yang dimaksudkan.)

Boleh faham?

Sumber : Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man (Official)
READ MORE ...

Patutlah.....

Thursday, September 27, 2012
Malas nak taip banyak-banyak.

Sebenarnya, agak hairan jugak bila buka blog nie, lihat pada entry tentang sepupu saya, iaitu Abg Wan dan Aimie Hazerin. Entrynya berjumlah 551 views, ke 5 tertinggi. Pelik. Apa yang menarik sangat. Ini linknya :-

http://asyrafbaharuddin.blogspot.com/2012/09/selamat-pengantin-baru-amir-redzuan-dan.html

Rupanya link ini telah dikongsikan oleh Aimie Hazerin dalam blognya http://joinsharefun.blogspot.com/. Followernya sangat ramai. 1228 followers. Jadi tak hairanlah jika link saya pun terpalit sama. Ini entrynya :-

http://joinsharefun.blogspot.com/2012/09/featured-my-wedding-cover-story.html

Apa pun, tahniah buat pasangan pengantin.

READ MORE ...

Takziah Kepada Mereka....

Innalillah wa inna ilaihiraji3un.. Allahhumma Ighfirlaha warhamha wa3fiha wa3fu3anha

Takziah buat Ust Fadhil dan Ust Rosmaini Irsham, senior Al-Maad yang kehilangan isteri masing-masing yang tercinta pada minggu nie.

Ust Fadhil, isterinya meninggal dunia beberapa hari lepas kerana kanser tulang yang dihidapinya selama 2 tahun, meninggalkan seorang anak perempuan comel. Arwah isterinya bekas Maktab Mahmud dan UIAM. Sebelum kematian isterinya, isterinya tidak sedar-sedar semalaman dan meninggal di hospital.

READ MORE ...

Bila Nak Bayar??


Agak susahkan untuk membayar hutang? Bila ditanya, wang belum cukup. Nantilah akan dibayar. Itu ketika zaman tak ambik PTPTN.

Sekarang sudah bekerjaya. Gaji setiap bulan. Alasan masih sama. Wang belum cukup, tapi pakai Samsung Galaxy terbaru. Baju raya baru. Rim motor raya pun ada. Nasi arab pula sebagai makanan ruji bulanan. Alasan banyak.

Sebab itulah bila berhutang, kena berniat untuk bayar semula hutang. Secara bertulis lagi bagus, tulis terus bila nak bayar semula.

Pedoman untuk pemiutang dan penghutang. Like jika "Kita Serupa" =D
READ MORE ...

Kontroversi Diri....


READ MORE ...

Rahsia Garam : Amalan Sunnah Yang Tak Diketahui...

Wednesday, September 5, 2012




Amalan Rasulullah S.A.W memakan secubit garam sebelum dan selepas makan kini dibuktikan oleh sains bahawa tabiat ini menambahkan keberkesanan perut untuk menghadam makanan dan menghindarkan perut dari menyerap racun.

Pada zaman Yunani, Tentera Yunani ( askar Greek ) dibayar gaji menggunakan garam .Begitu juga dengan episod penjajahan negara kecil oleh negara besar dengan mengenakan hukuman penjara kepada penentang mereka .

Apabila dipenjarakan, mereka ( penentang ) akan diberi makanan seperti roti dan air tanpa garam .Walaupun kerap dihidangkan dengan roti dan air tanpa garam, badan mereka tetap lemah memandangkan kurangnya kandungan garam dalam badan. 

READ MORE ...

Selamat Pengantin Baru : Amir Redzuan Dan Aimie Hazerin

Salam.

Alhmdulillah, sabtu lepas 1 September,  selesai sudah majlis perkahwinan sepupu Asyraf iaitu Kapten Amir Redzuan dan pasangannya Aimie Hazerin. Sebelah perempuan sudah dilangsungkan di Kuala Lumpur pada minggu sebelumnya.

Macam biasa, bertugas sebagai pembaca doa pembukaan majlis. Majlis mula petang sampai malam. Sempat jugak merakamkan beberapa seuasana kenduri di sana. Nasib baik ada handycam. Huhu.

READ MORE ...

Ifthor Di Orchard Ilmi


READ MORE ...

Cari iPad

Salam. 

Malas tulis banyak-banyak la. Ini pic sebelum Ramadhan lagi, lambat sangat nak upload. Pic ni semasa kami ke Sentosa. Ikut Yassin sama Haziq pi cari iPad untuk Yassin. Dia nak guna time kerja.

Kami singgah ke kedai uncle nie. Serius saya cakap, kalau korang pi Sentosa, terus ja pi kedai dia. Memang terbaik la cara dia melayan pelanggan. Dia kata apa, "Saya tak macam orang lain. Orang lain paksa you beli, tapi saya just bagi maklumat ja. You nak beli, ikut you lah."
READ MORE ...

Cara Menari "Gangnam Style"

Monday, September 3, 2012


Kecoh di FB dan media elektronik sejak dua menjak ni. Kecoh tentang populariti Gangnam Style. Apa yang menrak, tak pasti lah. Sini ditunjukkan cara menarik Gangnam Style yang memang popular tu.
READ MORE ...

Tanah.Kubur - Balasan Dedah Aurat

Wednesday, August 29, 2012

Sebuah pengajaran yang baik untuk semua.
READ MORE ...

We Found Love- Lindsey Stirling- VenTribe

Sunday, August 12, 2012
READ MORE ...

Tuesday With Morrie

Thursday, August 9, 2012
Salam. 

Alhamdulillah, hari ni selesai menghabiskan sebuah buku world bestseller yang cukup popular dan laris jualannya di seluruh dunia.

Buku ini adalah mengenai perkongsian oleh seorang professor universiti iaitu Morris "Morrie" S. Schwartz (December 20, 1916 – November 4, 1995) yang menghidap penyakit ALS, kalau tak silap penyakit yang sama kena pada Mokhtar Dahari. 

Buku ini ditulis oleh anak murid universitinya iaitu Mitch Albom (rujuk sini). Beliau terjumpa gurunya ini sewaktu menonton rancangan Nightline yang dihoskan oleh Ted Koppel (rujuk sini). Ted Koppel telah menemubual Prof Morrie di rumahnya dan disiarkan di TV. Kemudian Mitch Albom terus terbang ke tempat gurunya untuk berjumpa dengan beliau. 

Buku ini menghimpunkan perkongsian oleh gurunya yang semakin maut itu hampir 14 minggu dengan setiap tajuk berbeza. Antaranya tentang percintaan, perkahwinan, masa depan dan lain-lain. Morrie sangat optimis bahawa beliau mampu menikmati kehidupan yang sangat bermakna di akhir-akhir hayatnya. Pelbagai kata-kata motivasi diberikan dalam 14 tajuk ini dan amat sesuai untuk dibaca oleh semua.

Di akhir cerita, Morrie telah menghembuskan nafas terakhir setelah 2 hari koma apabila penyakit urat sendinya telah sampai ke paru-paru. Ketika itu, semua ahli keluarga Morrie keluar untuk mengambil teh di dapur. Sangat sadis.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.

Prof Morrie & Mitch Albom

Buku yang telah diterjemahkan dalam BM

Antara gambar-gambar kenangan terakhir

Mikrofon kecil dilekatkan untuk merakam kata-kata Dr Morrie

Ketika masih sihat, beliau suka menari


READ MORE ...

4 Tazkiyatun Nafs (Adab Kesopanan Guru Dan Anak Murid)

Tuesday, August 7, 2012



1. Tajuk hari ini ialah Adab Kesopanan Guru Dan Anak Murid

2. Hadith Nabi S.A.W : "Jadilah pada diri kamu ini 3 golongan, iaitu orang yang mengajar, orang yang belajar atau orang yang mendengar. Jangan jadi golongan yang ke 4 iaitu tidak mengajar, tidak belajar dan tidak mendengar. Celakalah golongan begini"

3. Rasulullah ajar kita, naik matahari, bertambah ilmu kita lagi. Bahkan Nabi mengajar untuk menuntut ilmu dari buaian hinggalah ke liang lahad.

4. Ada ilmu tetapi tidak mengajar, ia akan menjadi syaitan bisu.

5. Nak belajar dan mengajar, kena ada sifat ikhlas. Sebab tu guru-guru lama, kita mudah ingat dan kenal mereka sampai sekarang, sebab mereka ikhlas dalam mengajar. Guru sekarang, ramai tak ikhlas, ibu bapa pula marah jika guru-guru marah anak-anak mereka.

READ MORE ...

Kucing Abah

Tuesday, July 31, 2012
Balik kampung baru-baru nie, ada kucing dalam kandang di rumah. Tanya abah, abah kata kawan dia bagi. Ingatkan beli. Sebab tak pernah dalam sejarah kitorang bela kucing. Manja kucing ni dan suka main. Abah tambah lagi sekor anak kucing lagi, mak lain punya, jadi ada 3 ekor anak kucing. Yang paling cantik anak kaler oren sbb bulu dia kemas dan aktif juga. Tengoklah yea.


READ MORE ...

Ais Krim Goreng

Monday, July 30, 2012




Bahan:
Roti
Ais krim
Cawan / bekas bulat
Bungkus plastik / beg

Amalan:

1. Ambil sekeping roti, di tengah-tengah untuk meletakkan jumlah yang tepat ais krim (jangan masukkan terlalu banyak, jadi ais krim tertekan keluar)

2. Tutup dengan kepingan roti yang lain, dan kemudian menggunakan cawan atau pelabuhan kontena bulat dengan rentak, putarkan tekanan

3. membuang kelebihan kerak, ibu jari dan jari indeks sepanjang roti untuk menghalang aliran ais-krim

4. ais krim roti ke dalam bungkus plastik / beg meterai, yang dimasukkan ke dalam peti sejuk ais di beku lebih dari 6 jam (semalaman)

5 . Kuali, tuangkan minyak, ais krim roti dari peti sejuk langsung dalam-goreng, suhu minyak harus tinggi untuk meletakkan roti ais krim untuk meletupkan, ingat!

Selamat mencuba!


READ MORE ...

Rawat Mata Kelabu

Sunday, July 29, 2012
Assalamualaikm.. di sini sy ingin berkongsi satu ilmu dari tok guru saya dulu iaitu ilmu untuk menajamkan penglihatan mata dan mngurangkan rabun mata.. semua orang boleh amal terutamanya bagi yang rabun,, saya tengok kwn2 sy ramai jugak yg rabun dan tepaksa menambah power 'spec mata'.. jadi, saya tiba2 teringat ilmu yg ustaz sy ajar ni..

jadi kawan2, masa anda semua mnjawab azan, apabila terdengar laungan أشهد أن محمد رسول الله, maka hendaklah menjawabnya dan kemudiannya membaca ayat ini:

فَكَشَفۡنَا عَنكَ غِطَآءَكَ فَبَصَرُكَ ٱلۡيَوۡمَ حَدِيدٌ۬

(sila rujuk surah qaf (ق) ayat yg ke 22)

kemudian hembus dekat belakang ibu jari seperti dlm gambar, lepas tu, gosok belakang ibu jari tu kat kedua2 mata.. (jari kanan= mata kanan, jari kiri=mata kiri)..

InsyaAllah, sntiasa amalkan, akan dapat lihat perubahannya, yg penting kita sentiasa bersangka baik dengan Allah..

InsyaAllah, ni salah satu ikhtiar untuk kesihatan mata kita.
READ MORE ...

Hikmah Mengapa Daging Anjing Diharamkan

Saturday, July 28, 2012
Cacing-cacing pita kotor nan mematikan di celah daging anjing
Setiap yang Allah perintahkan atau larang pasti terdapat hikmah atasnya. Jika Allah mengharamkan sesuatu pasti terdapat keburukan di dalamnya, jika Allah menghalalkan sesuatu pasti ada kebaikan di dalamnya untuk kelangsungan hidup manusia di bumi ini. Kali ini, kita akan membahas mengapa daging anjing diharamkan? adakah sebab ilmiah yang dapat kita ketahui? Ini penjelasannya.

READ MORE ...

Asas hidup Islam


READ MORE ...

Pemerintah Pembazir

Thursday, July 26, 2012

Salam. 

Lama tak menaip sesuatu di sini. Selepas isu ATC yang cukup hangat daripada biasa tu. Entry tu dah 600 lebih, rangking ke 2 tertinggi pernah dapat. Ok lah tu. Sekurang-kurangnya ramai orang baca dan ramai faham kot apa yang nak disampaikan.

READ MORE ...

Akan Terkubur Kepakaran Protokol KUIN

Tuesday, July 17, 2012

Salam.

Semasa buka FB, Asyraf terjumpa group khas untuk geng ATC Protocol Team. Bagus geng protocol, sebab pandai memobilasi tenaga protocol untuk membantu program-program MPM terdahulu. Ternampak info tentang group nie. Sila lah baca yea....

READ MORE ...

ATC Pulak Kena....


Saya baru dimaklumkan tentang Dekan HEP seolah-olah tidak mahu ATC untuk fasa ke 5 ini diwujudkan semula kerana telah mempersoalkan beberapa perkara yang saya kira tak perlu dipersoalkan sangat. Antaranya ialah dipersoalkan mana laporan lama, dipertikaikan pro-mentor dan beberapa perkara lain.

Yang saya tak boleh blah ialah, dipertikaikan KREDIBILITI mentor-mentor ATC yang bakal dilantik seperti KELULUSAN mereka, adakah mereka ada kelulusan nak mengajar, adakah mereka LAYAK untuk mengajar dan lain-lain.
READ MORE ...

Button Badge Ramadhan

Monday, July 16, 2012

READ MORE ...

DVD Forum Cinta Remaja


READ MORE ...

Pembohongan Seorang Ibu

Sunday, July 8, 2012
Artikel ini adalah kisah benar tentang pembohongan ibunya terhadap seorang anak.

1. MAKANLAH, IBU TIDAK LAPAR.
Cerita bermula ketika penulis masih kecil.Hidup keluarga mereka serba kekurangan dan semasa makan ibu sering membahagikan bahagian nasinya untuk penulis.Sambil memindahkan nasi ke dalam mangkuknya,ibu berkata,Makanlah nak,ibu tidak lapar.
READ MORE ...

Kelebihan Otak Manusia : Lelaki vs Wanita



1-Kebolehan Melakukan Pelbagai Tugasan


Wanita – Otak wanita dianugerah memiliki kemampuan melakukan pelbagai tugas dalam satu-satu masa. Wanita boleh menonton tv, bercakap dengan telefon sambil memasak.
Lelaki – Otak lelaki pula hanya boleh memberi tumpuan kepada satu kerja sahaja dalam satu-satu masa. Lelaki tidak boleh fokus untuk bercakap dalam telefon sambil menonton tv atau menonton tv sambil memasak.
READ MORE ...

3 Muqaddimah Tazkiyatun Nafs

Saturday, July 7, 2012



1) Pembersihan hati itu tidak boleh dilakukan oleh orang lain. Kita sendiri yang kena bersihkan diri kita. Kerana kita sendiri tahu penyakit pada diri kita. 

2) Bagaimana nak ubati penyakit ini, kenalah menggunakan ilmu. Yang ini yang kita akan bincangkan. Contoh dalam solat, mula bagi salam, otak mula memikirkan perkara-perkara lain sepanjang solat. Sedar-sedar, dah bagi salam.

READ MORE ...

‘Kalah’ Melawan Al-Quran, Dr Jeffrey Lang Menerima Islam

Friday, July 6, 2012

Sejak kecil Dr Jeffrey Lang dikenali dengan sifat ingin tahu. Beliau kerap menanyakan logiknya sesuatu dan mengkaji apa pun berdasarkan perspektif rasional. 

“Ayah, ayah percaya syurga itu wujud?” tanya Jeffrey sewaktu ia kecil kepada ayahnya tentang kewujudan syurga, ketika kedua-duanya berjalan bersama anjing peliharaan mereka di pantai.

READ MORE ...

ATC Lagi....

Thursday, July 5, 2012

InsyaALLAH, ada perjumpaan ringkas malam ini bersama S/U dan Timbalan S/U MPM. Tentang ATC. Yang lepas dan gagal, kita biarkan. Yang penting potensi mahasiswa perlu dikorek, dibina, dicanai dan digilap.

Manakan dapat sagu jika ruyung tidak dipecahkan?
Manakan dapat berlian yang berkilau jika tidak dicanai sehalus mungkin?
Manakan wau bulan dapat dilihat indah jika tidak disertakan tali dengungnya?

Jelas, harapan kita agar tenaga cemerlang ini manfaatkan ilmu untuk Islam. 

Kita gunakan segala wasilah dan ruang yang ada untuk mendapatkan potensi ini. Dulu nak dikelabkan, dah gagal, MPM berhasrat nak bina semula, itu satu daya usaha tiada hentinya. Tahniah. Teruskan perjuangan.

Ramai adik-adik tak kenal ATC. Ada yang tertunggu-tunggu. Kena bina pengaruh semula. 1 atau 2 team dahulu pun dah mencukupi, sempat kot sebelum MPM dibubarkan. 

Ada cadangan lain untuk diusulkan?


..........................................................................................................................................
 [UPDATE]

Meeting cancel
READ MORE ...

Genap 23 Tahun

Salam.

Kelmarin genap umur 23 tahun. Alhamdulillah. ALLAH masih panjangkan umur untuk terus memohon ampun dan taubat padanya. Terima kasih buat kawan-kawan yang wish kat kita yerr...

Alhamdulillah, birthday kelmarin juga disambut secara tidak sengaja, bergerak ke City Plaza. Habis hampir RM200 mendapatkan buku-buku idaman. Seronok. Buku yang menjana percambahan minda positif. Ada juga buku agama. 

Antara buku yang dibeli :-

1) Chicken Soup For The Soul. Himpunan 101 kisah pendek yang mampu membuat kita sentiasa berfikir positif dan terinspirasi.

READ MORE ...

Al-Fatihah Untuk Blogger

Tuesday, July 3, 2012
Salam.

Asyraf baru tahu, ada seorang blogger meninggal dunia baru-baru nie. 2 Jun. Al-Fatihah untuk allahyarham. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Tak kenai pun.

ini blognya.

http://lieynanilaz.blogspot.com/

READ MORE ...

Keropok Lekor Beb!

Sunday, June 24, 2012
Keropok lekor Terengganu =)
Beli di Terengganu baru-baru nie. Huhu.



READ MORE ...

Kereta Terbalik

Ini pic di pagi hari Ahad, selepas pulang dari kenduri Ust Hanafi. Kereta VIVA kot, tak pasai-pasai terbalik/. Macam biasa, jalan akan sesak, sebab semua pakat nak tengok.


READ MORE ...

Demi Sesuap Nasi

Semasa berjalan-jalan ke Kuala Kedah baru-baru nie, ternampak seorang pakcik bersama-sama jaringnya yang sangat besar. Tanya pakcik tu, "Buat apa pak cik?" Dia kata "Sauk udang". Hoho...macam ni rupanya sauk udang. Hehe.


Pak cik dah mula nak turun ke laut dah.

READ MORE ...

Ronda-Ronda Tepi Pantai Kuala Kedah

Salam pagi jumaat. Pagi jumaat hari tu, kami jalan-jalan ke KK, Kuala Kedah. Jalan-jalan tengok port mengail. Bawak sama Idzuddin Zubit mai sekali. Dia mai umah 2 hari dah. Tengoklah pic-pic yang ada yea.


READ MORE ...

Jubli Emas Menjamu Ikan

Kami keboringan. Kami datang lagi ke Taman Jubli Emas untuk menjamu ikan. Bukan lekeh makanan yang kami bagi nie. Kuih 4 segi. Bekas tikus makan. Hehe.


READ MORE ...

Kisah As Syahid Syeikh Umar Al-Mukhtar..

READ MORE ...

Ramadhan & Kurma

READ MORE ...

Jalan-Jalan Terengganu

Monday, June 18, 2012
Salam. Jom sama-sama jalan-jalan di Terengganu. Kami ke sana sebab menghadiri kenduri rakan kami iaitu Ust Hanafi. Kami bertolak pukul 11 dan sampai di Kelantan dalam waktu subuh gitu. Kesian fathi, dia drive sorang-sorang sepanjang malam.

Kami bermalam di rumah Faqih dan sempat menjelajah beberapa tempat di Terengganu. Antara tempat kami pergi ialah pantai dan Pasar Payang. Last sekali datang Pasar Payang ini ketika 2006 dulu semasa ke KUSTEM, sekarang dah jadi UMT. Tak beli apa pun, malas keluarkan duit. Datang nak kenduri, bukan nak shopping.


Ini semasa baru sampai di rumah Faqih. Dua di kiri tu driver sepanjang malam, kesian mereka nak rehat. Yang 2 di kanan tu, buat teruk boleh. Hehe.

READ MORE ...

Haji & Politik

Sunday, June 17, 2012

HAJI DAN POLITIK:

Saya tidak menyangka bahawa tulisan saya yang menyebut haji dan pilihan raya secara sepintas lalu menjadi polemik hangat beberapa hari. Saya hanya menyebut bahawa masyarakat Islam kebanyakannya tidak tahu perbezaan di antara wajib mudoyyak dan wajib muwassa' yang tidak ada dalam pelajaran fardu ain.

Apabila Ketua Penerangan PAS, Ustaz Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man membuat kenyataan susulan, beliau menjadi sasaran serangan media Umno yang berpelurukan kenyataan berbagai pihak. Maka Umno tidak mengambil kira musim haji atau musim puasa dan sebagainya, kerana Umno tidak menjadikan Islam itu dasar panduan perjuangannya. Tuan Haji Subky Latif pernah menjadi sasarannya apabila menyentuh perkara ini ketika menjadi Ketua Penerangan PAS Pusat.

Media jurubicara Umno mendedahkan kebebalan mereka berkenaan hukum Islam dan mendedahkan kejahilan pemimpin utama mereka sendiri, seterusnya mendedahkan ada di kalangan tokoh agama termasuk berjawatan mufti, bahawa roh dan jasadnya bersama Umno. Paling malang dan menjadi lebai malang ialah kalangan yang jahilnya murakkab, tidak mengenali ilmu usul feqah dan maqasid syariah.

READ MORE ...

Makan Nasi Arab Lagi....

Saturday, June 16, 2012
Salam.

Selepas pulang dari rumah Pak Ngah Non seperti di entry lepas, terjumpa kawan-kawan rumah sewa yang nak keluar makan di Restoran Mekah berhampiran Tesco. Kalau diikutkan tu, memang dah kenyang sangat, tetapi memandangkan dah lama tak ke restoran ni, ikut jugak lah.

Diorang makan nasi arab ayam dengan kambing ja. Sambil borak-borak. Melepaskan diri setelah berehat sepanjang hari akibat keletihan berniaga malam sebelumnya. Nanti datanglah restoran ni. Berhampiran Tesco. Sapa orang Kedah tak tau, memang wajib buang daerah.


Farahin cover makan. Ceh.

READ MORE ...

Kenduri Kak Lang Pak Ngah Non

Friday, June 15, 2012
Salam.

Ini pic 2 Jun, sehari selepas Himpunan Hijau. Petang 1 Jun ada majlis akad nikah Kak Lang, tapi tak pergi pun sebab ada di stadium. Lagipun tak aulawiyyat petang tu, yang aulanya hari kenduri. Dalam masa setahun lebih ni, kerja kenduri ja family arwah Haji Ismail dan arwah Hjh Salma ni. Cucu-cucu depa menikah habis. Tinggal la yang kami terus membujang. Adoyai. 

Pi kenduri pun macam biasa la tugasannya, kena baca doa. Kena hafal banyak doa lepas nie. Kena mula bermasyarakat. Kena ada tindakan. 

Long Nab kata : "asyik hang baca doa, mai Long Nab plak". 
Kita pun balas : "nanti saya kawen, Long Nab la tolong baca doa."
Long Nab gelak. Hehe.
READ MORE ...

Triple T Corner Mula Bergerak

Thursday, June 14, 2012
Salam. 

Ini antara usaha kami dalam merealisasikan membina jaringan dan jenama Triple T Resources dalam dunia pembangunan tenaga Islam yang cemerlang melalui latihan diri dan motivasi. Kami buka gerai sempena Himpunan Hijau Ke Putrajaya pada 1 Jun yang lepas. Hujan menyebabkan agenda panggang terbantut, ketiadaan tenaga elektrik menyebabkan kami gelap sedikit, tapi dibantu pencahayaan oleh gerai-gerai sekeliling. Semuanya menguji ketahanan dan kemampuan. Benarlah apa yang dikata, dalam perniagaan, kena ada Kuasa Tindakan. Kalau tiada kuasa tindakan, pasti kami tidak tahu pengalaman pertama dan masalah yang akan timbul. Semoga terus sukses!


READ MORE ...

Bantu Gerak Kerja Himpunan Hijau

Wednesday, June 13, 2012
Salam. Penatnya nak menaip. Cukuplah gambar menceritakan sedikit apa yang berlaku. Kami ke Kompleks Batu 9 untuk membantu rakan-rakan yang bertungkus - lumus dalam menjayakan Himpunan Hijau.

READ MORE ...

Solat Di Masjid Datuk K

Salam. Kita sambung balik cerita Cinta Di Pantai Merdeka yang lepas. 

Selepas kami jalan-jalan di Pantai Merdeka, kami singgah solat Maghrib dan jamak di Masjid Muhammadiah. masjid ini adalah sumbangan sepenuhnya dari Datuk Khalid Muhammad Jiwa, suami Dato' Siti Nurhaliza. 

Tak sangka dapat juga singgah ke masjid ini. Pernah tengok dulu dalam akhbar, Datuk K merasmikan masjid ini, tetapi buat tak tahu jea, sebab tak jangka pun nak datang sini. bahagian dalaman masjid ini memang cantik dan mewah. Hiasannya nampak mahal. Ada air-cond pulak tu. Memang kelia lah.

Tapi Asyraf lihat ruang siling agak tinggi. Bagi asyraf agak merugikan kerana ruang yang tinggi tu dapat dibuat satu lagi ruang sebenarnya. Kalau dirujuk plan masjid kat asyraf, Asyraf akan suruh buat tambahan datu lagi tingkat macam masjid langgar, dalam kawasan Kompleks Pas Pokok Sena tu. Sebab ruang di atas itu dapat dimanfaat jika pandai digunakan. Antaranya boleh buat tempat tidur, tempat program, seminar kecil dan lain-lain. So tak lah rugi sangat. Tambah lagi kawasan kampung, boleh tambah sikit macam CC ka, ok lah jugak.
READ MORE ...

The Power Of Photo Manipulation

Tuesday, June 12, 2012



READ MORE ...

Makan Kenduri Padang Serai

Thursday, June 7, 2012
Salam. 

Hari ini 28hb Mei, kenduri rumah Ustazah Rafidah, kakaknya kahwin. Hari sebelumnya, ada kenduri juga di rumah Ustazah hafizah othman, kakaknya juga yang kawen, tapi tak pi pun, sebab juak-juak orang Penang tak balik mai lagi. So tak dak keta lah.

Lokasi kenduri di Padang Serai. Pergghh....dilayan maca VIP beb..sua ayam goreng, sua kek, sua roti jala. Memang sedaplah. Laksa ja yang tak sempat makan. kami sampai pun dah pukul 4 petang, tu pun masih ramai yang datang. nampak sangat banyak tetamu yang dijemput. Huhu.

Kak Mashitah ni kahwin dengan orang Indonesia, lelaki tu memang duk area-area berdekatan nie juga. Syaaban namanya, Macam-macam dugaan juga lah dalam nak mengharungi alam perkahwinan nie. Tambah-tambah berbeza negara. Macam-macam prosedur yang rumit dan susah terpaksa diharungi. tapi Alhamdulillah, semuanya selesai juga akhir.

Semoga bahagia ke anak cucu buat Kak Shitah dan Abg Syaaban.
READ MORE ...

Cinta Kita Di Pantai Merdeka

Salam.

Ni gambar kami geng rumah sewa semasa ke Pantai Merdeka. sebelum itu kami ke kenduri perkahwinan di Padang Serai, Kulim iaitu rumah Ustazah Rafidah. Alang-alang jalan jauh, kami singgah ke sini lah. Ketulan ada ekspo, makin meriahlah suasana pantai di sini. Last sekali datang dahulu semasa cuti SPM, sebelum mula naik form 6. Datang dengan kawan-kawan senior yang ada program. Ini kiranya kali ke dua lah. dulu datang menginap di chalet, pernah naik bot sampai ke Tanjung Dawai. Pernah juga berkayak sampai ke tanjung berhampiran. Wah3...menggamit kenangan....


Mencari asam. Ternampak sumi nie...banyak....
READ MORE ...

Ziarah Mangsa Kemalangan

Salam.

 Ini beberapa gambar semasa menziarahi Faizal Sengkala, student dari Sabah yang kemalangan sekitar pukul 2 pagi. Lokasi ketika ini ialah di HDW, wad yang sama semasa arwah Naqiah ditempatkan di sini. Faizal kemalangan di lampu isyaraf berhampiran PPD Alor Setar dan SMKAK. Sekarang ni, dia sudah dipindahkan ke hospital lama berhampiran stadium. 

READ MORE ...

Syukur, Ini Kaffarah Dosa...

Wednesday, June 6, 2012
Salam. 

Punya rancak nak ke Sentosa, semasa melalui titi sungai yang sebelum simpang masuk ke Sentosa tu, tayar motor ni terhumbam masuk ke dalam lubang jalan raya atas titi tu. Tersentak gila. Memang tak pernah terhentak motor macam tu sebelum nie. Kali ni memang dasyat, dasyat ya amat.

Bila sampai traffik light ke Sentosa tu, bila belok jea, rasa ada tak kena. Berhenti jap. Tengok tayar. Pancit beb. Allahurabbi. Lemah badan. Check punya check, rim retak teruk. teruk sangat. 

Nasib baik ada kedai cina dekat tu yang buka. Bawa la motor tu ke situ, cina tu check, kena tukar baru. Bila tanya berapa harga, dia kata nak tengok dulu. rupanya stok dari kedai lain. Harganya RM180. Pergghh.

Terpaksa terima lah. nak buat macam mana. Takkan nak biar motor tu jea. Kemudian proses bermula. Cina tu keluar beli rim. Kita check duit, tak cukup duit pulak dah! Call Pak Teh, diorang dah bertolak ke Pendang. Call Nash, dia kerja. Last skali tunggu cina tu sampai. Pinjam motor dia pergi bank. Alhamdulillah, dia bagi. Tu pun guna motor Honda C70, honda bulat, jenuh bagi. Biar jea lah. Janji helmet kemas.

Selesai semua, melayanglah RM180. Kaffarah dosa. Cancel pi Sentosa.

READ MORE ...

Jom Lepak!

Salam

Kami datang sebentar ke Taman Jubli Emas di Suka Menanti untuk lihat tapak yang sesuai untuk buka gerai. Gerai Triple T Resources, syarikat kami, sebuah wawasan ummah. Sambil-sambil makan angin, makan ais krim dan bagi makan ikan. Nanti datanglah yea, bagi makan ikan. Ikan kap besar Farahin...


Syafik, Farahin dan Pak Teh

READ MORE ...

Anis Nur Batrisya Yang Over

Salam. 

Lepas tengok TV Hijrah yang telah Asyraf kongsikan pada entry terdahulu, Asyraf singgah ke rumah abang di Taman Guru Jaya. Lama tak jenguk budak kecik anak menakan yang buas muas nie. Dah semakin besar, perangai pun semakin menjadi-jadi. Cakap pun semakin pandai lebih dari professor.  Bergaya dalam bergambar pun lebih dari model.

Ini untuk dikongsikan.



Peace no war...


Senyum sama ja...ish3....

READ MORE ...