Followers

Ubah Kata-Kata, Ubah Minda

Monday, April 25, 2011

Salam.

Diri kita sebenarnya memerlukan sesuatu yang positif. Dari kata-kata yang positif, ianya akan melahirkan minda yang positif. Apabila minda kita positif, semua perkara yang sukar, kita akan lihat dari pelbagai sudut yang positif dari posisi yang berbeza.

Lihat orang yang berjaya. Setiap hari, mereka sentiasa mengungkapkan perkara-perkara yang positif. Mereka akan sentiasa bercerita tentang kekayaan, kejayaan, kesihatan, pelancongan, perkahwinan dan lain-lain. Inilah yang membentuk jiwa mereka.

Kalau tak percaya, cuba baca kisah-kisah kejayaan yang ada pada seseorang. Pasti ada yang positif pada mereka.

Ubah kata-kata anda. Itu yang akan mengubah minda. Minda itu akan mengubah kehidupan kita.

Sekian, sedikit perkongsian.


p/s : Komen la yer, baru ada interaksi....




READ MORE ...

Tutup Aurat Yer..

Saturday, April 23, 2011
aurat, insaniah, perkongsian
Salam. Buat kawan-kawan semua, jangan tersilap etika tutup aurat yer. Sekadar berkongsi ^_^
READ MORE ...

Thank You Uncle!

Friday, April 22, 2011
Salam.

Seronok nak berkongsi.

Pagi ni bangun awal sikit, setelah dikejutkan oleh hafalan Abg Mat yang mengapai Tafsir Maudhui.

Kalo dia tak ngapai, komfem 11 lebih baru bangun.

Siap semua, pi kuar sarapan sambil hantar motor ke kedai untuk tukar minyak hitam.

Balik ja, alhamdulillah, motor dah siap.

Tapi baru Asyraf sedar, rupanya kedai tu tak buka hari ni. Asyraf telah mengganggu sedikit rancangan harinya pagi ni. Mungkin dia ke kedai untuk selesaikan sesuatu kot, tapi Asyraf dah mintak dia tukar minyak hitam.

Bagus kan? Dia tak syadid sangat dengan jadual harinya. Asal pelanggan datang, dilayannya dengan baik.

Lepas dipebaiknya rantai motor dengan brek. tak suruh pun, tapi dia buat. Caj pun tak. Alhamdulillah, rezeki....

So uncle, thank you na. Nanti saya mai kedai lagi na?? Hehe.

Sekadar berkongsi.......
READ MORE ...

Tinta Aishah

Salam.

Semoga semua sihat-sihat belaka. Hari ni Asyraf nak berkongsi sesuatu dengan kawan-kawan, satu luahan hati yang gundah gulana dari sahabat seKOOP kitorang yang amat risaukan kembar-kembirnya. Risaukan virus menyerang mereka.

Sebenarnya virus yang dimaksudkan iu virus baik punya, mahal plak tu. Tapi dah nama kasih sayang, kebimbangan itu cukup kuat. Fathi punya kerja la nie. Kesian kawan tu. Dah la kawan kita baru sebulan lebih hilang sahabat, jangan la mai lagi sorang. Hehe.

Ok. Bacalah yer. Tinta Aishah.


******************************************************************************************************************


" virus menyerang di koperasi "

.........................................................................................

membaca dan terus bertanya apa yang telah terjadi tetapi jawapan belum terjawab..

"aku begitu risau...apa yang telah terjadi di situ..??orang yang pertama aku fikir sekali adalah kembar-kembarku dan sahabt lain...aku takot mereka menangis..adakah mereka ok???

persoalan terus bermain di fikiran...

bertindak terus dengan menelefon...

"tidak ada apa la." kembarku menjawab

"ya Allah..aku begitu risau..aku tidak mahu sesuatu terjadi kepada mereka kerana aku terlalu menyayangi mereka..ya Allah..setelah aku kehilangan sahabat rapatku..aku menjadi takut untuk kehilangan mereka yang lain sedangkan aku tahu itu adalah dugaan Engkau kepada ku..kasihku kepada mereka tidak dapat aku luahkan ya Allah..kuatlah mereka ya Allah..."

air mata mengalir....

mengalir dan terus mengalir...

ketahuilah sahabat bahawa diri ini terlalu menyayangi diri kalian.diri ini tidak sanggup melihat kalian menangis walaupun diri ini jauh disisi kalian.

sahabat boleh dikatakn kita selalu bersama..berjalan,makan,marah,senyum,ketawa,penat dan lelah serta menangis bersama-sama.setiap tomahan yang telah dilemparkan kepada kita menjadi kekuatan kepada kita...

semuanya sentiasa bersama-sama...tetap kita teruskan perjuangan kita....

ketahuilah sahabat........diri ini terlalu menghargai kalian kerna Allah memberi peluang kepada diri ini dapat mengenali diri kalian...terdapat banyak keistimewaan dalam diri kalian membuat diri ini terlalu menyayangi diri kalian...

PERNGORBANAN dalam diri kalian membantu Islam adalah begitu besar...PEJUANGAN kalian begitu bererti bagi diri ini kerna klian banyak membantu walaupun diri ini tahu bahawa kalian juga mempunyai pelbagai masalah tetapi kalian masih meneruskan PERJUANGAN kita...kalian begitu cekal....

diri ini begitu kagum dengan kalian....

tunduk dan terus tunduk

kerna susah untukku ungkapkan...

"ya Allah..kuatkanlah ukhwah kami ya Allah"

seandainya diri ini pergi dulu...

diri ini begitu berharap kembar-kembarku dan sahabt-sahabtku yang lain dapat teruskan PERJUANGAN kita...

Dari Ibnu Mas'ud r.a. bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w.; "Manakah amal yang lebih utama?", Rasulullah s.a.w. menjawab; "Sembahyang dalam waktunya, berbakti kepada ibu bapa dan berjuang di jalan Allah." - Sahih Bukhari

-coretan kehidupan-


READ MORE ...

DVD Choral Speaking Is On The Way

Tuesday, April 19, 2011

Ini ialah Arif Aiman ^_^



Salam.

Alhamdulillah. Perghh. Lega betul hati ni. Baru habis 2 paper exam untuk hari ni. Sekali dua-dua madah yang boleh tahan jugak, memang memeningkanlah...

Asyraf keluar awal jugak exam hari ni. Saja keluar awal. Terus masuk ke Wisma Hati. Tengok masa masih panjang, terus mesej Arif Aiman.

Nak ceta sikit sebenarnya. Lepas exam, Asyraf jemput Arif Aiman ketua kelas Usul 3 untuk buat sedikit rakaman untuk DVD Choral Speaking yang Asyraf tengah siapkan.

Kalau diikutkan nak buh yang choral saja, tetapi memandangkan video tu amat sedikit durasinya, so Asyraf ingat nak masukkan beberapa lagi video yang sesuai.

Setakat ni Asyraf ingat nak masukkan video Program Khidmat Komuniti bagi kedua-dua group. Baru banyak sikit dan semua orang berpuas hati.

Asyraf masukkan jugak rakaman ucapan Puan Hadijah dengan Arif Aiman. Cuma tak sempat lagi nak rakam ucapan Puan Hadijah.

Arif Aiman pun sangat sporting. Tak banyak tanya dah. Dengan sedikit penerangan, dia terus membuat ucapan. Memang stail la ketua aku ni.

Setakat ni, sedikit sangat yang nak tempah DVD ni. Muslimat ramai sedikit ja.

Bukan apa, pakat semua nak copy paste. baru sekarang Asyraf rasa betapa peritnya tuan punya industri hiburan dalam menjual DVD hak milik mereka. Betapa susah payah mereka memerah keringat, senang-senang ja kita cetak rompak.

Asyraf buat pun bukan nak ambil untung. Cumanya Asyraf ambil peluang atas apa yang Asyraf ada. Asyraf ada kemahiran video, ada kawan yang yang boleh membantu, dan ada set videocam untuk dirakam, serta ada orang yang mampu membantu dalam mencetak DVD ni unutk dijual.

Semuanya berusaha dalam satu arah, iaitu mengumpul dana untuk Triple T Tv dan menyumbang sedikit kepada tabung Kulliyyah Usuluddin 3.

Harap kepada kawan-kawan yang terbaca entry Asyraf ini, jangan lah copy paste DVD tu. Asyraf bukan amik untung pun dan bukan menjana pendapatan diri melalui DVD tu. Matlamat Asyraf macam Asyraf dah sebut tadi.

Apa pun, buat kwan-kawan, minggu depan InsyaALLAH, DVD akan siap. Asyraf akan dapatkan rakaman Puan Hadijah dan video Khidmat Komuniti.

Semoga apa yang ada dalam DVD tu memuaskan hati kawan-kawan. Menjadi harapan juga agar hasil jualan DVD yang tidak seberapa itu akan mampu menggerakkan gerakan dakwah moden ini.


READ MORE ...

Preview DVD MSR.

Salam.

Di bawah adalah sedikit preview DVD MSR yang baru sahaja Asyraf, Fathi dan Haziq siapkan. Memang menarik. Pemilihan lagu yang tepat dengan videonya.

Bagi yang belum dapatkan DVD ini, datang segera tau ke Kedai MPM. Jam 12 tgh hari sampai 2 ptg sahaja. Yang tak tempah pun, boleh beli juga.

Semoga terhibur ^_^

READ MORE ...

DVD MSR Jun 2010 Siap!!

Sunday, April 17, 2011
Salam.

Alhamdulillah, DVD MSR intake JUN telah dapat disiapkan dengan jayanya. Memang ramai orang bertanyakan tentang DVD ini memandangkan hampir setahun mereka menunggu, tetapi masih belum siap.

Sebenarnya bahan-bahan DVD ini ada pada arwah Abg Narzeri B Taib yang telah kembali ke rahmatullah semasa dalam proses menghasilkan DVD ini. Selepas dia meninggal, kami terpaksaq berhempas pulas mengumpul semula bahan-bahan memandangkan kami tidak tahu di mana arwah simpan bahan-bahan videonya.

Buat sahabat-sahabat tahun 1, boleh dapatkan DVD ini di Kedai MPM. Ada yang dah bayar RM5, ada yang bayar full RM8. Yang bayar RM5, kena tambah lagi duit yer...

Apa pun, minta maaf atas segala kekurangan yang ada dalam DVD ini. Ini sahaj yang mampu kami siapkan.

Terima kasih kepada Abg Fathi & Dr Haziq yang bertungkus lumus menyelesaikan kerja-kerja arwah.

Semoga penghasilan DVD ini mengingatkan kita kembali sejarah setahun dahulu semasa kita masih hijau di INSANIAH dan mampu menyedarkan diri kita akan matlamat dan objektif kita menuntut di sini.

Menjadi harapan agar DVD ini memberi 1001 kenangan kepada kita semua.




p/s : Jangan sekadar baca. Komen la sama yer. Baru ada interaksi ^_^
READ MORE ...

Jualan DVD Choral Speaking Dibuka Sekarang!!

Saturday, April 16, 2011
Salam.

Baru-baru ni Kulliyyah Usuluddin tahun 3 menyertai Choral Speaking sempena Hari Pengajian Malaysia di bawah seliaan Puan Hadijah bagi subjek Pengajian Malaysia.

Antara pengisiannya ialah tayangan slide terbaik bagi yang terlibat dengan projek ke Pulau Pangkor serta tayangan bagi khidmat komuniti. Asyraf terlibat dengan Khidmat Komuniti ke Rumah Darul Hannan dan Choral Speaking Group 2. Klik SINI untuk pic Darul Hannan dan SINI untuk Hari Pengajian Malaysia. Klik juga SINI untuk video Darul Hannan.

Alhmdulillah, memang seronok la hari tu walaupun sekejap ja masanya. Walaupun kalah, rasa puas sebab dapat membantu menjayakan juga program tu sebagai timbalan unit teknikal.

Nampaknya matlamat Puan Hadijah tercapai. Dia juga ada sebut dalam FBnya inilah penganjuran yang terbaik sepanjang beberapa sem dia mengendalikan Hari Pengajian Malaysia.

Kawan2 di kedai MPM memang dah tahu tentang hari ni bila Asyraf kata duk kena masuk latihan, So, depa mai rakam lah. Rakam guna videocam Triple T. Memandangkan benda dah ada, so Asyraf cadangkan buat jualan DVD untuk kumpul dana Triple T Tv dan bagi sedikit untuk kelas.

Errmmm...kawan-kawan yang nak dapatkan DVD ni, hubungi Asyraf ya?? Bukan untuk kepentingan diri pun, tapi nak membantu mendapatkan dana untuk gerakan dakwah jugak.

Bagi yang nak Asyraf buat rakaman dan DVD untuk program-program tertentu, call la Asyraf. Asyraf akan membantu INSYA ALLAH. Harga berpatutan tau!

Ok, lihatlah sedikit promo yang telah Asyraf siapkan. Sekadar berkongsi. ^_^



Banner Yang Asyraf Tolong Siapkan. Design Pemalas. Nampak Tak Banner Belakang Stage Dalam Video Bawah Ni?? Hehehe.....




Promo Yang Asyraf Siapkan. Untuk Mencari Sedikit Dana Untuk Gerakan Ummah.




p/s : Harap maaf, video kualitinya rendah kerana ditukar formatnya supaya lebih ringan dan mudah diuploadkan. DVD yang dijual memang berkualiti.
READ MORE ...

Study Group Di Puncak Beris

Salam. Apa khabar semua??

Alhmdulillah, dah lama Asyraf tak menulis sesuatu di sini. Dengan musim peperiksaan ini, ianya mengambil banyak masa Asyraf untuk meluangkan masa dalam blog ini.

Asyraf sebenarnya baru balik dari study group di D' Puncak Bris Lake Resort bersama sahabat-sahabat Usuluddin 3. Sebenarnya rancang lama dah, cuma tunggu masa saja memandangkan kami ada syawafi Qur'an pada hari Selasa.

Hari Rabu tu, terus kami ke sini lah. Sampai pun dah malam, sempat jugak kami study 1 madah. Memang hampir semua madah kami study. Tenang giler. Tak kalut dengan kerja lain. Handset pun dah tak dak line, mana boleh mesej masuk.

Pemandangan di sini agak baik. Rumah batu kami duduk pun tepi tasik ja, pondok pun menghadap tasik, elok benar la nak study. Sejuk mata memandang. Sejuk lagi melihat isteri depan mata. Haha.

Kami duk dalam 2 malam ja, so kena bayar RM 120. Setel. Share RM 20. Murah kan?

Asyraf cari juga info tentang tempat ni. Ada beberapa blogger yang biasa melawat tempat ni dan berkongsi pengalaman mereka. Boleh baca di SINI & di SINI

Ok lah, nanti sembang lain na?? Banyak benda nak buat lagi ni. Jumpa lagi.


Gambar Sekadar Hiasan


READ MORE ...

Orang Bodoh Buat Isu Bodoh

Sunday, April 10, 2011

Salam.

Baru-baru nie pelajar Tahfiz INSANIAH mengadakan demonstrasi. Demonstrasi aman yang mahaukan Sekolah Insan Bestari keluar dari bangunan tahfiz itu.

Tetapi kan, ada seekor tikus bodoh yang ntah apa-apa buat isu bodoh. Tak dak kena mengena langsung demo ni dengan Kumpulan Mahfuz, Kumpulan Amiruddin atau Kumpulan Sungai Limau. Diorang ingat kerajaan sekarang berpuak-puak seperti kerajaan Perlis kot.

Kerajaan Perlis memang terbukti berpuak-puak. Mufariqu lil jamaah. Rujuk post ni. Klik.

Cuba tengok ke link yang Asyraf berikan nie. Nampak sangat teruk. Klik


Walau apa pun yang berlaku, saya tetap sokong MB. Dengan Rektor, kena betulkan apa yang salah. Itu ja.

READ MORE ...

ATC Di Hati

Monday, April 4, 2011
Salam.

Alhmdulillah, baru-baru ni ATC telah melabuhkan tirainya. Setelah berhempas pulas selama 3 bulan, akhirnya ini lah yang di tunggu-tunggu oleh mentee ATC.

Asyraf tak mampu nak bercakap panjang. Memang penutupan ATC memang meriah, walaupun ada beberapa kekurangan.

Sememangnya ATC sudah berusaha bersungguh-sungguh untuk melahirkan kader-kader dakwah yang terbaik. Ini juga merupakan jalan menuntut ilmu luar kuliah yang sesuai kerana ianya melibatkan perkongsian ilmu bersama mentor yang turut merupakan pelajar biasa seperti mentee.

Sepanjang majlis, memang seronok melihat mentee banyak menguruskan program. Gandingan MC dari MC Team, protokol dari mentee Protocol Team, unit makanan dari Catering Team, semuanya banyak menguruskan program ini dengan seliaan mentor.

Walaupun ada beberapa kesilapan terutama waktu awal program yang mentee protocol silap jemput En Ikmal tu, tetapi inilah pengalaman untuk mendapatkan ilmu. Kesilapan adalah perkara biasa. Dengan kesilapan itulah, kita mampu meningkatkan prestasi diri ini.

Buat sahabat-sahabat Kedai MPM, mintak maaf lah tak sempat bagi kek tu. Kek rasa pandan ja, jangan sedih plak tak dapat rasa. Kesian Haziq dan geng-geng cashier kedai MPM tu. Nanti kita tempah lain na??

Cukuplah setakat ini. Tiada penghargaan selain ucapan TERIMA KASIH buat semua. Manfaatkan ilmu kalian. Anda adalah kader dakwah profesional!

Kek ATC. Beratnya 5 kg. Nilainya RM200, tetapi mendapat tajaan. Terima kasih kepada penaja. Pic di bawah adalah bersama technical team.





READ MORE ...

layarminda2: Peng Shulin, Manusia Separuh Badan.

Friday, April 1, 2011
layarminda2: Peng Shulin, Manusia Separuh Badan.: "Salam untuk semua, moga ceria2 ('',) Sesuatu yang kita selalu sebut , tapi jarang kita dapat lihat. Percaya tak ada orang boleh hidup hanya ..."
READ MORE ...