Followers

MPM Tewas 2-0

Saturday, January 29, 2011

Salam.

Sedikit coretan dan perkongsian untuk sahabat-sahabat.

Semalam adalah Majlis Perasmian ATC dan Sukan Integrasi. Tak ramai yang hadir, tetapi boleh tahan lah, kita tak cukup masa nak sediakan semua kerusi, jadi kami sediakan sedikit saja lah, lagipun bukan nak penuh pun kerusi yang kami sedia tu. Tak pa lah, kita tinggalkan dulu tentang ATC ni.

Pagi ni Asyraf lewat sikit sampai ke Stadium Mini INSANIAH. Tengok-tengok geng SP tengah lawan dengan geng mana ntah. Geng-geng INSANIAH SP ni semuanya datang sendiri dengan kerata, bersama mereka ialah lecturer merangkap coach mereka iaitu Encik Anuar.

Asyraf sempat jumpa dengan budak sekolah dulu yang mengaji di SP sekarang, tanya mai dengan apa, dia gtau mai naik kereta sendiri. Dia kata "Kot la hgpa nk sedia bas ambik kami kat sana"....

Asyraf pun beritahulah, "bas INSANIAH ni ada 3 ja, sebuah rosak, yang 2 buah ni la duk berulang-alik ke asrama, mana sempat nak pi SP. Adhoc Sukan Integrasi pun dah mintak SCC di sana supaya mintak INSANIAH SP sendiri yang uruskan pengangkutan."

Agak menarik sebenarnya, team SP ni bercampur sekali dengan pelajar antarabangsa. Mungkin kerana kuliah mereka sedikit dan tempat pun kecil, ukhwah sesama mereka lebih erat dari sini.

Lupa plak nak beritahu, MPM Team sempat juga bertanding pagi tadi, mereka menentang Tok Keling FC yang terdiri pelajar Ijazah Tahfiz. Tapi yang seronoknya, MPM terpaksa mengimpoet beberapa pemain dari team lain untuk mencukupkan bilangan.

Ada beberapa pemain import yang Asyraf kenal seperti Sahil kuliah sekali, Abg Zulhazwan dari MTK Team yang dah menang dalam perlawanan pertama, budak SP sorang dan yang best sekali, lecturer SP iaitu En Anuar tadi turun bermain sekali untuk MPM. Haha, Memang mendampingi masyarakat betul lah MPM nie. Pakai import masuk ja, sapa tak suka tak yah masuk.

Ternyata MPM mendapat sokongan dari mahasiswa. Macam-macam laungan di dengar terutamanya bila presiden bawa bola, "HIDUP HIDUP" la, "Jangan Sentuh Depa" la, "Nanti Kena Blacklist Nama" dan lain-lain. ternyata aura himpunan dahulu memberi kesan politik kampus kepada MPM.

Apa pun, takziah untuk MPM kerana tewas 2-0 pada pagi tadi. Bukan lah kemenangan yang diharapkan, tetapi ukhwah itu yang penting sesama mahasiswa. Kita mahukan mahasiswa yang aktif di lapangan juga, bukan berduniakan medan makan semata-mata. Bersukanlah, kerana Islam menggalakkan umatnya menjadi mukmin yang kuat secara dalaman dan luaran. Terima kasih juga untuk adhoc pelaksana yang bertungkus lumus menjayakan sukan pada hari ini. Semoga ALLAH membalas jasa2 sahabat.

Di bawah Asyraf selitkan sedikit pic semasa perlawanan MPM dengan Tok Keling tadi.

Presiden MPM saudara Mohd Faiz Bin Mohd Arsyad. Bagus permainannya.


Pemain MPM Team. Kedua-duanya adalah pemain import. Terima kasih kerana membantu.

Faiz mengelecek bola. Sentiasa mendapat sokongan dari mahasiswa. Cantik permainannya.


Keeper MPM Team dari MTK Team. Juga diimport. Tuan punya kamera yang Asyraf guna sekarang. Lepaskan 2 gol! Ayoyoyo....


Yang penting turun padang dan mendekati mahasiswa...


Pemain import ini adalah dari INSANIAH SP. Bermain sebagai pertahanan.


Yaa..inilah En Anuar lecturer dari SP merangkap coach bagi team SP. Terharu dan terima kasih sebab sudi bermain untuk MPM. Ialah, team lain semua pelajar yang main. Dia pun nak main jugak.


Ha, terajang bola.


Main kasar ke ni?? Ingat, integrasi tu penting...


No 12, Sahil juga adalah pemain import.


Aik, bergaduh ke dua orang ni??


Oh, dah tamat permainan rupanya....


Yang penting, kita memartabatkan Biah Solehah dalam sukan ini. Terima kasih mahasiswa kerana terus menyokong kami.

0 orang mengarut:

Post a Comment