Followers

Zaujah fi Jannah: Beruntunglah Jadi Perempuan

Thursday, March 31, 2011
Zaujah fi Jannah: Beruntunglah Jadi Perempuan: "Istimewa jadi pompuan....ya Ikhwati (yg perempuan :D) Antunna harus bangga jadi seorang muslimah, tidak perlu iri dengan kelebihan yang ad..."
READ MORE ...

Siapa Ust Abd Ghani Shamsuddin??

Tuesday, March 29, 2011

Mungkin ramai tidak mengetahui bahawa tokoh hebat ini pernah bertugas di Sabah satu ketika dahulu, walaupun hanya seketika sahaja.

Ust Hj Abdul Ghani Shamsuddin, 63 tahun berasal dari Masjid Tanah Melaka.

Pernah mengaji di Madrasah al-Junid, Singapura antara 1957-1964. Antara rakannya ialah Datuk Hj Ahmad Alawi Hj Adnan, Mufti Kerajaan Negeri Sabah sekarang.

Menyambung pengajian selepas itu ke Mesir antara 1965-1974. Di sana, beliau mengaji di Maahad Bu’uth sebelum ke Universiti al-Azhar dalam bidang Syariah dan Perundangan.

Meneruskan dalam bidang sarjana dalam jurusan Fiqh Muqaran (Perbandingan Hukum) dan diploma pendidikan di universiti yang sama.

Kembali ke tanahair, ustaz berkhidmat sebagai guru agama di Sek Agama Syarifah Radhiah Melaka. Dalam masa yang sama, ustaz terlibat dalam ABIM sehingga diamanahkan sebagai Timbalan Presiden pada awal 80an.

Setahun mengajar di Melaka, ustaz kemudiannya beralih ke Institut Teknologi MARA, Shah Alam dan berkhidmat selama 7 tahun.

Pada awal 80an, ustaz dipindahkan ke ITM Cawangan Sabah, Kota Kinabalu. Tidak lama, sekitar 6 bulan sahaja di sana, ustaz mendapat perintah keluar dari Sabah dalam tempoh 48 jam oleh Ketua Menteri, Datuk Harris Salleh.

Kembali ke ITM Shah Alam sebentar, sebelum ustaz berpindah ke Fakulti Pendidikan Universiti Malaya pada 1981 sehingga bersara pada 2001.

Ustaz Abd Ghani juga bergiat aktif dalam Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) dan diangkat sebagai Yang Dipertuanya pada 1999-2003, ketika itu menggantikan Ustaz Hj Ahmad Awang.

Kini beliau memimpin satu lagi gerakan Islam yang dinamakan sebagai Sekretariat Himpunan Ulama’ Rantau Asia (SHURA). Program terbaru yang disertai SHURA ialah Persidangan NGO Asean di Bangkok pada 16 Oktober lalu.

Sementara itu di dalam PAS, beliau adalah AJK PAS Pusat, Ketua Lajnah IT dan Setiausaha Majlis Syura Ulama’.



p/s : sekarang ni Ust Ghani mengajar di INSANIAH sebagai pensyarah kontrak. Seronok Asyraf bersama-sama ustaz, Dia dah mula kenai Asyraf, Ilmu ICT yang ada padanya memang akan cuba dimanfaatkan sebaik mungkin.

READ MORE ...

Wartawan Sinar Harian Berkongsi Ilmu Bersama ATC

Sunday, March 27, 2011
Salam.

Baru-baru ni Asyraf join kelas ATC Journalist Team. Mentornnya Ustazah Anisah dan Ustaz Muaz ajak semua penggerak dan mahasiswa INSANIAH untuk masuk sekali.

Asyraf sampai agak lewat. Tapi sempat juga mengikuti kelas ni. Kelas kali ni agak special sebab mereka jemput wartawan dari akhbar Sinar Harian iaitu Cik Shahni.

Dalam kelas tu, beliau memberikan beberapa tips mengenai dunia kewartawanan. Walaupun dia bukanlah wartawan yang amat-amat hebat, tetapi sedikit perkongsian yang telah diberikan amat bermakna.

Asyraf lihat ATC Journalist kali ni agak agresif siki perjalanannya. Kalau dulu kurang tumpuan dalam ATC, sekarang dah banyak aktiviti yang mereka buat. Team-team lain pun kena mula la contohi mereka. Kuatkan kerja lapangan. Banyakkan tugasan. Praktikal itulah memberi kita pengalaman.

So, kepada ATC Journalist Team, Selamat Maju Jaya!


p/s : Team lain pun sama la......




READ MORE ...

Berpuak-Puak Dalam Parti. Serlahkan Lagi.

Salam buat sahabat semua,
Hari ini saya nak berpantun pula,
Seronok tengok orang Md Isa,
Pakat semua berebut kuasa.

Dulu lepas jawatan Ketua Bahagian,
Kot2 nak dapat yang lebih tinggi,
Nampaknya hanya jadi igauan,
DUN Kayang pun nak kena sepak lagi.

Indera kayangan adun cina,
Tempat cantik tengah kangaq,
Md Isa nak bagi melayu pula.
Patut la DR Phor asyik dok hingaq.

Adun Pauh cita2 tinggi,
Adik raja sapa berani,
Parlimen Arau dia nak terokai,
Hajat dihati nak jadi timb menteri.

Titi tinggi hujung sekali,
Pernah mrajuk nak tarik diri,
Apa lah nasib dia kali ni,
Rasanya diri dah tak berguna lagi.

Parlimen Kangar tempat Radzi,
Dok pegang jawatan punahsehat MB,
Tengah kalut nak cantas Bakri,
Kot2 dapat jadi MB.

Jamil Saad tak senang hati,
Pakat berebut nak tanding tempat dia,
Dengar kata setpol md isa nak cuba diri,
Nak cantas jamil lawan kat Sena.

Guar Sanji Jefperi yang punya,
Bersahabat baik dengan adik raja,
Dia ni pun sama sahaja,
Angan2 nak jadi MB Perlis juga.

Senator khalid dok pandang jauh,
Teringin nak bertanding kerusi adun,
Dok intai-intai kawasan pauh,
Tunggu syed lan kasi respon.

Md Isa dok undur pelan-pelan,
Dia memang dah tak nampak jalan,
Yang bagi jawatan pun abg syed lan,
Nampak gayanya selamat jalan.

Kola Perelih tak besar mana,
Itu pun susah nak jaga sana,
Ada YB lgsg tak pernah nampak muka,
Confirm pakatan memerintah pula.

Md Rawi YB Beseri,
Hampir sepenggal jadi wakil rakyat,
Dok takut zahidi kembali,
Nanti jadi tak selamat.

Dulu kata nak tarik diri,
Hari ni pula habaq tak jadi,
Nak sara artist memang la tinggi,
Terpaksa la Tok Mi bertanding lagi.

Tambun tulang berjiwa rakyat,
Tak dak sapa berani tawan,
Kerana dia orang yang hebat,
Haron Din sendiri pun tak boleh lawan.

YB Santan nama Sabry,
Selalu saja ke luar negeri,
Jangan sampai lupa diri,
Takut PAS amik alih nanti.

Selesai sudah pantun ini,
Ini hanyalah pantun seloka.
Janganlah ada marah di hati,
Buat renungan kita bersama.


p/s : Seloka ini adalah hasil daripada penyokong Dato' Seri Shahidan Kassim. Mereka ini adalah kontra dengan MB Dato' Seri Md Isa Sabu. Seloka ini menunjukkan perpecahan dalaman mereka. Asyraf sebagai rakyat Perlis amat malu dengan keadaan ini. Bukan malu dengan perpecahan mereka, tetapi malu dengan rakyat yang masih menyokong mereka. Sekadar berkongsi.




READ MORE ...

Warkah Buat Ayahanda. Ceq nak Nikah Awal...

Saturday, March 26, 2011

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…

Kepada ayah yang ku kasihi dan bonda yang ku cintai…

Apa khabar dengan keluarga di Malaysia? Semoga hendaknya dalam keadaan sihat dan mendapat rahmat ALLAH sentiasa.

Along pun tak berapa jelas mengapa along nak tulis surat ni kepada mak dan ayah. Rasanya sepanjang hidup ni, jarang benar along tulis surat untuk mak dan ayah. Selalunya kalau ada apa-apa pun, along selalu telefon saja berbanding untuk menulis surat. Tapi adakalanya juga, ada sesetengah perkara yang along tak boleh nak cakap melalui telefon dan lebih suka untuk membincangkannya dalam bentuk surat.

Dipendekkan cerita, along sebenarnya untuk meminta redha dari mak dan ayah untuk bernikah. Mungkin mak dan ayah terkejut apabila along cakap macam nie. along bercadang untuk bernikah dalam tempoh kurang dari satu tahun dari sekarang. along nak nikah nie bukan kerana nafsu semata-mata tapi hanya ingin menyempurnakan sebahagian dari agama. Selain itu, dengan nikah, along akan lebih terpelihara daripada melakukan sebarang maksiat kepada ALLAH.

Kadang-kala, along rasa hairan, masyarakat sekarang lebih suka anak-anak mereka ada boyfriend dan girlfriend. Kemudian dibenarkan pula berjalan berdua-duaan tanpa mahram perempuan tersebut. Perkara ini haram di sisi Islam. Sedangkan Islam telah memberikan satu jalan keluar yang baik dalam masalah ini iaitu dengan nikah.

along bukan terburu-buru untuk bernikah, tapi along nak mak dan ayah boleh faham konsep nikah yang sebenarnya di dalam Islam. Islam menganjurkan nikah adalah untuk mengurangkan berlakunya maksiat di dalam masyarakat seperti zina. ALLAH SWT berfirman:

“Dan janganlah kamu menghampiri zina…” (Surah al-Isra 17: 32)

Zina takkan terjadi di antara lelaki dan perempuan dengan serta-merta. Zina akan berlaku melalui beberapa step (langkah) yang menghampiri kepada zina sebagai contoh berjalan berduaan lelaki dan perempuan tanpa mahram (boyfriend dan girlfriend). Walaupun bertunang, Islam tidak membenarkan pasangan tunang tersebut untuk berdua-duaan tanpa mahramnya. Tunang bukan tiket untuk menghalalkan perhubungan antara lelaki dan perempuan. Ini hanya tradisi yang terdapat dalam masyarakat melayu. Islam menyuruh orang muslim untuk bernikah untuk menghalalkan hubungan tersebut.

Mengikut kajian yang dilakukan di sebuah universiti tempatan, 80% mahasiswa yang cemerlang adalah terdiri dari mereka yang telah berkahwin. Ini kerana pasangan yang telah berkahwin, merasakan mereka ada tanggungjawab yang harus mereka pikul, dan akhirnya mereka bersungguh-sungguh dalam pelajaran untuk mencapai kecemerlangan. Jadi, orang yang bagi alasan bahawa menikah sewaktu belajar akan mengganggu study adalah tidak tepat.

Di universiti along, ramai pelajar yang ‘bercouple’ dan mereka boleh belajar seperti biasa. Tapi, apa yang mereka buat tu adalah maksiat. Kan elok, kalau ibubapa mereka membenarkan mereka bernikah dan mereka pun boleh belajar seperti biasa. Yang ini adalah yang disuruh dalam Islam. Jadi apa perbezaannya? Yang satu, belajar tapi diiringi dengan maksiat (macam mana nak berkat ilmu yang belajar) dan yang satu lagi belajar dan telah pun menunaikan salah satu sunnah Rasul SAW. Sekarang pilihan di tangan kita, samada nak kepada benda baik atau buruk.

Mengenai calon, along takde lagi. Tapi, InsyaALLAH kalau mak dan ayah bagi along green light, masalah calon, mak dan ayah jgn risau (bagi tempoh 6-8 bulan), yang penting mak dan ayah bersedia.along lebih suka calon tu along yang pilih sendiri. Tapi tak bermakna mak dan ayah tak boleh memilih calon yang sesuai untuk along.

Mak dan ayah mungkin akan bertanya bagaimana pulak along akan memberikan nafkah zahir dan batin kepada isteri yang along nikahi nanti. Seperti yang along katakan awal-awal tadi, along nak nikah bukan kerana nafsu semata-mata. Dalam tempoh along belajar, dan kemungkinan juga perempuan tu juga sedang menuntut di unversiti, maka along akan buat syarat yang dipersetujui bersama untuk menangguhkan dahulu nafkah batin untuk tempoh tertentu. Dalam sirah Rasulullah SAW, Rasul bernikah dengan dengan Saiditina Aisyah ketika Aisyah berumur 9 tahun dan berumah tangga dengannya pada umur Aisyah mencecah 12 tahun. Ini bermakna Rasulullah menunaikan nafkah batin untuk Aisyah ketika mana Aisyah berumur 12 tahun, iaitu 3 tahun selepas menikah. Kalau dalam istilah kita dipanggil ‘nikah gantung’. Tak kisah lah apa pun namanya yang penting Rasulullah telah mencontohkan perkara seperti itu. Tapi selepas menikah, maka hubungan lelaki dan perempuan yang dulunya terbatas kini telah tiada. Kalau along telefon dia, along dapat pahala, along rindu kat dia, along dapat pahala, along bagi hadiah kat dia, along dapat pahala malahan kalau along keluar berdua-duaan dengannya adalah halal. Kan ini lebih baik dari mereka yang ber ‘couple’. Kalau pasangan yang belum menikah, mereka telefon sesama sendiri, dipanggil zina mulut dan telinga (dosa), rasa rindu di hati dipanggil zina hati (dosa), keluar berdua-duaan lagi, tambah lagi satu dosa. Jadi, along nak tanya pada mak dan ayah, adakah mak dan ayah sanggup untuk membiarkan anaknya untuk bergelumang dengan dosa atau mengikut Sunnah Rasul yang tercinta iaitu nikah. Sekarang pilihan di tangan kita…

Berkenaan nafkah zahir pula, memandangkan along masih belajar dan mungkin juga dia masih belajar, maka along akan berbincang dengannya untuk mempertimbangkan perkara ini. Nafkah zahir wajib along bagi sebagai suami walaupun dalam jumlah sedikit. Sebagai contoh, kalau nanti dia setuju untuk menerima RM 50 sebulan, maka along akan bagi dia yang sesuai dengan kehendaknya. Lagipun, untuk sementara waktu ini, biarlah mak dan ayahnya menanggung makan, minum dan pakaiannya walaupun sebenarnya ini tugas seorang suami. Tapi tak salah kalau ibu bapa sanggup untuk menyara kehidupannya sementara menunggu waktu apabila sudah bersedia berumah tangga. (minta dibezakan antara erti nikah dan berumah tangga). Macam sekarang ni lah, kalau nenek bagi mak baju sebagai hadiah, takkan mak tak terima dan bagi alasan kewajipan beri pakaian ini hanya terletak pada suami. Mak akan terima juga. Kalau nenek menjamu mak dengan makanan, mak jangan tak makan kerana dengan alasan yang patut menanggung makan minum kita adalah suami. Yang penting, isteri mesti redha dengan apa yang diberi oleh suami. Kalau mak dan ayah masih kurang jelas, mak boleh bertanya kepada ustaz mengenai masalah ini. Mak dan ayah jgn risau, sebelum along nak nikah, along akan jelaskan hal ini kepada bakal isteri along. Kalau dia menyetujuinya, alhamdulillah, kalau tak along tangguh dulu. Apa-apa pun, along tegaskan sekali lagi, along nikah ni bukan kerana nafsu semata-mata, tetapi adalah untuk memelihara seluruh anggota zahir dan batin ini dari terjebak ke lembah dosa.

along tengok semua sepupu along nikah awal dalam umur 22 tahun. along cadang pun gitu juga. Banyak juga kelebihan kahwin awal ni antaranya waktu along tua nanti, along tak risau sebab waktu tu anak-anak dah besar dan mungkin dah ada kerjaya sendiri. Kalau kahwin lambat, nanti waktu tua (dah pencen), ada anak-anak along nanti baru masuk darjah satu, ada yang ambik PMR dan SPM dan perlu banyak duit. Waktu dah pencen, nak harap wang pencen, sikit sangat. Mau tak mau, dah tua-tua kena kerja juga banting tulang nak sara anak-anak yang masih sekolah. Sepatutnya waktu tu, ajal nak dekat sampai, patutnya lebih banyak beribadat kepada ALLAH. (tak bermaksud sekarang tak perlu nak beribadat, ajal dan maut di tangan Tuhan. Tua pun mati, yang muda pun mati). along juga harap, anak-anak along nanti (kalau ada rezeki) akan dapat menerima belai kasih dari datuk dan neneknya sebelum mak dan ayah meninggalkan dunia yang fana ini.

Dan kelebihan yang lebih besar dari itu ialah kita dapat menundukkan pandangan dan nafsu kita dari bermaksiat kepada ALLAH di samping mengikut sunnah Rasul SAW. Dalam umur muda nie, macam-macam dugaan dan cabaran yang menanti. Punca maksiat ada di mana-mana. along tak nak along akan terjerumus ke dalam jurang dosa dan lebih-lebih lagi harapan mak dan ayah untuk tidak nak melihat anaknya untuk menderhaka kepada ALLAH dan Rasul.

along sebenarnya dah buat satu risalah mengenai nikah ni tahun lepas dan along dah pos ke rumah pada tahun lepas juga. Tapi sampai kat Mak Su, sebab along tak tulis nama mak dan ayah. InsyaALLAH dalam risalah tu along ada terangkan tentang konsep perkahwinan di dalam Islam.

Diharap mak dan ayah tak terkejut dengan kehadiran surat ini. along nak mak dan ayah terima surat sebagai satu surat biasa yang tak perlu untuk dijadikan isu keluarga yang besar. Sebab bagi along, kalau along membicarakan masalah ni, ia adalah satu yang normal sebab along pun seorang lelaki yang akhirnya akan bernikah jua. Mungkin saja along membicarakan hal nikah ni ketika mana along baru berusia 19 tahun (dalam tahun Islam, along dah 20 tahun). Tapi ini tak boleh dijadikan alasan untuk tidak menyetujui pendapat along ini. Diharap mak dan ayah dapat membaca surat dengan ikhlas tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak. along tidak memaksa mak ayah untuk menyetujui seratus peratus apa yang along katakan ini, tapi jika ada kebenaran dalam hakikat, apa salahnya untuk kita menerimanya dengan hati yang lapang dan fikiran yang terbuka.

Kalau boleh jgn bagitau abg azmi dan kakak saudara yg lain, mungkin mereka tak setuju dengan keputusan along ini atas beberapa faktor. InsyaALLAH, kalau ada apa-apa nanti, along akan maklumkan kepada mereka. Sebenarnya bagi seorang lelaki, dia tak perlu untuk minta izin kalau nak nikah tetapi Islam menyuruh kita tidak membelakangi orang tua dalam kita nak buat keputusan. Sebab redha ALLAH adalah berserta dengan keredhaan mak dan ayah. Berbanding dengan perempuan, mereka harus minta izin, sebab ayahnya harus jadi wali dalam pernikahan nanti.

Akhirul kalam, doakan along di sini agar dipermudahkan urusan di dunia dan di akhirat. Kirim salam dengan semua keluarga di Selangor.


Puteramu,
Along





READ MORE ...

92 Soalan Yang Pasti Anda Tidak Boleh Jawab

Wednesday, March 23, 2011

Soalan 1 :Siapakah Juara Akademi Fantasia musim pertama?


Soalan 2 : Siapakah artis perempuan Hollywood yang menyanyikan lagu "Beautiful Liar"?


Soalan 3 : Siapakah RAJA LAWAK ?


Soalan 4 : Berikan satu judul lagu terbaru Anuar Zain?


Soalan 5 : Siapakah hos untuk rancangan Melodi terbitan TV3?


Soalan 6 : Apakah nama kumpulan RAP yang terdiri dari 3 orang adik beradik yang terkenal di Malaysia ?


Soalan 7: Siapakah yang menyanyikan lagu "Gemilang"?


Soalan 8 : Siapakah nama isteri Beckham?


Soalan 9 : Siapakah nama laki Siti Nurhaliza?


Soalan 10 : Siapakah penyanyi kakak Siti Nurhaliza yang bertanding dalam AF6?



Bagaimana pula dengan soalan di bawah ini....



Berapa banyak pula, saya dan kawan-kawan boleh jawab?

Semakin jauh kita dari landasan yang sepatutnya.. .........

Ya Allah bantulah hambaMu yang lemah ini.


Soal 1: Surah manakah yang jumlah kalimatnya sama dengan seluruh jumlah surah Al-Qur'an?

Jawab: Surah at-Takwir.


Soal 2: Surah manakah yang dikenal dengan sebutan "jantung" Al-Qur'an?

Jawab: Surah Yasin.


Soal 3: Surah manakah yang dikenal dengan silsilah nasab Allah SWT?

Jawab: Surah al-Ikhlash.


Soal 4: Berapakah jumlah surah Al-Qur'an yang memiliki ayat sajdah wajib?

Jawab: Empat surah (as-Sajdah, Fushshilat, an-Najm dan al-'Alaq)


Soal 5: Surah manakah yang dikenal sebagai surah Imam Husain as?

Jawab: Surah al-Fajr.


Soal 6: Surah manakah yang memiliki nama yang sama dengan salah satu nama sungai di Iran?

Jawab: Surah an-Nur.


Soal 7: Berapa surah yang dimulai dengan ungkapan alhamdulillâh?

Jawab: Lima surah (al-Fatihah, al-An'am, al-Kahfi, Saba ' dan Fathir).


Soal 8: Surah Al-Qur'an manakah yang memiliki sepuluh nama?

Jawab: Surah al-Fatihah.


Soal 9: Siapakah orang pertama yang menulis ilmu Tajwid?

Jawab: Abu 'Ubaid Qasim bin Salam.


Soal 10: Siapakah orang pertama yang telah menerjemahkan Al-Qur'an ke dalam bahasa Persia pada masa Rasulullah saw?

Jawab: Salman al-Farisi.


Soal 11: Siapakah orang pertama yang meletakkan titik di dalam Al-Qur'an?

Jawab: Abul Aswad ad-Du`ali.


Soal 12: Dalam ayat manakah kalimat Allah diulangi sebanyak enam kali?

Jawab: Surah al-Baqarah ayat 283.


Soal 13: Di dalam ayat manakah tata cara berwudhu dijelaskan?

Jawab: Surah al-Maidah ayat 6.


Soal 14: Di dalam surah manakah shalat lima waktu disebutkan?

Jawab: Surah al-Isra' ayat 78.


Soal 15: Di dalam surah manakah masalah wilayah disebutkan?

Jawab: Surah an-Nisa'.


Soal 16: Surah manakah berakhiran dengan huruf ra'?

Jawab: Surah al-Kautsar.


Soal 17: Surah manakah yang berhubungan dengan Imam Ali as?

Jawab: Surah al-'Adiyat.


Soal 18: Dalam kurun waktu berapa tahunkah surah-surah Madaniah diturunkan?

Jawab: Sepuluh tahun.


Soal 19: Siapakah dua figur wanita di dalam Al-Qur'an yang telah banyak mendapatkan sanjungan Ilahi?

Jawab: Siti Maryam dan Siti Asiyah, istri Fir'aun.


Soal 20: Surah Al-Qur'an manakah yang memiliki arti "wanita yang teruji"?

Jawab: Surah al-Mumtahanah.


Soal 22: Siapakah dua orang wanita yang telah dicela oleh Al-Qur'an?

Jawab: Istri Nabi Luth as dan istri Nabi Nuh as.


Soal 23: Siapakah wanita yang telah mendapatkan julukan "ath-Thayibah" (wanita yang berbudi baik) di dalam Al-Qur'an?

Jawab: Siti Maryam.


Soal 24: Surah apakah yang terakhir diturunkan kepada Rasulullah saw?

Jawab: Surah al-Maidah ayat 3.


Soal 25: Berapa huruf, kalimat dan ayat yang dimiliki oleh ayat terakhir Al-Qur'an?

Jawab: 79 huruf, 20 kalimat dan 6 ayat.


Soal 26: Surah manakah yang terakhir diturunkan di Madinah?

Jawab: Surah al-Maidah.


Soal 27: Surah manakah yang diturunkan terakhir secara keseluruhan?

Jawab: Surah al-Ikhlash


Soal 28: Surah manakah yang terakhir diturunkan di Makkah?

Jawab: Surah ar-Rum.


Soal 29: Di surah manakah terdapat ayat hijab?

Jawab: Surah an-Nur ayat 31.


Soal 30: Ayat alhamdulillâh Robbil-'âlamîn disebutkan dalam berapa surah?

Jawab: Enam Surah (al-Fatihah, ash-Shafaat, al-Mukmin, az-Zumar, Yunus dan al-An'am)


Soal 31: Di dalam surah manakah disebutkan lima macam makanan?

Jawab: Surah al-Baqarah ayat 61.


Soal 32: Di dalam surah apakah Allah membicarakan mengenai diri-Nya?

Jawab: Surah al-Baqarah ayat 186.


Soal 33: Dalam berapa ayat Al-Qur'an Rasulullah saw disebutkan?

Jawab: Dalam 305 ayat.


Soal 34: Di dalam ayat manakah nama kelima nabi 'Ulul Azmi disebutkan?

Jawab: Surah al-Ahzab ayat 7.


Soal 35: Berapakah jumlah surah Al-Qur'an yang memiliki nama para nabi as?

Jawab: 6 surah (Muhammas, Ibrahim, Nuh, Hud, Yunus dan Yusuf).


Soal 36: Di dalam Al-Qur'an berapakah nabi yang disebut sebagai suri teladan yang baik?

Jawab: Dua nabi, yaitu Nabi Ibrahim as dan Nabi Muhammad saw.


Soal 37: Surah-surah apakah yang dinisbatkan kepada Rasulullah saw?

Jawab: Surah Thaha, Yasin, al-Muzzammil dan al-Muddatstsir.


Soal 38: Terdapat di dalam surah manakah Kisah Nabi Sulaiman dan Ratu Belqis?

Jawab: Surah Saba '.


Soal 39: Surah apakah yang pertama kali diturunkan?

Jawab: Surah al-'Alaq.


Soal 40: Berapakah ayat dan kalimat yang dimiliki oleh surah Al-Qur'an yang pertama kali diturunkan?

Jawab: 7 ayat dan 29 kalimat.


Soal 41: Surah manakah yang pertama kali diterjemahkan ke dalam bahasa Persia ?

Jawab: Surah al-Fatihah.


Soal 42: Surah apakah yang pertama kali turun di Madinah?

Jawab: Surah al-Muthaffifin.


Soal 43: Terdapat di dalam manakah doa pertama Al-Qur'an?

Jawab: Surah al-Baqarah ayat 126.


Soal 44: Ayat apakah yang dibaca oleh kepala terpenggal Imam Husain as di kota Syam?

Jawab: Surah al-Kahfi ayat 9.


Soal 45: Berapa surahkah di dalam Al-Qur'an yang memiliki ayat sajdah?

Jawab: 4 surah..


Soal 46: Berapakah kalikah nama Rasulullah saw disebutkan di dalam Al-Qur'an?

Jawab: 5 kali; 1 kali Ahmad dan 4 kali Muhammad.


Soal 47: Nama nabi manakah yang lebih sering disebutkan di dalam Al-Qur'an?

Jawab: Nabi Musa as.


Soal 48: Kisah Al-Qur'an manakah yang mendapatkan julukan Ahsan al-Qashsash (Kisah Terbaik)?

Jawab: Kisah Nabi Yusuf as.


Soal 49: Terdapat di dalam surah manakah kisah Isra' dan Mi'raj Rasulullah saw?

Jawab: Surah al-Isra'


Soal 50: Siapakah satu-satunya wanita yang disebutkan namanya di dalam Al-Qur'an?

Jawab: Siti Maryam.


Soal 51: Surah manakah yang kaum wanita disarankan untuk banyak membacanya?

Jawab: Surah an-Nur.


Soal 53: Surah manakah yang turun berkenaan dengan Sayidah Fatimah az-Zahra as?

Jawab: Surah al-Kautsar.


Soal 54: Nama surah manakah yang berarti "kaum wanita"?

Jawab: Surah an-Nisa'.


Soal 55: Berapakah jumlah surah Al-Qur'an yang memiliki nama binatang?

Jawab: 5 surah, yaitu an-Nahl, al-'Ankabut, an-Naml, al-Baqarah dan al-Fil.


Soal 56: Burung apakah yang telah memusnahkan pasukan Abrahah?

Jawab: Burung Ababil.


Soal 57: Binatang apakah yang telah membinasakan Raja Namrud?

Jawab: Nyamuk.


Soal 58: Binatang apakah yang pernah mendapatkan wahyu?

Jawab: Lebah (an-Nahl ayat 68).


Soal 59: Siapakah orang-orang yang telah mengumpulkan Al-Qur'an pada zaman Rasulullah saw?

Jawab: Imam Ali as, Mu'adz bin Jabal, Zaid bin Tsabit, Ubai bin Ka'b dan Abu Zaid Zaid bin Nu'man.


Soal 60: Siapakah orang pertama yang mengarang tafsir Al-Qur'an?

Jawab: Sa'id bin Jubair.


Soal 61: Siapakah orang pertama yang mengumpulkan Al-Qur'an?

Jawab: Imam Ali as.


Soal 62: Apakah minuman terbaik yang disebutkan oleh Al-Qur'an?

Jawab: Air susu.


Soal 63: Apakah binatang terkecil yang disebutkan di dalam Al-Qur'an?

Jawab: Nyamuk.


Soal 64: Apakah malam terbaik menurut pandangan Al-Qur'an?

Jawab: Malam Lailatul Qadr.


Soal 65: Apakah cara terbaik untuk membaca Al-Qur'an?

Jawab: Tartil.


Soal 66: Apakah kitab-kitab samawi yang diturunkan pada bulan Ramadhan?

Jawab: Al-Qur'an, Injil, Taurat, Zabur dan Shuhuf.


Soal 67: Buku apakah yang dikenal dengan sebutan Ukhtul Qur'an (Saudari Al-Qur'an)?

Jawab: Ash-Shahîfah as-Sajjâdiyah.


Soal 68: Siapakah di antara imam ma'shum as yang memiliki suara yang indah ketika membaca Al-Qur'an?

Jawab: Imam as-Sajjad as.


Soal 69: Surah apakah yang dikenal dengan sebutan "Jantung Al-Qur'an"?

Jawab: Surah Yasin.


Soal 70: Terletak di dalam surah apakah ayat Al-Qur'an yang paling pendek?

Jawab: Surah ar-Rahman, yaitu ayat yang berbunyi mudhâmmatân.


Soal 71: Apakah bulan yang terbaik menurut Al-Qur'an?

Jawab: Bulan Ramadhan.


Soal 72: Apakah ayat yang terpanjang di dalam Al-Qur'an?

Jawab: Surah al-Baqarah ayat 282.


Soal 73: Terdapat di dalam surah manakan angka terbesar yang disebutkan di dalam Al-Qur'an?

Jawab: Angka 1000 di dalam surah ash-Shaffat ayat 137.


Soal 74: Kitab apakah yang dikenal dengan sebutan Akhul Qur'an (Saudara Al-Qur'an)?

Jawab: Nahjul Balaghah


Soal 75: Berapakah kitab samawi yang disebutkan di dalam Al-Qur'an?

Jawab: 6 kitab samawi, yaitu Injil, Taurat, Zabur, Shuhuf Ibrahim, Shuhuf Musa dan Al-Qur'an.


Soal 76: Apakah huruf yang lebih sering digunakan di dalam Al-Qur'an?

Jawab: Huruf alif.


Soal 77: Apakah huruf yang lebih jarang digunakan di dalam Al-Qur'an?

Jawab: Huruf zha'.


Soal 78: Apakah kalmat Al-Qur'an yang terpanjang dan terdapat dalam surah apa?

Jawab: Fa`asqoinâkumû h yang terdapat di dalam surah al-Hijr.


Soal 79: Berapakah jumlah huruf yang dimiliki oleh surah Al-Qur'an yang terpanjang?

Jawab: 25.500 huruf.


Soal 80: Berapakah jumlah huruf yang dimiliki oleh surah Al-Qur'an yang terpendek?

Jawab: 42 huruf.


Soal 81: Di manakah surah pertama Al-Qur'an diturunkan?

Jawab: Di Makkah.


Soal 82: Terletak di manakah ayat pertama yang memiliki sujud wajib?

Jawab: Surah as-Sajdah.


Soal 83: Apakah surah pertama yang dimulai dengan kata "qul"?

Jawab: Surah al-Ikhlash..


Soal 84: Apakah ayat pertama yang akan dibaca oleh Imam Mahdi as ketika beliau muncul kembali?

Jawab: Surah Hud ayat 86.


Soal 85: Surah apakah yang dkenal dengan sebutan Raihânatul Qur'an?

Jawab: Surah Yasin.


Soal 86: Surah manakah yang dinisbatkan kepada para malaikat?

Jawab: Surah Fathir.


Soal 87: Dalam kurun waktu berapa tahunkah surah-surah Makiyah diturunkan?

Jawab: 13 tahun.


Soal 88: Apakah hiasan Al-Qur'an?

Jawab: Suara yang indah.


Soal 89: Apakah musim semi Al-Qur'an?

Jawab: Bulan Ramadhan.


Soal 90: Apakah zikir terbaik?

Jawab: Membaca Al-Qur'an.


Soal 91: Ayat apakah yang diulangi sebanyak sepuluh kali di dalam surah al-Mursalat?

Jawab: Ayat wailun(y) yaumaidzin lil mukadzdzibîn.


Soal 92: Terletak di dalam surah manakah perintah untuk bershalawat kepada Rasulullah saw?

Jawab: Surah al-Ahzab ayat 56


" Wahai tuhan ku, aku tak layak kesyurgamu ...namun tak pula aku sanggup ke nerakaMu.........,kami lah hamba yang mengharap belas darimu ........Ya Allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa......ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami, dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia…"


p/s: Sama-samalah kita berkongsi artikel ini. Sebuah perkongsian yang pasti bermakna...

READ MORE ...