Followers

Ruginya Tak Solat

Saturday, December 31, 2011
Ruginya orang handsome tak solat, 
Nabi Yusof yang handsome pun solat.

Ruginya orang cantik tak solat, 
Saidatina Aisyah yang cantik pun solat. 

Ruginya orang kaya tak solat, 
Nabi Sulaiman yang kaya pun solat. 

Ruginya orang miskin tak solat, 
Nabi Muhammad yang miskin pun solat. 

Ruginya budak-budak tak solat, 
Hasan dan Husin budak pun solat. ...

 insaflah,insaflah,insaflah. 

Hebahkanlah pesanan ini. Semoga saya dan anda mendapat pahala selagi masih ada orang yang membacanya....♥



READ MORE ...

Bertahlil Di Orchard Ilmi

Ahad lepas Asyraf ke Majlis Tahlil dan Doa Selamat. Anjuran kawan-kawan. Selalu buat majlis macam nie. Kat KOOP rajin buat. Buat tahlil untuk arwah Naqiah, arwah Nabihah kawan Ustazah Atikah, arwah Abg Narzeri, doa selamat untuk Ustazah Zaleha dengan mak Ustazah Aiman. Kawan-kawan INSANIAH mungkin tak kenau siapa Nabihah. Dia kawan Atikah, meninggal kemalangan di Mesir dan disimpan di sana. Meninggal lebih kurang seminggu selepas kematian arwah Naqiah.

,

Penerangan oleh Ust Fathi


Tahlil oleh Ust Haziq. Syazwan warden DAYA pun turut hadir. Mereka orang lama KOOP.


Turut bersama kami ialah Abg Pian dan Abg Akram. Abg Sham pun ada. Dia orang lama KOOP juga.


Muslimat turut bersama. Yang sakit, kawan mereka. Yang arwah, kawan mereka. Yang nak dibedah, mak kawan mereka. Mereka2 itu pun, geng kami jugak.


[Gambo Dah Didelete] 

Tolong jangan beritahu tuan punya gambar ni. Nanti dia marah. Dia kata ritu "Ust padam gambaq ana!"


Hidangan selepas tahlil. Katanya mak ayah arwah Naqiah tak dapat hadir. nak buat macam mana. Depa ada kerja.

Hidangan yang menyelerakan. Tanya Abg Sham, "Kita ni nak tahlil ka nak makan?" Dia jawab 
"Tahlil nombor 1, makan bukan nombor 2"


Lama tak berkenduri macam nie. Rindu geng-geng dulu. Dulu kat KOOP ada Wan Khamis, ada Abg Sham, ada Ustazah Marwiyah, ada Kak Timah, ada Abg Zaidi.


Borak-borak bersama Solehah Kak Yam. 


Ucapan alu-aluan oleh Imam Muda Ust Fathi. Duk tengok jam. 


Tazkirah ringkas oleh Ust Hanafi. Ringkas apa kalo sampai sejam. Tapi tak sampai sejam pun.


Kusyuk mendengar. Ini calon-calon Solehah musim ke 2. Ingat lekeh ka?


Perkongsian pengalaman oleh Solehah Kak Yam. Lama tak kelih Kak Yam. Tengok tak Final Solehah? Kak Yam kena halau oleh Pak Guard time buat Street Dakwah tu. Kesian giler. Kalo aku la, aku suh Pak Guard tu tengok TV time Final tu, Bior Pak Guard tahu dia masuk TV.


Ha, semangat giler bercerita. Kak Yam kata dia rindu usrah semasa duk dalam program TV tu. Saya beritahu dekat Kak Yam, " Kak Yam, ana nak pi umrah".


Kak Yam lagi. Amboi banyak sangat aih pic Kak Yam.


Itulah sedikit sebanyak perkongsian saya sepanjang malam itu. Al-fatihah untuk arwah Naqiah, Nabihah dan Abg Narzeri. 


Arwah Abg Narzeri
3 Mei 1985 - 18 September 2010


Arwah Naqiah Bt Mahdzir
24 Disember 1990 - 15 Mac 2011

Nota rindu

buatmu sahabat perjuangan,
aku mencari erti sebuah pertemuan,sebuah ikatan hati yang bersatu di dalam naungan cinta ILLAHI,
bukan hanya sekadar ternoktah di dunia fana,
tapi,turut menuju bersama ke gerbang cinta Syurgawi,
Kian lama,
kini telah ku temui,
walau tak mampu hayati manisnya ukhuwwah sedalamnya,
namun,keyakinanku akan jalinan rabitah hati tersimpul padu buat menjulang perjuangan islam yang suci,

Bingkisan hatiku buatmu sahabat,jua saudaraku seagama,jua seperjuangan,
biar jasad kita hilang di dunia fana,namun roh perjuangan kita tetap subur di siram embun Illahi,
Moga kita bertemu di syurga,bersama berpimpin tangan menghadap Cinta Illahi yang kita dambakan sejak di dunia lagi,
masuklah ke dalam mana2 pintu syurga yang kita idamkan...
tiada noktah ukhuwwah kita di dunia ini,
masih namamu dan dirimu terpahat di memori hati ini,
walau ada pengganti yang datang ke sisi,namun,hilangmu tiada kan sama tempatnya di hati ini...
doa buatmu menjadi teman pengganti diri ini di 'sana'..
terima kasih sahabat atas nilaian ukhuwwah ini,
bertemu berpisah hanya kerana Allah...


READ MORE ...

Kembara Ilmu - MSR 2011 KUIN

Saturday, December 24, 2011


Inilah beberapa sedutan yang menarik sepanjang MSR 2011 intake Disember. Terima kasih buat semua adhoc MSR, MPM 2011/2012 serta Ustazah Rohani yang sentiasa memantau MSR dari pagi sehingga malam sampai la tak balik-balik. Tahniah buat semua peserta MSR 2011. Andalah mutiara hikmah INSANIAH!

p/s : ingin saya sampaikan nasihat secara terbuka. Saya kagum dengan ustzah yang berada di kampus siang malam sepanjang MSR tanda keprihatinan beliau terhadap pelajar. Cuma kalau dah dari pagi sampai malam masih berada di kampus, student pengsan pun ustzah dah kalut sangat, itu menandakan ustzah tidak percaya terhadap pelajar. Kami mampu menguruskan mahasiswa. Jangan risau ustzah. Kasihan juga apabila ramai mahasiswa menyatakan MPM macam diperkudakan. Ikut telunjuk pentadbiran. InsyaALLAH, saya yakin MPM akan mengubah keadaan dan persepsi itu. Pendapat peribadi sahaja.
READ MORE ...

Ini Prestasi Diri Saya

Salam.

Saya ingin menulis entry yang sama apa yang sahabat saya katakan.

Saya Asyraf. Ditarbiah dan dididik dengan kepimpinan sejak sekolah. Saya selalu memikirkan keadaan orang, tidak diri sendiri. Lantaran itu, saya terus menyambung pengajian ke INSANIAH sekalipun saya mengimpikan untuk sambung belajar di USIM course Pengajian Al-Quran dan Multimedia. 

Perjalanan hidup saya untuk ke IPT ni sungguh menarik. Lepas SPM, saya memilih UKM, dan saya dapat. Tak pergi kerana tahu dah amik STAM. Saja suka-suka. Selepas STAM, saya ambil juga di UM & UKM, semuanya pengajian Islam, tetapi ALLAH aturkan yang lain, saya dapat USIM, tempat yang memang saya impikan. Tetapi hal lain yang berlaku, kerana saya cemerlang Akaun dan Ekonomi semasa SPM dahulu, saya dapat Ijazah Perancangan Kewangan Islam (Perakaunan) kot. Jambed terus. Tak berminat. Itu pun saya tahu selepas berada di INSANIAH. Cantik sungguh ALLAH aturkan ketetapan hati ini.

Ternyata berada di sini, saya cukup jika saya tidak akan dapat sesuatu yang tak mungkin saya dapat di mana-mana IPTA besar melainkan di bumi barakah ini sahaja. Lantaran sedikitnya pelajar, kami boleh kenal antara satu sama lain. Banyak ilmu kepimpinan khususnya di zaman sekolah dapat dimanfaatkan di sini. Kepimpinan. Perhubungan. Pengurusan. Dakwah. Siasah & politik Islam. Politik negara dan bacaannya. Illuminati, saya juga mahu menjadi seperti itu yang saya dapat manfaatkan untuk Islam. Sultan Muhammad al-Fateh, pembuka Constantinople. Bait Muslim dan prosedurnya.  Adobe & video, saya sempat jadi mentor dan kemudiannya menjadi Pengarah ATC. Di situ saya terus belajar menjadi ketua yang baik.  

Saya juga memahami suka duka para pimpinan siasah dalam menegakkan Islam di Malaysia sehinggakan diiktiraf lebih baik dari Ikhwanul Muslimin kerana mehnah dan tribulasinya lebih perit dari mereka. Saya juga belajar tentang idealisme mahasiswa, sejarahnya, pimpinannya, kepentingannya, peranannya dan keperluan kepada idealisme mahasiswa sendiri.

 Kerana Triple T, saya dapat bersemuka dan duduk sama rendah bersama Tok Guru Nik Abdul Aziz. Saya tak pernah sangka langsung saya akan menjadi sedemikian. Bertemu Tuan Guru Haji Hadi Awang di rumahnya bersama sahabat-sahabat. Berjumpa Dato Yahya Osman, dalam keadaan letih memandu, dia tegur saya kerana tertidur semasa tazkirah ringkasnya. Habis saya di"senyum"kan oleh muslimat. Aduyai. Berjumpa juga Nik Abduh, pimpinan parti sekarang. Bertemu di rumahnya, rumah Nik Aziz juga. Pukul 10 malam ketika itu, Nik Abduh kata ayahnya sudah tidur dan tidak boleh diganggu. Apa pun, kami memang nak jumpa anaknya sahaja. Itu niat kami.

Saya mula dewasa. Keadaan sekeliling juga menunjukkan bahawa saya perlu menerima keadaan yang mungkin telah ibu bapa kita lalui. Rakan ayah saya pernah meninggal kemalangan. Saya juga kehilangan rakan seperjuangan dalam Islam. Arwah Abang Narzeri dan Naqiah. Abang Narzeri, anak sulung, kemalangan semasa musim raya puasa. Saya berada di hospital semasa arwah menghembuskan nafas terakhir. Anak yang baik, kata ayahnya. Ibunya tak menangis, kerana dah banyak menangis sebelum itu lagi dan bersyukur keperitan anaknya sudah tamat. Arwah seorang yang berlainan. Kita guna window 7 atau vista, dia guna Linux. Kita guna IE atau Mozilla, dia guna Opera. Kelainan itu yang mengingatkan saya. 

Arwah Naqiah saya tak pernah bersuara dengannya. Terkejut bila dia menegur "Ustaz tak dak kelas ka?" Saya beritahu tiada. Itu kali pertama dan terakhir saya ditegur. Petangnya saya ke program, 3 hari kemudian saya pulang. Semasa singgah mandi air terjun, kami tahu arwah kemalangan bersama sahabatnya. Bila lepas maghrib, atas motor, katanya dia di zon merah, kritikal sangat2. Terus pecut. Dari konvoi bertukar lumba. Di hospital, sudah ramai sahabat yang menangis dan muslimin yang menunggu. Tidak sempat lihat di wad. Sempat semasa dikafankan, sebelum wajahnya ditutup. Al-fatihah....

Kawan-kawan saya kahwin. Afiq Najhan. Helmi apa ntah kawen. Ada lagi rakannya. ALLAH, terlupa la pulak. Yang kenai gitu2 pun dah ada yang kawen. Banyak. Mereka bahagia. Saya? "Saya kasihkan mereka...."

Sekadar berkongsi. Saya yakin, prestasi diri saya di sini meningkat berkali ganda dan saya juga yakin saya tidak akan dapat seumpama ini di tempat lain. Terima kasih.
READ MORE ...

Gambar Palsu Yang Menggemparkan Dunia

Wednesday, December 21, 2011

Berikut merupakan sebahagian daripada gambar-gambar palsu yang pernah menggemparkan dunia suatu ketika dulu. Malah tidak keterlaluan dikatakan, ramai yang mempercayai gambar-gambar ini sebagai kejadian yang benar-benar berlaku.

Gambar ini rasanya paling heboh di Malaysia suatu ketika dulu, kononnya tengkorak manusia bersaiz gergasi ditemui di padang pasir Arab Saudi, seperti yang dilaporkan oleh akhbar, The New Nation Bangladesh pada tahun 2004. Gambar ini tidak lain, hanyalah rekaan photoshop yang dikeluarkan oleh laman web Worth1000.com


 Pada sekitar tahun 2001, satu foto kucing raksasa beredar melalui e-mail dan dikatakan sebagai kucing terbesar yang ditemui berdekatan dengan makmal nuklear di Kanada. Gambar ini sebenarnya hanyalah rekaan semata-mata oleh seorang lelaki; Cordell Hauglie yang disebarkan pada Mei 2001 kepada rakan-rakannya sebagai bahan jenaka.

 Beberapa saat selepas serangan 11 September, beredar foto di internet tentang seorang lelaki yang sedang berdiri di bangunan WTC dimana sebuah pesawat sedang menyerang bangunan itu. Gambar ini juga ternyata palsu.

 Pada tahun 1917, dua orang kanak-kanak perempuan yang baru kembali dari bermain di kebun mereka menunjukkan bukti bahawa mereka bermain dengan pari-pari. Namun pada tahun 1970-an dibuktikan bahawa gambar tersebut adalah palsu. Salah seorang saksi bernama Elsie Wright mengakui bahawa pari-pari itu tidak lebih dari gulungan kertas.


 Gambar ini terkenal dengan nama Monster Loch Ness atau Nessie. Pada 1994 terbukti bahawa gambar itu palsu dan hanya direka. Gambar ini hanyalah permainan kapal selam yang dilengkapi oleh kepala ular laut.


 Ray Santilli pada tahun 1995 menyatakan beliau memiliki gambar Alien UFO yang sedang dibedah pada tahun 1947, namun pada tahun 2006 dia mengakui bahawa gambar itu hanyalah sebuah gambar yang diolah semula dari sebuah kejadian.


 Pada 1 April 2008 yang bersamaan dengan April Fool, BBC melaporkan rakaman penguin berenang dan terbang dari Antartika ke Brazil. Rakaman ini merupakan rangkaian April Fool yang dipaparkan oleh BBC namun mendapat reaksi yang serius dari pelbagai pihak.


Gambar ini muncul pada tahun 2001 yang memperlihatkan sebuah hlikopter sedang diserang oleh paus ganas. Gambar ini juga adalah gambar palsu.


Rasanya, ramai yang telah tahu bahawa gambar kematian Osama bin Laden ini adalah gambar palsu yang telah di photoshop kan.


Read more: http://billyinfo.blogspot.com/2011/05/gambar-gambar-palsu-yang-pernah.html#ixzz1h9PHC5lT
READ MORE ...

Lawatan ATC Ke Telaga Biru & PPAS

Tuesday, December 20, 2011
Salam.

Sedikit perkongsian sebuah kehidupan untuk kawan-kawan ya. Hehe.

Ini adalah beberapa pic sepanjang lawatan ATC ke KL baru-baru ini. ianya adalah anjuran ATC MC Team buat julung-julung kalinya. Penat sebenarnya dalam nak menguruskan program cuma sehari ini. Ada banyak mehnah dan tribulasinya. 

Asalnya kita merancang nak ke stesen TV Hijrah dan malam tu melihat final Solehah, tetapi TV Hijrah tak mahu menerima kehadiran kami kerana mereka sibuk dengan persiapan program final itu.

So, kami tukar plan ke Media Prima pulak. Pihak management juga tidak dapat menerima kehadiran kami kerana jadual lawatan dah penuh. Alamak...jamned terus. kami hubungi pula beberapa penerbit rancangan dalam Media Prima itu, ALLAH, susahnya diorang nie. Karenah birokrasi sungguh. Call PRO, suruh hubungi penerbit, call penerbit, suruh tanya PRO. Tak profesional langsung.

Al-kisahnya, kami dah dapat plan yang baik iaitu ke syarikat penerbitan Telaga Biru pada paginya dan menonton rancangan Al-Kulliyyah secara langsung di Media Prima. Pihak Al-Kulliyyah meminta kami faks surat segera kepada mereka.

Kemudian, pihak Telaga Biru pula mengubah jadual kami. Katanya kami kena ke tempat mereka pada sebelah petang, pada pukul 3. Terpaksa pula kami memikirkan pula jadual untuk sebelah pagi. Dah lah malam esok nak bertolak, kami pula yang kalut.

Akhirnya kami memilih PPAS. Mengapa PPAS? Ianya adalah sebuah perpustakaan serba moden dan canggih yang ada seumpamanya di Malaysia. Dengan konsep mesra alam, mesra pengguna, mesra kanak-kanak, tempat ini sekarang sudah menjadi satu tempat santai keluarga yang memang menyeronokkan. Jika ada sahabat-sahabat yang membaca entry ini, saya cadangkan untuk anda pula ke sana nanti.


Di bawah pokok hiasan di ruangan kanak-kanak. Mereka tidak akan dilarang untuk bising, tetapi akan ada kawalan dari petugas. Kanak-kanak bukan belajar dari membaca, tapi belajar dari sentuhan. Mereka akan sentiasa bising. Mereka cergas. Pokok ini adalah tarikan mereka untuk membaca dalam keadaan santai.

Seterusnya kami ke One Utama. Solat dan makan di sana. Maaf, tiada gambar yang dirakam. Handset murah lagi ketika ini. 

Kami ke Telaga Biru. Sesat jalan. Satu pengajaran, pastikan driver bas anda memahami keadaan jalan dan sangat penting driver itu sendiri tahu jalan. Driver kami tak tahu jalan. Kami terlewat 40 minit. terpaksa memanggil senior alumni kami untuk datang kepada kami. Hujan ketika itu. Tapi alhamdullillah, sampai la jugak kami ini.

Kami disambut oleh En Farouk dan diberi taklimat oleh beliau. En Yasir CEO TBTC juga memberikan motivasinya. Seterusnya kami ke bahagian-bahagian di Telaga Biru. Kami dimaklumkan sekarang Telaga Biru telah mengeluarkan 2 buah majalah iaitu Solusi dan Gen-Q dan dalam proses untuk mengeluarkan majalah terbaru sekitar bulan 3 dan sebuah lagi majalah khusus muslimat dalam bulan 10 tahun 2012. Lambat lagi.

Beliau sempat bercerita tentang sejarah majalah Solusi, memang menarik. Nak tahu? Tiada siapa pun kata nak tahu, saya takkan ceritalah. Nak tahu, kena gtau di bawah nanti


Ini adalah di bahagian grafik. Mereka menggunakkan pelbagai software untuk menyiapkan sebuah buku ini.


Kami sempat juga melawat bilik Ustaz Zahazan. Penuh kitab di biliknya dan lebih banyak lagi di rumahnya. Sempat berjumpa seketika kerana dia bergegas ke Melaka.

Ini tak pasti di bahagian mana. Semuanya tekun bekerja. Bahagian editorial agaknya kerana di belakang muslimat itu merupakan salah seorang kolumnis dalam majalah Solusi. Berkaca mata. Tak tahu namanya, tapi saya cam muka.

Ok, itu sahaja. Terima kasih banyak kerana sudi menjenguk blog ini. Sekadar berkongsi. Dari hati ke hati.


Apa tengok-tengok??

READ MORE ...

Inovasi Proton Mendepani Zaman


Saban tahun Proton menganjurkan Pertandingan Rekacipta dan Inovasi untuk kakitangannya menunjukkan bakat dalam mereka cipta semula kereta keluaran syarikat dalam bentuk yang lebih sporty dan futuristik. Untuk tahun ini, Pertandingan Rekacipta dan Inovasi Proton 2011 mengguna pakai tema ‘Compact Car’, dan hasilnya anda boleh lihat melalui gambar-gambar yang dikirimkan kepada saya melalui email sebentar tadi oleh saudara Muhammad Aizat bin Md Naser, terima kasih banyak-banyak bro.
Menurut Muhammad Aizat, lokasi pameran diadakan di Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang, Johor sempena Karnival Komuniti Pasir Gudang 2011 yang berlangsung pada tarikh 17 & 18 Disember 2011. Sedikit info ringkas, juara pertandingan kali ini juga merupakan juara pada tahun lepas dengan temanya adalah ‘Green Car’. Setiap pasukan yang menyertai pertandingan tersebut terdiri dari lapan orang Jurutera Proton sendiri dan mereka diberikan pembiayaan kos sebanyak RM8,000.00.
Setiap pasukan hanya diberikan tempoh 6 bulan untuk menyiapkan rekecipta mereka, dengan pembuatan kereta adalah selepas waktu bekerja. Sebanyak 20 pasukan telah menyertai pertandingan kali ini, namun menurut Muhammad Aizat, tidak semua pasukan menyertai pameran di Pasir Gudang baru-baru ini. Antara ciptaan yang paling menarik perhatian kali ini rasanya sudah tentu kereta merah daripada Team Acid seperti dalam gambar di atas, profail sisi dan belakangnya memang hebat.
Nak lihat kereta yang lebih hebat? Lihat SINI

READ MORE ...

Lelaki Kencing Berdiri : Layakkah Menjadi Suami?


Para lelaki, apalagi suami-suami jangan tersentak pula. Kita mahu berbincang dan bukannya menghukum. Tidak dapat dipastikan apakah ramai yang tertampar bilamana dikatakan lelaki yang kencing berdiri tidak layak menjadi suami. Mungkinkah itu merupakan suatu jawapan bahawa ramai lelaki yang kencing berdiri?
Sebenarnya isu utama disini ialah berkenaan dengan thoharoh (bersuci) dan najasah (permasalahan najis). Perkara ini hari-hari dilakukan sehingga dipandang sangat remeh tetapi tidak menjadi kesalahan sekiranya sesekali kita membicarakannya. Risau jika terlalu dipandang sebelah mata, lama kelamaan akan terlupa dan sehingga menjadi perkara biasa pula. Ada sesiapa yang seharian tidak kencingkah? Itu juga satu masalah dan perlu berjumpa doktor.

Kategori najis air kencing
Berbalik kepada topik kita . Pertamanya soal air kencing manusia, ianya dikategorikan dalam najis apa? Ada sesetengah yang masih menggaru-garu kepala untuk berikan jawapan jika ditanya secara spontan. Baiklah ,  semasa di sekolah dahulu kita diberitahu bahawa air kencing ini termasuk di dalam kategori najis mutawassitah. Najis jenis ini haram dibuat makan dan minum. Sebarang pakaian yang terkena najis ini haram dibawa bersolat dan juga tawaf. Kaedah penyuciannya pula adalah dengan cara menghilangkan  rasanya, warnanya dan baunya.

Hukum Kencing Berdiri
Bolehkah kencing berdiri? Dari segi hukum apa yang dijumpai setakat ini tiada yang mengatakannya haram tetapi sebahagian ulama memberi pendapat sebagai makruh manakala ada juga yang mengharuskan perbuatan ini. Jika dilihat dari segi adab sememangnya agak kurang sopan amalan kencing berdiri. Mungkin keratan dibawah ini lebih memahamkan kita:
TIDAK diharamkan seseorang kencing berdiri, terutamanya apabila adanya keperluan. Namun begitu kencing secara duduk itu adalah sunat kerana itulah kebiasaan yang dilakukan oleh Nabi S.A.W. berdasarkan hadith daripada ‘Aisyah R.A.:
Maksudnya: “Sesiapa yang menceritakan kepada kamu yang Nabi S.A.W. pernah kencing berdiri, maka janganlah kamu mempercayainya, tidaklah baginda kencing melainkan dengan duduk.” (HR al-Tirmizi, dan beliau berkata: “Hadith ini adalah yang paling sahih di dalam bab ini.” Hadith ini juga di sahihkan oleh al-Albani di dalam sahih Sunan al-Tirmizi)
Lajnah Daimah 5/88 (Badan Tetap Fatwa Arab Saudi) apabila ditanya tentang hukum kencing berdiri, mereka menyatakan keharusannya sambil menegaskan sunatnya kencing secara duduk dengan berdalilkan hadith di atas. Seterusnya mereka menyebut:
“Ini disebabkan (kencing secara duduk itu) ianya lebih terlindung dan lebih terpelihara daripada terkena percikan kencingnya. Telah diriwayatkan hadith tentang keringanan kencing secara berdiri dengan syarat selamat daripada terkena percikan kencing pada pakaian dan badan, dan selamat dari terdedah aurat. Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Huzaifah R.A. daripada Nabi S.A.W.:
Maksudnya: “Adalah baginda (S.A.W.) mendatangi kebun milik satu kaum, lalu baginda kencing secara berdiri.”
Hadith ini dengan ucapan ‘Aisyah di atas tidak saling menafikan antara keduanya, ini kerana dari dua hadith di atas dapat difahami Nabi S.A.W. kencing berdiri disebabkan tenpat tersebut tidak memungkinkan baginda duduk atau boleh juga difahami hadith daripada Huzaifah itu menjelaskan kepada orang ramai yang kencing berdiri itu bukanlah suatu perbuatan yang haram. Di samping itu hadith Huzaifah juga tidak menafikan yang asal hukum kencing adalah seperti yang dinyatakan oleh ‘Aisyah R.’anha yang Nabi S.A.W. kebiasaannya kencing secara duduk, dan kencing secara duduk itu adalah Sunnah Nabi S.A.W. yang bukan wajib yang menjadikan haram jika kita tidak melakukannya.” dipetik darisoaljawab.wordpress.com

Kencing berdiri dengan situasi sekarang
Kalau kita lihat sekarang kebanyakkan tandas lelaki menyediakan ruang untuk mereka buang air kecil secara berdiri. Secara logiknya memang jika dilepaskan hajat disitu akan ada percikan halus yang bakal mengenai seluar. Adalah lebih baik sekiranya para lelaki muslim memilih untuk membuang air kecil di dalam tandas dimana ada pilihan untuk mereka samada untuk kencing duduk ataupun berdiri tetapi menanggalkan keseluruhan seluar. Tetapi jika memang keadaan sudah di tahap kecemasan dan kemudiannya pula tandas memang ‘full’ maka terpaksalah…
Walaubagaimanapun jika seseorang itu memang benar-benar menjaga kesucian diri mereka tentunya ada bekal kain dibawa bersama kemana-mana  jadi untuk mendirikan solat tidaklah mereka gunakan seluar yang telah terkena najis.

Kaitan lelaki kencing berdiri tidak layak menjadi suami
Emm.. aku baru sahaja membaca novel islamik sebenarnya dan di dalam novel itu ada membangkitkan isu ini sebagai contoh lelaki-lelaki yang gagal dalam bab thoharah ketika membicarakan tentang ‘lelaki yang bagaimana sesuai untuk dinikahi’. Jika dalam hal remeh mengenai diri mereka sendiri seperti ini pun mereka tidak mampu menjaganya bagaimana untuk  memikul tanggungjawab yang lebih besar sebagai ketua keluarga.
Di dalam Novel itu juga ada pernyataan bahawa sukar untuk mencari lelaki yang soleh pada zaman ini. Betulkah wahai lelaki? Walaupun itu sekadar novel tetapi rasanya isu yang diperbangkitkan adalah dari realiti yang berlaku. Dinyatakan juga 7 ciri suami yang terbaik..

1) Alim ( Berilmu agama )
2) Husnul Akhlak ( berakhlak Baik )
3) Qanaah (Redha dengan apa yang ada )
4) Syakir ( Suka berterima kasih )
5) Ghafir ( Pemaaf )
6) Rahim ( Penyayang )
7)  Sobir ( Penyabar )

( Dipetik dari Novel : Mengintai Cinta Khalifah )

Kita dimana?-nuaeman.com

Sumber : SINI

READ MORE ...

39 Kes Kenapa Lelaki Tak Layak Menjadi Suami

Kes 1. 
Sepanjang pertunangan, dia tidak pernah ajak berbincang cara nak bentuk keluarga solehah. Tetapi, asyik fikir mana nak bulan madu. Nak buat teknik macam2. Saya putuskan pertunangan kerana merasakan dia tidak boleh bimbing saya soal agama 


Kes 2. 
Malam pertama saya berendam airmata kerana suami melarikan diri selepas akad nikah. Dia bergaduh dengan ibubapa saya kerana soal wang hantaran dan mas kahwin. Malam itu, dia keluar kononnya nak pergi beli rokok, tetapi sampai subuh tak pulang. Kami bercerai 3 bulan kemudian. 


Kes 3. 
Selepas 3 bulan nikah baru saya berpeluang ikut suami yang bertugas di Sabah . Saya hairan tengok rumahnya nampak kemas dan berhias cantik. Apabila saya gelidah satu almari di bilik tetamu, penuh baju perempuan. Puas ditanya baru dia mengaku selama ini dia duduk serumah dengan kekasihnya. Saya lari balik Semenanjung. Dia tidak pujuk. Lepas pantang saya terima surat cerai. Dia tidak pernah tahu macam mana rupa anaknya.


Kes 4. 
Beli cincin pertunangan duit saya, belanja hantaran pun duit saya. Sekarang duit ansuran rumah, kereta, susu anak, belanja dapur semua di bahu saya. Dia cuma beri "benih" sahaja.


Kes 5. 
Suami mahu anak ramai dan tidak benarkan saya makan pil. Tetapi, belum pernah sekali pun dia mahu bangun malam buat susu anak/tukar lampin. Kalau alasan penat di pejabat, saya pun bekerja juga. 


Kes 6. 
Bapa tak pernah mengajar saya sembahyang dan puasa. Suami pun sama juga. Terpulanglah kepada saya nak dalami ilmu agama sendiri.


Kes 7. 
Ramai menuduh saya jahat apabila bercerai dahulu. Bekas suami memang nampak warak, tetapi siapa pun tidak tahu saya merana kerana suami mahu seks tiap2 malam dan suka liwat saya. 


Kes 8. 
Suami tetap 'mahu' walaupun ketika saya datang bulan. Jika tidak dituruti dia mengancam mahu cari perempuan lain.


Kes 9. 
Saya dipukul suami ketika mengandung anak kedua dahulu kerana saya tidak mahu beri dia duit yang saya kumpul untuk belanja bersalin. Dia penganggur dan gila main muzik sahaja. Duit tu dia nak beli gitar. 


Kes 10. 
Bekas suami saya dahulu memang kacak, kaya dan berkedudukan. Namun, saya lebih rela bercerai kerana dia ketagih hubungan seks sesama jenis.


Kes 11. 
Saya rasa benar-benar terhina kerana suami mengabaikan keluarga apabila asyik bercinta dengan "maknyah". 


Kes 12. 
Hancur hati saya apabila terserempak suami memakai coli dan seluar dalam saya... Rupa2nya dahulu dia "maknyah" dan berkahwin dengan saya kerana menuruti kehendak emaknya.


Kes 13. 
Suami tidak pernah azan atau qamatkan kedua-dua anak kami sebaik sahaja dilahirkan dahulu. 


Kes 14. 
Suami tidak mengaku anak lelaki bongsu zuriatnya, walaupun muka si anak 99.9% muka dia. Semua kerana suami cemburu sangat pada bos saya. Biarlah dia terus menfitnah saya kalau itu memberi kepuasan kepadanya.


Kes 15. 
Saya dah tak larat menasihati suami supaya sembahyang. Bulan puasa dia suruh saya masak macam biasa. Anak2 keliru melihat gelagat bapa mereka. Saya didik lain, si bapa tunjuk "contoh" lain.


Kes 16.
Apabila marah, suami suka mengungkit setiap sen yang dibelanja untuk saya, sampaikan tambang haji saya ke Makkah yang dia bayarkan 3 tahun dahulu masih terus diungkit setiapkali bergaduh.. 


Kes 17. 
Suami tetap mahu saya masak macam biasa, hubungan seks 2-3 x seminggu dan rumah tidak boleh bersepah... walaupun saya sedang sarat mengandung..


Kes 18. 
Setiap kali mengandung, pandai2lah saya berjimat cermat untuk belanja bersalin. Apabila dah sampai waktu nak beranak, kemas kain baju sendiri, tahan teksi, pergi hospital sendiri. Jika nasib baik, suami jemput, kalau tidak pandai2lah saya balik rumah dengan anak baru. 


Kes 19. 
Memang saya bengkak kerana suami sanggup memaki hamun saya depan anak kerana tidak memandu berhati2 sehingga kemalangan dan merosakkan kereta kesayangannya.


Kes 20. 
Siapa tidak sayang emak. Tetapi, saya tidak boleh tahan kalau suami sanggup bergolok-bergadai semata2 mahu penuhi hajat emaknya yg berselera besar. Duit gajinya tak pernah cukup sebab bayar hutang kad. Terpaksalah saya menyara anak2. 


Kes 21. 
Kalau anak nak minta duit beli buku sekolah, suami asyik kata 'takde duit'. Kalau nak beli joran dan umpan, ada pula. Saya perhatikan saja gelagat. Nak tengok sampai setakat mana 'lemaknya'.


Kes 22. 
Suami gila beli nombor ekor. Biasanya, dia suka tulis angka 1-10,letak di dalam mangkuk buat cabutan. Lepas tu kalau ada nombor yang mengena, 2-3 hari tak keluar bawak teksi. 


Kes 23. 
Tabiat suami saya memang pelik. Kalau ada masalah saja mesti cari bomoh, lepas itu tanam macam2 jenis tangkal, mesti dia nak pergi 'bersangkak' .


Kes 24. 
Sewaktu bercinta memang saya tahu suami kaki judi tetapi dia berjanji nak berhenti lepas kahwin. Tak cukup gaji, barang kemas saya digadaikan. Orang datang tuntut hutang perkara biasa ~ pernah rumah kami dibaling tahi. 


Kes 25. 
Ketika bapa meninggal dunia dulu, baru kami tahu dia ada 3 isteri lain dan anak masih kecil. Rupa2nya selama ini emak tahu arwah suka kahwin cerai di merata2 tempat. Emak tidak peduli, asal arwah tidak menganggu hidupnya. 


Kes 26. 
3-4 bulan suami 'hilang' itu perkara biasa. Kadang2 sampai setahun. Saya tak perlu cari kerana tahu mesti dia di Serenti. Biasanya, dia kena 'serkup' waktu tengah tarik ganja dengan kawan2.


Kes 27. 
Anak ke-3 kami terencat sedikit. Suami penagih kronik dan sekarang dah ada tanda2 HIV. 


Kes 28. 
Suami saya memang warak. Sembahyang tak pernah tinggal. Tetapi, saya tidak boleh tahan panas barannya. Kalau marah, habis dibaling barang2 rumah. Kalau pukul, anak dibaling macam bola.


Kes 29. 
Pernah saya nasihat suami jangan suka terima rasuah. Dia degil. Mula2 cuma hamper, kemudian barang kemas. Akhir sekali duit berpuluh2 ribu. Apabila dia kena cekup polis saya nak kata apa? Terpaksalah saya sara anak sementara dia di dalam penjara. 


Kes 30. 
Sejak berniaga, suami gila karaoke. Kononnya nak rai pelanggan. Kesudahannya dia yang sangkut dengan GRO Filipina di situ. Sekarang perniagaanya lingkup dan dia dah ikut perempuan Filipina tu balik negeri. Dengar khabar dah dapat anak luar nikah. 


Kes 31. 
Dulu hidup kami senang juga. Tetapi, selepas suami kena buang kerja sebab ketagih dadah dan selalu ponteng kerja, terpaksalah saya kerja kilang nak sara anak2.


Kes 32. 
Kalau seronok beristeri muda, mengapa mesti nak banding2kan kehebatan si madu di ranjang dengan saya? Tak puas lagi menyakitkan hati saya selama ini? 


Kes 33. 
Kami memang miskin. Saya buat macam2 benda untuk tambah pendapatan. Jualan langsung, buat kuih, jual nasi lemak, jaga anak orang, upah sembat baju kurung. Suami saya lain pula ceritanya. Malam jadi "jaga".. siang dia kerja tidur atau melangut di kedai kopi. 


Kes 34. 
Bab duit ringgit saya tak nafikan suami memang bertanggungjawab. Saya dapat banglo besar, kereta besar, belanja mewah. Tetapi jiwa saya kering. Suami sayang anak, tetapi masih membiarkan saya melihat "gigitan cinta" (love bite) perempuan lain di badannya. 


Kes 35. 
Pakcik saya memang hebat sewaktu muda. Kacak, bijak dan kerja besar. Isteri 2-3 orang, kekasih keliling pinggang. Anak ramai. Tetapi selepas pencen, dia papa kedana sebab duit KWSP habis bayar hutang. Kesudahannya, semua isteri minta cerai dan anak lenyap. Akhirnya dia mati seorang diri di katil hospital wad kelas tiga. Jenazahnya di urus abang saya dan pihak hospital. 


Kes 36.
Saya bekerja, suami bekerja. Tetapi, apabila pulang dari pejabat, suami terus capai kunci motor besarnya, merambu dengan kawan2 macam orang muda... sampai tergadai Maghrib dan Isyak. Tinggallah saya di rumah sorang diri terkial-kial menguruskan anak. 


Kes 37.
Walaupun sudah lama masuk Islam... mandi hadas? Saya masuk Islam kerana mahu kahwin dengan suami. Tetapi dia tidak pernah sekali pun beritahu saya perlu mandi hadas selepas bersetubuh atau datang bulan. Dia sendiri pun tak pernah buat. 


Kes 38. 
Bagi saya perkahwinan sebenarnya lebih menguntungkan lelaki kerana mereka dapat buktikan kejantanan kepada kawan2 apabila isteri hamil, dapat pengurus tetap menjaga kain baju mereka, dapat tukang masak percuma, dapat joli lebih sebab isteri juga bekerja dan bantu sara keluarga serta dapat seks halal. Isteri dapat apa? Tugas bertambah dan silap haribulan berendam airmata... 


Kes 39. 
Selepas 15 tahun berkahwin, rasa2nya gelaran saya sudah berubah. Dahulu 'isteri' sekarang 'pengurus anak-anak'. Hubungan dengan suami amat dingin. Kami hanya bercakap pekara penting sahaja. Hubungan seks hanya 2-3 bulan sekali. Itupun saya yang 'terhegeh-hegeh' . Saya pelik benar kerana dia bukan kaki perempuan dan memang confirm tiada isteri lain. 

" wahai tuhan ku, aku tak layak kesyurgamu ...namun tak 

pula aku sanggup keNerakamu.. ........, kami lah hamba yang 
mengharap belas darimu ........, Ya Allah jadikan lah kami 
hamba2 mu yang bertaqwa.... .., ampunkan dosa2 kami, 
kedua ibubapa kami, dosa semua umat2 islam yang masih 
hidup mahupun yang telah meninggal dunia, Cukup lah 
Allah bagi ku, tiada Tuhan melainkan Allah, hanya 
kepadaNYA aku bertawakkal dan Allah lah yang memiliki 
arasy yang agung " 



MAAF BUKAN NAK KATA LELAKI SEMUANYA BERGINI CUME INILAH CERITA DARI KEHIDUPAN YANG SEBENAR!!





Sumber : SINI
READ MORE ...

Fitnah Dalam Dakwah



Inilah fitnah dalam beragama. Pasti ada yang menjadi sebahagian dari mereka. Ambillah pedoman. Semoga bermanfaat
READ MORE ...

Anak-Anak Rasulullah | Prof. Madya Dr. Hj Abd Aziz Bin Hj Hanafi

Monday, December 19, 2011


Kuliah pengajian bersama Dr Abdul Aziz Hanafi. Sekarang merupakan pensyarah di Kolej Universiti INSANIAH, juga merupakan Ahli Majlis Fatwa Negeri Kedah. Pakar hadis dan sirah nabi. Semoga bermanfaat.
READ MORE ...

Raudhah - Syukur 21 ost / soundtrack raihan



Raudah

Album : Syukur 21
Munsyid : Raihan
http://liriknasyid.com


Di Dalam Taman Ini
Kami Bersatu Hati
Belajar Dan Mengaji
Al-Quran Sunnah Dan Teknologi

Di Dalam Taman Ini
Kami Dididik Untuk Berbakti
Berperibadi Tinggi
Sering Membantu Dan Menghormati

Raudhah...Raudhah... 4x

Kami Tekun Berusaha
Susah Dan Senang Bersama
Bangun Dengan Rasa Cita
Menuju Rahmat Yang Esa

Raudhah...Raudhah... 10x
READ MORE ...

Cayalah Kak Yam!!

Thursday, December 15, 2011
Malam ini ATC akan bertolak ke KL. Lawatan ke Telaga Biru. PPAS. Malam ke program Solehah peringkat akhir di Dewan Muktamar Pusat Islam. Doakan mahasiswi kita beroleh kejayaan. Tak dapat juara pun, biar hasil tarbiyyah di sana memberi kesan lebih baik dari seorang juara,

Banner Dari Mahasiswa Prihatin

Banner Dari Triple T Training

Banner Dari ATC

READ MORE ...