Followers

Perkongsian Sepanjang Kursus Induksi ATC Fasa 4

Saturday, July 9, 2011
Salam.

Asyraf baru selesai menjalankan program KURSUS INDUKSI ATC FASA 4 bertempat D'Solehen, Kuala Nerang berdekatan dengan kampus Kolej Islam Darul Ulum, KIDU.

Memang best. Pengisian yang padat dan memang santai. Relax ja dalam program ni. Macam dah kenai lama kami semua, padahal mentor ada yang baru dilantik saja.

Baik, Asyraf kongsikan beberapa pic sepanjang program. Yang selebihnya boleh lihat dalam Facebook ATC


Tuan Jai hadir memberikan perkongsian. Seronok jea dengar. Memang menjana pemikiran sungguh. Cuma dengan situasi di INSANIAH sendiri, memang kita tak ditarbiyyah untuk ambil ujrah, tetapi lagi banyak kos kita terpaksa keluarkan. Tawakkal kena tinggi. ATC bukan tempat mencari keuntungan diri, tetapi tempat untuk memberi keuntungan kepada ISLAM.

Birthday Asyraf dan Hafiz Zainol. Terima kasih kawan-kawan. Abang Shah silap tembak daa. Dah la kita ni relax dan jenis tak amik kesah, kena marah-marah malam tu, buat kita buat tak reti apa jea lah. Tapi kesian jugak la dekat ustzah Azila dengan Noriah tu. Tak pasai-pasai diorang nangis. Tambah-tambah lagi ustzah Azila, terus dia teringatkan arwah ayahnya yang meninggal semasa hari Majlis Graduasi ATC fasa 3 yang lalu.

En Saiful hadir sebagai perasmi majlis penutup. Dia terkejut jugak bila dengar lagu tema tu. Macam biasa dengar. Sekali pasang, terus boleh nyanyi. Biasalah, memang zaman dia membesar dengan lagu rock kapak. Hehe. Jadi apa pun, kita mengharapkan pihak HEP untuk terus memberi sokongan kepada ATC bagi meneruskan agenda dakwah secara profesional.

Inilah peserta Kursus Induksi ATC Fasa ke 4. Terdiri daripada penggerak, mentor dan mentee yang menawarkan diri untuk turut hadir bersama. Bukan mentee terpilih tau, tapi mentee yang menawarkan diri.

Anda memang stylo lah!!




0 orang mengarut:

Post a Comment