Followers

Kenangan Lama...

Sunday, April 29, 2012
Salam.

Semasa balik rumah baru nie, tengah-tengah duk punggah almari lama, terjumpa medal nie. Owhh...terus sayu hati ini mengingatkan kisah lama. Tak pernah jangka pun nak terima pingat sebegini walaupun cuma pingat gangsa sahaja. Teringat terus usrah Amru, ketua usrah Fandey Padzin, Ust Haron dan suasana hari sukan ketika itu. 

Kedua-dua pingat ini diterima semasa form 3 dan form 4. Acara 4 x 100 meter. Jadi pelari ke 3 kot. Itu yang ingat pun. Sebenarnya bukan boleh lari sangat pun, nanti semput, kan ada penyakit berkaitan jantung. Tapi masuk jugak lah, membantu kawan-kawan setelah pakat habis masuk acara lain. Terima kasih kepada Fandey, sebab dia yang ajak masuk dan mempercayai rakannya ini.

Walaupun cuma pingat gangsa, ianya sangat berharga.....


Design kedua-dua tahun yang berlainan


Tahun 2004 dan 2005

1 orang mengarut:

Post a Comment