Followers

Ubah Kata-Kata, Ubah Minda

Monday, April 25, 2011

Salam.

Diri kita sebenarnya memerlukan sesuatu yang positif. Dari kata-kata yang positif, ianya akan melahirkan minda yang positif. Apabila minda kita positif, semua perkara yang sukar, kita akan lihat dari pelbagai sudut yang positif dari posisi yang berbeza.

Lihat orang yang berjaya. Setiap hari, mereka sentiasa mengungkapkan perkara-perkara yang positif. Mereka akan sentiasa bercerita tentang kekayaan, kejayaan, kesihatan, pelancongan, perkahwinan dan lain-lain. Inilah yang membentuk jiwa mereka.

Kalau tak percaya, cuba baca kisah-kisah kejayaan yang ada pada seseorang. Pasti ada yang positif pada mereka.

Ubah kata-kata anda. Itu yang akan mengubah minda. Minda itu akan mengubah kehidupan kita.

Sekian, sedikit perkongsian.


p/s : Komen la yer, baru ada interaksi....




2 orang mengarut:

  1. qaseh ieman said...:

    kita adalah hasil daripada pemikiran kita.hasil pemikiran kita hanya akan berguna setelah kita gerakkan buah fikiran kita melalui usaha. sebab itulah sebagai umat islam kita perlu berusaha(fikir dulu,bawu buat),dan tawakal. betul tak?

  1. Cayalah!! said...:

    yup...betul tu sahabat.....

Post a Comment