Followers

DVD Choral Speaking Is On The Way

Tuesday, April 19, 2011

Ini ialah Arif Aiman ^_^



Salam.

Alhamdulillah. Perghh. Lega betul hati ni. Baru habis 2 paper exam untuk hari ni. Sekali dua-dua madah yang boleh tahan jugak, memang memeningkanlah...

Asyraf keluar awal jugak exam hari ni. Saja keluar awal. Terus masuk ke Wisma Hati. Tengok masa masih panjang, terus mesej Arif Aiman.

Nak ceta sikit sebenarnya. Lepas exam, Asyraf jemput Arif Aiman ketua kelas Usul 3 untuk buat sedikit rakaman untuk DVD Choral Speaking yang Asyraf tengah siapkan.

Kalau diikutkan nak buh yang choral saja, tetapi memandangkan video tu amat sedikit durasinya, so Asyraf ingat nak masukkan beberapa lagi video yang sesuai.

Setakat ni Asyraf ingat nak masukkan video Program Khidmat Komuniti bagi kedua-dua group. Baru banyak sikit dan semua orang berpuas hati.

Asyraf masukkan jugak rakaman ucapan Puan Hadijah dengan Arif Aiman. Cuma tak sempat lagi nak rakam ucapan Puan Hadijah.

Arif Aiman pun sangat sporting. Tak banyak tanya dah. Dengan sedikit penerangan, dia terus membuat ucapan. Memang stail la ketua aku ni.

Setakat ni, sedikit sangat yang nak tempah DVD ni. Muslimat ramai sedikit ja.

Bukan apa, pakat semua nak copy paste. baru sekarang Asyraf rasa betapa peritnya tuan punya industri hiburan dalam menjual DVD hak milik mereka. Betapa susah payah mereka memerah keringat, senang-senang ja kita cetak rompak.

Asyraf buat pun bukan nak ambil untung. Cumanya Asyraf ambil peluang atas apa yang Asyraf ada. Asyraf ada kemahiran video, ada kawan yang yang boleh membantu, dan ada set videocam untuk dirakam, serta ada orang yang mampu membantu dalam mencetak DVD ni unutk dijual.

Semuanya berusaha dalam satu arah, iaitu mengumpul dana untuk Triple T Tv dan menyumbang sedikit kepada tabung Kulliyyah Usuluddin 3.

Harap kepada kawan-kawan yang terbaca entry Asyraf ini, jangan lah copy paste DVD tu. Asyraf bukan amik untung pun dan bukan menjana pendapatan diri melalui DVD tu. Matlamat Asyraf macam Asyraf dah sebut tadi.

Apa pun, buat kwan-kawan, minggu depan InsyaALLAH, DVD akan siap. Asyraf akan dapatkan rakaman Puan Hadijah dan video Khidmat Komuniti.

Semoga apa yang ada dalam DVD tu memuaskan hati kawan-kawan. Menjadi harapan juga agar hasil jualan DVD yang tidak seberapa itu akan mampu menggerakkan gerakan dakwah moden ini.


0 orang mengarut:

Post a Comment