Followers

Jualan DVD Choral Speaking Dibuka Sekarang!!

Saturday, April 16, 2011
Salam.

Baru-baru ni Kulliyyah Usuluddin tahun 3 menyertai Choral Speaking sempena Hari Pengajian Malaysia di bawah seliaan Puan Hadijah bagi subjek Pengajian Malaysia.

Antara pengisiannya ialah tayangan slide terbaik bagi yang terlibat dengan projek ke Pulau Pangkor serta tayangan bagi khidmat komuniti. Asyraf terlibat dengan Khidmat Komuniti ke Rumah Darul Hannan dan Choral Speaking Group 2. Klik SINI untuk pic Darul Hannan dan SINI untuk Hari Pengajian Malaysia. Klik juga SINI untuk video Darul Hannan.

Alhmdulillah, memang seronok la hari tu walaupun sekejap ja masanya. Walaupun kalah, rasa puas sebab dapat membantu menjayakan juga program tu sebagai timbalan unit teknikal.

Nampaknya matlamat Puan Hadijah tercapai. Dia juga ada sebut dalam FBnya inilah penganjuran yang terbaik sepanjang beberapa sem dia mengendalikan Hari Pengajian Malaysia.

Kawan2 di kedai MPM memang dah tahu tentang hari ni bila Asyraf kata duk kena masuk latihan, So, depa mai rakam lah. Rakam guna videocam Triple T. Memandangkan benda dah ada, so Asyraf cadangkan buat jualan DVD untuk kumpul dana Triple T Tv dan bagi sedikit untuk kelas.

Errmmm...kawan-kawan yang nak dapatkan DVD ni, hubungi Asyraf ya?? Bukan untuk kepentingan diri pun, tapi nak membantu mendapatkan dana untuk gerakan dakwah jugak.

Bagi yang nak Asyraf buat rakaman dan DVD untuk program-program tertentu, call la Asyraf. Asyraf akan membantu INSYA ALLAH. Harga berpatutan tau!

Ok, lihatlah sedikit promo yang telah Asyraf siapkan. Sekadar berkongsi. ^_^



Banner Yang Asyraf Tolong Siapkan. Design Pemalas. Nampak Tak Banner Belakang Stage Dalam Video Bawah Ni?? Hehehe.....




Promo Yang Asyraf Siapkan. Untuk Mencari Sedikit Dana Untuk Gerakan Ummah.




p/s : Harap maaf, video kualitinya rendah kerana ditukar formatnya supaya lebih ringan dan mudah diuploadkan. DVD yang dijual memang berkualiti.

0 orang mengarut:

Post a Comment