Followers

Tahniah Mak Cik!

Monday, May 21, 2012
Dapat khabar gembira baru-baru nie. 

Seorang rakan yang amat saya kagumi dan hormati sangat-sangat dengan kredibilitinya sejak zaman sekolah, akan bertunang dalam jangka masa terdekat ini. ALLAHUAKBAR. Dia telah menjumpai pilihan hati yang terbaik untuk dirinya. Dia seorang yang hebat, dan Asyraf rasa pilihan hatinya itu juga pastinya sangat hebat untuk memimpinnya. 

Berita ini pun dikongsikan oleh ibunya baru-baru nie. Mak cik itu berkongsilah sedikit tentang kesihatannya yang tak berapa nak baik, kemudian anak-anaknya yang nak praktikal dan nak habis mengaji dah, kemudian dia beritahu tentang anak seorangnya itu dah nak bertunang. Dah selalu sangat bergerak aktif di kampus, meeting sana, meeting sini, dengan beberapa permintaan orang lain untuk dirinya, maka selepas istikharah, dia nampak apa yang ALLAH tunjukkan. Wah3. Mesti hebat kawan tu.

Khabarnya, akan bertunang dalam masa terdekat. Orang jauh pula tu, Fuhh...jauh giler. Memang jauh sangat la. Hari tu dah kenduri dah, jauh jugak, mak cik kata

 "Mak cik pun dah x berapa nak larat Asyraf. hari tu dah 3 kali dah pi sana utuk abang dia. Merisik, bertunang dengan kenduri, kali nie kena pi pulak. Mak cik pun bukan sihat sangat. Mak cik ni beza setahun ja dengan mak Asyraf, tapi tak sihat, sakit macam-macam"

Errmm...tak pa lah mak cik, anak perempuan, tunggu kenduri belah laki jea lah nak kena ke sana. Tak la kalut sangat. Mak cik pun dah ada 2 serentak, mai yang ke 3, lagi la tak kalut. Tunggu lagi 3 orang tu, bagi habis mengaji, kahwinkan diorang yea. 

Seronok bila kawan-kawan kita seronok. Dan rasa bahagia bila hati kawan-kawan kita berbunga-bunga. ^_^

4 orang mengarut:

  1. Kesuma Angsana said...:

    Doakan aje kebahagiaan kawan2 psti ada jua kbhagiaan utk kita nnti

  1. Liyana Yaakob said...:

    untong la..kawan nak kwin dh...asyraf bila lg??

  1. tunggu la sat. lepas raya nie...

Post a Comment