Followers

Mahasiswa KUIN Digantung!

Thursday, May 26, 2011
Salam.

Hari cukup gempar bagi INSANIAH dan seluruh dunia politik kampus Malaysia. Hari perhitungan, hari tindakan, hari debaran dan hari hukuman bagi 6 orang mahasiswa INSANIAH yang telah disabitkan kesalahan atas beberapa tuduhan semasa himpunan demonstrasi pelajar tahfiz beberapa bulan lalu.

Sahabat-sahabat, rata-rata mahasiswa INSANIAH kebanyakannya belum mengetahui bahawa tarikh 25 Mei akan diadakan proses prosiding terhadap mereka. Ya, kalau diikutkan memang logik mereka tidak mengetahui hal ini memandangkan pihak panel juga bijak mengatur tarikh dan masa supaya proses prosiding ini tidak akan terganggu dengan keputusan pihak panel. Cuba bayangkan juka 7000 mahasiswa INSANIAH berada di kampus hari ini. Sudah pasti akan kereta rasmi INSANIAH Toyota Camry akan hancur dibom seperti runtuhnya dinding-dinding blok D sekarang.

Beberapa pimpinan mahasiswa di Lembah Klang sebelum ini sudah mengetahui akan proses prosiding dan hukuman yang bakal akan diterima. Ternyata ianya lebih menggemparkan apabila mereka mengatakan bahawa sepanjang ratusan demonstrasi yang wujud di kampus mereka, belum pernah mereka dikenakan hukuman gantung semester. Yang ada cumalah amaran dan denda. Amaran dan denda. Itu sahaja. Ya, mereka mengatakan memang INSANIAH cukup hebat!!

Dunia FB sekarang rancak berbicara tentang isu ini. Bahkan mendapat perhatian dan liputan dari mahasiswa UM melalui web mereka iaitu http://gazebodaily.blog.com. Jika dilihat, ada beberapa entry yang dikeluarkan tentang isu INSANIAH ini. Boleh rujuk di sini.

Ada beberapa mahasiswa yang menyatakan "Padan Muka" buat mereka. Ya, ternyata mereka itu lebih mementingkan periuk nasi mereka. Memikirkan kekenyangan perut mereka. Mereka ini berjiwa diri sendiri sebenarnya, bukannya berjiwa mahasiswa. Mengatakan biadap mengadakan demonstrasi, kononnya tak bawa berbincang dahulu. Tahukah mereka bahawa pimpinan mahasiswa sudah menyatakan untuk bertemu pimpinan negeri tetapi dinafikan peluang itu. Pimpinan negeri yang menutup ruang itu.

Mereka juga menyatakan "Padan Muka" buat 6 OKT ini kerana sebelum ini lambat masuk kelaslah, orang undi untuk dekatkan mahasiswa dengan pentadbiranlah, lebih baik tumpu pelajaranlah. Ya, mereka terlupa, yang lain pun ada yang tak masuk kelas juga, tetapi pimpinan ini jiwanya lain. Mungkin datang kelas lewat. Tetap pulang ke rumah sewa lebih lewat dari mahasiswa lain. Pulang setelah penat bermesyuarat meneruskan agenda dan amanah yang dipikul. Tidurnya memikirkan tanggungjawab yang perlu diselesaikan untuk keesokan harinya. Tidurnya lebih banyak memikirkan masalah yang berlaku. Bahkan sampai terbawa-bawa dalam mimpi. Yang lain? Balik lewat sebab tengok bola di Asmani, main futsal atau game bola FIFA. Tak semua, mungkin sebahagian.

Apapun, buat sahabat-sahabat yang digantung ini, teruskan dengan peluang kedua, iaitu 5 hari bekerja untuk rayuan yang akan bermula apabila mereka menerima surat penggantungan nanti. Teruskan usaha. Jika gagal, ya, kita ada peluang sebenarnya. Gerakkan usaha memberi kesedaran tentang siasah kampus di seluruh negara amnya dan seluruh utara khasnya. GAMIS UTARA sudah ditubuhkan awal lagi. Manfaatkan peluang yang ada. Pasti gerakan mahasiswa di seluruh kampus utara mahu mendengar suara anda berbicara untuk mereka.

Buat sahabat-sahabat perjuangan yang lain, sama-samalah kita mendoakan mereka. Jangan lihat ini satu masalah. Jika dilihat sebagai masalah, ketahuilah masalah tidak pernah selesai. Lihatlah ini satu peluang. Peluang untuk menggerakkan siasah. Peluang untuk mahasiswa lain mendapatkan ruang bagi bersuara. Pasti akan muncul 60 orang lagi yang mempunyai jiwa-jiwa seperti mereka.

Semoga ALLAH memberkati kalian. ALLAHUAKBAR.


p/s : Pendapat, komen & kritikan dialu-alukan.

0 orang mengarut:

Post a Comment