Followers

Siap Juga Akhirnya

Sunday, May 1, 2011
Salam.

Semoga semua sahabat-sahabat pembaca blog Asyraf hari ni sihat sejahtera. Esok Asyraf exam madah Ad-Dakhil. Banyak nak kena hafal. sampai Asyraf naik boring. So, sebelum Asyraf sambung study dan hafal sikit-sikit lagi, Asyraf ambil peluang nak menaip sesuatu dalam blog nie.

Ha, hari ni Asyraf nak berkongsi sedikit tentang iklan yang Asyraf telah buat baru-baru ni untuk Kulliyyah Usul 3 iaitu DVD Choral Speaking. Boleh rujuk di sini & di sini.

Alhamdulillah, setelah beberapa hari dengan keringat yang ada, Asyraf dapat jugak siapkan DVD ini. Niat tu bukan nak berniaga sangat, tetapi Asyraf nak kumpulkan dana untuk Triple T Production dan mempromosikan sedikit. Di samping tu, Asyraf sumbangkan juga pada tabung kulliyyah.

Sebenarnya yang tempah tu sedikit sahaja, tak sampai 20. Tetapi itulah, dengan niat yang baik, ALLAH gandakan ganjaran di dunia lagi. Ketua Group A kata kat Asyraf yang mereka ada duit lebih sedikit, so mereka nak habiskan wang mereka itu dengan beli DVD yang Asyraf siapkan tu. Bila dikira balik, Asyraf kena siapkan 61 keping DVD ini.

ALLAHUAKBAR. Rezeki dari ALLAH, tiada siapa yang tahu.

Plan asal Asyraf nak masukkan video choral speaking sahaja, tetapi memandangkan Asyraf tahu ramai yang mahu lihat sebenarnya video-video yang Asyraf tayangkan di Hari Pengajian Malaysia yang lalu, jadi Asyraf masukkan sekali.

Rasa tak cukup plak, Asyraf call Arif Aiman dan buat temujanji dengan Puan Hadijah untuk buat sedikit rakaman bagi DVD ni.

Lepas tu ada lagi. Sesuatu yang tak boleh Asyraf lupakan. Itulah Arwah Abg Narzeri. Arwah adalah geng kelas kami dulu, tapi dia mengulang tahun 1 balik sewaktu kami dah berada sem 4. Arwah meninggal kemalangan jalan raya. Sadis...Asyraf teringat video tribute yang Asyraf siapkan untuk Majlis Graduasi ATC sem 4 dahulu, jadi Asyraf kongsikan bersama.

Buat semua sahabat-sahabat, itulah sedikit usaha Asyraf dalam membantu mengumpulkan dana disamping berkongsi kenangan bersama. Asyraf harap tiadalah yang copy paste DVD ni dan harap sangat-sangat jangan kongsikan video tribute itu. Cukuplah kita yang melihat dan hayati serta mengingati kenangan kita bersama arwah. Semoga kenangan kita bersamanya tidak luput di kinda dan jiwa kita. Sama-samalah kita mendoakan kesejahteraan beliau di sana.

Di sini Asyraf tunjukkan sedikit screenshoot DVD choral yang Asyraf siapkan. Semoga bermanfaat yer.



Montaj awal. Loading. Hehe....


Ucapan dari Arif Aiman, Rois kami. kami rakam sampai 5 kali. Kali ke 5 baru puas hati.


Ucapan dari Puan Hadijah. Kami ke biliknya dalam pukul 1. Lancar sungguh ucapan puan.


Choral Speaking Group A. Johan. Memang smart. Tahniah sahabat-sahabat!


Ni Group B, Asyraf duk tengah-tengah. Naib johan. Sapa suh main banyak. Hehe. tapi Esah memang style.


Video Hari Pengajian Malaysia. Muzik latar 1 Malaysia. Best!


Ni video yang ditayangkan di Hari Pengajian Malaysia. Program group B ke Pongsu Seribu. 3 Jam sahaja di sana, dapat full mark. Hehe.


Ni pula pula dari Group B. Kampung Mani, Kuala Nerang. Videonya pendek ja, tapi program tu lama. Tak macam group A, video panjang, tapi program sat ja.

Ini yang terakhir. Asyraf kongsikan bersama. Tengoklah sendiri. Jangan lupakan kesejahteraan sahabat kita di "sana"


Al-Fatihah untuk Arwah Abg Narzeri ='(

2 orang mengarut:

  1. Dr Ilmu ( Wisma Hati) said...:

    tahniah atas gerak kerja yang di lakukan...semoga allah menilai amal baik anda dengan ganjaran di akhirat sana...biarlah kita lakukan benda yang sedikit...tetapi manfaatnya cukup besar untuk semua...teruskan usaha anda...hanya allah yang mampu nilai dan hitung,selagi hidup masih ada...teruskan perjuangan dengan berkhidmat untuk islam...akhir kalam...semoga maju jaya ... ~ Dr Ilmu ~ :D

  1. asyraf said...:

    baik Dr Imu. Mereka perjuangkan islam dengan cara mereka, kita perjuangkajn islam dengan cara kita....

Post a Comment