Followers

Nadi BARU Rakyat Marhaein : 2011 Mahasiswa Negara Kembali Berkuasa!

Thursday, January 13, 2011












Assalamualaikum...


Terbukanya pemikiran ialah kerana ianya seperti payung , payung akan berfungsi apabila dibuka...begitu juga dengan minda , minda akan berfungsi apabila di buka...minda ibarat payung dan penciptaan payung anugerah ilham dari Allah S.W.T yang dikurniakan akal dan fikiran.


Siapa Mahasiswa? , Mahasiswa ataupun Maharajalela adalah orang yang berbeza, itu kenyataan yang PASti!

Mahasiswa Negara adalah dikhususkan kepada Rakyat Malaysia yang lahir di malaysia mempunyai Surat beranak , dan logik akalnya sudah mempunyai Kad pengenalan "bermutu tinggi" , Mereka mempunyai Hak yang Sama seperti rakyat Malaysia yang lain seperti termaktub di dalam perlembagaan Malaysia.





Satu yang mengesankan..apabila Mahasiswa diberikan Hak yang TELAH-DIREKA hanya disebabkan mereka memasuki pusat-pusat pengajian ..iaitu HAK untuk TIDAK BERSUARA secara BEBAS dan HAK supaya TIDAK MENGKRITIK pusat-pusat pengajian ...HAK itu diberikan secara terus oleh ADMIN-ADMIN universiti yang AMAT TAKUT dengan GEMA MAHASISWA.


Hanya kerana memasuki pusat pengajian tinggi , maka mereka mestilah seperti burung kakak tua , angguk-angguk sahaja....bagi sesetengah PIMPINAN TERTINGGI rektor-rektor KAMPUS , mereka menyangka bahawa mereka mempunyai ALAT KAWALAN untuk mengawal mahasiswa...tekan sahaja butang khas yang disediakan..maka mahasiswa itu berhak disingkirkan kerana SUARANYA ,tekan butang sahaja , maka mahasiswa itu berhak ditarik peluang zakatnya , tekan sahaja remote itu maka mahasiswa itu bakal digantung kerana GEMA SUARA nya agak kuat melebihi gema suara pensyarah kakak tua di dalam bilik kuliah.





Ada button paling istimewa dimana mahasiswa boleh secara otomatik dibicarakan kerana terlibat di dalam POLITIK ..ini adalah button yang paling otomatik dan paling digemari oleh tangan-tangan kotor berlumpur si burung kakak tua...oh burung kakak tua ada tangan? - benarlah mahasiswa SELALU dituduh hanya pandai berimaginasi!


Bagi burung kakak tua , angguk- angguk , jika boleh mahasiswa hanya memakan sebiji pil setiap hari dan terus mengenyangkan!..mereka tidak perlu membeli tepung , minyak masak , beras , gula bawang dan barang keperluan...mahasiswa tidak akan terjejas dengan dunia luar RAKYAT MARHAEIN lagi..mereka tiada kesan lansung keatas ekonomi RAKYAT MAEHAEIN , ada mahasiswa belaan yang dipanggil burung kakak muda yang percaya dengan mitos ini....amat kasihan...bukan sahaja PIL KENYANG yang diformulakan itu belum kelihatan...malah mahasiswa burung kakak muda dilihat sama sahaja memakan nasi goreng yang harganya dibayar sama seperti harga NASI GORENG rakyat marhaein




Anehnya mahasiswa semakin "berperangai pelik" menjelang tahun 2011 , paling pelik ialah sebuah pusat pengajian tinggi di Negeri Kedah di bawah Menteri Besarnya memberikan elaun sara hidup percuma sebanyak RM1,150 setiap semester dan mengumpulkan mahasiswa di INSANIAH hanya semata-mata ingin mendengar GEMA SUARA mahasiswa..Mahasiswa dipersilakan untuk BERGEMA . Bukan sahaja mahasiswa berperangai pelik tetapi Menteri Besar Kedah juga terkena Aura pelik itu.Beliau mengucapkan tahniah kerana Mahasiswa berani BERGEMA! , malah GEMA SUARA ini tidak memantul di dinding kosong seperti di tempat lain , sebaliknya disertai oleh ADMIN-ADMIN yang mendengar secara TERUS dan mempersilakan pula wakil-wakil mahasiswa untuk bergema diatas pentas!http://wartakedah.net/index.php?option=com_content&view=article&id=647%3Amb-gembira-pelajar-insaniah-berani-bersuara&catid=36%3Aberita&Itemid=67&lang=ms

Perkara pelik biasanya mendapat sambutan yang hangat!


Tahun 2011 menyaksikan lebih banyak GEMA SUARA Mahasiswa kedengaran , burung kakak tua tidak mampu lagi "mendengar" gema: yang boleh merosakkan gegendang telinganya....Satu yang mengesankan dan melucukan ada burung kakak tua yang cemburu kerana belum lagi konvokesyen, mereka kelihatan seperti lebih pandai dari dirinya yang mempunyai PHD luar negara!

Tempurung yang selungkup mahasiswa kini pecah berderai...tempurung itu tidak mampu menahan GEMA SUARA mahasiswa yang terlalu kuat auranya! tidak pernah dalam sejarah tempurung ini pecah berderai menjadi debu-debu berterbangan , paling dahsyat pun hanya merekah sahaja!


MAHASISWA ADALAH NADI RAKYAT MARHAEIN - ayat yang paling tidak selesa didengar oleh sekumpulan kakak tua! , MAHASISWA BERSAMA RAKYAT - oh ayat ini terlalu hina untuk didengar oleh burung kakak tua yang seperti spring melekat ditengoloknya yang hanya angguk-angguk sahaja...


Kini Rakyat Marhaein umpama urat nadi dan darah bersama Mahasiswa..terlalu dekat untuk dipisahkan , dan nadi ini semakin berdenyut kencang...semakin lancar perjalanan darah...semakin bertenaga GEMAnya!


Kerana mahasiswa keluaran 2011 adalah yang paling cerdik dalam sejarah GEMANYA , mereka tahu mahasiswa itu hanya gelaran pinjaman beberapa tahun sahaja.Selepas dari itu mereka akan bergelar RAKYAT MARHAEIN! , burung kakak muda juga akan sedar akhirnya PIL KENYANG hanyalah omongan kosong di dalam makmal mimpi , semuanya akan berhadapan dengan minyak petrol untuk diisi , minyak masak , sayur , daging ,dan semua keperluannya ....mereka tidak boleh melanjutkan lagi hutang puluhan ribuan ringgit yang ditanggung ketika mula-mula keluar untuk menjadi rakyat marhaein.


Pada Tahun 2011 , Mahasiswa Negara Kembali Berkuasa , mereka juga RAKYAT MARHAEIN dan bukan anak patung comel yang boleh dipermainkan.Jika ada tuan-puan melihat mereka ini berpadu dengan GEMA SUARANYA....maka usahlah runsing dan risau kerana mereka bukannya kumpulan koir yang ditaja , kerana mereka juga RAKYAT MARHAEIN!


Dipersilakan Copy & Paste : Credit http://u-jam.blogspot.com/2011/01/nadi-baru-rakyat-marhaein-2011.html
Arikel Asal Penulis : Chief Moderator U-jamV3.0

2 orang mengarut:

  1. madihah said...:

    perkongsian yg best..
    HIDuP MAHASISWA..!
    menteri besar kedah mmg terbaik !

  1. asyraf said...:

    kita sokong MB....

Post a Comment