Followers

The Karate Kids. Dah Tengok??

Tuesday, July 13, 2010
Salam

Tengah kesibukan menyiapkan design2 untuk sahabat2, sempat jugak Asyraf tengok filem baru Jackie Chan nie, The Karate Kid. Best betul, seronok Asyraf tengok. Jalan cerita biasa2 ja, tapi pengisian cerita tu memang penuh dengan pedoman.


Kisahnya budak tu nama Dre Parker umur 12 tahun kena pindah ke China. Mak dia dapat kerja kat sana kot. Sebelum ni dia duk Detroit, kat mana ntah tempat tu. Sampai sana, dia ada pergi ke sebuah taman permainan. Yang seronoknya, kat taman tu ada tempat alat jogging yang selalu ada kt gym tu. Ahaks. Kalo kt Malaysia, comfirm kena kebas dengan pencuri besi buruk.

Kat tempat tu, dia kenal dengan sorang perempuan (bukan muslimat tau!), nama Mei Ying. Mei Ying ada member laki, nama Cheng, kurang ajar betul, suka buli, mentang2 ada kung fu, dia tunjuk cekang, samseng jalanan V3 lagi baik dari dia. Haha. Depa ada gaduh kat taman tu.

Nak dijadikan cerita, 1st time Dre pi sekolah baru dia, rupa-rupanya samseng jalanan V3 tu satu sekolah dengan dia. Aiseyman, nasib baik Mei Ying tu ada sekali, bleh gak depa berc intan-cintun. Sejak dia masuk sekolah tu, memang Dre kena buli selalu. Pi kantin kena buli, pi jalan2 kena buli, pi mana2 pun kena buli.

Last2, dia kenai dengan Pak Cik Han (Jackie Chan). Pak Cik Han ni telah selamatkan Dre dari dibuli oleh Cheng and the gengnya. Pak cik nie sebenrnya dah biasa pi umah Dre, pebaik benda pa tah, shower kot. Pak Cik Han ni ada sejarah dalam hidupnya. Anak dan isterinya dah lama meninggal, jadi dia tinggal sorang2. Jadi solo.

Dre teringin nak jdi macam Pak Cik Han. Dia suruh ajar Kung Fu. Sampai la dia cekap betul dengan kung fu. Pak Cik Han ajar dari semudah2 rutin harian sampai la marhalah (step) yang tertinggi. Sambil2 tu sempat la jugak berpacaran dengan Mei Ying. Haha.

Sampai satu masa, Dre masuk pertandingan kung fu yang macam Goku lawan dalam cerita Dragon Ball tu. Tapi semua lawan dia manusia biasa la, bukan binatang ntah makhluk pa2 macam dalam Dragon Ball tu. Yang dalam Dragon Ball tu semua binatang. Ada ka patut beruang lawan Goku. Ish3. Hehe. Ok2, masuk balik cerita tadi. Dre lawan kung fu, sampai final, dia lawan pembuli dia tu. Lawan best la jugak, lawan tau x sampai pa?? Sampai habis la. Tak kan lawan tak habis2 kot. Hangpa tengok sendiri la yang last tu.



Pengajaran

1. Jangan cari pasal dengan orang. Pengajaran ni Asyraf dapat semasa Dre membalas dendam apabila dia menyimbah air kotor kepada Cheng dan rakan. Last sekali, bukan kepuasan yang dia dapat, tapi dia pulak kena ligan sampai semput badan dia. Siap kena belasah lagi. Nasib baiklah Pak Cik Han ada kat tempat Dre dikepung. Kalau tak, lagi nahaslah budak tu.

2. Pilih untuk bangkit dari kehidupan. Ini dapat Asyraf lihat bila Pak Cik Han tu memilih untuk tidak berada dalam kesedihan lagi bila anak dan isterinya meninggal. Asyraf tak ingat punca kematian tu. Apa pun, dia berusaha jugak untuk meneruskan hidupnya walaupun tak pernah berkahwin selepas itu. Satu lagi bila Dre dia sakit kaki lepas kena belasah waktu semi final kung fu tu. Dia tetap bersemangat nak lawan final walaupun dia sendiri sakit walaupun waktu tu Pak Cik Han plak yang melemahkan semangatnya. Dre seolah-olah nak Pak Cik Han bertanggungjawab sendiri atas kalamnya sendiri yang mengatakan “kita sendiri memilih untuk bangkit ” semasa Pak Cik Han bersedih dahulu

3. Pentingnya sifat kemanusiaan. Asyraf sempat lihat watak member rakan kawan (hu?)Cheng pembuli merangkap samseng jalanan V3 yang tumpang ligan Dre sekali (rujuk nota 1). Dia sempat jugak kesian dekat Dre bila kawan tu habis-habisan kena buli dengan depa semua, walaupun dia “ditarbiah” dengan kata “no xxx, no xxx, no mercy” (lupa la ayat dia)oleh guru tempat dia mengaji kung fu. Time dia berlatih pun, dia tak belasah member sparring dia habis-habisan sebab kesian sangat, walaupun dia dibayar dengan penampar gurunya yang kejam mejam tu. Time lawan dengan Dre semi final pun, ada jugak raut wajah penyesalan taubatan nasuha dan kasihan bila dia ikut cakap gurunya untuk mencederakan kaki Dre tu.


4. Jangan bercinta muda-muda. Alkisahnya, Dre ni baru 12 tahun, kena pindah pi China. Bila duk sana, dia kenal Mei Ying. Satu malam, depa pi festival kebudayaan negara tu lah. Ha, bila dah duk depa dua saja, bukannya tak tau ada pihak yang ke 3. Faham2 ja lah…

5. Pengiktirafan terhadap yang selayaknya. Ini last scene, bila Dre dah menang final. Semua pembuli2 Dre telah menunjukkan tanda hormat (sambil sebut “MASTER”) pada Pak Cik Han yang telah melatih Dre (merangkap mangsa buli depa) sampai Dre sendiri dapat mengalahkan Cheng samseng jalanan V3 tu. Padahal, depa ada guru depa sendiri. Terkejut guru depa tu bila anak2 didiknya buat macam tu kat Pak Cik Han. Itu lah, sepandai-pandai tikus menggerik, perangkap tikus juga yang menang. Hehe3.

Asyraf rasa tak seronoklah kalau Asyraf saja yang bercerita. Asyraf cadangkan, tengok sendirilah cerita tu. Best lah jugak. Tambah2 lagi awal sem, sempat lah tengok. Nanti dah tengah2 sem, payah plak nak tengok filem2 nie.

p/s : Lepas ni cerita apa plak yer???

0 orang mengarut:

Post a Comment