Followers

9 Adab Seorang Penuntut Ilmu

Monday, October 22, 2012

Hari ini masuk tajuk baru iaitu Adab Kesopanan Seorang Murid Terhadap Guru.

Adab seorang murid secara zahirnya amatlah banyak, tetapi jika dikhususkan, dapat dilihat dalam 10 perkara :-

1. Bentukkan jiwa menjadi bersih.

- Caranya, hendaklah IKHLAS kepada ALLAH SWT. Niatkan sesuatu itu kerana ALLAH, jika niat selain darinya, maka tiada pertolongan dari ALLAH SWT.

-Kisah seorang Imam Syafie nak pergi belajar, dalam perjalanan menuntut ilmu, dia ternampak tumit seorang perempuan. Apabila dia berjumpa Imam Waqi' untuk menghafaz, dia susah nak nak ingat. Imam Waqi' berkata :

"Sesungguhnya kamu ni ada buat maksiat, kerana ilmu ini adalah cahaya ALLAH, dan cahaya ALLAH ini tidak akan sampai kepada pelaku maksiat."

-Imam Syafie juga pernah mengadu pada ibunya dalam kes yang lain, apabila dia susah ingat dalam menghafaz. Ibunya berkata :

"Boleh jadi kerana semasa ibu mengandungkan kamu, ibu makan telur itik, tapi itik itu makan makanan dari makanan jiran. Apabila dia bertelur, ibu makan telurnya semasa kamu berada dalam kandungan. "

-Sentiasa memohon keberkatan ilmu dari guru.

-Ada 3 rukun dalam solat, iaitu (1) Rukun Qauli (2) Rukun Fi'li (3) Rukun Qalbi. Kena jaga 3 rukun ini. Tak guna solat jika kopiah putih bersih tapi kopiah itu dicuri dari orang lain. Jadi kena jaga semua perkara ini. Diri kena bersih keseluruhan.

- Hendaklah pergi menuntut ilmu itu kerana ALLAH. ALLAH memberikan pahala kepada orang yang menuntut ilmu. ALLAH akan ampunkan dosa setiap langkahan kaki penuntut ilmu dari mula keluar rumah sehingga sampai ke tempat belajar dan pulang semula ke rumah.

Sabda Nabi SAW : "Barangsiapa yang keluar dari rumahnya dan berniat kerana ALLAH SWT, setiap langkahannya ALLAH angkatkan darjatnya di sisiNya."

-Jangan kotorkan jiwa kita seperti orang musyrik. Orang kafir ini sifatnya kotor dan najis. Kotor pada dalaman iaitu keimanan kepada ALLAH SWT.


2. Kurangkan jiwa dan hubungan keduniaan

- Hendaklah mengurangkan jiwa keduniaan. Sifat keduniaan yang menebal akan menyebabkan kita mudah gelisah dalam majlis-majlis ilmu. Pada ketika itu, ada 3 muka sering dilihat iaitu :

1) Muka guru
2) Muka jam
3) Muka pintu

- Gangguan syaitan ketika berada dalam majlis ilmu :

1. Celak         = Mata menjadi mengantuk.
2. Gincu         = Mulut mahu bercakap dengan orang lain.
3. Pancing      = Sakit perut. Mahu ke tandas atau merayau ke tempat yang lain.

- Islam itu jutawan niat. Niat yang pertama (1) kerana ALLAH, niat yang ke dua (2) untuk lain-lain.

- Kata-kata mutiara Arab :

"Ilmu itu tidak akan diberikan sebahagian (separuh-separuh) sehinggalah kamu memberikan sepenuh jiwa raga kamu untuk menuntut ilmu. Ilmu yang separuh-separuh itu akan membinasakan kamu."

.................................................................................................

1. Jelaskan tentang tauhid Rububiyyah dan Uluhiyyah.

Tauhid ada 3 :-

1) Rububiyyah - Tauhid awam. Jika tanya kepada kafir, mereka jawab ALLAH. Tetapi mereka tetap kafir.       Maknanya mereka ada tauhid ini.

2) Uluhiyyah - Mengaku ada tuhan, mengucap Syahadah dan mula ikut perintah ALLAH.

3) Asma wal Sifat - Jasad dan hati seiringan beribadat kepada ALLAH. Hatinya ikhlas, ada kekhusyukan dan mengharapkan keredhaan ALLAH.

Rujukan yang lebih baik tentang tauhid ini ialah :

1) Kitab Al-Islam karangan Said Hawa
2) Kitab Risalah Usrah karangan Abu Urwah


2. Bolehkah berzikir ketika baring? 

Boleh, bahkan disyarakkan dalam Islam. Boleh berzikir dalam keadaan berdiri, duduk, baring, dan dalam hati.

Ada sahabat pernah mengadu : "Ya Rasulullah, tanggungjawab dalam Islam ini sangat banyak. Jadi tolong ajarkan kepadaku suatu benda, yang kalau aku buat, akan selesai semua tanggungjawab ini"

Rasulullah berkata : "Jangan biarkan lidah kamu kosong. Jadikan lidah kamu manis dengan sentiasa berzikir kepada ALLAH." 

Jika kita pergi menuntut ilmu di masjid, kuliah telah bermula. Yang mana diaulakan? Solat sunat atau dengar kuliah?

Hendaklah terus duduk dan sebut "Subhanallah, walhamdulillah, wa Laa Ilaaha Illallah wallahu Akbar". Ada riwayat menyatakan bahawa fadhilatnya menyamai 2 rakaat.


3. Bolehkah bersedekah menggunakan wang pinjaman?

Tak boleh kerana bayar pinjaman itu wajib, tetapi sedekah itu sunat. Melainkan kita ada wang lain untuk bayar semula pinjaman itu.


4. Bolehkah Tahajjud selepas fajar?

tak boleh. selepas fajar kena solat subuh. Melainkan bagi orang yang selalu menghidupkan solat malam, kemudian dia bangun dah Subuh, maka dibolehkan untuk dia Qadha tahajjudnya.


5. Apakah makna keberkatan?

Berkat itu ialah sesuatu yang sedikit, tetapi dirasakan banyak. Makan sedikit, tetapi rasa kekenyangan. berkat itu bukan sekadar pada rezeki, tetapi banyak cabang. Contoh tetamu datang ke rumah, itu tanda rumah kita diberkati.

Nak dapat keberkatan, jangan buat maksiat. Naik kereta, baca doa, ada berkatnya. Buka pula radio Era, hilang terus berkat sampai kita keluar dari kereta itu.

Ilmu yang diberkati adalah ilmunya dimanfaatkan sampai bila-bila.


6. Apakah maksud Rasuah?

Kita beri sesuatu pada seseorang untuk dapatkan hak orang lain. Hukumnya Haram.
Rasulullah SAW bersabda : "Perasuah dan pemberi rasuah, kedua-duanya akan ke Neraka."

0 orang mengarut:

Post a Comment