Followers

8 Adab Kesopanan Guru Dan Anak Murid (Sambungan..)

Sunday, October 21, 2012

Bicara Bulan Rejab

Bulan Rejab dan bulan Syaaban ini adalah bulan latihan sebelum masuknya bulan Ramadhan. Orang yang tak pernah pergi surau, masjid, kuliah-kuliah agama, tak pernah solat, bayar zakat dan ibadah-ibadah lain digesa untuk buat segera supaya tidak terjadi kejutan di bulan Ramadhan nanti.

Dalam bulan Rejab, ada peristiwa Israk dan Mikraj. Ini berlaku kerana :-


1) Ini bulan kesedihan bagi Nabi Muhammad SAW. 2 orang yang dikasihi Nabi telah meninggal iaitu Khadijah Bt Khuwailid dan bapa saudaranya Abi Talib. Khadijah meninggal dalam keadaan beriman tetapi tidak bago Abi Talib.

2) Nak kukuhkan akidah dan keyakinan pada ALLAH. Allah tunjukkan kepada kita apa akan berlaku dalam kehidupan kita pada masa depan. Antaranya ialah tentang kehidupan syurga neraka, alam barzakh dan lain-lain.

3) Hadiah kepada umat Nabi Muhammad iaitu SOLAT. Solat adalah cara kita nak berhubung dengan ALLAH. Orang yang tidak tahu agama, dia akan ke kepada paderi dan berhala untuk berhubung dengan Tuhan mereka, tetapi bagi Islam, kita terus berhubung dengan ALLAH tanpa perantara.

4) Hiburan orang mukmin. Nabi kita menjadi wakil untuk melihat suasana akan datang nanti. Jika berlaku apa-apa perkara jahat kepada kita seperti dikhianati dan lain-lain, ALLAH dah tunjuk dalam Israk Mikraj kepada Nabi. Bila kita dengar semula cerita oleh Nabi, para mukmin akan terhibur dan terubat hati.

.............................................................................................

Dakwah Yang Berkesan

1. Dakwah yang mempunyai matlamat.
2. Dakwah yang berterusan.

- Ceramah, tazkirah, usrah dan lain-lain itu adalah istilah. Hakikatnya kita menyeru orang ke arah kebaikan. Jika kita terhenti dalam membaca Al-Qur'an atau mendengar kuliah, pasti susah nak mula semula.

3. Hubungan dengan golongan yang baik budi.

- Dekatkan hubungan antara guru dan anak murid. Da'ie dan mad'u. Rasulullah SAW cukup rapat dengan sahabat-sahabat. Sehinggakan dalam peperangan, para sahabat akan mempertahankan Nabi Muhammad dari serangan. Pernah Nabi meninta sahabat untuk membuang ludahnya, tetapi sahabat telah meminum ludah tersebut.

4. Sering nasihat-menasihati sepanjang masa.
5. Tahu tanggungjawab kita.

- Berusaha membantu orang ramai. Da'ie terpaksa memenuhi tuntutan manusia. Berbeza cara dakwah dahulu dan sekarang. Kena banyakkan berlapang dada dan terbuka asalkan jangan melanggar syariat.

- Anak murid banyak bertanyakan soalan-soalan syariat baru, maka da'ie hendaklah berusaha untuk menjawabnya dengan hujah-hujah baik. Menjawab soalan ini adalah disyariatkan dalam Islam. Tujuan soalan ini sama ada untuk tahu atau menjatuhkan seorang guru.

....................................................................................................

Berusaha untuk mewujudkan suasana ilmiah dalam keluarga. Dengan itu, keberkatan ALLAH akan sampai dalam keluarga sebegini.

Para nabi diutuskan untuk menyeru manusia untuk bertaqwa kepada ALLAH.

Para guru jika tidak buat apa yang diseru kepada mad'u, maka tidak akan ada kesan kepada anak murid. Ini kerana guru itu sendiri yang tidak buat dan tidak memberikan contoh yang baik. Begitu jugak kepada ibu bapa, hendaklah menunjukkan contoh tauladan yang baik jika mahu anak-anak menjadi baik.

......................................................................................................


Apakah maksud Jeluwak?

Jeluwak ini adalah muntah kecil kanak-kanak yang bercampur susu ibu atau susu formula. Jeluwak ini adalah bahasa Kelantan dan ianya adalah najis pertengahan. Jika dah masuk dan muntah semula, itu jadi najis. Perlu dibersihkan jika terkena pakaian.


Apakah haram perempuan yang berniaga ketika Solat Jumaat?

Pengharaman itu untuk lelaki sahaja. Jika dan azan kedua, lelaki kena masuk masjid dah. Dalam perniagaan, keberkatan itu adalah pertama, keuntungan adalah yang kedua. Jika perempuan yang jaga kedai, lebih baik dia berhenti dan sama-sama dengar khutbah. Sebab nak jaga keberkatan.

.............................................................................................................

Semoga bermanfaat.

0 orang mengarut:

Post a Comment