Followers

10 Rahsia Kejayaan Pentadbiran Di Zaman Saidina Umar el Farouq

Wednesday, October 17, 2012

1- Tidak bermewah dalam kehidupan. Ketika Hurmuzan bersama tenteranya datang ke Madinah ingin berjumpa dengan khalifah (Saidina Umar el Farouq) maka ia dapati Saidina Umar el farouq sedang tidur di masjid dengan beralaskan selendang bahkan tanpa seorang pengawal yang menjaganya.

2- Mengutamakan kebajikan rakyat. di waktu malam Saidina Umar el Farouq akan melakukan tinjauan keadaan rakyatnya. Sebuah kisah yang popular iaitu beliau menjumpai seorang wanita yang amat miskin sedang memasak batu sementara anak wanita tersebut tidur dalam kelaparan. lalu beliau mengambil harta dari Baitul Mal memberikan kepada wanita tersebut.



3- Tidak ego dan mendengar pandangan rakyat. Saidina Umar el Farouq ingin menetapkan kadar mahar bagi wanita dengan kadar yg rendah bagi membantu golongan lelaki yang miskin yang berkeinginan untuk berkahwin. Lalu wanita tersebut bangun menyatakan bahawa penetapan kadar yang ingin dibuat tidak relevan kerana Nabi SAW tidak pernah menetapkannya dan tidak melarang. Lantas beliau mengakui akan kebenaran apa yg diperkatakan oleh wanita tersebut dengan berkata :

"Umar telah tersalah dan wanita tersebut adalah benar."

4- Memahami sifat wanita dan tidak beremosikan sifat keegoan lelaki dalam berhadapan dengan kaum wanita. Ini dapat dilihat apabila seorang sahabat yang ingin mendapatkan nasihat beliau mengenai permasalahan rumah tangga lalu dilihat Saidina Umar el Farouq akan mendiamkan diri di kala isteri beliau sedang 'berleter' atau 'beremosikan sifat kewanitaan'.

5- Alim dalam ilmu agama dan kajian semasa. Saidina Umar el Farouq mempunyai kemahiran yang tinggi dalam mengkaji realiti semasa bagi menjaga maslahat dan menolak kemudharatan bagi melaksanakan maqasid syariah. Tidak menjatuhkan hukuman hudud ke atas pencuri yang mencuri sebahagian harta dari Baitul Mal di waktu tahun kelaparan. Hal ini demikian ia berlaku syubhah. dan kaedah menetapkan hukuman hudud akan gugur apabila terdapatnya syubhah. Beliau menyebut :

"Pelajari ilmu fiqah (agama) sebelum kami dilantik menjadi pemimpin."

6- Berpegang kuat dengan jati diri seorang Muslim. Tidak mengikut trend pihak kafir. Ketika menziarahi Palestin, beliau memakai pakaian kebiasaan dan menarik kuda tunggangan. Tidak memakai pakaian kemegahan sebagai seorang raja dan tidak menunggang kuda bagi mendapatkan perhatian orang nasrani yang berada di Palestin. Mengungkapkan ucapan :

"Kita merupakan satu puak yang Allah muliakan kerana Islam, maka jika kita memilih keizzahan selain apa yang telah Allah muliakan (memilih selain Islam) maka Allah akan menghinakan kita"

7- Mentarbiyah umat Islam ke arah menjauhi maksiat dan dosa. Beliau memesan kepada tentera Islam bahawa apa yang dibimbangi oleh beliau bukanlah kekuatan pihak musuh namun dosa-dosa umat Islam.

8- Mendidik fikrah umat Islam agar berjuang bukan kerana individu namun atas dasar akidah. Beliau memecat Saidina Khalid al Walid dan menggantikan ketua panglima yang baru.

9- Mengingatkan umat Islam bahawa Islam bukanlah dibawa atau diperjuangkan secara individu bahkan Islam adalah diperjuangkan secara berjemaah dan umat Islam mesti memiliki sifat taat setia kepada ketua. Beliau menyebut :

"Tidak dinamakan Islam melainkan secara berjemaah, dan tidak dinamakan secara berjemaah melainkan mesti wujudnya kepimpinan dan tidak dinamakan kepimpinan melainkan wujudnya taat setia."

10- Mencintai Nabi SAW melebihi segala-galanya. Bahkan Nabi SAW mengiktiraf bahawa beliau telah sempurna imannya. Ia merupakan kisah hadis yang bermaksud :

"Tidak sempurna iman seseorang kamu sehinggalah kamu mencintai aku melebihi anaknya, bapanya dan sekalian manusia."

0 orang mengarut:

Post a Comment