Followers

Sedapnya Otak-Otak Kak Cik

Friday, April 20, 2012
Baru-baru ni, semasa dalam fatrah exam, Kak Cik buat iklan tentang jualan Sata dengan Otak-Otak. Ahli keluarganya yang buat. Tengok memang teringin, tetapi memandangkan wang di poket pun belum banyak lagi, PTPTN masuk lambat, kita pun buat tak tau la dengan iklan tu.

Bila berada di Koop untuk exam yang pertama, Kak Cik bawak mai Otak-Otak ni, katanya untuk Haziq. Wah3...terliur plak kita hari tu. Lepas exam pagi tu, masuk Koop terus menikmati makanan nie. Makanan tradisi Johor kan? Ka silap? Hehe. Tapi memang sedap sangatlah Otak-Otak nie. Macam nak tempah lagi, tapi apakan saya, wang belum cukup di tangan, cuma cukup-cikup untuk keperluan harian.

Apa pun, siapa yang nak tempah Otak-Otak ni, boleh Hubungi Kak Cik Hidayah Alfidawi =)


Ini sata. Dah makan setengah, baru teringat nak tangkap gambar.


Nyum2...tengok pun dah terliur.


Sedap sangat. Siapa nak? Sedap dan menyelerakan tau....

0 orang mengarut:

Post a Comment