Followers

Takziah Kepada Mereka....

Thursday, September 27, 2012
Innalillah wa inna ilaihiraji3un.. Allahhumma Ighfirlaha warhamha wa3fiha wa3fu3anha

Takziah buat Ust Fadhil dan Ust Rosmaini Irsham, senior Al-Maad yang kehilangan isteri masing-masing yang tercinta pada minggu nie.

Ust Fadhil, isterinya meninggal dunia beberapa hari lepas kerana kanser tulang yang dihidapinya selama 2 tahun, meninggalkan seorang anak perempuan comel. Arwah isterinya bekas Maktab Mahmud dan UIAM. Sebelum kematian isterinya, isterinya tidak sedar-sedar semalaman dan meninggal di hospital.


Terbaru, Ust Rosmaini Irsham, isterinya meninggal jam 4 pagi tadi kerana pendarahan semasa melahirkan anak. Anak yang dilahirkan adalah anak yang ke tiga. Arwah merupakan mantan YDPah mahasiswa Perlis di Mesir dan sangat aktif di sana.

Tabahlah wahai sang suami. Redhailah pemergian mereka.

Mereka batch yang tak pernah saya jumpa di Al-Maad, melainkan Ust Rosmaini yang kenal gitu-gitu ja, itu pun dia tak kenal saya.

Sedikit perkongsian dari Ust Fadhil :-
Dari FB kak azani, ditulis oleh suaminya:

Historical cancer nurulazani.. Simtom2 mula terdapat pada 2003..tp x dk doktor yg mntk g cek pakar..Mula dianosis dpt tau ada cancer usus tahap 3 pada feb 2010.. 1 bln lps bersalin.. trs oprte... Kimoterapi 21kali selesai jun 2011.. lps 2 keadaan x byk brubah mlh sel cancer trs merebak ke paru2.. April 2011 trdpt tnda2 sel cancer 2 dh merebak ke tulang belakang bhgn pinggang disahkn pakar pada julai 2011.. Masa 2 pling truk tgk dia sakit tiap2 malam.. Cuma kita dpt byg sakit gigi pn dh truk, ini tulang dari pinggang sampai kaki.. Okt 2011 buat radioterapi utk reduce sakit bhgn tulang 2.. Rwtn lps 2 mcm biasa, mkn ubt thn sakit, brubt kampung, TCM dan bberapa supliment lain.. 2012 krp ulg alik hospital sbb slalu dmm, batuk, penat.. Mei 2012 operate skali lg sbb usus tersumbat.. risiko oprtn sgt tgi ms 2 sbb keadaan dia sgt lmh.. Tp itu sj pilihn yg ada.. Kl x buat lgsg usus blh pecah.. Smuanya slmt slps 2 dgn 1 keajaiban kuasa Allah mnurut dktor ... julai 2012 terdpt tanda2 sel cancer 2 dh merebak ke hati.. Pakar mengesahkan pada ogos, bln puasa br2 ni.. jadi status cancer azani, bermula dgn cancer usus, merebak paru2, tulang, hati.. Jd lh colorectal cancer stage 4 advance.. Utk mklmt lnjut berkaitan cancer2 2blh google search artikel yg berkaitan.. Pntg jgk utk tau.. Dn lbh pntg sgera jmpa pakar kl ada tnda2 2 pd kita.. Jgn p klinik swasta..

Gambar2 yg sy upload bkn utk menagih simpati, publisiti dan kesedihan kwn2.. tp sekadar maklumat, penerangan kpd kwn2 yg ada bertanya dn tertanya2 mngnai azani.. ckuplah doakn yg terbaik utk dia.. Keadaan mmg slalu sakit dn lmh.. Tp ada kala dia kuat, mampu bersembang, senyum dn ketawa (mnjd saat yg paling brhrga).. kepada rkn2 yg ingn ziarah hrp tdk mmbawa air mata dn kesedihan tp bawalah harapan, keceriaan dn kegembiraan di hadapnnya.. Hati dia terlalu lembut sjk dl lg.. 1 titik air mata kita kluar, 100 ttk air matanya akn kluar.. Sedu kita hanya menggegarkan hati, sedunya blh menyakit hati dia, menysakkn nafasnya, menyakitkn tulang dn sarafnya.. menjadikn dia letih dn lesu slps itu..

0 orang mengarut:

Post a Comment