Followers

Ini Prestasi Diri Saya

Saturday, December 24, 2011
Salam.

Saya ingin menulis entry yang sama apa yang sahabat saya katakan.

Saya Asyraf. Ditarbiah dan dididik dengan kepimpinan sejak sekolah. Saya selalu memikirkan keadaan orang, tidak diri sendiri. Lantaran itu, saya terus menyambung pengajian ke INSANIAH sekalipun saya mengimpikan untuk sambung belajar di USIM course Pengajian Al-Quran dan Multimedia. 

Perjalanan hidup saya untuk ke IPT ni sungguh menarik. Lepas SPM, saya memilih UKM, dan saya dapat. Tak pergi kerana tahu dah amik STAM. Saja suka-suka. Selepas STAM, saya ambil juga di UM & UKM, semuanya pengajian Islam, tetapi ALLAH aturkan yang lain, saya dapat USIM, tempat yang memang saya impikan. Tetapi hal lain yang berlaku, kerana saya cemerlang Akaun dan Ekonomi semasa SPM dahulu, saya dapat Ijazah Perancangan Kewangan Islam (Perakaunan) kot. Jambed terus. Tak berminat. Itu pun saya tahu selepas berada di INSANIAH. Cantik sungguh ALLAH aturkan ketetapan hati ini.

Ternyata berada di sini, saya cukup jika saya tidak akan dapat sesuatu yang tak mungkin saya dapat di mana-mana IPTA besar melainkan di bumi barakah ini sahaja. Lantaran sedikitnya pelajar, kami boleh kenal antara satu sama lain. Banyak ilmu kepimpinan khususnya di zaman sekolah dapat dimanfaatkan di sini. Kepimpinan. Perhubungan. Pengurusan. Dakwah. Siasah & politik Islam. Politik negara dan bacaannya. Illuminati, saya juga mahu menjadi seperti itu yang saya dapat manfaatkan untuk Islam. Sultan Muhammad al-Fateh, pembuka Constantinople. Bait Muslim dan prosedurnya.  Adobe & video, saya sempat jadi mentor dan kemudiannya menjadi Pengarah ATC. Di situ saya terus belajar menjadi ketua yang baik.  

Saya juga memahami suka duka para pimpinan siasah dalam menegakkan Islam di Malaysia sehinggakan diiktiraf lebih baik dari Ikhwanul Muslimin kerana mehnah dan tribulasinya lebih perit dari mereka. Saya juga belajar tentang idealisme mahasiswa, sejarahnya, pimpinannya, kepentingannya, peranannya dan keperluan kepada idealisme mahasiswa sendiri.

 Kerana Triple T, saya dapat bersemuka dan duduk sama rendah bersama Tok Guru Nik Abdul Aziz. Saya tak pernah sangka langsung saya akan menjadi sedemikian. Bertemu Tuan Guru Haji Hadi Awang di rumahnya bersama sahabat-sahabat. Berjumpa Dato Yahya Osman, dalam keadaan letih memandu, dia tegur saya kerana tertidur semasa tazkirah ringkasnya. Habis saya di"senyum"kan oleh muslimat. Aduyai. Berjumpa juga Nik Abduh, pimpinan parti sekarang. Bertemu di rumahnya, rumah Nik Aziz juga. Pukul 10 malam ketika itu, Nik Abduh kata ayahnya sudah tidur dan tidak boleh diganggu. Apa pun, kami memang nak jumpa anaknya sahaja. Itu niat kami.

Saya mula dewasa. Keadaan sekeliling juga menunjukkan bahawa saya perlu menerima keadaan yang mungkin telah ibu bapa kita lalui. Rakan ayah saya pernah meninggal kemalangan. Saya juga kehilangan rakan seperjuangan dalam Islam. Arwah Abang Narzeri dan Naqiah. Abang Narzeri, anak sulung, kemalangan semasa musim raya puasa. Saya berada di hospital semasa arwah menghembuskan nafas terakhir. Anak yang baik, kata ayahnya. Ibunya tak menangis, kerana dah banyak menangis sebelum itu lagi dan bersyukur keperitan anaknya sudah tamat. Arwah seorang yang berlainan. Kita guna window 7 atau vista, dia guna Linux. Kita guna IE atau Mozilla, dia guna Opera. Kelainan itu yang mengingatkan saya. 

Arwah Naqiah saya tak pernah bersuara dengannya. Terkejut bila dia menegur "Ustaz tak dak kelas ka?" Saya beritahu tiada. Itu kali pertama dan terakhir saya ditegur. Petangnya saya ke program, 3 hari kemudian saya pulang. Semasa singgah mandi air terjun, kami tahu arwah kemalangan bersama sahabatnya. Bila lepas maghrib, atas motor, katanya dia di zon merah, kritikal sangat2. Terus pecut. Dari konvoi bertukar lumba. Di hospital, sudah ramai sahabat yang menangis dan muslimin yang menunggu. Tidak sempat lihat di wad. Sempat semasa dikafankan, sebelum wajahnya ditutup. Al-fatihah....

Kawan-kawan saya kahwin. Afiq Najhan. Helmi apa ntah kawen. Ada lagi rakannya. ALLAH, terlupa la pulak. Yang kenai gitu2 pun dah ada yang kawen. Banyak. Mereka bahagia. Saya? "Saya kasihkan mereka...."

Sekadar berkongsi. Saya yakin, prestasi diri saya di sini meningkat berkali ganda dan saya juga yakin saya tidak akan dapat seumpama ini di tempat lain. Terima kasih.

0 orang mengarut:

Post a Comment