Followers

Tidak Cukup Dengan Meminda AUKU

Tuesday, December 6, 2011
Meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti 1974 (AUKU) sahaja tidak mencukupi bagi menjamin autonomi institusi berkenaan, kata sekumpulan mahasiswa.

Justeru, perwakilan Solidariti Mahasiswa Malaysia dan Kolej Universiti Insaniah (Kuin) mendesak supaya Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 dan Akta Syarikat 1965 juga dipinda.

"Jika Seksyen 15 (AUKU) akan dimansuhkan atau digantikan, beberapa bahagian di bawah kedua-dua Akta berkenaan juga mesti dikaji semula," kata pengerusi SMM, Ahmad Syukri Abd Razab kepada Malaysiakini.

Enakmen berkenaan, kata Ahmad Syukri, telah menimbulkan masalah kepada lima orang pelajar, yang digantung kerana terbabit dengan perhimpunan haram pada bulan April lalu.

Kesalahan mereka hanyalah kerana mendesak pihak pengurusan Kuin menimbang semula penggunaan sebuah bangunan kolej kediaman untuk dijadikan tempat mengaji al-Quran.

"Seksyen 10 dan 11 Akta Syarikat dan Seksyen 46 dan 47 Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta telah digunakan ke atas mereka," kata Ahmad Syukri.

Kumpulan mahasiswa itu, hari ini menyerahkan memorandum mereka kepada Kementerian Pendidikan Tinggi di Putrajaya dan telah diberi jaminan bahawa permintaan mereka akan dibincangkan semasa mesyuarat meja bulat yang dijadualkan bermula dalam masa dua minggu.

Menurut Ahmad Syukri, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah telah memaklumkan kepada mereka bahawa pihaknya akan merujuk kepada pihak-pihak yang terbabit dengan pindaaan Seksyen 15(5)(a) AUKU yang sekarang melarang pelajar daripada terbabit dalam politik.

0 orang mengarut:

Post a Comment