Followers

Saya Dah Gagal Untuk Memahami

Sunday, December 11, 2011
Kongsi lagi.

***************************************************

Banyak buku tentang perhubungan yang dibaca. Bukan calang-calang penulis. Penulisnya bukan suka-suka menulis. Tetapi ianya adalah pengkaji. Bukunya best-seller seluruh dunia. Diterjemahkan dalam pelbagai bahasa. Untuk dibacalah.

Saya belajar memahami dunia mereka. Bahkan saya uji mereka seorang dua. Kadang-kadang ja. Sesetengah yang rapat dan baik sedikit, main tanya terus. Tanya soalan yang biasa-biasa ja, tetapi ianya tentang dunia mereka. Itu pun selepas pembacaaan. Bila ditanya, memang jawapan yang diberikan hampir tepat dan ada yang tepat dengan yang dalam buku itu.

Ada juga saya tanya yang terlalu peribadi. Tak lah sampai menjatuhkan maruah diri. Tetapi ianya macam tak sepatutnya saya tanya. Pasal kahwin contohnya. Dia jawab apa yang dia nak dan rasa. Err...bukan senang orang nak open sikit dengan soalan-soalan macam tu.

Baik.

Hari itu saya cuba memahami keadaan kawan yang seorang ini. Lama dah. Bukan saya tanya dia, tetapi dia tanya saya. Itu kalau nak cari dalam dunia ni, payah. Payah sangat. Tinggi harapannya. Lama saya fikir. Antara tuntutan dan permintaan. Cuba menjadi seorang pemberi keputusan yang baik. Konon-konon lah cuba ikut kaedah Fiqh, pilih kemudharatan yang paling sedikit, tetapi itu yang saya buat. Fiqh Aulawiyyat la konon, tetapi itu yang saya mengaji. Why not saya amalkan? Haha. Cakap omputih, kerek giler.

Akhirnya petang itu, dapat panggilan. Tak bersedia lagi nak berikan jawapan kerana perkara besar perlu kepada ketenangan. Sibuk petang tu. Dengan permintaan kawan, dengan tuntutan amal jam'ie, maka saya tangguhkan dulu perbincangan itu. Aduyai. Tidak dapat tidak, jawapan soalan subjektif kena dijawab juga. Jawab dengan sebaik mungkin. Tak boleh main A, B atau C saja. Tak boleh menjadi seperti Technical Team. Ianya subjektif, kena sesuai, kena jaga hati, maka cara MC Team dipilih. Difikirkan malam nanti sesuai lah.

Dalam perjalanan ke retreat IT, baru lah jawapan soalan diberikan. Itu pun setelah memikirkan banyak kali. Itu yang terbaik. Jawapan yang mungkin ada markah, hakikatnya seorang guru itu kena terima jawapan dari anak muridnya. Anak muridnya itu belajar macam-macam tambah-tambah lagi tentang persaudaraan, persahabatan dan perjuangan. Nilai-nilai sentimental. Itu pun tidak direct, sebab tak sanggup kata diri.

Saya rasa saya dah gagal untuk memahami.......

Kamu sangat sempurna. Tetapi saya cuba menjadi seperti Dato' Ustaz Yahya Othman. Penulis kertas kerja tarbiah yang dibukukan. Kitab Amal Jam'ie. Cari dan baca. Sudah 2 kali berjumpa di rumahnya. Kata-kata yang selalu saya dengar. "Saya Kasihkan Kamu". Itu katanya. Dia kasihkan kita. Kita peduli atau tidak, dia kasihkan kita jugak. Saya kasihkan mereka, biarpun mereka mungkin tidak kasihkan saya.

Ilmu tidak tinggi pun, tetapi sedikit demi sedikit, jiwa seorang murabbi yang agung itu meresap dalam diri. Hebatnya tarbiyyah........



5 orang mengarut:

  1. Anonymous said...:

    Salam...
    ape yang nak disampaikan dalam ayat "Saya kasihkan kamu"?
    Saye pun gagal untuk memahami...

  1. nasriahns said...:

    Wow, awesome! banyak sangat maksud yang tersirat. satu cerita tergantung tapi dihuraikan dalam keadaan yg sangat la tersiratnya "kasih dan kasihan". menolak dan menerima

  1. Cayalah!! said...:

    "Sya Kasihkan Kamu" itu ayat dari ustaz. Dia kasihkan semua org yg datang mengunjunginya walaupun cuma kenal seketika sja.

    cerita memang tergantung sebenarnya. nk dismbung pada yang mna ya?

  1. Anonymous said...:

    pa yang dimaksudkan "saya dah gagal tuk memahami?."
    seorang guru,sorg murid. mereka berdua jauh berbeza.tp hakikatnya slg memerlukan antara satu sama lain.lengkap melengkapi.guru boleh membetulkan anak muridnya jika salah dan si murid juga boleh mmbetulkan anak muridnya jika salah.Ada caranya..ada situasinya.kadangkala kputusan yang dibuat oleh sorg guru dalam menanda kertas jwpn muridnya,blh menemui kebuntuan.bgtu jga dgn si murid.buntu dgn jwpn yg perlu dijwbnya.

    jika benar cerita ini tergantung.smbglah cerita seterusnya dimana cikgu memberi jwpn yang benar2 "betul" kpd anak muridnya setelah menanda kertas soalan berkali-kali.mungkin,ada jawapan betul disana setelah menandanya dalam keadaan tenang.mungkin ada sinar harapan disitu.

  1. Cayalah!! said...:

    Saya dah balas tentang guru dan anak murid ini. Boleh rujuk entry selepas entry ini.

Post a Comment