Followers

Guru Kita Tidak Bersalah

Monday, December 12, 2011
Kong Sikong Sikong Sini =)

Guru kita tidak bersalah. Ibu bapa kita tidak silap dalam memberi pendidikan. Kita adalah apa sahaja tarbiyyah yang kita terima.

Saya ada beberapa sahabat. Umurnya hampir sebaya dengan saya. Ada yang sebaya. Ada yang tua. Tua sedikit ja pun. Bukan tua sangat seperti yang saya pergi program baru ini. Program itu lainlah, semua ketua-ketua. Saya punya ketua pun belum lihat lagi.

Kawan-kawan saya itu masing-masing ada perbezaan sendiri. Ada latar belakang pendidikan sendiri. Ada latar belakang keluarga sendiri. Dan yang menarik jika dapat bersama, mereka ada pandangan tersendiri. Dalam satu-satu isu atau perkara, masing-masing memberi pandangan yang berbeza. Ada yang setuju. Ada membantah. Ada yang berdiam diri seperti batu. Ada yang main ikut saja seperti lalang. Aduh...lalang ni tak berguna sebenarnya.

Baik. Saya khususkan sedikit.

Sahabat usrah saya yang baik, Aiman namanya. Pendidikannya dahulu di UiTM Shah Alam, kemudian di KUIN. Rakannya ramai sangat. Ramai giler. Ramainya, di kampus kebanyakannya. Dia belajar banyak perkara dalam gerakan mahasiswa. Bagi yang mengikuti tentang gerakan mahasiswa seperti GAMIS, AKSI, DEMA, SMM, MPNM dan sebagainya, anda akan memahami apa yang saya katakan. Saya tidak akan berterus terang sangat. Sedikit kiasan sahaja sudah cukup difahami.

Hebatnya Aiman ini, semasa dia berada di Shah Alam lagi, dia dah banyak merantau ke seluruh kampus-kampus di sana. Hebat gerakan mahasiswa di sana. Dia ikuti setiap program-program tarbiyyah di sana. Dia mencari ilmu yang berbeza keadaannya di KUIN ini. Dan hasilnya? Dia kena blacklist.

Ada seorang lagi. RAHSIA namanya. Dia juga hebat, mengetuai satu gerakan pelajar di sebuah negeri. Pendidikan tinggi. Hebat orangnya. Cumanya dia tidak berada di kampus-kampus seperti Aiman tadi. Dia bebrbeza dalam menerima tarbiyyah diri. Ada beberapa perkara yang dia belajar, tetapi ada juga beberapa perkara yang dia tidak tahu dan tidak memahami langsung. walaupun begitu, dia tetap memahami tanggungjawab dia. Dia ada pendiriannya tersendiri. Bagus.

Apa bila dua orang seperti ini bertemu, boleh jadi mereka akan membincangkan sesuatu perkara. Apa-apa saja. Aiman boleh memberikan pendapatnya. Sapa juga si RAHSIA ini. Dia tetap boleh memberikan pandangan dan hujahnya. Masing-masing boleh berdebat. Berdebat bukan berdebat saja-saja, tetapi mereka ada dalil. Dalil pun kukuh. Mereka belajar, dan mereka mengeluarkan apa sahaja yang mereka terima sebelum ini.

Tetapi dalam banyak perkara di sini, apabila yang tinggi kedudukannya itu menghukum yang lain.

"Enta tak kena"
"Enta tak boleh macam nie"
"Enta salah. tak betul"

Mereka terus berdebat sampai pada satu ketika, terus menjadi putus kawan. Hanya kerana perbezaan pendapat, perkara menjadi semakin rumit. Perkara yang tak sepatutnya berlaku, terjadi akhirnya. Asalnya sebuah perbincangan atau perkongsian pendapat sahaja, tetapi yang terjadi tikam menikam dan hukum menghukum.

ALLAH...ini macam pun ada ka....

Saya agak benci bila ada sesetengah pihak yang suka menghukum seseorang apabila perlaku perselisihan pendapat atau pandangan dalam sesuatu perkara. Tambahan lagi apabila dalam perselisihan itu mereka mengutarakan dalil dan hujah yang sangat bernas.

Perselisihan adalah perkara biasa. Dalam sebuah organisasi, jika berlaku perkara seperti ini, maka seorang ketua janganlah terus menghukum orang bawahannya. Saya lihat ramai pihak yang tidak pandai meraikan khilaf. Mereka tidak sedia menerima angin baru dalam organisasi. matlamat dalam organisasi adalah sama, tetapi bila diberikan tanggungjawab untuk mencapai matlamat itu kepada ramai pihak, maka masing-masing berusaha untuk bersama-sama mencapainya walaupun berbeza cara dan kaedahnya.

Tidak salah untuk seseorang untuk terus berpendirian dengan hujahnya sendiri. Dia belajar dan menerima tarbiyyah, jadi dia kelurkan hasil tarbiyyah dirinya. Anda juga menerima tarbiyyah, maka tetapkanlah pendirian anda, tetapi janganlah menghukum pihak yang lain seolah-olah anda sahaja berada di pihak yang benar. Boleh jadi sebenarnya anda tidak berada dalam keadaaan sahabat seorang lagi. Dia juga belajar seperti anda. Dia juga menerima tarbiyyah seperti anda. Dia juga berusaha mencapai matlamat seperti anda.

Dalam keadaan ini, kita sepatutnya meraikan khilaf itu. Mengagumi apa yang ada padanya. Bukan menghukum. Dia belajar, anda juga belajar. Dia dapat ilmu dengan caranya sendiri, jadi mengapa harus diperhukumkan ilmunya itu? Adakah dia telah melakukan sesuatu yang salah sedangkan dia juga mempunyai hujah yang tepat? Terima keadaan orang. Jangan menghukum.

Tulisan saya ini ada sedikit kaitan dengan entry sebelumnya. Tentang guru dan anak muridnya. Saya belajar dan saya faham. Anda juga betul, saya juga betul. Saya betul dengan apa yang saya belajar. Anda betul dengan apa yang ada belajar. Juga yang anda faham. Tanyalah seribu soalan pun, pertikaikanlah sejuta jawapan pun. Anda betul kerana itu yang anda belajar. Saya betul kerana saya juga belajar. Guru kita tidak bersalah.

0 orang mengarut:

Post a Comment