Followers

Majlis Perpisahan Pengetua Kolej Kediaman

Friday, January 21, 2011

Salam.

Pada Isnin lepas, Asyraf dengan beberapa geng JAKSA dijemput untuk menghadiri Majlis Perpisahan Pengetua Kolej Kediaman iaitu Ustaz Abdul Malik yang baru menamatkan kontraknya pada 31 Disember lalu. Majlis ini adalah hasil inisiatif penyelia asrama untuk ustaz.

Banyak kenangan bersama JAKSA walaupun sekadar 1 sem sahaja. Asyraf hairan jugak, JAKSA senang ja atur program seminggu, tapi ramai hadir program yang biasa kami buat iaitu Bedah Buku bersama ustaz apa tah, lupa namanya, padahal MPM nak ready sesebuah program cukup lama. Kita biasa buat perjumpaan di Dewan Besar bersama seluruh mahasiswa asrama sampai penuh dewan. Duk khawarizmy, buka koperasi dalam bilik asrama sekali dengan Abg Zul, beruntung-untung beb. Selang 2 minggu, kena beli barang baru. Pernah kami pinjam keta Naza Pak Cik Mail sebab nak pi KH beli barang jualan.

Alhamdulillah, Asyraf nampak ustaz sangat berseri wajahnya bila ustaz tamat perkhidmatannya. Setelah hampir setahun ustaz bertungkus lumus membantu pentadbiran menguruskan asrama, sekarang ustaz telah kembali untuk bersama-sama kami. Dunia ustaz dah kembali. Ustaz dapat meluangkan banyak masanya untuk bersama anak-anak murid serta keluarganya. Ustaz dah tak perlu bergerak ke asrama tiap-tiap malam dah untuk memantau perjalanan dan kebajikan mahasiswa di asrama.

Ustaz jugak dah tak perlu melayan karenah birokrasi pentadbiran (jika ada lah), tak perlu menjawab apa-apa masalah asrama yang bukan di bawah tanggungjawab ustaz terutamanya hal-hal peruntukan. Kami pun dah boleh bermesra dengan ustaz lebih lama kali nie.

Apa pun, pihak JAKSA terutamanya mengucapkan terima kasih atas sokongan ustaz pada kami nie. Walaupun kerja kami tak lah sehebat ustaz, tetapi kami cukup terharu dengan sifat ambil berat ustaz pada kami. Sekarang JAKSA sedang menunggu pengetua baru. Tak tahulah siapa yang seterusnya. Kak hidayah pun dah keluar dari Pejabat Asrama sebab dah dapat J-QAF. Siapalah akan menggantinya selepas ini

Selamat Kembali Ke Kehidupan Lama Ustaz!


p/s : Asyraf selitkan beberapa keping pic sepanjang berada di restoran apa tah, lupa plak namanya. Maaf, pic tak clear sebab guna handycam HEP.






































4 orang mengarut:

  1. MiszCinta03 said...:

    hurmm..sedih2..ustaz malik da xjadi pengetua asrama kmi..huhu...nnti sape la plak ek..tunggu dan lihat ja..

  1. asyraf said...:

    ana suka ustaz tak jadi pengetua asrama....

  1. Anonymous said...:

    npe ustaz ckp cm 2 lak??

  1. asyraf said...:

    sbb dia bleh luangkan masa untuk pelajar....

Post a Comment