Followers

Dato Haron Din Mai INSANIAH

Tuesday, July 20, 2010

Salam.

Hari ni di INSANIAH, Pusat Komuniti buat ceramah sempena Israk Mikraj. Tetamu undangan yang dijemput memang maha dasyat la, bukan senang nak jemput dia mai INSANIAH ni. Beliau ialah Dato Dr Haron Din. Bangga la plak bila dengar nama dia nie. Ialah, semua orang kenal dia, orang Perlis plak tu, kena plak Dato Haron Din tu bekas student skolah Asyraf, nak bangga la Asyraf nie.

Hadirin memang ramai giler la, sampai melimpah ke luar dewan. Perkara biasa yang berlaku. Biasalah, dewan INSANIAH yang dulunya nmpak besar, sekarang dah semakin mengecil selari dengan perkembangan INSANIAH sendiri.

Yang terbaik ialah publisiti program tu. Sama2 buka sem ja, terus nampak iklan pasal kehadiran Dato ni. Memang Pusat Komuniti telah buat perancangan yang terbaik dengan membuat publisiti awal2. Publisitilah yang akan menentukan sambutan sesebuah program. Lagipun dengan aura Dato, cukup guna iklan dari mulut ke telinga, semua orang akan hadir. Biasalah, orang hebat, kita nie sapa la kan?? Setakat AJK MPM, orang tengok buat xtahu je. Hehehe.

Asyraf tengok dari jauh jer. Sebab dewan penuh sangat. Lagipun Abg Nash panggil buat keja promosi plak untuk MPI.



p/s : bercahaya muka dia bila. Muka orang lain kelam jer.


0 orang mengarut:

Post a Comment