Followers

Belajarlah Cara-Cara Post-Mortem Yang Sebenar

Tuesday, July 27, 2010
Salam Asyraf baru balik dari program. Biasalah, dah habis, kena buat post mortem lah. Kebanyakan AJK hadir dalam post mortem. Ada juga yang dah balik, biasa lah, pakat letih.

Tapi post mortem kali ni agak pelik. Postmortem yang dimulakan dengan AlFatihah bagi Asyraf dicemari dengan beberapa situasi yang tidak menyenangkan. Sana tak kena, sini tak kena, bahkan benda kecil yang boleh dijadikan soalan, tiba-tiba ja jadi kemarahan.


Ye, kita akui ada beberapa perkara itu berlaku kerana kesilapan manusia dan memang kena akui kesilapan tersebut tetapi fikir-fikirkanlah, apabila sesuatu kesilapan itu sudah sampai kemuncaknya, maka konsep "innama bu3ithtu li utammima makaarimal akhlak" perlulah kita terapkan dan amalkan. Ini tidak, dilepaskan yang terbuku di hati umpama air paip pecah yang tidak dapat dibaiki lagi.

Sahabat-sahabat, berprofesionallah. Kita adalah yang terbaik di kalangan yang terbaik di mana kita telah pun terpilih di kalangan yang terpilih. Maka tunjukkanlah sikap terbagus kita daripada sikap-sikap terbagus yang lain. Sebenarnya kita memang hebat berprogram, tapi sayang, masalah yang berlaku dalam setiap program kita, umpama kata-kata Timbalan S/U MSR, "LAGI-LAGI SAMA". Ya, masalah tetap sama. Kalo ada 20 program setahun pun, masalah kita tetap sama. Asyraf jugak terfikir, mereka ingat ke tak ni adalah program pertama seumpamanya di tempat kita.

Apapun yang berlaku, kita faham, semuanya ingin melaksanakan yang terbaik. Tiada siapa yang ingin mengambil mudah kerana semuanya memahami bahawa Pentaklifan Bukanlah Pentasyrifan. Ianya adalah amanah. Pengarah telah cuba buat yang terbaik dengan peruntukan yang termampu, malah kata-katanya juga mengandungi kalam-kalam yang terbaik untuk semua sebagai satu nasihat.


Kita ikutlah rentak beliau, moga-moga kita mampu untuk bergandingan bahu, tenaga dan masa untuk memastikan objektif utama program kita ini berjaya. Belajarlah cara-cara postmortem yang sebenar, bukannya sekadar meluahkan perasaan. Apa pun,kesilapan yang terjadi bukanlah suatu kegagalan sebenarnya, tetapi ianya adalah satu KEJAYAAN KECIL yang akan kita kecapi KEJAYAAN yang lebih BESAR pada masa akan datang


p/s : Asyraf AJK jer...

0 orang mengarut:

Post a Comment