Followers

Siapkan Kerja-Kerja Yang Terakhir

Tuesday, July 13, 2010
Salam.

Asyraf sepanjang cuti 2 hari ni, keja ngadap laptop jer. Bangun pagi, buka laptop. Apa yang Asyraf buat?? Ha, tahu2 je lah. Keja design lah, walaupun Asyraf tak cekap design mcm Abg Sham dengan Fathi tu. Macam2 design jugak lah orang mintak tolong buatkan. Streamer Minggu Penghayatan Islam & Pesta Buku, button badge Sahabat Exco, logo Halaqah Usrah, logo Jabatan Nuqaba. Sikit ja pun, tapi otak ni makin kering jer dengan idea2 baru, internet plak tak dak, guna akal sendiri lah.

Sepatutnya Asyraf bleh siapkan lama dah, tapi nak buat camna, jenis tak buat perancangan, so keja pun jadi bertimbun2, last2 minit baru nak kalut. Asyraf pun baru tersedar hal nie, terus Asyraf catat dalam buka nota kecil Asyraf tu, yang dibeli pada sem 1 dulu.

Asyraf pernah terbaca dalam newsletter Irfan Khairi, jutawan internet tu, dia kata kita kena buat perancangan untuk keesokan hari. Tahu sebab apa?? Sebab kerja kita akan lebih teratur, licin, kemas dan lebih sistematik. Semua ini berlaku kerana kita mempunyai hal2 yang perlu kita selesaikan tanpa kita membuang masa kita. Katanya lagi, luangkan masa 10 minit setiap malam untuk membuat perancangan hari esok, maka kita akan menjimatkan hampir 50% masa kita keesokan hari.

Asyraf dah amalkan sejak tahun 2 lagi membuat perancangan2 sebegini sejak membaca motivasi tersebut dan hasilnya amat menakjubkan. Asyraf dapat meluangkan lebih banyak masa untuk diri sepanjang hari. Relax ja, tak kalut apa dah. Pagi2, sampai INSANIAH, Asyraf settlekan apa yang Asyraf nak buat mengikut yang Asyraf catatkan. Aiwah, selesai kerja, Asyraf dapat menyembang banyak2 dengan kawan. Ahaks ^_^

p/s : Tak percaya?? Buat sendiri lah

0 orang mengarut:

Post a Comment