Followers

Dedikasi Buat Ustaz Jamaluddin

Friday, June 17, 2011
Salam.

Asyraf nak menulis tentang guru Asyraf ni. Minggu ni merupakan minggu terakhir untuk ustaz mengajar di bumi barakah SMA AL-MAAD kerana beliau akan melalui minggu pertamanya sebagai guru di sekolah barunya iaitu Sekolah Islahiah, Behor Mali.

Kali pertama Asyraf kenal guru Asyraf ni semasa Form 5, masuk mengajar madah apa tah, dah tak ingat. Time tu, Asyraf adalah Naib Timbalan Ketua Pengawas. Tapi Asyraf mula rapat sedikit bila Ustaz Jamaluddin dilantik sebagai Guru Penasihat BPS pada kepimpinan Asyraf semasa Form 6. ALLAHUAKBAR. Asyraf macam tak percaya. Tapi kena percayalah, sebab Asyraf tahu sendiri dari mulut Cikgu Ilias Pengetua tu.

Aduh hai. Sudahlah baru dilantik sebagai Ketua Pengawas, dapat pula Guru Penasihat baru. Time ni, memang Asyraf tabik spring dan ucap terima kasih banyak-banyak kat ustaz. dia banyak berusaha untuk menggerakkan BPS walaupun semasa ustaz di Al-Maad dulu, dia tak pernah langsung menjadi pengawas.

Asyraf masih ingat beberapa usaha ustaz untuk pengawas. Antaranya mendapatkan komputer sebagai aset tetap, check etika pakaian, rambut panjang lah, urus Kursus Pengawas kat Bukit Ayerlah, sign surat lah. Macam-macam. Memang kalo bukan seorang guru yang menjiwai pelajar, ntah apa lah nasib pengawas zaman tu.

Dah lama Asyraf meninggalkan zaman sekolah ni. Dah tahun akhir pun di INSANIAH ni. Hampir terlupa kenangan silam di sana, apa pun ianya tetap di hati.

Buat ustaz, ana mintak maaf banyak-banyaklah sekiranya banyak menyusahkan ustaz. Ana buat hal waktu malam last kat Bukit Ayer waktu Kursus BPS dulu, yang Hanif Saising jadi macam kena rasuk tu. Ana mintak maaf sebab letak jawatan dulu. Mintak maaf sebab ana tahu ana dah mengecewakan ustaz. tapi ustaz, itu ja cara ana nak tunjuk bahawa memang kebanyakan pelajar marah betuk kat pengetua time tu. Ramai sangat. Betul ustaz. Tak tipu. Ustaz tahu, itulah kali ke 2 rasanya dalam hidup ni, ana cuba jadi serius. Sampai Cikgu Ayu pujuk mai suruh fikir masak-masak pun, ana tetap letak jawatan. Sama la dengan si Ashrof Harun Bangau tu, dia pun ikut ja.

Asyraf memang terhutang budi dengan ustaz sebenarnya. Seronok sebenarnya berada di Al-Maad ni, sebab guru-guru di situ macam keluarga sendiri. Bukan senang tau nak berkawan dengan guru. Di Al-Maad, Asyraf biasa ikut ustaz keluar beli barang, pi makan-makan, pi mandi Bukit Ayer, pi kebumikan jenazah, bina pondok, pi beli barang kiosk, pi buat bumbung tempat letak keta, kadang-kadang menyembang macam guru tu bukan guru, tapi masih menjaga adab lah.

Asyraf masih ingat lagi, Asyraf tanya ustaz.

"Ustaz, camna ustaz boleh masuk mengajar Al-Maad ni??"

Pastu ustaz cerita lah bagaimana dia masuk. Tapi Asyraf masih ingat kata-kata ustaz dalam cerita tu.

"Saya tak pernah terpikiaq pun nak mengajaq kat Maad ni, Dulu kalo boleh janganlah ALLAH bawa saya mai Maad lagi. Letak jauh2. Tapi tu la, ALLAH bayaq CASH! "

"Selamat Bertugas Buat Ustaz Jamaluddin."

2 orang mengarut:

  1. Cayalah!! said...:

    Buat sahabat-sahabat MAAD yang baca entry ni, mungkin boleh nukilkan sesuatu utnuk ustaz di ruangan komen nie.

  1. Anonymous said...:

    asyraf baha, anta jadi ketua pengawas ke?

Post a Comment