Followers

Ceramah Berdiri Atau Duduk???

Wednesday, December 8, 2010
Salam.

Selamat pagi semua. Pagi yang cerah pada hari ini memberi mood yang baik untuk untuk meneruskan hafalan (ka hafazan??) madah yang tak selesai-selesai lagi.

Sedikit coretan sempena Program Sambutan Maal Hijrah. Asyraf nak berkongsi ilmu dalam blog ni apa yang telah disampaikan oleh penceramah kita pada malam lepas. Tapi Asyraf rasa baik kita menjengah ke blog salah seorang ahli MPM ni. Asyraf dah tak payah bersusah payah menulis dah. Klik Sini

Memang hebat INSANIAH ni. Seorang dekan dari kulliyyah muamalat mampu berceramah tentang Maal Hijrah. Bukanya ustaz atau tok syeikh arab pun. Nampaknya lepas ni kita boleh ajak dekan-dekan yang lain jugak untuk berceramah lepas nie. Sasaran pertama kita ialah DEKAN HEP. Ok ??

Asyraf melihat Prof berceramah agak bersahaja. Menarik. Banyak bercerita tentang dirinya. Satu perkongsian kehidupan yang menarik.

Cumanya Asyraf lihat, sesuatu yang tak sesuai dalam majlis ni walaupun ianya adalah satu kebiasaan pada kita semua. Seorang penceramah berceramah dengan bahan ilmu yang ada di depannya sanggup berdiri selama sejam, tetapi penuntut ilmu tanpa pen dan kertas hanya duduk sahaja. Itu kalo dia ingat ilmu tersebut. Kalau tak ingat?? Buat penat penceramah ja berdiri sejam, tetapi tiada hasil yang bermakna akan terjadi.

Asyraf berpendapat seorang penceramah kena bagi peluang untuk duduk. Tak perlu untuk berdiri. Cukup disediakan kerusi dan meja, air mineral sebotol. Sambil berceramah, dia sempat minum air. Tapi minum kerap-kerap pun bahaya jugak. Satgi ceramah jadi 2 jam plak.

Bukan apa, kita kena lihat, ramai masyarakat sekarang hanya mendengar. Duduk selesa pula tu. Tetapi penceramah lenguh berdiri selama sejam. Kesian dia. Kalo penceramah tu macam Ustaz Rizuan Md Noor tu lain lah Dia orang muda. Tu pun Asyraf lihat dia macam tak elok ja dia berdiri yang beratus-ratus lagi dalam Dewan Besar hanya duduk pulak, tanpa pen dan kertas. (Ust datang waktu musim merdeka bulan Ogos. Tajuk Perjuangan Ulama Dalam Sorotan Kemerdekaan)

Asyraf biasa menjadi pengerusi majlis ceramah anjuran KUDSY. Tetamunya ialah Ustaz Zanol Asri, pensyarah KIDU. Bila Asyraf dimaklumkan dia dah tiba, Asyraf terus ke bilik santapan untuk berjumpanya. Bukan nak bertaaruf, tapi nak tanya sesuatu yang agak penting,

"Ustaz nk berceramah berdiri ke duduk??"

Asyraf dah agak dah. Dia kata nak duduk. Memang kita sebagai tuan rumah, kenalah memuliakan tetamu kita yang hadir. Tak sanggup nak jadi pengerusi, duduk atas kusyen empuk putih dewan tu, tapi Pak Long sebagai ulama ceramah berdiri. Yang hadir pun duduk jugak. dah lah tiada apa-apa yag ditulis, pastu main mesej plak. Macam tak serius plak. Tapi tak jadi isu pun.

Jangan kata nukilan ini mengarut. Ini sekadar p
andangan. Asyraf pernah jadi MC ceramah Ust Ramli Shafie mantan pengetua SMKA Yan waktu MSR dulu. Asyraf duduk ja atas kusyen tu, tapi ustaz pulak berdiri. Macam dunia ni tak adil ja. Orang yang menyampaikan ilmu sepatutnya diberi keselesaan sepertimana Asyraf dapat waktu tu.

Okay. Jom sambung ngapai. Ha, sapa-sapa nak jemput Asyraf jadi MC mana-mana ceramah, gtau lah. Komfem Asyraf takkan benarkan penceramah berdiri. Bagi duduk ja. Dia rasa selesa, tak la juga berkecil hati bila tengok penonton tak bwa pen dan kertas.


Ok, wassalam



Ni Asyraf sewaktu jadi MC ceramah anjuran KUDSY. Hamdani berbaju biru sebagai Pengarah. Ustaz Zainol Asri di kiri sekali.

2 orang mengarut:

  1. DRC said...:

    terpulang kt ceramah tu nk diri ke duduk.. kalu diri,, mgkin kejap je kot dia ceramah... kalo dok.. msti lame...huhuhwawawa

  1. admin said...:

    itu politik ceramah tu....

Post a Comment