Followers

Jalan-Jalan Makan Kenduri

Monday, May 23, 2011
Salam.

Wah, sudah lama Asyraf tak menulis sesuatu di blog Asyraf nie. Kalau diikutkan, banyak rasanya yang Asyraf boleh kongsikan bersama selepas entry Asyraf yang terakhir dulu iaitu tentang Osama Laden.

Banyak yang dapat dikongsikan, antaranya kejadian tanah runtuh di rumah anak yatim Hulu Langat, Pogram Score A dan lain-lain. Tapi Asyraf ingat nak menulis tentang jalan-jalan makan kenduri ni ja lah. Best sikit.

Asyraf dipelawa oleh Abg Saifol untuk ikut sekali ke kenduri Abg Muaz nie. Yea lah, geng2 sendiri kawen, takkan tak mau pergi kot.

Aduyai, tak dak mood pulak nak menaip. Habis idea. Yang pasti, kami bertolak ke sana pukul 10 pagi. Menuju ke Penang untuk ambil Abg Mat. Sempat jugak makan bihun sup di rumahnya. Wah, sedap sekali. Nak pi lagi la kenduri tu.

Lepas solat Jumaat, kami yang 2 buah keta ni terus ke Bukit Merah. Masuk sat ja. Tangkap hgambar sikit, sempat la jugak tengok Ikan Arowana tu. Subhanallah, besar ikan haruan ja pun, dah RM3000 ringgit. Tak ke banyak tu. Padan la orang duk promote bisnes tu ja sekarang nie. Rupanya keuntungan tu sangat banyak.

Cadangan ke Bukit Merah tu adalah daripada pihak kereta 1 lagi, so kami plak nak ke Zoo Taiping. Biasalah, setelah 2 sem duk lihat tikus KOOP dan tikus rumah sewa, ingat nak lihat binatang lain lah pulak. Sekali kena tiket RM12, nasib baik Abg Saifol orang Perak, boleh kurang RM8. Tu pun Abg Saifol nak amik RM10, lebih RM2 masuk dalam poket dia. Haha.

Seronok juga rupanya tengok binatang2 nie. Tambah2 lagi buaya darat yang Asyraf baling batu tu, terus dia masuk kolam. Tension dengan kami kot. Dah la kami kata kt buaya tu buaya plastik, lagi la dia tension. Tu la, siapa suh nganga mulut sangat. Tak nampak macam buaya la,

Zoo tu last sekali Asyraf masuk tahun 2001. Nampaknya dah 10 tahun Asyraf tak ke sana. Macam sama ja. Yang kecewa bila ular dah takdak dalam sangkarnya. Hampir pupus kot.

Terus kami ke tempat penginapan yang Abg Muaz sediakan utk kami. Sampai pun dah pukul 12 malam. Pukul 4 sebelum tu katanya dah akad. Tahniah ya Abg Muaz. Esok lusa ana pulak. Haha.

Pagi esoknya, kami sempat borak-borak dengannya. Dia sediakan sarapan. Chalet pun bagus. Walaupun sempit, tapi kawasannya best. Air sungai laju giler. Macam nak terjun, tapi mana bawak seluar banyak-banyak. Tak budget pun nak mandi sungai. Tu la, lain kali gtau la awal-awal. Boleh kami bawak google sekali. Menyelam tak bangun-bangun. Hehe.

Ha, di bawah ni ada la beberapa pic semasa di majlis kenduri tu. Nak kata majlis persandingan, tak dak pelamin pun. Tempat makan ada. Haha. Standart la. Nama pun kenduri.

Kepada Abg Muaz, Selamat Pengantin Baru yer. Barakallahu lakuma. Tak sampai berminggu-minggu jadi bekas pelajar, jadi plak suami orang. Tak lama jadi guru pulak. Pastu jadi bapak orang pulak. Ha, pastu jadi la apa yang enta nak jadi. Ana ok jaaa....

Baik Abg Muaz. Ana balik dulu. Ok, wslam


Tahniah Abg Muaz. Kredit kamera to Triple T Production.


Kan dah kata. Majlis kenduri makan ja. Mana ada pelamin pun.

Wajah-wajah kekenyangan. Trip awal nie.

Amik berkat la katakan. Senyuman pun dah pelik....



2 orang mengarut:

  1. Anonymous said...:

    rugi tak dpt k knduri muaz , nice post asyraf!

  1. asyraf said...:

    saja kongsi2 utk abg umayr...hehe....

Post a Comment