Followers

Ada Apa Dengan 10 Muharram??

Monday, December 13, 2010


Bismillahirrahmanirrahim..

Sahabat-sahabiah sekalian.

kalau ditanya kepada kita apa yang berlaku pada tanggal 10 Muharam? Apa yang akan antum jawab?

"err.., yang saya taw Hari Asyura ja la."

Mungkin ada yang jawab, "hmm.. Bahtera Nabi Nuh berlabuh lepas banjir besar surut" dan mungkin juga ada yang sambung, "hari tu kita akan kacau bubur asyura dan makan beramai2."

Ya, betul la tu. Tapi sebagai seorang Muslim sejati, haruslah kita mengetahuinya dengan lebih lanjut dan mendalam apa yang terkandung dengan 10 Muharram tu.

Entri kali ni ana nak mengajak antum membaca semua sejarah yang berlaku pada tanggal keramat tersebut. Ikutinya..

1:- Bermula dengan Nabi Adam Alaihissalam. Pada tanggal inilah Baginda diterima taubat dan diampunkan Allah setelah beratus-ratus tahun menangis agar diampunkan kesilapannya.

2:- Pada 10 Muharram, Nabi Idris Alaihissalam telah diangkat ke langit sebagai tanda Allah menaikkan darjatnya. Dan ini membuktikan bahawa baginda masih belum wafat lagi hingga ke hari ini.

3:- Nabi Nuh diuji Allah dengan diturunkan bencana banjir besar melanda seluruh alam. Pada tanggal 10 Muharramlah bahtera Baginda dilabuhkan. Dlm banjir tersebut, hanya 40 keluarga manusia dan binatang sahaja terselamat. Baginda diberikan penghormatan kerana 40 keluarga ini shj yang dipilih Allah yang terselamat. Selain drpd itu adalah orang2 yang ingkar akan risalah yang Baginda bawa sehinggakan keluarganya sendiri.

Dikatakan bubur Asyura dibuat bersempena dengan peristiwa ini. Peristiwa di atas bahtera Nabi Nuh yang mana dicampurkan dengan pelbagai jenis bahan daripada buah-buahan, tumbuhan ketika hendak memasak di atas bahtera. Wallahua'lam..

4:- Nabi Ibrahim Alaihissolatuwassalam dilahirkan pada 10 Muharram. Dan pada tanggal itu juga Baginda diangkat sebagai Khalilullah(kekasih Allah). Dan sejarah mencatatkan bahawa pada tanggal ni juga Baginda selamat daripada dibakar hidup2 oleh Raja Namrud. Api menjadi sejuk dan selamat setelah diperintahkan Allah.

5:- Kelima, Allah menyelamatkan Nabi Musa daripada kekejaman Firaun dengan mengurniakan mukjizat tongkat yang dapat bertukar menjadi ular besar dan memakan semua ular-ular ahli sihir Firaun dan pada 10 Muharram, Baginda dikejar Firaun dan pengikutnya hingga ke Laut Merah.

Atas izin Allah,dengan menggunakan tongkat tersebut, Baginda memukul laut lalu terbelahlah laut menjadi dua. Maka Nabi Musa AS beserta pengikutnya melalui tengah2 lautan tersebut. Setelah semua melalui, maka bercantum semula laut tersebut maka tenggelamlah Firaun bersama dengan pengikutnya di dalam dasar laut.

6:- Pada tanggal ini juga Qarun yang terkenal dengan kekayaan dan kesombongannya ditenggelamkan Allah bersama hartanya ke dalam perut bumi kerana kezalimannya. Dan dikatakan harta Qarun yang tenggelam itu sekarang dah bertukar menjadi minyak hitam dan kini direbut Negara2 Arab untuk dikorek minyak mentah itu. Lihatlah sekarang, mereka sudah mewarisi kesombongan Qarun dahulu hingga cintakan dunia dan melupakan negara2 jiran yang berada dalam kesusahan.

7:- Pada 10 Muharram, Nabi Sulaiman Alaihissalam telah menerima kembali kerajaannya daripada Allah sebagai tanda hormat kepada Baginda.

8:- Allah menguji Nabi Yunus Alaihissalam dengan ditelan oleh ikan Nun selama 40 hari di dalam perut ikan. dan sejarah tercatat bahawa Allah mengeluarkan Baginda pada 10 Muharram.

9:- Nabi Isa Alaihissalam diuji Allah dengan dikejar oleh kaumnya untuk disalib. Maka pada 10 Muharram, diangkat Allah akan Baginda ke langit dan digantikan dengan Yahuza. Ini merupakan satu penghormatan kpd Nabi Isa daripada kekejaman kaum Bani Israil.

Jadi sudah antum baca semuanya.. Alhamdulillah, maka kalau ditanya kepada kita keistimewaan Hari 10 Muharram ni, tiada masalah untuk antum menjawabnya.

Dan terakhir, suka ana peringatkan bahawa jangan lupa untuk kita sama2 berpuasa sunat pada 9 dan 10 Muharram. Kalau nak puasa, puasa dua-dua hari tu sekali. Kalau tak, serupalah dengan Kaum Yahudi.

Sekian, Wallahua'lam..

http://pena-sufi.blogspot.com/2010/12/bismillahirrahmanirrahim.html

0 orang mengarut:

Post a Comment