Followers

13 Adab Menuntut Ilmu

Wednesday, July 10, 2013


- Kita pergilah ke mana-mana, ada sahaja adab dan akhlak untuk kita patuhi. Adab dan akhlak tidak ada pada agama yang lain. Kalau di sekolah, ada subjek yang dinamakan Pendidikan Moral khusus untuk bukan Muslim, tetapi jauh bezanya antara Moral dan Adab itu sendiri kerana dalam Adab, ada dibicarakan tentang dosa dan pahala. Contohnya bersin. Sebut Alhamdulillah, ada pahalanya.

- Jiwa kita akan semakin terhias, cantik dan bercahaya apabila kita menuntut ilmu. Sebaik-baiknya kita dituntut untuk menuntut ilmu seminggu 3 hari.

- Sebagai contoh kita membaca Al-Quran, jika kita membaca Al-Quran, kita berasa diri kita rasa terhias dengan cahaya Al-Quran dan bacaan semakin lancar. Tetapi apabila kita meninggalkan bacaan Al-Quran, lidah kita sudah semakin kekok kerana cahaya itu sudah hilang.

- Ada 3 muka yang selalu dilihat oleh penuntut ilmu iaitu : 1) Muka guru 2) Muka jam 3) Muka pintu

- Hendaklah menjaga tertib semasa belajar iaitu menghabiskan dari satu bab ke satu bab yang lain. Tidak boleh melangkau bab tertentu kerana boleh jadi bab yang ditinggalkan itu sangat penting dan diperlukan supaya dpat memahami bab yang seterusnya.

- Padan-padanlah semasa menuntut ilmu. Contohnya 1 jam sahaja kerana kalau belajar lebih dari waktu itu, otak kita sudah tidak dapat menerima ilmu. Ada juga masa-masa tertentu yang ilmu susah nak masuk dalam minda seperti waktu panas terik dan waktu kepenatan.

- Jika melihat kepada kiraan umur, mungkin kita tak sempat untuk menamatkan pengajian dan kitab, tetapi seeloknya kita serahkan urusan umur kita kepada ALLAH SWT. Yang penting kita terus belajar  sampai mati. Bahkan ulama-ulama terdahulu masi bersemangat untuk belajar dan terus bertanyakan tentang hukum hakam walaupun diri mereka sudah terlantar sakit di katil.

- Pilihlah ilmu yang bersesuaian dengan kita. Antara ilmu yang terbaik ialah ilmu akhirat dan ilmu tasawwuf.

- Mula-mula belajar ilmu, padan-padankanlah dengan ilmu yang tidak membosankan supaya kita terus tertarik dan bersemangat untuk menuntut ilmu pada masa datang. Kemudian kita hendaklah berterusan menambahkan ilmu sehingga habis.

- Jangan campur adukkan ilmu agama dengan ilmu khurafat.

- Hendaklah saling berlapang dada semasa belajar. Hormati orang lain yang hendak wirid, puasa dan lain-lain. Jangan bergaduh kerana perbezaan pandangan ilmu. Jangan membandingkan diri dengan orang lain kerana hal itu tidak menunjukkan kepada niat sebenar kita untuk belajar kerana ALLAH SWT.  Jangan juga sampai taajub kepada guru dan penceramah sehingga tidak menerima pendapat orang lain.

- Di pengakhirannya, segala ilmu yang kita pelajar hendaklah membawa kita kepada mengenali ALLAH SWT dan mengakui kekerdilan diri di sisiNya.143

0 orang mengarut:

Post a Comment