Followers

12 Adab Seorang Murid (Sambungan...)

Tuesday, July 9, 2013


- Antara adab untuk mempelajari ilmu ialah Teliti Apa Yang Hendak Dipelajari. Maksudnya seseorang itu hendaklah tahu apakah ilmu yang diperlukannya. Pada masa yang sama, hendaklah lihat juga pada kesesuaian umurnya sendiri.

-  Contohnya seseorang itu berumur 55 tahun tetapi masih belum pandai membaca Al-Quran, jadi hendaklah dia mencari ilmu Al-Quran dan guru yang besesuaian untuk dipelajari.

- Pastikan juga ilmu yang kita pelajari itu memberi manfaat kepada orang lain. Maksudnya selepas kita belajar ilmu itu, sebarkanlah kepada orang lain. Ajar kepada pasangan, anak-anak, kaum keluargan dan rakan-rakan.

- Ilmu itu terbahagi kepada 2 bahagian. Pertama, ilmu yang membawa terus kepada ALLAH. Kedua, ilmu yang membantu untuk sampai kepada ALLAH. Sebagai contoh ilmu Tafsir dan ilmu Geografi.

0 orang mengarut:

Post a Comment