Followers

BBQ Utan Aji

Saturday, February 11, 2012
Hari Jumaat minggu yang lalu, Asyraf dipanggil pulang ke rumah di Utan Aji kerana kakak yang pulang dari KL nak buat BBQ. Wah3, tak pernah-pernah dia nak buat BBQ, tiba-tiba hari ni nak buat BBQ plak?

Boleh la BBQ pun. Lama juga tak main bakar-bakar ni. Bakar ayam, ikan, daging dan udang ja. Okay la tu. Abah pun dah sediakan sabut awal-awal lagi. Kita tolong cucuh api ja.

Bakar panggang ni mudah ja. Bahan rempah beli ja dari kedai. Peram sikit, boleh bakar terus. Hah, tunggu ja la lauk atas api tu. Makan dalam api pun tak pa. Jangan makan api sudah la. Hehe.

Turut bersama kami hari tu ialah kak ipar dan anak-anak sedara. Budak-budak baru balik dari sekolah, tau nak makan ja. Dah la yang perempuan tu kuat mengacau. Suruh macam-macam. Tapi apa pun, terlepas juga kerinduan setelah lama juga tak jumpa.

Okaylah. See u later. Nak buat kerja jap. Wslam



Bakar sabut untuk mendapatkan arang.


Panggang ikan. Bakar ikan. 

0 orang mengarut:

Post a Comment