Followers

Coming Soon : Triple T Tv

Wednesday, February 9, 2011

Salam,

Semalam Asyraf dapat panggilan untuk masuk meeting program terbaru bawah Ust Azki, iaitu Triple T Tv. Turut dijemput ialah Asyraf Zainol, Syafik Ishak, dan Khairul Ariffin, tapi tak semua yang hadir.

Memang best perancangan Ust Azki. Dia memang bersungguh-sungguh untuk terbitkan program ni. Bahkan semalam kami semua dah rancang siap gerak kerja pertama kami. Asyraf kena buat logo Triple T Tv, Asyraf Zainol buat iklan dan Fathi akan jadi pengarah program ni.

Konsep yang dibawa adalah Usrah & Tarbiah, buat secara online waulaupun menggunakan Youtube, dan kita mengharapkan ianya mampu meletup dalam masa setahun.

Ada beberapa rancangan yang akan dibuat, tetapi Asyraf tak leh nak ceritakan di sini. Cumanya Asyraf dah dilantik untuk menjadi penerbit bagi program Berita Triple T. Wah, hebat jugak Asyraf nie ek??

Ada beberpa benda lagi nak diceritakan, tetapi cukuplah takat maklumat awal nie. Ha, sebelum terlupa, InsyaALLAH lepas ni ustaz nak buat audition untuk cari pemberita, wartawan, dan pengacara program TV nie. Kita akan cari sungguh-sungguh, bukan main-main dah. Harapnya budak-budak INSANIAH ni boleh ambik peluang yang ada nie.

Siapa berminat, hubungi Fathi Omar atau Asyraf sendiri pun boleh.....


0 orang mengarut:

Post a Comment