Followers

Kenapa Tak Tutup Aurat?

Wednesday, July 13, 2011


Assalamualaikum.......


Sekadar perkongsian. Pernah nasihat dan tegur kawan-kawan anda yang tidak menutup aurat? Jom kita tengok apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu. Dan apa jawapan yang mungkin sesuai untuk mereka.


1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke?

-Yang pasti, tak tutup aurat, kompom masuk neraka.


2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.

-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia". Samalah dengan tudung. Tudung pula yang disalahkan, " pakai tudung tak mestinya baik..bla...bla...bla..."


3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat.

-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.


4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.

-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?


5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.

-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?


6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.

-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.


7. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa.

-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?


8. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.

-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.


9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.

-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.


10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)

-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?


11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.

-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.


12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..

-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku.


13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.

-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam.


“Wahai wanita, setiap ciptaan tuhan yang berharga di dunia ini akan terlindung dan amat sukar untuk diperolehi. Di mana kamu boleh dapatkan permata? Tertanam jauh di perut bumi, tertudung dan dilindungi. Dimana kamu jumpa Mutiara? Terbenam jauh di dalam lautan, tertudung dan dilindungi oleh kulit kerang yang cantik. Di mana kamu cari emas? Terperosok di lapisan bumi tertudung dengan lapisan demi lapisan tanah dan batu. Tubuh kamu adalah suci malah lebih berharga daripada emas mahupun permata. Oleh itu kamu juga perlu bertudung dan melindungi diri kamu.”


Menegur memang ada caranya.. Maaf jika aku terlalu kasar dalam menegur.. Manusia.. Tak pernah lari daripada kesilapan.. So, terima kasih pada yang menegur. Aku tidak akan sama sekali melenting. Aku bersyukur bila ada yang menegur sebab itu tandanya orang sayangkan kita.. =)


Hanya sekadar renungan....

READ MORE ...

Jualan Dan Tempahan Baju KokUM

Sunday, July 10, 2011


READ MORE ...

Anda Tahu Tak? Fakta Tentang Tentera Malaysia

(Fakta yang saya kemukakan ini mungkin di bawahnya ada yang tidak tepat kerana tidak dapat disahkan kebenarannya. Saya berharap ada pembaca yang akan terangsang mindanya dan cuba mencari kebenaran akan cerita-cerita di bawah ini)


1. Malaysia pernah menghantar pasukan tentera semasa Perang Vietnam bagi membantu Amerika Syarikat menjejaki gerila Viet Cong.


2.Kemalangan pesawat MAS (MH653) di Tanjung Kupang bukan berpunca dari kerosakan enjin atau pilot error tetapi ada orang kata perbuatan sabotaj atau rampasan.


3. Komando Malaysia pernah membantu tentera AS bagi menandakan sasaran-sasaran tentera Serb melalui Laser Target Designator untuk dimusnahkan dengan "Smart Bomb" dari pesawat pengebom NATO.


4.Pernah berlaku pemberontakkan "Mutiny on ship" dalam sejarah Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM), mereka yang terlibat kemudian dibicarakan di Mahkamah Tentera (Fakta tidak dapat disahkan).


5. Kapal perang TLDM, KD Selangor pernah terlibat dengan pertempuran laut dengan tentera Indonesia di mana seorang anak kapalnya mati semasa peristiwa konfrantasi dahulu.


6. Tahukah anda filem "Black Hawk Down" mengisahkan pemberontakan di Somalia, menyelewengkan fakta sebenar di mana sebenarnya tentera Malaysialah yang menjadi wira , tetapi oleh kerana ia filem Hollywood, maka peranan Malaysia langsung tidak diiktiraf.


7. Beberapa orang pegawai dari lain-lain pangkat dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah ditangkap kerana menjual maklumat semboyan kepada pihak Singapura.


8. Juruterbang Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM) akan standby di cockpit pesawat mereka 24 jam apabila timbul isu panas terutama yang melibatkan Singapura.


9. TUDM telah menghantar pesawat Hawk ke Labuan semasa untuk kemungkinan peperangan semasa isu perebutan kepulauan Ambalat dengan Indonesia.


10. Seorang rakyat Malaysia pernah menjadi perisik KGB dan telah ditangkap oleh pegawai perisikan negara di antara tahun 70 - 80an dahulu dan beliau mengakui pegawai Cawangan Khas dan risik ATM sebenarnya sangat cekap.


11. Malaysia pernah mahu membeli pesawat Boeing AWACS semasa tahun 80an dahulu tetapi membatalkan hasrat tersebut selepas niatnya di bocorkan oleh media tempatan, wartawan yang mendedahkan isu itu kesemuanya di soal siasat oleh polis Bukit Aman.


12. TLDM sudah pun mempunyai kapal selam tetapi dalam bentuk mini subs, untuk kegunaan pasukan PASKAL.


13. Filiphina pernah "mengacah" sebuah kapal perang TLDM apabila dua jet pejuang F-5 mereka terbang rendah semasa satu isu dahulu.


14. TLDM sering membantu AS melalui pergerakkan kapal-kapal selam Russia di Selat Melaka semasa era Perang Dingin dahulu dan ini menunjukkan, TLDM sudah pun mempunyai sistem pengesan kapal selam yang amat baik pada ketika itu.


15. Singapura sering menguji sistem pertahanan Malaysia terutama radar melalui sistem peperangan elektroniknya dari dahulu sehingga sekarang.


16. Jumlah pelancong Singapura akan bertambah di sesuatu kawasan apabila ATM membuat eksesais tentera di kawasan terbabit.


17. Tentera Singapura akan membawa peluru betul tetapi berselindung di sebalik nama latihan apabila timbul isu panas dengan Malaysia sebagai contoh ketika lawatan seorang pemimpin Israel ke negara itu satu ketika dahulu.


18. CIA pernah memasang pelbagai alat pengintipan canggih di KLCC, aktiviti tersebut berselindung di sebalik pengambaran filem Entrapment lakonan Sean Connery dan Catherine Zeta Jones (Fakta tidak dapat disahkan)


19. Komando Malaysia pernah dihantar dalam satu misi khas ke Manila untuk mengambil dokumen berkaitan dengan Sabah satu ketika dahulu (Fakta tidak dapat disahkan)


20. Malaysia merupakan satu-satunya negara di dunia yang berjaya menghancurkan ancaman komunis sedangkan kerajaan demokratik Vietnam yang dibantu oleh Amerika Syarikat tewas kepada komunis.


21. Program permodenan ATM yang dikenali PERISTA dibatalkan oleh bekas PM, Mahathir Mohamad apabila terlalu banyak penyelewengan dalam program itu. PERISTA dibangunkan sebagai persediaan untuk menghadapi ancaman komunis yang telah menang di Vietnam.


22. Kapal perang tercanggih TLDM (bergantung kepada zaman) akan dihantar dahulu dan berlabuh di perairan antarabangsa apabila ada lawatan Perdana Menteri Malaysia ke negara itu.


23. Pesawat Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad pernah divert (tidak diketahui sesiapa) ke Pakistan untuk melihat ujian bom nuklear pertama negara itu. Mahathir kini TUN menjadi satu-satunya pemimpin Islam di luar Pakistan yang pernah menyaksikan ujian tersebut (maklumat ini disampaikan sendiri dari seorang anggota perisikan Pakistan kepada penulis satu ketika dahulu).


24. Juruterbang Australia pernah mengelar pilot pesawat pejuang TUDM, "Berani tetapi Gila" dalam satu temuramah dengan media di negara kita. Australia dan TUDM sering mengadakan latihan bersama semasa negara itu mempunyai skuadron pesawat pejuangnya di Butterworth.


25. Helikopter Nuri pernah ditembak jatuh dengan roket semasa darurat dahulu.


26. Peristiwa di Pasar Bakara, Somalia menyaksikan dua buah kereta kebal Pakistan yang sepatutnya melindungi konvoi tentera Malaysia bertindak melarikan diri (Ini disahkan oleh seorang pegawai tentera).


27. Kapal peronda TLDM pernah karam di Laut China Selatan akibat cuaca buruk dan beberapa orang anak kapalnya hilang.


28. Dua pesawat pejuang jenis Sabre dari Butterworth (tahun 1970an) pernah dilancarkan ke udara selepas radar di pengkalan itu mengesan pencerobohan pesawat asing (UFO-hal ini pernah saya baca dalam akhbar di Perpustakaan Negara dan ada dalam sebuah buku mengenai UFO yang saya temui di perpustakaan UiTM Shah Alam).


29. Komando Malaysia pernah mencerobohi kompleks pertahanan udara Singapura di Bukit Batuk.




READ MORE ...

Kenapa Yahudi Terlalu Hebat??

Hanya ada 14 juta Yahudi di muka bumi ini;


1) 7 juta di Amerika,

2) 5 juta di Asia,

3) 2 juta di Eropah, dan

4) 100,000 di Afrika.


Bagi setiap orang Yahudi ada 100 orang Muslim (1:100). Namun, jika dicampur semua sekali, Yahudi lebih 100 kali berkuasa daripada orang Islam. Mengapa ini berlaku?



1 Yahudi 100 Islam


Isa (Jesus of Nazareth) ialah Yahudi. Albert Einstein, saintis zaman moden paling terkemuka dan disebut oleh majalah Time sebagai 'Manusia Abad ini' ialah seorang Yahudi; Sigmund Freud - melalui teori id, ego dan super-ego ialah bapa psikoanalisis, juga seorang Yahudi; begitu juga Karl Marx, Paul Samuelson dan Milton Friedman.


Selain mereka banyak lagi orang Yahudi yang hasil kebijaksanaan mereka berupaya menghasilkan keperluan untuk kita semua:


1) Benjamin Rubin memperkenalkan jarum suntikan pelalian.

2) Johas Salk mereka vaksin polio yang pertama.

3) Alert Sabin membangunkan vaksin polio hidup yang lebih baik.

4) Gertrude Elion mencipta ubat melawan leukemia.

5) Baruch Blumberg mencipta vaksin Hepatitis B.

6) Paul Ehrlich menemukan rawatan untuk siflis.

7) Willem Kolff mencipta mesin dialisis (mencuci) buah pinggang.
8) Aaron Beck menemui terapi kognitif (rawatan mental, kesugulan dan fobia).
9) Gregory Pincus membangunkan pil perancang keluarga secara oral yang pertama

Penerima Hadiah Nobel

1) Elie Metchnikoff menang Hadiah Nobel untuk penyakit berjangkit.

2) Bernard Katz memenangi Hadiah Nobel kerana kajian beliau mengenai transmisi neuromuskular.

3) Andrew Schally penerima Nobel dalam kajian endokrinologi (berkaitan sistem endokrin dan kencing manis).

4) George Wald menang Nobel bagi kajian mata manusia,
5) Standley Cohen dianugerahi Hadiah Nobel dalam kajian embriologi (kajian janin dan perkembangannya).

Sejak 105 tahun, 14 juta Yahudi menang 15 dozen Hadiah Nobel, sementara tiga dimenangi oleh 1.4 bilion umat Islam.



Kenapa Yahudi begitu berkuasa?


1) Stanley Mezor mencipta mikrocip pertama.

2) Leo Szilards membangunkan reaktor rangkaian nuklear pertama;
3) Peter Schultz (kabel gentian optik);
4) Charles Adler (lampu isyarat);
5) Benno Strauss (besi tahan karat - stainless steel);
6) Isador Kisee (sistem suara di pawagam);
7) Emile Berliner (mikrofon untuk telefon); dan
8) Charles Ginsburg
(alat pita rakaman).



Kekayaan Yahudi


Saudagar jenama terkaya dunia juga dikuasai Yahudi iaitu :-


Ralph Lauren (Polo),

Levis Strauss (Levi's Jeans),

Howard Schultz (Starbuck's),

Sergey Brin (Google),

Michael Dell (Dell Computers),

Larry Ellison (Oracle),

Donna Karan (DKNY),

Irv Robbins (Baskin & Robbins), dan

Bill Rossenberg (Dunkin Donuts).



Politik Yahudi


1) Richard Levin, presiden universiti tersohor Yale Universiti ialah seorang Yahudi.

2) Henry Kissinger, Joseph Lieberman dan Madeleine Albright (bekas-bekas Setiausaha Negara AS);
3) Alan Greenspan (bekas pengerusi Rizab Persekutuan AS di bawah Reagan, Bush, Clinton dan Bush);
4) Maxim Litvinov (bekas Menteri Luar Soviet Union);
5) David Marshal (bekas Ketua Menteri pertama Singapura);
6) Isaac Isaacs (bekas Gabenor Jeneral Australia);
7) Benjamin Disraeli (negarawan dan penulis Britian);
8) Yevgeny Primkov (bekas Perdana Menteri Rusia dan bekas jeneral KGB);
9) Jorge Sampaio (bekas Presiden Portugal);
10) Herb Gray (bekas Timbalan Perdana Menteri Kanada);
11) Pierre Mendes (Perdana Menteri ke-143 Perancis);
12) Michael Howard (bekas Setiausaha Negara British);
13) Bruno Kreisky (bekas Canselor Austria); dan
14) Robert Rubin (bekas Setiausaha Perbendaharaan AS).

Media Massa


Dalam dunia media, orang Yahudi yang terkemuka ialah:-


1) Wolf Blitzer (CNN);

2) Barbara Walters (ABC News);
3) Eugene Meyer (Washington Post);
4) Henry Grunwald (Ketua Editor Time);
5) Katherine Graham (penerbit The Washington Post);
6) Joseph Lelyyeld (Editor Eksekutif, The New York Times); dan
7) Max Frankel (The New York Times).


Sukan


Di Olimpik, Mark Spitz membolot tujuh pingat emas. Lenny Krayzelburg ialah pemegang tiga kali pingat emas Olimpik. Spitz, Krayzelburg dan Boris Becker (Tenis) adalah Yahudi.



Hollywood


Tahukah anda bahawa pelakon pujaan seperti :-


1) Harrison Ford,

2) George Burns,
3) Tony Curtis,
4) Charles Bronson,
5) Sandra Bullock,
6) Billy Cystal,
7) Woody Allen,
8) Paul Newman,
9) Peter Sellers,
10) Dustin Hoffman,
11) Michael Douglas,
12) Ben Kingsley,
13) Kirk Douglas,
14) Willian Shatner,
15) Jerry Lewis dan Peter Falk semuanya Yahudi?

Tambahan lagi, Hollywood sendiri diwujudkan oleh orang Yahudi. Antara ialah :-


1) Steven Spielberg, Mel Brooks, Oliver Stone, (pengarah dan penerbit),
2) Aaron Spelling (Beverly Hills 90210),
3) Neil Simon (The Odd Couple),
4) Andrew Vaina (Rambo 1- 2-3),
5) Michael Man (Starsky and Hutch),
6) Milos Forman (One Flew Over The Cuckoo's Nest),
7) Douglas Fairbanks (The Thief Of Baghdad) dan
8) Ivan Reitman (Ghostbusters) - semuanya adalah Yahudi.


Washington yang merupakan ibu negara Amerika Syarikat, mempunyai satu pertubuhan lobi yang amat berkuasa. Ia dikenali sebagai Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Amerika Israel (AIPAC) yang berupaya mempengaruhi Kongres meluluskan resolusi memuji dan 'membuat apa saja' demi Israel.


Tahukah lagi bahawa William James Sidis dengan IQ 250-300 ialah manusia tercerdik. Dia ialah seorang Yahudi.

Jadi, mengapa mereka ini terlalu berkuasa?


Jawapannya: PENDIDIKAN


Artikel ini ditulis oleh Dr. Farrukh Saleem, Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan dan Kajian Keselamatan (CRSS) Pakistan. Artikel asal beliau ditulis dalam Bahasa Inggeris boleh dibaca di Why Are Jews So Powerful?


Rujukan asal : http://www.weeklyblitz.net/


sumber : Facebook Ustaz Marshidi



READ MORE ...

Perkongsian Sepanjang Kursus Induksi ATC Fasa 4

Saturday, July 9, 2011
Salam.

Asyraf baru selesai menjalankan program KURSUS INDUKSI ATC FASA 4 bertempat D'Solehen, Kuala Nerang berdekatan dengan kampus Kolej Islam Darul Ulum, KIDU.

Memang best. Pengisian yang padat dan memang santai. Relax ja dalam program ni. Macam dah kenai lama kami semua, padahal mentor ada yang baru dilantik saja.

Baik, Asyraf kongsikan beberapa pic sepanjang program. Yang selebihnya boleh lihat dalam Facebook ATC


Tuan Jai hadir memberikan perkongsian. Seronok jea dengar. Memang menjana pemikiran sungguh. Cuma dengan situasi di INSANIAH sendiri, memang kita tak ditarbiyyah untuk ambil ujrah, tetapi lagi banyak kos kita terpaksa keluarkan. Tawakkal kena tinggi. ATC bukan tempat mencari keuntungan diri, tetapi tempat untuk memberi keuntungan kepada ISLAM.

Birthday Asyraf dan Hafiz Zainol. Terima kasih kawan-kawan. Abang Shah silap tembak daa. Dah la kita ni relax dan jenis tak amik kesah, kena marah-marah malam tu, buat kita buat tak reti apa jea lah. Tapi kesian jugak la dekat ustzah Azila dengan Noriah tu. Tak pasai-pasai diorang nangis. Tambah-tambah lagi ustzah Azila, terus dia teringatkan arwah ayahnya yang meninggal semasa hari Majlis Graduasi ATC fasa 3 yang lalu.

En Saiful hadir sebagai perasmi majlis penutup. Dia terkejut jugak bila dengar lagu tema tu. Macam biasa dengar. Sekali pasang, terus boleh nyanyi. Biasalah, memang zaman dia membesar dengan lagu rock kapak. Hehe. Jadi apa pun, kita mengharapkan pihak HEP untuk terus memberi sokongan kepada ATC bagi meneruskan agenda dakwah secara profesional.

Inilah peserta Kursus Induksi ATC Fasa ke 4. Terdiri daripada penggerak, mentor dan mentee yang menawarkan diri untuk turut hadir bersama. Bukan mentee terpilih tau, tapi mentee yang menawarkan diri.

Anda memang stylo lah!!




READ MORE ...