Followers

Lawatan ATC Ke Telaga Biru & PPAS

Tuesday, December 20, 2011
Salam.

Sedikit perkongsian sebuah kehidupan untuk kawan-kawan ya. Hehe.

Ini adalah beberapa pic sepanjang lawatan ATC ke KL baru-baru ini. ianya adalah anjuran ATC MC Team buat julung-julung kalinya. Penat sebenarnya dalam nak menguruskan program cuma sehari ini. Ada banyak mehnah dan tribulasinya. 

Asalnya kita merancang nak ke stesen TV Hijrah dan malam tu melihat final Solehah, tetapi TV Hijrah tak mahu menerima kehadiran kami kerana mereka sibuk dengan persiapan program final itu.

So, kami tukar plan ke Media Prima pulak. Pihak management juga tidak dapat menerima kehadiran kami kerana jadual lawatan dah penuh. Alamak...jamned terus. kami hubungi pula beberapa penerbit rancangan dalam Media Prima itu, ALLAH, susahnya diorang nie. Karenah birokrasi sungguh. Call PRO, suruh hubungi penerbit, call penerbit, suruh tanya PRO. Tak profesional langsung.

Al-kisahnya, kami dah dapat plan yang baik iaitu ke syarikat penerbitan Telaga Biru pada paginya dan menonton rancangan Al-Kulliyyah secara langsung di Media Prima. Pihak Al-Kulliyyah meminta kami faks surat segera kepada mereka.

Kemudian, pihak Telaga Biru pula mengubah jadual kami. Katanya kami kena ke tempat mereka pada sebelah petang, pada pukul 3. Terpaksa pula kami memikirkan pula jadual untuk sebelah pagi. Dah lah malam esok nak bertolak, kami pula yang kalut.

Akhirnya kami memilih PPAS. Mengapa PPAS? Ianya adalah sebuah perpustakaan serba moden dan canggih yang ada seumpamanya di Malaysia. Dengan konsep mesra alam, mesra pengguna, mesra kanak-kanak, tempat ini sekarang sudah menjadi satu tempat santai keluarga yang memang menyeronokkan. Jika ada sahabat-sahabat yang membaca entry ini, saya cadangkan untuk anda pula ke sana nanti.


Di bawah pokok hiasan di ruangan kanak-kanak. Mereka tidak akan dilarang untuk bising, tetapi akan ada kawalan dari petugas. Kanak-kanak bukan belajar dari membaca, tapi belajar dari sentuhan. Mereka akan sentiasa bising. Mereka cergas. Pokok ini adalah tarikan mereka untuk membaca dalam keadaan santai.

Seterusnya kami ke One Utama. Solat dan makan di sana. Maaf, tiada gambar yang dirakam. Handset murah lagi ketika ini. 

Kami ke Telaga Biru. Sesat jalan. Satu pengajaran, pastikan driver bas anda memahami keadaan jalan dan sangat penting driver itu sendiri tahu jalan. Driver kami tak tahu jalan. Kami terlewat 40 minit. terpaksa memanggil senior alumni kami untuk datang kepada kami. Hujan ketika itu. Tapi alhamdullillah, sampai la jugak kami ini.

Kami disambut oleh En Farouk dan diberi taklimat oleh beliau. En Yasir CEO TBTC juga memberikan motivasinya. Seterusnya kami ke bahagian-bahagian di Telaga Biru. Kami dimaklumkan sekarang Telaga Biru telah mengeluarkan 2 buah majalah iaitu Solusi dan Gen-Q dan dalam proses untuk mengeluarkan majalah terbaru sekitar bulan 3 dan sebuah lagi majalah khusus muslimat dalam bulan 10 tahun 2012. Lambat lagi.

Beliau sempat bercerita tentang sejarah majalah Solusi, memang menarik. Nak tahu? Tiada siapa pun kata nak tahu, saya takkan ceritalah. Nak tahu, kena gtau di bawah nanti


Ini adalah di bahagian grafik. Mereka menggunakkan pelbagai software untuk menyiapkan sebuah buku ini.


Kami sempat juga melawat bilik Ustaz Zahazan. Penuh kitab di biliknya dan lebih banyak lagi di rumahnya. Sempat berjumpa seketika kerana dia bergegas ke Melaka.

Ini tak pasti di bahagian mana. Semuanya tekun bekerja. Bahagian editorial agaknya kerana di belakang muslimat itu merupakan salah seorang kolumnis dalam majalah Solusi. Berkaca mata. Tak tahu namanya, tapi saya cam muka.

Ok, itu sahaja. Terima kasih banyak kerana sudi menjenguk blog ini. Sekadar berkongsi. Dari hati ke hati.


Apa tengok-tengok??

0 orang mengarut:

Post a Comment